The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AFIZA FAZURAINI BINTI OMAR KPM-Guru, 2023-02-07 06:29:16

teks ucapan perasmi

teks ucapan perasmi

Bismillahirahmanirohim. Terima kasih saudara/ saudari pengacara majlis, Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarokatuh dan selamat pagi, Yang Berusaha , En Rozali bin Hashim, Guru besar Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Yang Dihormati , Ustaz Abd. Samad bin Yusuf, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Para penerima anugerah, Tuan-tuan dan puan-puan ,para ibu bapa dan murid-murid sekalian.


Syukur Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama menzahirkan kesyukuran kehadrat Allah swt kerana atas keizinan-Nya kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa kerana sudi mengundang saya ke Majlis Apresiasi Keccemerlangan Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa,bagi tahun 2022/2023. Saya juga ingin mengucapkan Syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan majlis ini sebagai salah satu program tahunan untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang dicapai oleh murid-murid untuk tahun 2022/2023. Walau apapun nama yang diberi untuk majlis seperti ini , yang pasti Majlis Apresiasi kecemerlangan ini merupakan majlis khas untuk menonjolkan bakat murid-murid yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang Akademik, Hal Ehwal Murid( HEM ) mahupun Kokurikulum. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada murid-murid yang cemerlang. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Setinggi-tinggi tahniah dan Syabas juga diucapkan kepada semua penerima anugerah kecemerlangan bagi tahun 2022/2023. Saya percaya bahawa penerima anugerah pada pagi ini adalah modal insan yang dilahirkan di Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa. Majlis Apresiasi Kecemerlangan ini diadakan adalah sebagai platform manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid dan guru-guru yang telah berjaya mencapai kejayaan. Situasi inilah yang dihasratkan oleh kerajaan dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan harmoni. Saya berharap agar budaya pencapaian kecemerlangan ini dapat terus diterapkan ke dalam minda, jiwa dan sanubari setiap murid Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa.


Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah dan Syabas kepada semua penerima anugerah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jawatan kuasa yang telah menjayakan majlis pada pagi ini. Menjadi harapan dan Hasrat saya agar seluruh warga Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa dapat meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua program dan aktiviti yang dilaksanakan bagi memastikan kecemerlangan yang berterusan. Dengan lafaz “Bismillahirahmanirohim ” saya merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa bagi tahun 2022/2023. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.


Click to View FlipBook Version