TAJUK PROJEK:
PENGINTEGRASIAN GOOGLE MEET DAN OBS DALAM
MENGHASILKAN GREEN SCREEN BAHAN PdPC
Sebagai pensyarah Sains Komputer, memanfaatkan teknologi skrin
hijau atau ‘green screen’ dalam PdPc boleh menjadikan video &
bahan pembelajaran memudahkan pensyarah menerangkan topik
yang memerlukan graphic dan animation kepada pelajar-pelajar.
Video yang dirakam dengan menggunakan OBS ini kemudiannya
dimuat naik dan dikongsi menerusi akaun media sosial YouTube.
Penghasilan Video pengajaran dengan teknologi Green screen akan
menjadi lebih menarik dan seperti didalam kelas sebenar.Dengan
menggunakan aplikasi percuma OBS, banyak efek boleh dihasilkan
dengan menggunakan layar skrin hijau tersebut.
TAJUK PROJEK: EMAS
DAKWAT DIGITAL : PENGGUNAAN DRAWBOARD
PDF MENARIK!
AMAL ZUNNAIRAH BINTI ABU BAKAR (K)
SITI SAKINAH BINTI MOHD YUSOF
DR. AIZU KHALILI BIN ZOHEDI
INDRANI A/P GOPAL
SARMILA MARLINI BINTI MOHD RUFIN
https://youtu.be/dNyKaXxqvcE
TAJUK PROJEK:
DAKWAT DIGITAL : PENGGUNAAN DRAWBOARD PDF
MENARIK!
Sejajar dengan perkembangan semasa di mana pensyarah dan pelajar tidak dapat
berjumpa secara bersemuka, penggunaan dakwat digital dalam aplikasi
Drawboard PDF bagi menggantikan papan putih adalah satu keperluan dalam
membantu pensyarah melaksanakan sesi PdPc atas talian. Topik Pengaturcaraan
dalam subjek Sains Komputer memerlukan pensyarah untuk menulis dan melukis
algoritma pengaturcaraan. Penggunaan Drawboard PDF adalah mudah kerana ia
sama seperti papan putih dan mempunyai pelbagai pilihan warna tulisan. Ini
membolehkan pensyarah memberikan penekanan terhadap sesuatu isi
kandungan dan pada masa yang sama menarik minat pelajar untuk belajar. Selain
itu, pensyarah dapat menyemak tugasan pelajar dengan mudah kerana pensyarah
hanya perlu memuat turun tugasan pelajar dan menyemaknya tanpa perlu
sambungan ke internet sepanjang masa. Drawboard PDF ini memudahkan
pensyarah dan pelajar mengaplikasi PdPc atas talian dengan berkesan.
TAJUK PROJEK: EMAS
PENGINTEGRASIAN PAPANCAHAYA MENERUSI
PENGAJARAN SEGERAK DAN TIDAK SEGERAK
SHAKIRIN BIN AHMAD BAKARY (K)
MOHD AZLAN BIN MOHAMAD ALI
SHARIFAH AUNAH BINTI SYED NORDIN
SARMILA MARLINI BINTI MOHD RUFIN
NURUL SYUHADA BINTI ABDUL KADIR
https://youtu.be/GdhhX8g-gBc
TAJUK PROJEK:
PENGINTEGRASIAN PAPANCAHAYA MENERUSI
PENGAJARAN SEGERAK DAN TIDAK SEGERAK
Projek ini merupakan inovasi integrasi penggunaan "Papan Cahaya"
atau "Lightboard" dalam pengajaran dan pembelajaran. Topik
subjek yang diajar bagi aplikasi ini adalah Pengaturcaraan bagi
jurusan SDS dan SES di Kolej Matrikulasi Perak. Penggunaan
Lighboard ini dilaksanakan dalam pengajaran berasaskan
pengajaran segerak dan pengajaran tidak segerak. Aplikasi lain
seperti OBS, Youtube, Google Meet dan VLC diterapkan dalam
memastikan kelestarian amalan PDP ini. Apa yang menarik, inovasi
ini juga tidak terhad kepada aplikasi di Internet malah boleh
dilaksanakan secara Intranet.
TAJUK PROJEK: EMAS
PEMBELAJARAN DIGITAL MELALUI WPOD
INDRANI A/P GOPAL (K)
SITI SAKINAH BINTI MOHD YUSOF
AMAL ZUNNAIRAH BINTI ABU BAKAR
MOHD AZLAN BIN MOHAMAD ALI
https://youtu.be/DwoH5q0H5oI
TAJUK PROJEK:
PEMBELAJARAN DIGITAL MELALUI WPOD
Pembelajaran secara online pada masa kini dan juga pandemik Covid-19 yang
melanda seluruh negara memerlukan pembelajaran secara online yang menarik.
WPOD merupakan gabungan aplikasi WhatsApp dan NEARPOD boleh digunakan
oleh pensyarah sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran
WPOD dapat meningkatkan literasi terhadap pembelajaran online, menarik minat
pelajar dan membantu pelajar meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran.
Pensyarah boleh mencelah dengan menaip soalan semasa sesi persembahan slaid
sedang berlangsung. Ianya boleh mengejutkan pelajar yang mungkin sedang
mengantuk. Selain itu, pensyarah boleh berkongsi jawapan pelajar ke seluruh
kelas semasa sesi secara langsung untuk aktiviti seperti ‘Draw It’. Pautan Nearpod
boleh dikongsi di mana-mana termasuklah di Google Classroom, Edmodo,
Facebook dan sebagainya. Nearpod menawarkan ciri interakviti yang menarik dan
pembelajaran murid lebih berfokus. Antaranya interaktiviti tersebut adalah seperti
imej animasi GIF, VR 360°, objek flash, objek 3D, permainan kuiz, poll, video
interaktif dan sebagainya.
TAJUK PROJEK: PERAK
GC @ BISNES
NOOR AZMAN BIN ABDULLAH (K)
WONG HA DING
MARINA BINTI MUSTAPA AL BAKRI
https://youtu.be/kxMBOvSCjWY
TAJUK PROJEK:
GC @ BISNES
Pelaksanaan PdP norma baharu di Unit Pengurusan Perniagaan telah
dijalankan secara hybrik. Google Classrom (GC) digunakan sebagai
atas dimana segala aktiviti PdP akan bermula disitu. Segala bahan-
bahan berkaitan PdP dimasukkan dalam GC bagi memudahkan
rujukan pelajar dari masa ke semasa. Selain itu, aplikasi-aplikasi lain
seperti Google Meet, Google Form, Quizizz dan lain-lain turut
diintegrasikan bersama GC.