The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by smaisarah946, 2022-11-13 07:49:05

ETIKA E-MAJALAH PERPADUAN DI MALAYSIA

ETIKA E-MAJALAH PERPADUAN DI MALAYSIA

E- MAJALAH

PERPADUAN DI MALAYSIA

PENSYARAH:ENCIK BORHANUDDIN BIN YA

SIDANG BERAKSI:

MALIKA NUR SYASYA BINTI MOHD SITI KHADIJAH MAISARAH BINTI MOHD
NIZAM (18DHF22F1004 AMIN (18DHF22F1018)

SHAZZZIA BINTI SAADON NURUL IZZAH BINTI ABD MANAF
(18DHF22F1045) (18DHF22F1053)

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN
PENGENALAN(DEFINISI PERPADUAN)
PENDAHULUAN(TUJUAN/OBJEKTIF PERPADUAN)
KEPENTINGAN PERPADUAN
CABARAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA

-DARI SEGI POLITIK
-DARI SEGI EKONOMI
-DARI SEGI SOSIAL
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN
KESAN DAN IMPLIKASI MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU
KESIMPULAN
SUMBER RUJUKAN
PENUTUP

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim…
Bersyukur kepada Allah SWT,akhirnya kumpulan kami mampu menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.Saya merasakan tugasan ini tidak akan dapat disempurnakan tanpa
bantuan bimbingan pensyarah,rakan-rakan dan ibu bapa.

Pertamanya,saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
saya,En.Borhanuddin Bin Ya kerana dengan tunjuk ajar serta dengan bimbingan
daripadanya untuk saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi dorongan dan sokongan moral untuk menyiapkan tugasan ini.

Ucapan prnghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan sekumpulan saya iaitu Shazzia
Binti Saadon,Nurul Izzah Binti Abd Manaf dan Malika Nur Syasya Binti Mohd Nizam yang
telah memberi banyak pertolongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan tugasan e-folio ini.
Terima Kasih.

PENGENALAN
DEFINISI PERPADUAN

• APAKAH MAKSUD PERPADUAN? Perpaduan ditakrifkan sebagai
hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata
lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan
salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan
harmoni. Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India
Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada
segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan
menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di
Malaysia.

PENDAHULUAN
OBJEKTIF PERPADUAN

• MENJADI WARGANEGARA YANG BERTOLAK ANSUR ANTARA
MASYARAKAT TANPA MENGIRA KAUM.

• 2. MEMBENTUK IDENTITI NASIONAL DENGAN SEMANGAT JATI DIRI,
PATRIOTIK, PRIHATIN, TOLERANSI, SALING MENGHORMATI DAN
BERTANGGUNGJAWAB.

• 3. MEMBENTUK KEPERIBADIAN DAN MEMAHAMI KONSEP
KERJASAMA SERTA TOLONG-MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN.

KEPENTINGAN PERPADUAN DI
MALAYSIA

• Kepentingan perpaduan di negara kita menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang merdeka.Hasil perpaduan masyarakat Tanah
Melayu Ketika itu berganding bahu untuk menuntut kemerdekaan.

• Selain itu, perpaduan jugak dapat mengelakkan semanagat assabiah
iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri
sendiri.Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara
kaum.

• Perpaduan dapat menaikkan ekonomi negara.Perpaduan yang
ditunjukkan oleh rakyat Malaysia akan menaikkan ekonomi negara
dari segi pakaian, makanan, budaya dan lain lain.

CABARAN DALAM MEMUPUK
PERPADUAN DI MALAYSIA

1.DARI SEGI POLITIK:

▪ Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman telah
menyukarkan perpaduan kaum.

▪ Dunia politik sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana
terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan
yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak
dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing
perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi
kepentingan diri sendiri.

▪ Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain,
ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang. Politik sepatutnya
membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan
bagi mana-mana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman
parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan
perpaduan kaum di negara ini.

▪ Sekiranya rakyat dan para pemimpin negara dapat mengatasi
cabaran ini, pastinya perpaduan kaum antara masyarakat dalam
negara akan menjadi lebih erat dan tidak berlakunya perselisihan
faham antara kaum.

2.DARI SEGI EKONOMI

❖Dominisasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi
juga telah mewujudkan jurang ekonomi antara perkauman.

❖Cabaran ini telah pun timbul sejak zaman penjajahan British
lagi dimana kaum Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum
India diletakkan di ladang getah dan kaum Cina bekerja
sebagai pedagang dan melakukan perlombongan.

❖Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan di mana
setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu
berjaya sekiranya berusaha dengan betul. Namun begitu,
akibat dasar penjajah dahulu, kesannya masih dapat dilihat
sampailah sekarang dimana sektor perniagaan masih
didominisasi oleh kaum Cina dan kebanyakan orang India
masih tinggal di ladang.

❖Rentetan senario ini telah menyebabkan interaksi sosial di
antara mereka terbatas. Kesannya, perasaan prasangka dan
perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di
antara sesama kaum dan menyukarkan proses perpaduan.

3.DARI SEGI SOSIAL

❖Kesepaduan sosial merupakan elemen penting dalam sesebuah masyarakat
memastikan sesebuah masyarakat berada dalam keadaan aman dan harmoni.

❖Antara cabaran dihadapi sepanjang memupuk perpaduan dari aspek sosial
adalah permasalahan etnik.Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan
yang tersendiri iaitu bagi pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu, pelajar Cina
menuntut di sekolah Cina dan pelajar India menuntut di sekolah India.Mereka juga
menggunakan bahasa etnik mereka sendiri sebagai bahasa perantaraan, sistem
yang sebegini akan kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk
integrasi dan persefahaman antara pelajar.

❖Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak
akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain.Hal ini kerana, mereka
menganggap tidak wajar untuk mempelajari bahasa.Selain itu, ia juga menjadi
satu kewajipan di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yg
berbeza.

❖Kesannya, ia akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan
negara kita kerana corak pendidikan yang berbeza-beza.Tambahan pula, bakal
pemimpin negara juga akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata
sepakat daripada rakyat yang terdiri daripada etnik yang berlainan.

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK
PERPADUAN

• Meyambut hari perayaan bersama-sama melalui rumah terbuka
• Menerbitkan drama atau filem yang mempunyai elemen perpaduan

kaum dengan lebih banyak
• Memperkasa aktiviti sukarelawan dan kebajikan
• Menghormati antara satu sama lain
• Memahami perayaan masing masing
• Media massa yang meyebarkan mesej positif tentang perpaduan
• Melakukan aktiviti dan sukan sesama kaum
• Menyatukan institusi Pendidikan dari peringkat rendah

KESAN DAN IMPLIKASI
MASYARAKAT TIDAK BERSATU
PADU

• Keharmonian negara terjejas
• Keadaan masyarakat disekeliling tidak tenteram, bebas dan maju
• Pembangunan ekonomi yang tidak stabil
• Pendidikn di Malaysia terjejas
• Wujudnya masyarakat yang tidak bermoral
• Sikap mementingkan diri dalam masyarakat
• Sistem Pendidikan yang tidak maju dari segi Bahasa
• Tidak dapat memupuk masyarakat yang demokratik

KESIMPULAN

Kesimpulannya,semua pihak haruslah berganding bahu
dalam menghadapi pelbagai cabaran yang timbul dalam
mengekalkan perpaduan kaum dalam negara kita.
Pelbagai usaha telah diambil tetapi belum cukup untuk
mengekalkan perpaduan kaum yang mudah untuk
dimusnahkan. Kestabilan politik dan ekonomi merupakan
antara aspek yang bakal menentukan keutuhan
perpaduan kaum dalam negara ini. Semoga setiap di
antara kita sedar betapa nikmatnya untuk hidup
bersama-sama dengan kaum dan agama lain secara
harmoni dan sejahtera. Cabaran mengekalkan
perpaduan kaum ini sebenarnya merupakan tugas kita
sendiri dalam memastikan pemimpin yang adil dipilih,
amalan sikap toleransi serta bertolak ansur dilaksanakan
dalam kehidupan harian masing-masing. Bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.

SUMBER RUJUKAN

ttp://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-perpaduan.html
https://sarawakvoice.com/2021/02/16/tiga-objektif-kukuh-perpaduan-integrasi-nasional-di-malaysia/
https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-kaum.html
https://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-hubungan-etnik-di-malaysia.html
https://www.scribd.com/doc/57585043/Kepentingan-Perpaduan
https://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-wujud-perpaduan-kaum-dan-integrasi-nasional-di-malaysia
https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/


Click to View FlipBook Version