The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rossammilzarrilhahiz, 2021-09-16 10:43:12

KAJIAN KES SEJARAH

KAJIAN KES SEJARAH

KAJIAN KES

MATA PELAJARAN
SEJARAH

BERSAMA
CIKGU JURIAH BINTI MOHAMAD

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD MUZZARRIL HAKIMI BIN ZAHAFIZ
5 MURABBI

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

PENDAHULUAN 3
PENGENALAN 4
BIODATA DOL SAID 6
PENDIDIKAN DOL SAID 7
SEJARAH NANING 8
PERJANJIAN NANING 10
PERJANJIAN KEMERDEKAAN REMBAU 28.1.1832 12
PERISTIWA PERANG NANING 1831 14
FAKTOR KEMENANGAN DOL SAID 15
PERISTIWA PERANG 1832 16
FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID 17
MAKAM DOL SAID 18

2

PENDAHULUAN

Kajian kes sejarah ini dilaksanakan bagi
memberi maklumat tentang tokoh perjuangan
pilihan saya iaitu Dol Said.Sepanjang saya
mendapatkan maklumat di internet,saya juga dapat
meluaskan pengetahuan saya tentang tokoh-tokoh
perjuangan yang lin juga.Disamping itu,dengan
terhasilnya kajian kes ini, ianya dapat menaikkan
semangat cintakan tanah air dalam diri saya dan
juga pembaca.

Selain itu,kajian kes ini juga dilaksanakn bagi
memenuhi pemarkahan akhir tahun bagi
matapelajaran sejarah.

3

PENGENALAN

Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL SAID dilahirkan pada tahun 1773 dan
meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau berketurunan
suku Semelenggang, Dol Said juga adalah penghulu Naning yang ke sembilan
selepas menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 ketika beliau berusia 26
tahun.
Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah
pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras
membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan
kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua
kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah
menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di
sejarah Melaka.

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000
orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos
1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam
peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama
kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu
serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.

4

Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang
Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh
ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah
peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.
Sejak kecil lagi Dol Said mempunyai sifat keberanian apabila beliau mula belajar
ilmu mempertahankan diri pada umur beliau enam tahun. Dol said seorang yang
tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati oleh
orang ramai. Dol Said juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya.

5

BIODATA DOL SAID

NAMA SEBENAR : DATO NANING ABDUL SAID BIN
OMAR
NAMA GELARAN :
TEMPAT TINGGAL : DOL SAID
JAWATAN :
DAERAH NANING
TARIKH LAHIR :
PENDIDIKAN : PENGHULU NANING YANG
KESEMBILAN
TARIKH KEMATIAN :
TEMPAT DIKEBUMIKAN : PADA TAHUN 1773

MULA BELAJAR SENI SILAT
KETIKA BERUSIA 6 TAHUN

PADA TAHUN 1849

TANAH PERKUBURAN ISLAM
TABUH NANING,ALOR GAJAH

6

PENDIDIKAN DOL SAID

Sejak kecil lagi, beliau telah diasuh dengan didikan agama yang baik. Dol Said
seorang yang tekun yang mengaji. Dapat dirumuskan bahawa perjuangan beliau
dalam menentang penjajah bukan kerana semangat patriotisme semata-mata,
malahan demi mempertahankan agama Islam.
Dalam melengkapi lagi ilmu didalam dirinya Dol Said turut mempelajari ilmu
mempertahankan diri iaitu seni silat sejak berusia enam tahun lagi.
Ilmu agama yang dituntutnya sedari kecil, menjadikan dirinya dihormati oleh orang
ramai. Selain itu Dol Said merupakan anak yang taat hasil asuhan dan didikan oleh
ibubapanya.

7

SEJARAH NANING

Naning adalah sebuah daerah yang terletak di dalam negeri Melaka. Ia
bersempadan dengan Rembau, Negeri Sembilan dan berhampiran dengan Taboh.
Di bahagian utaranya, Sungai Buloh dan Melekek di bahagian selatan. Naning masih
lagi wujud hingga ke hari ini. Menurut sejarah, Naning pernah dijajah oleh Inggeris di
sekitar tahun 1832 dan diperintah oleh Belanda semenjak tahun 1757 sehingga
tahun 1824 iaitu setelah termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda.
Naning adalah sebuah mukim atau daerah yang dibuka oleh orang Minangkabau
dalam kurun ke 15. Dikisahkan orang-orang Minangkabau yang mudik ke Sungai
Linggi telah pergi membuka kawasan Naning , bernikah kahwin dengan penduduk
asli di sana dan juga adalah antara “nagari” terawal yang menjadi anggota gabungan
“Nagari Sembilan” yang bermuafakat untuk menjemput Raja dari Pagar Ruyong,
Sumatera bagi menjadi Raja kepada “Nagari Sembilan”.

8

Sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka, Naning adalah kawasan naungan
Kerajaan Melaka. Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Naning
bersama nagari-nagari lain telah turut “bertali ke Johor” dan memperakui kedaulatan
dan kekuasaan Sultan Johor ke atas Naning. Namun setelah Melaka jatuh ke tangan
Belanda pada 1641, Naning telah berbaik-baik dengan pihak Belanda dan sebagai
tanda persahabatan Penghulu Naning telah bersetuju menyerahkan satu persepuluh
dari hasil padi dan tanaman di kawasan Naning kepada Belanda di Melaka. Ini
dibuat memandangkan kekuasaan Sultan Johor yang kian lemah. Sebagai balasan
kepada pemberian Naning ini, Belanda telah mengiktirafkan Naning sebuah negeri
yang bebas dan mempunyai pemerintahnya sendiri.

Sejarah telah membuktikan Dol Said atau nama penuhnya Abdul Said adalah
seorang wira yang mempelopori perjuangan menentang penjajahan Inggeris di
Tanah Melayu pada masa itu khususnya di daerah Naning. Dol Said dilahirkan
dalam tahun 1775 dan merupakan anak jati Naning. Dalam tahun 1802, beliau telah
dilantik menjadi penghulu Naning untuk menggantikan Dato’ Anjak yang telah
meninggal dunia.

9

PERJANJIAN NANING

10

isi kandungan perjanjian
BAB I
“Captain tersebut atau Penghulu atau Menteri-Menteri dan Dato’-Dato’
Lembaga berjanji dan bersumpah dalam Naning dan bagi pihak kesemua kaum
Naning supaya taat dan jujur kepada Yang Berhormat Gabenor dalam majlis
Mesyuarat, Fort St George dan begitu juga kepada Gabenor dan
Pemerintah,Pekan dan Kota ini dan segala pemerintah –pemerintah yang ada
sekarang atau dilantik oleh mereka dan lagi akan menumpukan taat setia nya
dalam segala perkara kepada Pihak Yang Berkuasa British sebagimana yang
termesti di hantar dengan sedikit pun tidak boleh cuba membantah atu
melawan Gabenor tersebut sama ada secara lngsung atau tidak langsung dan
Bab-bab yang berikut hendaklah dipatuhi dan lain-lain Perjanjian yang telah
diluluskan dengan negara lain yang menyentuh Brittish hendaklah di batalkan”
BAB II
“Jika ada sesiapa di Naning, anak-anak Minangkabau dan anak Melayu
melanggar kehendak-kehendak Perjanjian ini atau pun tidak taat setia kepada
Gabenor atau pegawainya , Penghulu dan Data’ Lembaga dengan perintah
Gabenor hendaklah orang itu" menyerahkan untuk dihukum sebagaimana
sepatutnya”
BAB III
" Penghulu, Dato-Dato Lembaga dan semua rakyat Naning hendaklah
menyerahkan satu persepuluh daripada keluaran hasil padi dan hasil buah-
buahan mereka kepada East India Company.(Kompeni Inggeris)"

11

PERJANJIAN KEMERDEKAAN REMBAU 28.1.1832

12

Pada hari ini dalam tahun 1832, satu perjanjian persahabatan ditandatangani di
antara Penghulu Rembau iaitu Raja Ali dan lapan orang Suku bagi pihak Rembau
dan Robert Ibbetson, Residen bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka bagi pihak
kerajaan Inggeris. Dengan perjanjian ini Kerajaan Inggeris membatalkan dan
memansuhkan semua perjanjian dan persetujuan yang terdahulu yang dibuat di
antara Rembau, Kerajaan Belanda dan Kerajaan Inggeris yang ada
sekarang. Antara perjanjian itu ialah:-

1. Kerajaan Inggeris mengakui Raja Ali dan lapan orang Suku sebagai pemerintah
Rembau dan jajahan takluknya.

2. Kerajaan Inggeris dan Rembau akan mengekalkan persahabatan yang
berpanjangan dan menahan dari melakukan sebarang tindakan
permusuhan. Kerajaan Rembau bebas menjalankan pemerintahan dalam
lengkongan wilayahnya mengikut undang-undang dan adat negeri itu.

3. Jika berlaku sebarang angkara ke atas rakyat Rembau oleh rakyat Inggeris di
kawasan pihak Inggeris, pihak Rembau tidak boleh melakukan sebarang tindakan
tetapi hendaklah merujukkan angkara itu kepada kerajaan Inggeris untuk disiasat,
dan jika sabit kesalahan di atas rakyat Inggeris, ia akan dihukum mengikut Undang-
undang Inggeris, demikian juga sebaliknya jika berlaku angkara ke atas rakyat
Inggeris oleh rakyat Rembau di kawasan pihak Rembau, pihak Inggeris tidak boleh
mengambil sebarang tindakan tetapi hendaklah merujuk perkara itu kepada pihak
berkuasa Rembau untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan ia dihukum mengikut
kesalahannya. Sekiranya pihak Rembau mengumpul orang dan kelengkapan untuk
tujuan berperang, hendaklah ia memberitahu Inggeris akan tujuannya itu, demikian
juga bagi pihak Inggeris hendaklah ia berbuat yang sama.

4. Dengan termaktubnya perjanjian kemerdekaan Rembau, pada hari ini dalam
tahun 1832, Rembau diiktiraf oleh Inggeris sebagai sebuah negeri yang merdeka. Ini
dapat dimengertikan dari pemansuhan perjanjian-perjanjian yang terdahulu yang
mengikut dan memaksa Rembau menurut segala kemahuan Inggeris.

13

PERISTIWA PERANG NANING 1831

British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan
Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat
mengaibkan Inggeris kerana mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh
Naning sebuah daerah kecil. Pada mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan
dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan
Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan
pelbagai senjata tradisional yang lain.
Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur
setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat
mengaibkan Inggeris sehingga mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk
meriam dalam usaha menundukkan Naning.British mengishtiharkan Dol Said
sebagai penderhaka . British menghantar 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten
Wyllie untuk menyerangnya tetapi angkatan British berjaya ditewaskan .
Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya
memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian
dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau,
Sungai Ujung dan Seri Menanti.
Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang
Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka
penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah
mereka membantu Inggeris menakluk Naning.Walaupun tidak lagi mendapat
bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan
orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning.

14

Faktor kemenangan Dol Said :

• Penggunaan taktik gerila
• Bantuan daripada Seri Menanti , Sungai Ujong , Johol dan Muar
• Pertolongan daripada pasukan bantuan yang diketuai oleh menantu Yamtuan

Raja Muda Ali dari Rembau iaitu Syed Sha'aban.
British sedar bahawa Naning tidak mudah dikalahkan . Oleh itu , British 'berunding'
dengan Yamtuan Raja Muda Ali dan beliau bersetuju membantu British dengan
menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning .

15

PERISTIWA PERANG 1832

Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning . Pakatan British
dengan Rembau telah berjaya mengalahkan Naning . Dol Said berundur ke Seri
Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British.
Kesan perang :

• Taboh telah ditawan
• Rumah penduduk Naning telah dibakar
• Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
• Daerah Naning dan Melaka disatukan
• British mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling walaupun

berjaya mengalahkan Naning

16

FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID

1. Kemerdekaan dan kedaulatan Naning
selepas perjanjian Inggeris – Belanda 1824,british telah
mendakawa Naning sebahagian dari Melaka dan menuntut
rakyat Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka.
Perkara ini tidak disenangi oleh rakyat Naning yang menganggap Naning sebuah
daerah yang merdeka dan berdaulat.

2. Menentang bayaran cukai
Melalui undang-undang 1830 British telah memaksa Naning membayar cukai 1/10
daripada hasil keluaran pertanian.
Arahan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Naning.

3. Perlaksanaan undang-undang British
Undang-undang barat (peraturan penghulu) telah menggugat kuasa dan kedudukam
Dol Said kerana melalui undang-undang ini penghulu tidak dibenar mengendalikan
kesalahan (kes) jenayah.

17

Disinilah lokasi Dol Said disemadikan.

18


Click to View FlipBook Version