The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (WAJARKAH SEKOLAH VERNAKULAR DITERUSKAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatin fatin, 2023-04-03 12:09:53

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (WAJARKAH SEKOLAH VERNAKULAR DITERUSKAN)

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (WAJARKAH SEKOLAH VERNAKULAR DITERUSKAN)

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN SESI 2 : 2022/2023 E-FOLIO: WAJARKAH SEKOLAH VERNAKULAR DITERUSKAN NAMA NO MATRIKS NURUL ALIYA BINTI HAIRUL NIZAM 16DPM22F2056 FATIN ADILAH BINTI MUHAMMAD AZROIEE 16DPM22F2060 NUR SAHIRA BINTI ABDULLAH 16DPM22F2085 RUZMIMIZATUL ALYA BINTI AZRUL AZIZ 16DPM22F2064 NUR SYAMIMI BINTI RAHMEE 16DPM22F2062 NAMA PENSYARAH : NUR HIDAYU BINTI SALLEH


ISI KANDUNGAN BIL BUTIRAN MUKA SURAT 1 MUKA DEPAN 1 2 PRAKATA 3 3 APAKAH ITU SEKOLAH VERNAKULAR? 4 4 FAKTOR 5 5 BRITISH LEPAS TANGAN ISU PENDIDIKAN 6 6 KESAN POSITIF 9 7 KESAN NEGATIF 11 8 CARA PEMIKIRAN PELAJAR BERLAINAN 12 9 MEWUJUDKAN PELBAGAI JENIS SEKOLAH YANG MEMISAHKAN KAUM-KAUM 13 10 CARA MENGATASI 15 11 TUBUHKAN SATU SISTEM YANG SAMA DI SETIAP SEKOLAH DI NEGARA KITA 16 12 MENUKARKAN NAMA SEKOLAH KEPADA LEBIH SESUAI 17 13 PANDANGAN 18 14 KESIMPULAN 19 15 RUJUKAN 20


PRAKATA Di sini ,kami ingin merakamkan penhargaan yang tidak terhingga dan jutaan terima kasih buat guru Moral kami,Nur Hidayu Binti Salleh.Beliau telah sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat-nasihat yang jelas dan berguna tentang eFolio kepada kami semasa menjalankan kerja kursus ini. Di samping itu,kami dapat menyiapkan eFolio ini dalam tempoh yang ditetapkan.Buku ini merupakan kajian khas yang dikaji oleh kami berkenaan dengan topic “wajarkah sekolah vernakular diteruskan”. Pada akhir sekali,kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan kami kerana mereka telah memberikan kerjasama yang banyak kepada kumpulan ini semasa menjalankan kerja krusus ini dan sentisa saling membantu untuk menyelesaikan folio ini. Tanpa kerjasama ahli kumpulan kami, folio ini tidak mungkin akan diselesaikan dalam masa yang singkat dan lancar.


PENGENALAN APA ITU SEKOLAH VERNAKULAR ? Isu sekolah vernacular di negara kita sudah tidak asing lagi di negara kita. Apakah yang dimaksudkan dengan sekolah vernacular sebenarnya ? Sekolah vernacular adalah sekolah yang menggunakan Bahasa ibunda dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah mengikut kaum utama yang terdapat di Malaysia iaitu melayu , cina dan india. Terdapat tiga jenis sekolah vernacular di negara kita iaitu melayu , cina dan tamil. Untuk sekolah kaum melayu,ianya dinamakan sekolah kebangsaan (SK). Untuk sekolah kaum cina, ianya dinamakan sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC).Manakala untuk sekolah kaum india dinamakan sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT).


FAKTOR-FAKTOR PENGARUH BRITISH Sebelum kedatangan british,pendidikan merupakan satu keistimewaan khas bagi golongan bangsawan namun tidak ada format yang tetap merangka system pendidikan di negara kita Pendidkan dilihat sebagai kaedah pembelajaran berbentuk informal,mendidik kemahiran-kemahiran hidup seperti bertani,memancing dan berkebun bagi remaja lelaki sementara wanita pulak diajarkan kemahiran seperti menjahit dan memasak.Ilmu-ilmu agama menjadi pilihan sekiranya ada pelajar yang mahu melanjutkan


pengajian dan menambahkan pengetahuan,dengan pondok-pondok ditubuhkan mejadi institusi pendidikan secara kecil-kecilan Kedatangan penjajah belanda dan protugis membuka beberapa buah sekolah bercirikan ajaran krisian,namun mendapat tentangan penduduk tanah melayu yang merasakan kandungan pendidikan yang diajarkan di sekolah-sekolah itu bertentangan dengan ajaran islam. Jadi tidak ramai penduduk menyertai sekolah tersebut,menyebabkan tidak diteruskan.Melihat apa yang sudah berlaku kepada belanda dan protugis yang gagal mengambil hati orang tempatan,british merangka strategic yang lebih licik namun


Berjaya membuatkan penduduk tanah melayu terbuka untuk menerima system pendidikan british. British lepas tangan isu pendidikan British memilih untuk tidak masuk tangan dalam urusan pentadbiran sistem pendidikan setiap kaum.Dengan mengekalkan situasi sebegitu british mudah dapat menjalankan agenda ‘pecah dan perintah’ yang mereka amalkan Hasrat british ketika itu amat jelas iaitu mereka mahu setiap kaum kekal mengamalkan cara hidup mereka ketika itu. Melayu perlu kekal di kawasan pertanian,cina terus menjalankan aktiviti perlombongan dan perniagaan manakala orang india kekal dalam kawasan lading dan estet.


Jadi british hanya memantau segala aktiviti pendidikan yang ada,membiarkan sukatan mata pelajaran serta pentadbiran setiap sekolah diuruskan sendiri oleh wakil setiap kaum. Ini bagi mengelakkan sebarang kontroversi atau perbalahan timbul diantara wakil setiap kaum dan kerajaan penjajah british.


KESAN POSITIF Sekolah vernikular pada masa kini sememangnya mempunyai kepentingan kepada negara Malaysia.Isu sekolah vernakular dalam sistem pendidikan di Malaysia sememangnya tidak pernah selesai dan kerap menjadi kontroversi. Namun demikian mejoriti orang cina yang diwakili oleh Dong Jiao Zong berkata bahawa sekolah vernakular sejak berpuluh tahun tidak pernah mengakibatkan polarisasi kaum,malah telah mempertingkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.Hal ini demikian kerana bahawa Bahasa mandarin merupakan salah satu Bahasa ekonomi dunia.Oleh itu,apabila seseorang yang telah bersekolah di sekolah vernakular


tidak kira apapun bangsa,akan mempelajari Bahasa ekonomi dunia ini. Sekolah vernakular juga boleh mendidik pelajar yang berlainan kaum untuk dapat menguasai Bahasa ketiga yang mana mampu untuk menjamin masa depan yang kukuh terutamanya ketika bersaing dalam dunia kerjaya.Pada masa kini,contohnya Malaysia masih memerlukan Bahasa ketiga dalam dunia kerjaya.Oleh itu,apabila seseorang itu mempunyai kepakaran atau pengetahuan bertutur Bahasa ketiga,ia menjadi satu bonus untuk mendapat peluang pekerjaan.


KESAN NEGATIF KURANG MEMUPUK PERPADUAN Kurang memupuk perpaduan pendidikan adalah satu proses utama dalam membentuk kendiri untuk mencapai kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna. Pendidikan di Malaysia juga adalah satu alat sistem social untuk mencapai matlamat perpaduan dan intergrasi nasional.Dasar pendidikan negara yang diwujuudkan oleh pihak british mahupun kerajaan sebelum merdeka dan selepas merdeka pada asasnya adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum.Namun apabila sekolah aliran diperkenalkan dia akan mengurangkan kesepaduan kaum dan atnik.


CARA PEMIKIRAN PELAJAR BERLAINAN Dengan terwujudnya sekolah yang berlainan aliran,akan berlakunya perbezaan cara pemikiran dan pendapat kerana setiap sekolah menerapkan ajaran yanag berbeza dan hanya mengikut pemahaman bangsa sendiri.


Mewujudkan pelbagai jenis sekolah yang memisahkan kaum Pada zaman penjajahan British pelbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan seperti sekolah melayu,sekolah agama,sekolah cina, dan sekolah tamil telah menjadi pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu,sabah dan Sarawak. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja. Beliau menegaskan yang situasi begini merupakan penyebab utama kanak-kanak. Kanak-kanak Melayu,Cina dan India,sukar bergaul antara satu yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman,perpaduan kaum tidak mungkin akan tercapai jika system pendidikan colonial ini diteruskan.


Ketiga-tiga kaum iaitu orang Melayu,Cina, dan India hanya berkesempatan bergaul jika mereka belajar di sekolah inggeris yang terdapat di bandar-bandar sahaja. Sekolah ini hanyalah lebih kepada orang Cina dan India sahaja, dan mengetepikan peluang bagi anak-anak orang Melayu yang tinggal di desa.


Cara Mengatasi Perbalahan Kaum: Sering melakukan kolaborasi bersama antara sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular. Pihak sekolah terutamanya perlu lebih proaktif dalam menangani masalah ini,dengan selalu mengadakan kolaborasi bersama dengan sekolah-sekolah vernakukar yang lain. Antara contoh program yang boleh dilakukan,bersama ialah Sambutan Hari Kebangsaan,Sambutan Hari Perayaan dan sebagainya. Oleh itu,pelajar dapat lebih mengenali sambutan perayaan bangsa lain dan selain itu juga,ia juga mungkin dapat mendekatkan lagi semangat perpaduan antara masyarakat di Malaysia.


Menubuhkan satu sistem yang sama di setiap sekolah di negara kita; Sistem ditukarkan kepada setiap sekolah menjadi sistem yang sama iaitu menggunakan sistem Bahasa yang sama,menggunakan silibus yang sama dan sebagainya.


Menukarkan nama sekolah kepada yang lebih sesuai: Contohnya,nama sekolah yang menggunakan nama-nama tokoh negara; 1.Badlishah 2.Zainab 3.Tengku Ampuan Intan Nama Tempat; 1.Putrajaya 2.Kota Bharu


Pandangan: Jadi,masih wajarkah sekolah vernakular ini diteruskan ataupun tidak? Hasil daripada pencarian maklumat yang kami telah lakukan tentang isu sekolah vernakular ini,kami mendapati ianya tidak patut diteruskan atas beberapa faktor yang jelas. Kita sebagai masyarakat yang majmuk hidup di negara Malaysia ini,perlulah hidup bersatu-padu dan saling hormat-menghormati anatara satu sama lain. Oleh itu,kita tidak sepatutnya berpecah-belah kerana ianya akan menimbulkan masalah bukan sahaja kepada masyarakat,malah akan mengundang masalah kepada negara. Maka dengan itu, pada pandangan kami,sekolah vernakular tidak perlu diteruskan lagi .


Kesimpulan Kesimpulannya, proses penyatuan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah lama wujud dan agak sukar untuk direalisasikan. Penyatuan dalam bidang ini akan tercapai sekiranya kita berusaha untuk bersatu padu dalam menangani masalah ini. Justeru itu, rakyat Malaysia perlulah saling hormat menghormati antara satu sama lain bagi mengekalkan keharmonian di negara ini.


RUJUKAN 1)https://fliphtml5.com/enfqj/shim/b asic#:~:text=Description%3A%20WA JARKAH%20SEKOLAH%20VERNAKU LAR%20DITERUSKAN&text=WT%20 kerana%20dengan%20limpah%20kurni anya,tempoh%20masa%20yang%20tel ah%20ditetapkan 2)http://zahirzainudin.blogspot.com/2 017/06/pendidikanvernakular.html?m=1 3)https://www.edisi9.com.my/2020/0 6/apa-itu-sekolah-vernakular-sejarahbahagian-1/ 4)https://prezi.com/p/zbworijbwjk/sekolah-vernakularmenyebabkan-perpecahankaum/?fallback=1


Click to View FlipBook Version