The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESULITAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danishirfan110803, 2022-06-16 03:08:38

E-FOLIO MPU23072

KESULITAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN

MPU23072 (PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM)
E-FOLIO : KESULITAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN
NAMA PENSYARAH : PUAN DINA BINTI ABDUL KHALIK
SESI : 2021/2022

1

DISEDIAKAN OLEH : 26DRT21F1031

WAN MUHAMMAD ADZIM BIN WAN 26DRT21F1012
AMRI 26DRT21F1019

MUHAMMAD AFIQ BIN JAMALUDDIN
MUHAMMAD DANISH IRFAN BIN
MOHD FAUZI

2

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
1. Penghargaan 5
2. Objektif kajian 6
3. Maksud 7
4. Dalil dan sandaran
5. Sebab-sebab diberi keringanan 8-10
6. Bentuk-bentuk keringanan 11-12
7. Pecahan kaedah
13
14-15

3

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
8. Contoh aplikasi yang diberikan keringanan 16
9. Rumusan 17
10. Sumber rujukan 18

4

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah serta salam dan selawat buat junjungan
mulia Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin dan limpah kurniaNya, maka tugasan yang diberikan telah pun
selesai.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus kami
iaitu Puan Dina Binti Abdul Khalik yang telah banyak membantu dan memberi
bimbingan kepada kami sepanjang kami menyiapkan tugasan E-Folio ini. Kami
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami.

5

OBJEKTIF KAJIAN

● Kami dapat mengenali lebih mendalam tentang agama
Islam

● Dapat menambah ilmu pengetahuan kami
● Kami juga dapat mengetahui punca masyarakat tidak

melakukan perkara wajib ketika dalam kesukaran.

6

MAKSUD KESULITAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN

Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan
kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam memberi
jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi.Jalan keluar
tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam
melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya orang yang sakit
dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu
dia boleh berbaring.

7

DALIL DAN SANDARAN
Sandaran daripada Al-Quran

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat ke - 185

‫ﯾُ ِﺮﯾ ُﺪ ﱠﷲُ ﺑِ ُﻜ ْﻢ ا ْﻟﯿُ ْﺴ َﺮ َو َﻻ ﯾُ ِﺮﯾ ُﺪ ﺑِ ُﻜ ْﻢ ا ْﻟ ُﻌ ْﺴ َﺮ‬

Maksudnya : (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu
beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

8

DALIL DAN SANDARAN

Firman-Nya lagi dalam surah yang sama ayat ke - 286

ۚ ‫َﻻ ﯾُ َﻜﻠﱢ ُﻒ ٱ ﱠ ُ ﻧَ ْﻔ ًﺴﺎ إِ ﱠﻻ ُو ْﺳ َﻌﮭَﺎ‬

Maksudnya : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ayat-ayat yang dinyatakan tadi menjadi bukti bahawa Allah SWT sama sekali tidak akan
mewajibkan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh setiap hambaNya. Oleh itu jika
berlaku kesukaran, Islam akan memberi jalan keluar bagi mengelakkan kesukaran tersebut.

9

DALIL DAN SANDARAN

Sandaran daripada al-Sunnah
Daripada 'Aisyah katanya : Sesuatu yang diberi kepada Rasulullah antara dua

perkara kecuali ia memilihnya yang paling ringan selagi tidak mendatangkan dosa.

Dalam satu riwayat lain baginda bersabda yang bermaksud :

"Sekiranya tidak mendatangkan kesukaran kepada umatku nescaya aku akan
perintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali ingin mendirikan sembahyang"

10

SEBAB-SEBAB DIBERI KERINGANAN

● Orang yang melakukan perjalanan melebihi dua marhalah diberikan keringanan seperti
solat jamak dan qasar.

● Orang yang diuji dengan sakit dibenarkan untuk bertayamum, dibenarkan solat dalam
keadaan duduk dibolehkan berubat dengan bahan yang haram pada pandangan sebahagian
ulama mazhab Hanafi.

● Orang yang dipaksa melakukan sesuatu perbuatan tanpa kerelaannya tidak dianggap
berdosa apabila dia melakukan perbuatan dipaksa tersebut seperti minum arak, melafazkan
kalimah kufur (dengan syarat di hati beriman), membunuh dan lain-lain.

● Orang yang tidak sengaja melakukan sesuatu larangan dianggap tidak berdosa seperti
makan, minum, suami dan isteri melakukan hubungan seks dalam keadaan terlupa pada
siang hari bulan ramadhan.

11

SEBAB-SEBAB DIBERI KERINGANAN

● Jahil atau tidak mengetahui sesuatu hukum juga diberikan kemaafan seperti baru
memeluk islam .

● Kesukaran yang terjadi secara menyeluruh seperti mengebumikan jenazah yang
ramai dalam sebuah kubur apabila ditimpa musibah tsunami dan gempa.

● Akal yang tidak sempurna kerana gila, kanak-kanak dan hamba .

12

BENTUK-BENTUK KERINGANAN MENGIKUT SYARAK

Ulama telah membahagikan bentuk keringanan kepada beberapa bahagian :

➢ Keringanan dengan menggugurkan kewajipan seperti tidak wajib menunaikan solat jumaat kerana
sakit dan tidak perlu qada' solat bagi perempuan yang didatangi haid dan nifas.

➢ Keringanan dengan meringkaskan ibadah seperti mengurangkan bilangan rakaat solat fardu
daripada empat kepada dua ketika bermusafir.

➢ Keringanan dengan menggantikan cara bersuci seperti menggantikan wuduk dan mandi dengan
tayamum.

➢ Keringanan dengan mendahulukan solat fardu sebelum waktunya seperti pensyariatan solat jamak
ta'khir.

➢ Kelonggaran dalam perkara-perkara tertentu seperti diberi kemaafan jikalau terkena najis yang
tidak dapat dilihat secara tidak sengaja.

13

PECAHAN KAEDAH

Kaedah ini terbentuk kepada beberapa pecahan :

a) Sesuatu perkara apabila tersepit ia menjadi luas.

‫إ َذا َﺿﺎ َق ا ْﻷَ ْﻣ ُﺮ اﺗﱠ َﺴ َﻊ‬

Contohnya seorang wanita yang kehilangan walinya (tidak diketahui dimana dia berada,
hidup atau mati) sedangkan tidak ada wali hakim ditempat itu, maka bolehlah ia melantik
seorang lelaki sebagai wali tahkim bagi mengahwinkan dengan lelaki pilihannya. Selain
itu, diharuskan perempuan yang ber’idah keluar rumah apabila keadaan mendesak seperti
bekerja untuk sara hidup.

14

PECAHAN KAEDAH

b) Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan menjadi sempit.

‫إ َذا اﺗﱠ َﺴ َﻊ ا ْﻷَ ْﻣ ُﺮ َﺿﺎق‬

Maksudnya apabila darurat telah menimpa seseorang atau jemaah, kalau beramal dengan hukum
asal yang disyarakkan dalam keadaan biasa akan menyulitkan dan membebankan mereka untuk
melaksanakannya, maka kerana itu diberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selagi
mana darurat itu masih wujud. Inilah makna “sesuatu perkara apabila tersepit akan menjadi
luas”. Tetapi apabila hilang darurat tersebut nescaya kembali hukum kepada asal ia disyariatkan.
Inilah yang dimaksudkan “apabila menjadi luas sesuatu perkara, maka ia akan sempit”.

15

CONTOH-CONTOH APLIKASI YANG DIBERIKAN
KERINGANAN

● Seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk
melaksanakan solat qasar dan jamak kerana bersama musafir tersebut adanya kesukaran.

● Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan menggantikannya pada hari yang lain.
● Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang yang bermusafir dengan syarat yang tertentu
● Seseorang yang sakit diberi kelonggaran untuk solat secara duduk, jika tidak mampu boleh

baring, jika tidak boleh baring dibenarkan menggunakan isyarat mata, jika tidak mampu
gerakkan mata, maka boleh menggunakan hati.
● Seseorang yang dalam keadaan darurat dan tidak mampu mendapatkan makanan yang halal atau
ketidakadaan makanan selain bangkai atau makanan yang haram maka ia boleh makan makanan
yang haram dengan sebab kelaparan dan tidak ada makanan lain selain itu.

16

RUMUSAN

Berdasarkan perkara-perkara yang dibincangkan tadi, kesusahan ini juga menjelaskan kepada kita bahawa agama
Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan
kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab
keringanan. Walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang
juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan seperti kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan
menunaikan tuntutan agama, namun sebenarnya itu bukan merupakan satu musyaqqah bagi manusia. Tuntutan taklif
tersebut tidak dikira musyaqqah atau kesusahan kerana dari segi adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada
manusia bahkan satu keperluan kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat
dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan
kemudahan atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah
pasti manusia tidak akan hidup sempurna. Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha dan gigih mencari rezeki,
mereka akan leka. Sedangkan mencari rezeki itu adalah wajib kemudian barulah berserah kepada Allah.

17

SUMBER
RUJUKAN

● https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articl
eid=103866

● http://studentdup2a.blogspot.com/?m=1
● http://qawaidfiqhiah.blogspot.com/2016/02/?m=1

18

19


Click to View FlipBook Version