ASSESSMENT COVER SHEET/
LEMBARAN HADAPAN PENILAIAN KURSUS
JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN
PROGRAM:
SESI 1 2021/2021
KOD KURSUS : MPU 24011 (PERMAINAN TRADISIONAL)
LECTURER’ S NAME/ : PN . NOR WAHIDA BINTI DZALIHU’ZZABIR
NAMA PENSYARAH
TYPE OF ASSESSMENT/ : TUNJUK CARA
JENIS PENILAIAN : PERMAINAN TRADISIONAL : CEPER
TITLE/ TAJUK
SUBMISSION DATE/ : 1 DICEMBER 2021
TARIKH HANTAR :
RECEIVED DATE (fill in by lecturer)
TARIKH TERIMA (diisi oleh pensyarah)
STUDENT’S NAME/ NAMA PELAJAR MATRIC NUMBER/ CLASS/
NOMBOR MATRIK KELAS
MUHAMMAD ASYRAAF B MAHADIR
SYABIL FITRI B MOHD HELMI 23DIB21F1060 DIB
23DLS21F1076 DLS
MUHAMMAD NAJMI BIN SHAHAR 23DLS21F1034 DLS
FUAD NAJMANUDIN B MOHAMAD YUSOF 23DLS21F1077 DLS
MUHAMMAD HAKIM MAHATHIR B MAZLAN 23DLS21F1086 DLS
MARKS/ MARKAH: CLO2 TOTAL MARKS/
CLO1 JUMLAH MARKAH
LECTURER’S COMMENT/
KOMEN PENSYARAH
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG CEPER 2
KECERGASAN DAN KECEDERAAN PERMAINAN CEPER 3
TUNJUK CARA PERMAINAN CEPER 4-5
INFO TAMBAHAN PERMAINAN CEPER 5
LINK VIDEO TUNJUK CARA 6
RUJUKAN
Sejarah & Latar Belakang Permainan Ceper
Permainan penutup botol ini dikenali sebagai 'Ceper'. Permainan ini amat terkenal dalam
kalangan kanak-kanak dan remaja pada suatu ketika dahulu dan masih dimainkan hingga
sekarang. Permainan ini amat menyeronokan jika dimainkan bersama rakan-rakan ataupun ahli
keluarga. Lebih ramai pemain, lebih seronok permainan ini dimainkan. Kebiasaanya permainan ini
lebih kerap dimainkan oleh kaum lelaki
Kecuali, jika terdapat pemain yang handal, pasti kita akan berasa bosan kerana menunggu giliran
kita tiba. Kebanyakan penutup botol ini boleh diperolehi daripada botol minuman berkaca ataupun
botol kicap. Permainan ini hanya memerlukan lima buah penutup botol sahaja seperti gambar di
bawah
Objektif permainan ini cukup mudah, iaitu mengumpul mata sebanyak yang mungkin dan andalah
pemenangnya. Tetapi, untuk bermainnya, kita memerlukan sedikit kemahiran seperti menimbang
menggunakan tangan, dan menjentik penutup botol.
Kecergasan & Kecederaan Permainan Ceper
KERCERGASAN PSIKOMOTOR AFEKTIF
KOGNITIF ❑ Aktiviti menimbang ❑ Dapat memastikan
❑ Dapat membuat otak ceper memerlukan penggunaan masa
berfungsi dengan lebih
baik apabila seseorang pergerakan tangan dan lapang yang berguna
pemain ingin melakukan
gerakan melibatkan kepantasan ❑ Dapat melahirkan emosi
yang stabil dan positif
❑ Pemain juga boleh menyambut ceper untuk apabila menghayati
berfikir cara cara untuk suasana dan semangat
memastikan penutup memperoleh markah kesukanan
yang dijentik akan
mengenai penutup yang ❑ Pemain perlu mengawal
diarahkan
kadar kelajuan jentikan
sebelum menjentik
ceper ke sasaran
KECEDERAAN
❑ Pemain boleh terdedah kepada kecederaan sekiranya terdapat masalah di penutup botol
yang dimainkan seperti penutup yang sudah bengkok ataupun mempunyai sisi yang tajam
ini akan menyebabkan kecederaan kepada jari atau tapak tangan semasa bermain.
❑ Pemain juga harus memilih kawasan yang sesuai untuk bermain ceper agar ianya dapat
mengelakkan kecederaan terhadap pemain dan orang lain
❑ Pemilihan kawasan bermain amatlah penting kerana ianya akan memastikan para pemain
dapat bermain dengan keadaan yang selesa dan dalam keadaan selamat
Cara-Cara Bermain Permainan Ceper
Sedia kan 5 penutup botol kaca (ceper)
1. Setiap pemain akan menimbang ceper (1 ceper mewakili 2 markah), bagi menentuka
giliran semasa bermain. Pemain dengan markah yang tertinggi akan memulakan
permainan terlebih dahulu.
2. Ceper disusun secara bertindih (menegak), kemudian diputarkan di udara bagi
memastikan ceper tersebut bertaburan seperti gambar rajah di bawah :
3. Pemain lain akan menentukan arah ceper mana yang akan dijentik oleh pemain yang
sedang melakukan pergerakan.
4. Andai kata ceper yang dijentik tidak mengena sasaran atau tersentuh ceper yang lain,
maka giliran akan tamat dan diteruskan dengan pemain yang seterusnya.
5. Sekiranya Berjaya menjentik semua ceper yang di arahkan oleh pemain lain, pesingan
akan di teruskan dengan menimbang ceper menggunakan tangan seperti gambar
dibawah :
6. Permainan akan diteruskan sehingga terdapat pemain yang Berjaya mengumpul markah
penuh dengan pantas.
7. Pemain pertama yang berjaya mengumpul markah penuh akan menjadi sebagai
pemenang.
Info Tambahan Permainan Ceper
Ayam
• Ceper yang bertindih dua selepas diputarkan ke udara dipanggil ayam. Apabila
perkara ini berlaku, pemain lain akan menolong untuk menekan dari atas mengikut tahap
tekanan iaitu "sederhana(hujan), kuat(ribut) dan sangat kuat(taufan)". Tahap ini ditentukan
oleh mana-mana pemain yang menyebutnya terlebih dahulu. Tujuan ditekan dari atas untuk
selerakkan semula ceper supaya tidak bertindih.
Jamban
• Ceper yang bertindih tiga selepas diputarkan ke udara dipanggil jamban. Ceper
disusun secara bertingkat iaitu 2 dibawah, 1 di atas. Pemain akan diberi pilihan oleh
pemain lain sama ada untuk memilih jamban terbuka atau tertutup. Kemudian pemain akan
menjentik ceper berdasarkan arahan pemain lain.
• Jamban terbuka - 2 dibawah, 1 di atas tertutup, 1 lagi di atas terbuka.
Bunga
• Berlaku apabila 4 ceper yang diputarkan ke udara bertindih antara satu sama lain.
Keadaan ini jarang berlaku, tetapi mudah untuk dilakukan dengan cara memutarkannya ke
udara secara perlahan dan rendah. 4 ceper di susun secara sebelah menyebelah
membentuk segi empat sama dan 1 di atas. Pemain lain akan menekan ceper di atas
dengan kuat agar ceper-ceper tersebut bertebaran. Kemudian pemain menjentik ceper
tersebut berdasarkan arahan pemain lain seperti biasa.
Video Tunjuk Cara :
https://youtu.be/mT3qRLHhM6g
Rujukan :
https://permainanwarisan.blogspot.com/2020/05/ceper-atau-tudung-
botol.html
https://youtu.be/ML7_2GWVXOg
https://youtu.be/K4CkDXxxG-0