E-MAJALAH
PERPADUAN DI
MALAYSIA
• DEFINISI
• PERPADUAN
•OBJEKTIF dan
• KEPENTINGAN
• CABARAN
• -politik
• -ekonomi
• -sosial
• LANGKAH-LANGKAH
• MEMUPUK
• PERPADUAN
•KESAN dan
• IMPLIKASI
…DI MALAYSIA
PENSYARAH:ENCIK
BORHANUDDIN BIN YA
KELAS:DHF1A
AHLI KUMPULAN:
1.SHAZZIA BINTI SAADON
(18DHF22F1045)
2.NURUL IZZAH BINTI ABD MANAF
(18DHF22F1053)
3.SITI KHADIJAH MAISARAH BINTI
MOHD AMIN (18DHF22F1018)
4.MALIKA NUR SYASYA BINTI
MOHD NIZAM (18DHF22F1004)
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
§ PENGHARGAAN 1
§ PENGENALAN 2
(DEFINISI PERPADUAN)
§ PENDAHULUAN 3
(TUJUAN/OBJEKTIF PERPADUAN)
§ KEPENTINGAN PERPADUAN 4
§ CABARAN DALAM MEMUPUK 5
PERPADUAN DI MALAYSIA
-DARI SEGI POLITIK 6
-DARI SEGI EKONOMI 7
-DARI SEGI SOSIAL 8
§ LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK 9
PERPADUAN
§ KESAN DAN IMPLIKASI 10
MASYARAKAT TIDAK
BERSATU PADU
§ KESIMPULAN 11
§ SUMBER RUJUKAN 12
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim…
Bersyukur kepada Allah SWT,akhirnya
kumpulan kami mampu menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.Saya merasakan
tugasan ini tidak akan dapat disempurnakan
tanpa bantuan bimbingan pensyarah,rakan-
rakan dan ibu bapa.
Pertamanya,saya ingin mendedikasikan
ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
saya,En.Borhanuddin Bin Ya kerana dengan
tunjuk ajar serta dengan bimbingan
daripadanya untuk saya dan rakan-rakan
dalam menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga kepada
ibu bapa saya yang memberi dorongan dan
sokongan moral untuk menyiapkan tugasan
ini.
Ucapan prnghargaan ini juga saya
tujukan kepada rakan sekumpulan saya iaitu
Shazzia Binti Saadon,Nurul Izzah Binti Abd
Manaf dan Malika Nur Syasya Binti Mohd
Nizam yang telah memberi banyak
pertolongan kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata,saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam pembikinan tugasan e-folio ini.
Terima Kasih.
PENGENALAN
DEFINISI PERPADUAN
• APAKAH MAKSUD
PERPADUAN? Perpaduan
ditakrifkan sebagai
hubungan erat atau bersifat
toleransi yang diwujudkan
secara sengaja dalam
kalangan kaum dan etnik
yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama
secara jujur dan ikhlas.
Dalam kata lain perpaduan
adalah proses
menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaan
cinta dan banggakan negara.
Malaysia merupakan salah
satu negara berbilang kaum
yang dapat hidup dengan
harmoni. Antara kaum utama
di Malaysia Melayu, Cina,
India Kadazandusun dan Iban.
Perpaduan tidak akan
tercapai jika ada segelintir
pihak yang cuba untuk
menjadi batu api dan
menyemarakkan lagi isu
perkauman dikalangan kaum
di Malaysia.
PENDAHULUAN
OBJEKTIF
PERPADUAN
1. MENJADI WARGANEGARA YANG
BERTOLAK ANSUR ANTARA
MASYARAKAT TANPA MENGIRA
KAUM.
2. MEMBENTUK IDENTITI
NASIONAL DENGAN SEMANGAT
JATI DIRI, PATRIOTIK, PRIHATIN,
TOLERANSI, SALING
MENGHORMATI DAN
BERTANGGUNGJAWAB.
3. MEMBENTUK KEPERIBADIAN
DAN MEMAHAMI KONSEP
KERJASAMA SERTA TOLONG-
MENOLONG ANTARA SATU SAMA
LAIN.
KEPENTINGAN
PERPADUAN DI
MALAYSIA
vKepentingan perpaduan di
negara kita menjadikan
Malaysia sebagai sebuah
negara yang merdeka.Hasil
perpaduan masyarakat Tanah
Melayu Ketika itu berganding
bahu untuk menuntut
kemerdekaan.
vSelain itu, perpaduan jugak
dapat mengelakkan
semanagat assabiah iaitu
semangat kekitaan yang
hanya mementingkan diri
sendiri.Semangat assabiah
ini akan menimbulkan
permusuhan antara kaum.
vPerpaduan dapat menaikkan
ekonomi negara.Perpaduan
yang ditunjukkan oleh rakyat
Malaysia akan menaikkan
ekonomi negara dari segi
pakaian, makanan, budaya
dan lain lain.
CABARAN DALAM
MEMUPUK
PERPADUAN DI
MALAYSIA
1.DARI SEGI POLITIK:
§ Perbezaan parti politik di Malaysia yang
berasaskan perkauman telah menyukarkan
perpaduan kaum.
§ Dunia politik sememangnya penuh dengan
kontrovesi dimana terdapat pelbagai
individu yang mempunyai tujuan dan
kepentingan yang berbeza. Hasilnya, masih
terdapat pemimpin yang kurang bijak
dengan mengharapkan sentimen
perkauman dapat memancing perhatian
rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin
melindungi kepentingan diri sendiri.
§ Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke
arah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara maju
yang lain, ahli politik perlu bersikap terbuka
dan matang. Politik sepatutnya membela
nasib keseluruhan rakyat bukannya
mengikut kepentingan bagi mana-mana
pihak.
§ Sekiranya rakyat dan para pemimpin
negara dapat mengatasi cabaran ini,
pastinya perpaduan kaum antara
masyarakat dalam negara akan menjadi
lebih erat dan tidak berlakunya perselisihan
faham antara kaum.
2.DARI SEGI EKONOMI
vD o m i n i s a s i s e s e b u a h k a u m d a l a m
sesuatu bidang ekonomi juga telah
mewujudkan jurang ekonomi antara
perkauman.
vCabaran ini telah pu n t i m b u l s e j a k
zaman penjajahan British lagi dimana
kaum Melayu menjadi petani dan nelayan,
kaum India diletakkan di ladang getah
dan kaum Cina bekerja sebagai
pedagang dan melakukan perlombongan.
vSetelah kemerdekaan dicapai, berlaku
perubahan di mana setiap kaum
mendapat peluang pendidikan dan
mampu berjaya sekiranya berusaha
dengan betul. Namun begitu, akibat
dasar penjajah dahulu, kesannya masih
dapat dilihat sampailah sekarang dimana
sektor perniagaan masih didominisasi
oleh kaum Cina dan kebanyakan orang
India masih tinggal di ladang.
vRentetan senario ini telah menyebabkan
interaksi sosial di antara mereka terbatas.
Kesannya, perasaan prasangka dan
perkauman akan menjadi semakin kuat
dan menebal di antara sesama kaum dan
.menyukarkan proses perpaduan
3.DARI SEGI SOSIAL
vKesepaduan sosial merupakan elemen
penting dalam sesebuah masyarakat
memastikan sesebuah masyarakat berada
dalam keadaan aman dan harmoni.
vA n t a r a c a b a r a n d i h a d a p i s e p a n j a n g
memupuk perpaduan dari aspek sosial
adalah permasalahan etnik.Setiap golongan
etnik mempunyai sistem pendidikan yang
tersendiri iaitu bagi pelajar Melayu
menuntut di sekolah Melayu, pelajar Cina
menuntut di sekolah Cina dan pelajar India
menuntut di sekolah India.Mereka juga
menggunakan bahasa etnik mereka sendiri
sebagai bahasa perantaraan, sistem yang
sebegini akan kurang memainkan peranan
yang berkesan bagi memupuk integrasi dan
persefahaman antara pelajar.
vS e m u a e t n i k m a s i n g - m a s i n g
mempertahankan bahasa ibunda mereka
dan tidak akan menerima bahasa ibunda
kaum yang lain.Hal ini kerana, mereka
menganggap tidak wajar untuk mempelajari
bahasa.Selain itu, ia juga menjadi satu
kewajipan di mana setiap sekolah
mengamalkan sistem pendidikan yg
berbeza.
vKesannya, ia akan memberikan impak yang
kurang elok kepada penstrukturan negara
kita kerana corak pendidikan yang berbeza-
beza.Tambahan pula, bakal pemimpin
negara juga akan mengalami kesukaran
untuk mendapatkan kata sepakat daripada
rakyat yang terdiri daripada etnik yang
berlainan.
LANGKAH-
LANGKAH
MEMUPUK
PERPADUAN
vMeyambut hari
perayaan bersama-sama
melalui rumah terbuka
vMenerbitkan drama
atau filem yang
mempunyai elemen
perpaduan kaum
dengan lebih banyak
vMemperkasa aktiviti
sukarelawan dan
kebajikan
vMenghormati antara
satu sama lain
vMemahami perayaan
masing masing
vMedia massa yang
meyebarkan mesej
positif tentang
perpaduan
vMelakukan aktiviti dan
sukan sesama kaum
vMenyatukan institusi
Pendidikan dari
peringkat rendah
KESAN DAN
IMPLIKASI
MASYARAKAT TIDAK
BERSATU PADU
vKeharmonian negara
terjejas
vKeadaan masyarakat
disekeliling tidak tenteram,
bebas dan maju
vPembangunan ekonomi
yang tidak stabil
vPendidikn di Malaysia
terjejas
vWujudnya masyarakat
yang tidak bermoral
vSikap mementingkan diri
dalam masyarakat
vSistem Pendidikan yang
tidak maju dari segi Bahasa
vTidak dapat memupuk
masyarakat yang
demokratik
KESIMPULAN
qKesimpulannya,semua pihak
haruslah berganding bahu dalam
menghadapi pelbagai cabaran
yang timbul dalam mengekalkan
perpaduan kaum dalam negara
kita. Pelbagai usaha telah diambil
tetapi belum cukup untuk
mengekalkan perpaduan kaum
yang mudah untuk dimusnahkan.
Kestabilan politik dan ekonomi
merupakan antara aspek yang
bakal menentukan keutuhan
perpaduan kaum dalam negara
ini.Cabaran mengekalkan
perpaduan kaum ini sebenarnya
merupakan tugas kita sendiri
dalam memastikan pemimpin
yang adil dipilih, amalan sikap
toleransi serta bertolak ansur
dilaksanakan dalam kehidupan
harian masing-masing. Bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh.
SUMBER RUJUKAN
http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/0
3/maksud-dan-kepentingan-perpaduan.html
https://sarawakvoice.com/2021/02/16/tiga-
objektif-kukuh-perpaduan-integrasi-nasional-
di-malaysia/
https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-
mengekalkan-perpaduan-kaum.html
https://www.sistemguruonline.my/2014/11/c
abaran-hubungan-etnik-di-malaysia.html
https://www.scribd.com/doc/57585043/Kepe
ntingan-Perpaduan
https://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-
tidak-wujud-perpaduan-kaum-dan-integrasi-
nasional-di-malaysia
https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/