PENGENALAN
Pelbagai kesalahan yang sering dilakukan oleh para
pelajar mahupun masyarakat seperti kesalahan
tatabahasa dan penggunaan kata-kata yang tepat.
Kesalahan bahasa Melayu yang dapat dikesan ialah pada
papan-papan tanda perniagaan. Papan-papan tanda
perniagaan yang dimaksudkan merujuk kepada papan-
papan nama di premis perniagaan dan seumpamanya,
iaitu yang dikategorikan sebagai iklan atau papan tanda
bangunan dan rumah kedai. Terdapat pelbagai aspek
kesalahan yang dilakukan seperti:
KESALAHAN EJAAN
Kata Kata Penguat
Kata Majmuk Kata Hubung
Kata Ganda Penulisan Partikel (kah, lah, pun)
Kata Sendi Nama 'di' dan 'ke' Penggunaan Penjodoh Bilangan
Kata Ganti Nama Penggunaan Tanda Noktah
Kata Pemeri Penggunaan Tanda Sempang
Penggunaan Tanda Koma
Kata Nafi
Kesalahan Ejaan (Kata)
SALAH BETUL SALAH BETUL
1. mengenengahkan 1. mengetengahkan 1. mengenepikan 1. mengetepikan
2. memperolehi 2. memperoleh 2. mempastikan 2. memastikan
3. mengkagumkan 3. mengagumkan 3. merbahaya 3. berbahaya
4. mengswastakan 4. menswastakan 4. menakrifkan 4. mentakrifkan
5. memperuntukan 5. memperuntukkan 5. zohor 5. zuhur
6. pengemblengan 6. penggemblengan 6. berkerjasama 6. bekerjasama
7. kerinting 7. keriting 7. catit 7. catat
8. memperluaskan 8. memperluas 8. kebanyakkan 8. kebanyakan
9. memperdalamkan 9. memperdalam 9. efisyen 9. efisien
10. memperhebatkan 10. memperhebat 10. persisiran 10. pesisiran
11. bumiputra 11. bumiputera 11. memperkuasai 11. menguasai
12. memperhalusi 12. menghalusi 12. pengkebumian 12. pengebumian
13. mempertajamkan 13. mempertajam 13. mahsyur 13. masyhur
14. durhaka 14. derhaka 14. kebaikkan 14. kebaikan
15. dasyhat 15. dahsyat 15. menyintai 15. mencintai
Contoh Kesalahan Ejaan (Kata)
kerbersihan kebersihan
merbahaya berbahaya
Kesalahan Ejaan (Kata Majmuk)
SALAH BETUL SALAH BETUL
1. rumahtangga 1.rumah tangga 1. peguambela 1.peguam bela
2. seringkali 2.sering kali 2. hakmilik 2.hak milik
3.barang kali 3. barangkali 3. pilihanraya 3.pilihan raya
4. ulangkaji 4.ulang kaji 4. temubual 4.temu bual
5. sekaligus 5.sekali gus 5. usahasama 5.usaha sama
6. tengahari 6.tengah hari 6. susunatur 6.susun atur
7. dikenalpasti 7.dikenal pasti 7. samada 7.sama ada
8. adakala 8.ada kala 8.meski pun 8. meskipun
9.biar pun 9. biarpun 9. campurtangan 9.campur tangan
10. baikpulik 10.baik pulih 10. lalulintas 10.lalu lintas
11. janakuasa 11.jana kuasa 11. lebuhraya 11.lebuh raya
12. kemaskini 12.kemas kini 12. ibubapa 12.ibu bapa
13. keretapi 13.kereta api 13. gambarajah 13.gambar rajah
14. kuatkuasa 14.kuat kuasa 14. bandaraya 14.bandar raya
15. temuduga 15.temu duga 15.cendera mata 15. cenderamata
Contoh Kesalahan Ejaan (Kata Majmuk)
peguambela peguam bela
peguamcara
peguam cara
lebuhraya lebuh raya
kraftangan kraf tangan