Khamis, 4 November 2021
Tentang
Deepavali
Apa itu Deepavali?
● Perayaan ini disambut oleh masyarakat
Hindu. Perayaan Deepavali dirayakan pada
bulan gelap bernama ’Aippasi’ pada bulan
Oktober dan November.
● Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’.
Dengan memasang pelita, mereka percaya
bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan
mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan
mengatasi kejahilan.
Bagaimana Perayaan Deepavali disambut?
Sebelum
• Upacara sembahyang dan berdoa untuk yang telah tiada.
• Kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki untuk tujuan menghias diri.
• Memasang ‘Vilakku’ - sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat.
• Menghiasi rumah mereka dengan “Kolam ” atau “Rangoli” iaitu hiasan lantai yang
diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolam ” ini
dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah
mendapat kesejahteraan.
Bagaimana Perayaan Deepavali disambut?
Semasa
• Aktiviti memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga, terutama kedua ibubapa.
• Upacara mandi Minyak Bijan dengan tujuan menyucikan diri.
• Upacara sembahyang di kuil.
• Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara.
Apa yang dibuat semasa Hari Deepavali?
Pagi Petang
▪ Mandi menggunakan minyak bijan ▪ Kunjung-mengunjungi semasa Deepavali
▪ Memakai pakaian yang baru ▪ Meluangkan masa bersama-sama ahli
▪ Pergi ke kuil Bersama-sama
▪ Memberi “padayal” kepada ahli keluarga keluarga
yang telah meninggal dunia Malam
▪ Makan bersama-sama
Tengah Hari ▪ Bermain bunga api
▪ Mengambil restu daripada ahli keluarga
▪ Memasak dan makan bersama-sama
Cerita Disebalik Perayaan Deepavali
1 3
Kembalinya Kezahidan
Maharaja Shakti
Rama ke
Ayodhya
2 4
Keinsafan Krishna
Narakasura menewaskan
Indra
5 hari
Deepavali
5 Hari Deepavali
Hari Pertama
Dhanatrayodashi atau Dhan
Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi bermaksud "hari ke-13".
Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh pada hari ke-13 separuh
kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membeli-belah perkakas dan
emas. Hari ini juga dianggap sebagai Jayanti Dewa Dhanvantri yang muncul ketika
dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan besar.
5 Hari Deepavali
Hari Kedua
Naraka Chaturdashi
Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura insaf, kebaikan menewaskan
kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan. Di India selatan, inilah hari perayaan yang
sebenarnya. Orang Hindu bangun lebih awal, bermandi minyak bijan dan memakai pakaian
baru. Mereka turut menyalakan pelita kecil di keliling rumah dan melukis kolam/ rangoli.
Mereka menjalankan upacara sembahyang istimewa dengan persembahan kepada Dewa Sri
Krishna atau Dewa Sri Vishnu yang menyelamatkan dunia dari Narakasura.
5 Hari Deepavali
Hari Ketiga
Lakshmi Puja
Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali, apabila Lakshmi,
dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh semua penganut Hindu,
disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk mengundang
kemakmuran dan kesejahteraan.
5 Hari Deepavali
Hari Keempat
Govardhan Puja
Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna menewaskan Indra.
Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan gunung Govardhan diangkat
Dewa Krishna.
Di negeri Maharashtra hari ini disambut sebagai Padva atau BaliPratipada — iaitu
memperingati Raja Bali. Kaum lelaki memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini.
5 Hari Deepavali
Hari Kelima
Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika)
Pada hari ini, adik-beradik bertemu untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain
Kebanyakan perayaan India menyatukan keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik
yang sudah berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik.
Perayaan ini amat lama, dan mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi perayaan adik-
beradik yang disambut kini.
Kolam Menjadi Penyeri Rumah
❖ Penganut Hindu akan menghiasi rumah dengan “rangoli” atau
biasanya dipanggil “kolam”.
❖ Kolam ialah hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang
diwarnakan sebelum tertib matahari.
❖ Kolam dibuat di depan pintu sebagai tanda selamat dan rahmat
supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.
❖ Kemahiran membuat kolam diwarisi secara turun-temurun
❖ Kolam ini amat cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya
bermotifkan tumbuhan
❖ Hiasan kolam merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi,
Dewa Kekayaan yang dipercayai akan mengunjungi rumah
mereka yang mempunyai hiasan kolam di hadapan rumah.
Amalan semasa Deepavali
➢ Amalan berkabung bagi saudara yang sudah meninggal dunia
➢ Dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan
➢ Pemilihan warna yang bersesuaian untuk dipakai
➢ Bersalam, memohon maaf dan mengambil restu daripada ibu bapa serta ahli keluarga
➢ Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia
➢ Perlu mandi menggunakan minyak bijan kerana diibaratkan mandi di Sungai Ganges untuk tujuan
membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.
Pakaian Tradional Deepavali
Saree Pattu Pavadai Dhoti
Pavadai Thavani
Makanan Tradisional Deepavali
Muruku Tosai Idli
Jalebi Laddoo
Disediakan oleh PSS Ibnu Sina
dengan kerjasama
Cikgu Vimalah Devi A/P Thevarajoo