The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Izzah Shaffiyah, 2022-12-21 12:46:28

FLIPBOOK NATIONHOOD (GROUP H)

FLIPBOOK NATIONHOOD (GROUP H)

BANJAR

KEUNIKAN DAN
KEISTIMEWAAN

APA YANG
MENARIK?

MASYARAKAT BANJAR
MENEKANKAN MELUKIS,TUKANG
PERMATA DAN BERNIAGA

PERJUANGAN
MASYARAKAT BANJAR

MASYARAKAT BANJAR YANG
SENTIASA BERDEPAN DENGAN
KRISIS PEPERANGAN DALAM
MENUNTUT HAK MEREKA

I M/S PENGENALAN
S 3-4 Latar belakang masyarakat Banjar

I M/S TINGKAH LAKU DAN KAWASAN

5-6 TEMPAT TINGGAL

K M/S MAKANAN TRADISI
A 7-8 Ketahui jenis-jenis makanan tradisi oleh masyarakat Banjar

N M/S SENI MEMBINA RUMAH
D 9-12

U M/S PAKAIAN TRADISIONAL

N 13-14 Pakaian yang sering dipakai oleh masyarakat Banjar ketika
adanya upacara seperti majlis perkahwinan

G

M/S

A 15-18 KEPERCAYAAN AGAMA
N M/S AMALAN MENANAM URI , UPACARA NAIK

19-23 BUAIAN DAN BUDAYA BERPUKONG

M/S LARANGAN BAGI WANITA HAMIL
24-30 DAN ADAT RESAM PERKAHWINAN

M/S GOTONG ROYONG ANGKAT RUMAH
31-37 DAN ADAT PENGURUSAN KEMATIAN

M/S PERUBATAN
38 Cara-cara perubatan yang diamalkan

M/S KESIMPULAN DAN RUMUSAN
39

M/S SUMBER RUJUKAN DAN

2 40-42 LAMPIRAN

PENGENALAN

Tidak seperti negara-negara yang lain, masyarakat Malaysia terdiri daripada
pelbagai bangsa yang bersatu di bawah lembayung negara yang makmur.
Malaysia terkenal kerana sifat majmuknya. Namun, ramai yang tidak
mengetahui bahawa rumpun masyarakat Melayu terdiri daripada beberapa
suku kaum yang berbeza. Salah satu kaum yang terdapat dalam rumpun
masyarakat Melayu adalah etnik Banjar. Sejarah kedatangannya adalah
hampir sama dengan masyarakat Jawa, namun masyarakat Banjar masih
tidak dikenali ramai. Seperti etnik lain, etnik Banjar juga merupakan
masyarakat kompleks dan mempunyai sejarah mereka tersendiri. Tradisi
Banjar kebanyakan adalah hasil asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Tidak
hairanlah sekiranya ketiga-tiga etnik ini mengalami pertembungan adat
tradisional. Oleh itu, penulisan esei kumpulan ini akan merungkai dan
membedah sejarah kedatangan masyarakat Banjar ke Malaysia dan turut
merungkai kebudayaan mereka.

3

LATAR BELAKANG

Orang Banjar yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah kebanyakannya berasal dari
Kalimantan, Indonesia iaitu sebuah kawasan di selatan Basin Barito di pusat bandar

daerah itu iaitu daerah Banjar Masin. Kawasan ini terletak di bahagain tenggara
Borneo. Antara daerah-daerah utama tempat asal orang Banjar ialah daerah

Martapura, Hamandit, Amuntai, Balangan, Alai dan Margasari. Terdapat juga yang
berasal dari kawasan yang terkenal dengan penanaman padi di Sumatera Tengah
iaitu kawasan Bukit Tinggi dan Sepat. Oleh itu, kebanyakan yang berhijrah ke Tanah

Melayu mahir dalam penanaman padi. Masyarakat Banjar turut menekankan
melukis, tukang permata dan berniaga sebagai pekerjaan khusus mereka.

Kemahiran inilah yang membezakan orang Banjar dan orang Dayak di utara barat
Banjar Masin. Selain itu, masyarakat Banjar turut mahir membuat peralatan dari besi
untuk membuat peralatan pertanian dan senjata. Kerana itulah masyarakat Banjar

lebih memilih untuk tinggal di lembah-lembah sungai seperti Sungai Barito dari
Banjar Masin sehingga ke Asuntai dan Tanjung di utara.

Afred Bacon Hudson, seorang pengkaji Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia
masyarakat Banjar mengatakan bahawa dikatakan merupakan anak cucu masyarakat Banjar
tarikh sebenar migrasi masyarakat Banjar ke yang telah berhijrah dalam tiga gelombang migrasi
Tanah Melayu tidak dapat dipastikan tetapi besar. Gelombang migrasi pertama berlaku pada
ianya bermula dalam pertengahan abad ke- tahun 1780 dimana masyarakat Banjar telah
19. Batu Pahat, Johor telah dikesan sebagai berhijrah ke Pulau Sumatera. Penghijrahan pertama
penempatan awal masyarakat Banjar setelah ini berlaku apabila Pangeran Amir telah kalah
berhijrah ke Tanah Melayu. Pada ketika itu, kepada Pangeran Tahmidullah dalam perang
masyarakat banjar dikatakan berniaga dan saudara Kerajaan Banjar. Penyokong Pangeran Amir
berulang alik berdagang kelapa kering yang telah dilihat sebagai musuh politik, terpaksa
melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu melarikan diri dari wilayah Banjar untuk
Pahat dan Singapura. Selain daripada Batu menghindari hukuman mati. Pada 1862, berlaku
Pahat, sebuah kawasan di Perak iaitu Bagan golongan migrasi kedua yang menyebabkan
Datoh dikatakan turut menjadi salah satu penghijrahan besar-besaran ke Pulau Sumatera.
penempatan awal masyarakat Banjar di Penghijrahan ini terdorong daripada peristiwa
Tanah Melayu. Perang Banjar. Penyokong Pangeran Antasari telah
dilabel sebagai etnik pendatang susulan Perang
Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri daripada
pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura
atas alasan yang sama apabila Residen Belanda
yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar
telah menguasai kota tersebut. Golongan migrasi
ketiga pula terjadi apabila etnik Banjar sekali lagi
melakukan penghijrahan besar-besaran ke Pulau
Sumatera pada 1905. Kali ini pula disebabkan Raja
di Kerajaan Banjar, Sultan Muhammad Seman mati
syahid di tangan Belanda. Penghijrahan suku Banjar
ke Sumatera khususnya ke Tembilahan dan
Indragiri Hilir berlaku di sekitar tahun 1885, ketika
pemerintahan Raja Indragiri yang terakhir iaitu
Sultan Isa.

4

TINGKAH LAKU

Berita Harian pada 15 Mac 2012 telah
mengatakan bahawa orang Banjar
sememangnya terkenal dengan
perwatakan tegas. Mereka juga sinonim
dengan sifat kepahlawanan dan
keberanian yang terbukti dengan Tindakan
mereka meredah lautan meneroka tanah
negara orang. Sebahagian kawasan seperti
Kerian, Sungai Manik, Sabak Bernam dan
sebahagian kawasan di utara semenanjung
telah dimonopoli oleh orang Banjar.

Masyarakat Banjar juga tidak lari dari dikaitkan dengan panas baran dan tegas. Hal
ini dikaitkan dengan sejarah masyarakat Banjar yang sentiasa berdepan dengan

krisis peperangan dalam menuntut hak mereka. Prang Banjar juga dikatakan mudah
naik radang dan gemar bergaduh dengan masyarakat lain. Sikap inilah yang menjadi

sebab mereka lebih memilih untuk duduk di kawasan terpencil dan tidak bergaul
dengan masyarakat lain selain mengalami permasalahan bahasa. Lading, parang

Panjang atau badik akan menjadi pilihan masyarakat banjar ketika berlaku
pergaduhan. Turut dikatakan bahawa, orang Banjar akan menyimpan sebilah parang

Panjang di rumah masing-masing bagi tujuan keselamatan

Di samping itu, menurut sumber orang
Banjar juga pantang dicabar. Sikap itu
masih terbawa-bawa hingga ke hari ini.
Namun, dari sisi positifnya orang Banjar
terkenal sebagai pesaing hebat dalam
segala jenis bidang. Orang Banjar juga
sudah terlalu sebati dengan sikap garang.
Pisau belati menjadi alatan wajib untuk
dibawa Bersama mereka kemana mana.
Perkara ini didorong oleh didikan yang
telah diberikan kepada mereka sedari
kecil lagi.

5

KAWASAN TEMPAT TINGGAL

Orang Banjar sering kali dikaitkan dengan
penempatan yang dibina oleh mereka di dalam
hutan. Penempatan tersebut dibina di
perkampungan kecil yang mempunyai system
pertanian yang terancang. Lorong kecil yang dibina
untuk memasuki perkampungan tersebut dikenali
sebagai sistem tebuk. Orang Banjar akan
memanfaatkan ruang tanah yang dimiliki mereka
dengan menanam tanam-tanaman. Perkara utama
yang akan dilakukan oleh mereka sebelum
membina rumah ialah membuat parit yang
membolehkan bekalan air sampai ke semua kebun
sehingga ke sawah padi di hujung tanah sebelum
dilimpahkan ke sungai. System ini dapat
mengelakkan banjir daripada berlaku.

Kepintaran orang Banjar, menurut Wan Ahmad Arshad dapat dilihat dalam pembinaan
rumah yang dibina oleh Abdu Hamid Al-Banjari yang dikenali sebagai rumah Ganal.
Rumah tersebut telah dibina pada 1890 dan masih utuh sehingga ke hari ini. Menurut

masyarakat Banjar, system perparitan adalah factor utama dalam pembinaan sesebuah
rumah. System perparitan yang baik dapat mengawal banjir, mengairi sawah serta

menternak ikan. British juga pernah mengakui kehebatan sitem perparitan masyarakat
Banjar semasa zaman pemerintahan mereka

Di sekeliling rumah orang Banjar pula ditanam dengan tanaman seperti labu di batas
sawah, tebu dan kelapa untuk mengisi kekosongan di sekitar rumah. Uniknya

masyarakat Banjar, mereka tinggal Bersama kelompok keluarga mereka yang terdiri
daripada sauadara-mara di dalam tebuk yang sama.

6

MAKANAN TRADISI

MASYARAKAT BANJAR

KUIH KALAKATAR KUIH KALAKATAR merupakan sejenis makanan
masyarakat orang Banjar yang mungkin ramai orang
Malaysia kurang mengetahuinya. Ada juga dakwaan
dimana kuih ini ada di tempat lain dan ia dipanggil
sebagai Bingka Kelapa Muda kerana komponen utama
kuih ini adalah isi kelapa muda. Kuih tradisi masyarakat
Banjar ini bukan senang untuk kita mendapatkannya.
Kalakatar atau bingka kelapa ini sangat popular.
Mengikut cerita orang-orang lama kaum Banjar, nama
Kalakatar sebenarnya membawa maksud ‘ketika panas’
iaitu kombinasi dua patah perkataan ‘kala’ bererti ketika
dan ‘katar’ yakni panas. Jadi, tidak hairanlah, kuih
tersebut yang juga dikenali dengan nama bingka atau
bengkang.

Kuih Kalakatar ini menggunakan tepung gandum dan tepung beras sebagai bahan asas. Dalam
pada itu bahan wajib ada adalah komponen air kelapa muda dan isi kelapa muda pula antara
bahan utama dalam adunan kuih ini. Teknik semasa membakar juga turut didalam
mempengaruhi rasa kalakatar kerana cara membakarnya amat berbeza dengan menyediakan
kuih biasa. Asas membuat kuih ini adalah air kelapa muda, isi kelapa muda dan tepung beras
ini memang istimewa bagi masyarakat Banjar.

Ikan wadik memang popular dalam kalangan IKAN WADIK
orang banjar. Ikan wadik tidak sama seperti
ikan pekasam. Dalam pembuatan ikan wadik,
penggunaan garam kasar lebih banyak
digunakan menyebabkan ikan wadik tahan
lebih lama.Garam membuatkan struktur
daging ikan lebih pejal dan tidak mudah
hancur bila digoreng. Air ikan wadiK pula
sedap dibuat cicahan dengan buah
mempelam. Ikan yang menjadi pilihan
masyarakat Banjar juga berkait rapat dengan
pekerjaan mereka sebagai pesawah.

Oleh itu, ikan yang dijadikan wadik adalah ikan sawah seperti
sepat, haruan, keli dan puyu. Walau bagaimanapun ikan sepat
tetap menjadi pilihan untuk dibuat wadik tapi sekarang ni
agak susah untuk mencari ikan-ikan ini. Jadi ikan talapia juga
boleh digunakan. Ikan Wadik ni apabila digoreng baunya
'nyaman' sangat dan memang boleh membangkitkan selera.
Ia juga sedap dimakan ketika panas dengan nasi putih atau

7 pulut.

TAHUKAH ANDA?

Bahan utama wadai kepeng ialah
tepung pulut.

INFO MENARIK !

Pencuci mulut ini seakan – akan kuih
puteri mandi kerana kaedah

penyediaannya yang lebih kurang sama.

WADAI KEPENG

Wadai bermaksud kuih manakala kepeng memberi maksud leper atau benda yang
ditekan. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti kawai kipeng atau fadai kipeng.

Wadai kepeng ini biasanya disediakan pada majlis – majlis seperti majlis doa
kesyukuran dan majlis doa selamat sebagai manisan. Malah menjadi sajian pemanis

mulut selepas selesai menanam padi. Penyediaannya amat mudah kerana hanya
menggunakan bahan yang sedikit. Masyarakat banjar amat gemar makanan yang

berkuah pekat dan manis.

ISTIMEWA!

Inti kelapa muda parut dan gula merah
akan digoreng supaya kuih tahan lama.

TAHUKAH ANDA ? BALUNGAN HAYAM

Sesetengah masyarakat banjar
menggemari kuih ini dibungkus dengan
daun pisang namun ada juga yang tidak
menggemarinya dan terus kukus tanpa

membungkusnya.

Nama kuih ini diambil dari bentuknya yang seperti balung ayam. Menariknya
tentang kuih ini, ia membawa nilainya tersendiri. Hijau ekstrak daun pandan
merupakan nilai mulia kehidupan, manakala nilai kekeluargaan yang rapat
pula dilambangkan dengan pulut malah, isi kelapa parut gula merah pula
memberi simbol keikhlasan. Kuih campuran tepung pulut ini lebih kurang
seperti kuih koci namun,cara membungkus balutan daun pisangnya tak sama.

8

SENI MEMBINA RUMAH

(RUMAH TRADISI)

Rumah tradisional masyarakat Banjar telah didirikan sebelum tahun 1871 hingga 1935 dengan
gaya dan ukirannya yang tersendiri. Pada umumnya, seni bina rumah suku Banjar telah dibina
dengan beranjung ataupun dipanggil “Ba-anjung” iaitu sayap menganjur keluar dari samping
kanan dan kiri bangunan utama dan disebabkan itulah rumah ini dinamakan sebagai rumah ba-
anjung. Keistimewaan rumah suku Banjar adalah dengan adanya anjung walaupun terdapat

beberapa jenis rumah yang tidak beranjung. Pembinaan rumah ba-anjung ini diperbuat
daripada kayu disebabkan faktor bumi Kalimantan yang penuh hutan rimba.

Terdapat beberapa jenis rumah adat Banjar, tetapi yang terpaling menonjol adalah
Rumah Bubungan Tinggi yang merupakan kediaman raja. Jenis-jenis rumah banjar
adalah seperti berikut:

-Rumah Bubungan Tinggi -Rumah Balai Bini -Rumah Tadah Alas
-Rumah Gajah Baliku -Rumah Palimbangan
-Rumah Gajah Manyusu -Rumah Palimasan
-Rumah Balai Laki -Rumah Cacack Burung

RUMAH BUBUNGAN TINGGI

Rumah Bubungan Tinggi merupakan rumah
tradisional utama dalam kelompok Rumah
Banjar. Rumah Bubungan Tinggi juga
merupakan rumah istana bagi Sultan Banjar
yang dihuni oleh Raja beserta para pangeranny
Antara ciri yang ada pada rumah bubungan
tinggi adalah atap sindang langit tanpa plafon
tangga naik selalu ganjil dan
pamedangan(beranda) dikelilingi dengan
Kandang Rasi berukir.

Bahagian Asas Pembinaan Rumah Bubungan
Tinggi
I. Bahagian bangunan yang memanjang ke
hadapan merupakan bangunan induk.
II. Bangunan yang bersambung di kanan dan
kiri merupakan anjung.
III. Bubungan atap yang tinggi menlacip
disebut Bubungann Tinggi.
IV. Bubungan atap yang memanjang ke
hadapan dikenali sebagai Sindang Langit.
V. Bubungan atap yang memanjang ke
belakang dikenali sebagai Hambin Awam.

9

Ruangan:
i. PALATAR ialah ruang di hadapan dalam rumah tersebut
yang merupakan ruangan yang pertama apabila memasuki
rumah. Luas ruangan ini adalah seluas 7 x 3 meter. Palatar juga
dikenali sebagai pamedangan iaitu beranda.
ii. PENAMPIK KECIL ialah ruang selepas melalui pintu hadapan
rumah. Luas ruangan ini sama dengan Palatar tetapi
permukaan lantainya lebih tinggi daripada lantai Palatar.
Watun Sambutan ialah ambang lantai.
iii. PENAMPIK TANGAH ialah merupakan ruang yang lebih luas
daripada Penampik Kecil. Dan lantainya juga lebih tinggi dari
ruang sebelumnya. Watun jajakan ialah ambang lantai bagi
ruangan ini.
iv. PENAMPIK BESAR/AMBIN SAYUP ialah ruangan yang
menghadap permukaan dinding tengah (Banjar:Tawing Halat)
dan lantainya juga lebih tinggi dari yang sebelumnya. Luas
ruang penampik besar ini adalah seluas 7 x 5 meter.

v. PALIDANGAN/AMBIN DALAM ialah ruang bahagian dalam rumah yang terbatas
dengan Penampik Besar. Disebabkan permukaan kedua pintu yang ada di Tawing Halat
ke permukaan lantai maka watun di ruangan ini dikenali sebagai Watun Langkahan.
Luas ruang Palidangan ini adalah seluas 7 x 7 meter. Terdapat 8 batang tiang besar yang
menyokong ruangan ini dan dikenali sebagai tiang pitugur dan tiang guru.
vi. PENAMPIK DALAM/PENAMPIK BAWAH ialah ruang yang lantainya lebih rendah lantai
Palidangan tetapi sama tinggi dengan permukaan lantai Penampik Tangah. Serta
mempunyai keluasan sebanyak 7 x 5 meter.
vii. PADAPURAN ialah merupakan ruangan yang terakhir di dalam rumah bubungan
tinggi dan terletak di bahagian belakang. Permukaan lantainya yang rendah daripada
Penampik Bawah dikenali sebagai Watun Juntaian. Ruangan ini adalah ruangan untuk
atangan (tempat memasak), salaian (tempat mengeringkan kayu api), pajijiban dan
pagaduran (tempat mencuci pinggan atau pakaian). Keluasan Padapuran ialah 7 x 3
meter

Tata Ruang Dan Kelengkapan 10
Berikut adalah merupakan pintu belakang rumah tersebut.
Terdapat 3 jenis ruang yang membezakan tataruang rumah
bubungan tinggi iaitu:
-Ruang Terbuka yang terdiri daripada pelataran dan
serambi. Serambi dibahagikan lagi menjadi 2 iaitu surambi
mukan dan surambi sambutan.
-Ruang Setengah Terbuka dikelilingi pagar rasi disebut
sebagai Lapangan Pamedangan.
-Ruang Dalam pula dibahagi lagi kepada Panampik Kacil,
Panampik Basar, Paledangan, Anjung Kanan dan Anjung
Kiwa dan panampik padu iaitu dapur.

RUMAH GAJAH MANYUSU

Rumah Gajah Manyusu adalah rumah yang diduduki oleh para Nanang
Kesultanan Banjar. Nanang ialah bangsawan yang berketurunan adipati,
pahlawan Kesultanan Banjar serta wanita yang berasal dari kerabat diraja yang

mengahwini rakyat jelata.

Ciri-ciri Rumah Gajah Manyusu:
i) Bangunan utama rumah ini telah didirikan
dengan atap perisai bunting atau dalam Bahasa
Banjar dikenali sebagai atap gajah hidung
bapicik yang menutupi serambi.
ii) Pada teras terdapat 4 buah pilar yang
menampung serambi depan yang berbumbung
sengkuap (sindang langit).
iii) Tangga hadapan atau tangga naik yang
telah diposisikan secara melurus kehadapan
diletakkan pada Tawing Hadapan.
iv) Terdapat serambi yang dikelilingi dengan
pagar susur atau dikenali juga sebagai
Kandang Rasi.
v) Anjung atau sayap bangunan adalah sama
dengan rumah bubungan tinggi
berbumbungkan atas sengkuap atau pisang
sasikat.

11

RUMAH GAJAH BALIKU

Rumah Gajah Baliku merupakan tempat kediaman
saudara terdekat raja. Rumah ini memiliki

kemiripan dengan Rumah Bubungan Tinggi tetaapi
terdapat perbezaan pada Ruang Paluaran iaitu

ruang tamu pada Rumah Bubungan Tinggi di mana
lantainya berjenjang manakala pada Rumah Gajah

Baliku tidak berjenjang. Hal ini demikian kerana,
Rumah Bubungan Tinggi adalah istana sultan yang

memiliki tata nilai ruang yang bersifat hierarkis.

Pada bahagian ruang tamu Rumah Gajah Baliku
tidak memakai bumbung sengkuap/sindang
langit kecuali emper serambi paling hadapan
serta memakai kuda-kuda dengan bumbung
perisai/atap gajah dengan keadaan lantai ruang
yang mendatar sehingga menghasilkan bentuk
bangunan ruang yang dinamakan Ambin
Sayup. Manakala, kedua-dua anjung pada rumah
ini menggunakan bumbung pisang
sasikat/sengkuap.

Kandang Rasi pada Rumah Gajah Baliku di
Desa Telok Selong

Struktur Dalaman Rumah Gajah Balik

12

PAKAIAN TRADISIONAL

BUSANA PENGANTIN

~Busana ini telah wujud sejak abad ke 17.
~Ia merupakan campuran budaya hindu dan
jawa.
~Jawa : pemakaian bunga melati dan mawar.
~Hindu : Dekorasi mahkota kain, naga dan
kelabang yang dikenali sebagai halilipan oleh
orang banjar.
~Pakaian wanita – Baju dengan hiasan manik-
manik rumbai
~Pakaian lelaki – Baju seperti kurta, jaket tanpa
berbutang dan seluar, kain yang diikat
dipinggang sehingga paras lutut yang bermotif
Ba’amar Galung Pancaran halilipan
Matahari

~Pakaian lelaki – Baju lengan pendek tidak
berkolar atau tidak memakai baju, rantai,
samban, tali pinggang dan kain yang
bermotifkan halilipan, mahkota yang
berbentuk ular lidi

~Pakaian wanita – kemban dengan aksesori
seperti tudung, tali pinggang, sanggul bunga
goyang dan bunga melati, kain bermotifkan
halilipan

Sanggul Bunga Bagajah Gamuling Baular
Goyang Lulut

13

Babaju Kun (Hwa Kun) Galung ~Merupakan budaya banjar + tiongkok
Pacinan ~ Menggambarkan kisah para
pedagang Gujerat dan juga China yang
datang ke Kalimantan Selatan
~Pakaian lelaki – Jubah tidak
berbutang seperti saudagar Gujerat,
tanjak dan rangkaian bunga melati
~Pakaian wanita – Kebaya lengan
panjang gaya Cheong Sam yang
menggunakan benang emas bermotif
bunga teratai, skirt panjang dihias
manik dan sulam motif tirai bambu,
mahkota dengan permata, sanggul
kembang goyang dan sepit rambut
huruf arab lam dan burung hong.

Sepit rambut huruf lam Hiasan berbentuk burung hong

Gabungan ketiga-tiga baju tapi lebih Babaju Kubaya Panjang
kepada baju Ba’amar Galung Pancaran
Matahari yang telah diubahsuai 14
~Pakaian lelaki – sama seperti pakaian
lelaki untuk baju Ba’amar Galung
Pancaran Matahari
~Pakaian wanita – Telah diubah suai
sedikit, sebelum ini hanya baju yang
dihias dengan manik rumbai, kini baju
yang dipakai ialah baju kebaya labuh.

KEPERCAYAAN AGAMA

KEDATANGAN MASYARAKAT
BANJAR DI MALAYSIA

Contoh Penghijarahan orang digunakan oleh nenek moyang
Banjar Banjar ketika permulaan menetap
Tanah Melayu, tidak ada maklumat
Banjar Malaysia merupakan dan bukti yang tepat untuk
keturunan diaspora suku banjar yang memperolehinya dan sukar
terdapat di Malaysia. Mempunyai menyatakan asal-usul agama dalam
empat wilayah yang didiami orang suku Banjar. Sudah tentu, pengaruh
Banjar seperti Banjar Malaya, Banjar Hindu dan Islam tidak dinafikan
Singapura, Banjar Sabah dan Banjar dalam kepercayaan orang Banjar.
Sarawak. Banjar merupakan salah Kemungkinan bahawa agama
satu ras nenek moyang orang Banjar pada
zaman dahulu dapat dikesan di
kalangan suku kaum Murba yang
tinggal di wilayah Sumatera dan
Semenanjung Tanah Melayu pada
masa ini.

Oleh sebab itu, kepercayaan agama
masyarakat banjar boleh dianggap
sebagai agama yang mereka
didasarkan pada penyembahan
nenek moyang dan animisme.

‘Melayu’ dari Negara Federasi Melayu
(FMS). Suku banjar di Malaysia
digolongkan ke dalam kelompok
masyarakat Melayu Baru. Corak
kepercayaan dan amalan yang

15

PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DALAM MASYARAKAT
BANJAR

Kira-kira 400 tahun yang lalu, putera Samudera ditabalkan sebagai Sultan
Suriansyah di Banjarmasin telah muncul agama Islam sebagai agama
rasmi kerajaan itu yang menggantikan agama Hindu ketika pemerintahan
Empu Jatmika. Kemudian, agama Islam terus berkembang sekitar abad
pertengahan abad ke-18 yang menjadikan Islam sebagai identiti orang
Banjar yang semakin melambung tinggi.

Selain itu, Kepercayaan Agama Islam dalam masyarakat Banjar telah
muncul ketika penghijarahan orang banjar ke Tanah Melayu dari
Kalimatan. Mereka terdiri daripada pegangan Agama Islam yang kuat

cara hidup yang sederhana. Maka, tidak
dinafikan lagi bahawa masyarakat ini amat
condong terhadap perkata-perkara yang
berkaitan dengan Agama Islam dalam
kehidupan seharian mereka. Tambahan lagi,
corak pekerjaan masyarakat banjar yang
berbentuk pertanian dan lokasi petempatan
mereka yang agak terpencil daripada bandar,
telah menyebabkan masyarakat banjar berpeluang untuk mempelajari
ilmu pengetahuan, mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan
sebagainya.

Seterusnya, pendidikan secara formal telah berkembang dalam
masyarakat banjar yang berupa kelas membaca Al-Quran, mempelajari
hal-ehwal syariat islam sama ada di sekolah agama rakyat atau di
madrasah. Ada juga suku banjar yang berkemampuan telah mengahnatar
anak-anak mereka ke sekolah-sekolah arab dan juga sekolah pondok di
tempat lain. Mereka yang berkemampuan juga turut mengahantar anak-
anak mereka ke Tanah Suci Mekah untuk mendalami ilmu agama.

16

KATEGORI DALAM KEPERCAYAAN AJARAN ISLAM
MASYARAKAT BANJAR

Sebaliknya, penulis sejarah Banjar telah membezakan tiga
kategori dalam kepercyaan ajaran Islam di kalangan orang
Banjar. Yang pertama, kepercayaan yang diperoleh
daripada ajaran islam, dimana kandungan kepercayaan ini
yang menggambarkan rukun iman kedua, iaitu
kepercayaan kepada malaikat sebagai makhluk Tuhan
dengan yang mempunyai fungsi tertentu.

Kedua, kepercayaan yang mempunyai kaitan dengan
struktur masyarakat Banjar pada zaman dahulu, iaitu
zaman sultan dan sebelumnya. Masyarakat banjar ketika itu
tinggal di kawasan kejiranan yang dipanggil bubuhan dan
ada juga yang tinggal di sebuah rumah. Kepercayaan ini
sentiasa dikaitkan dengan keperluan bubuhan untuk
melaksanakan upacara tahunan yang dikategorikan sebagai
aruh tahunan mengenai pelbagai keperluan atau cabaran.
Ketiga, kepercayaan yang mengenai tafsiran orang tentang
sifat persekitaran sekeliling yang ada kaitan dengan
kepercayaan kategori yang kedua.

Walaubagaimanapun,masyarakat banjar mengembangkan
aktiviti dalam semua bidang kehidupan melalui apa yang
dilihatnya bersifat pelaksaan kewajipan yang diajar oleh
syariat islam.

17

ULAMA ISLAM BANJAR

Buktinya, awal tahun 60an pegawai kerajaan mahupun kakitangan
semakin kurang dalam keturunan Banjar. Kalau ada pun, pegawai
agama atau guru agama yang bergiat dalam bidang-bidang hal ehwal
agama islam. Nilai yang diberikan ke atas seseorang individu dalam
masyarakat ini adalah berdasarkan keahliannya dalam ilmu-ilmu
agama islam. Hal ini dapat menjadikan masyarakat begitu kuat dan
taat berpegang kepada ajaran islam dan kepada kepimpinan yang
ahli dalam bidang agama islam.

Akhir sekali, orang banjar juga mempunyai ulama atau tokoh dari
banjar yang berasal dari Kalimantan Selatan, Syeikh Muhammad
Arsyad al-Banjari dan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari manakalah
di semenanjung juga ada seperti Syeikh Husein Kedah al-Banjari dan
banyak lagi ulama yang lain.

SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-
AL-BANJARI BANJARI

SYEIKH HUSEIN KEDAH AL-
BANJARI

18

AMALAN MENANAM URI

Menanam Uri bukanlah satu perkara asing bagi kesemua masyarakat terutama
di Malaysia cuma cara perlaksanaan sahaja berbeza mengikut agama dan
sesebuah etnik.
Menurut islam, setiap anggota tubuh apabila terpisah SUNAT dibersihkan dan
ditanam dengan baik.

Bagi masyakat banjar, tempat untuk menanam uri sedikit unik kerana mereka
menanam uri di dalam periuk tanah yang mempunyai lubang dibawahnya.
Periuk tanah yang diletakkan uri di dalamnya tidak perlu dikambus dengan
menggunakan tanah, cukup sekadar menutup periuk tanah dengan
penutupnya.

KAEDAH MENANAM URI
LANGKAH 1

Membasuh uri dan membaca
bacaan tertentu

Uri yang keluar bersama bayi hendaklah
dibasuh dengan bersih sebelum ditanam.
Uri dibasuh dengan menggunakan
garam, asam jawa dan juga daun bidara.

LANGKAH 2

Uri ditanam bersama sembilu,
garam, cabai, bawang, asam

Maklumat Tambahan
Sembilu merupakan kulit buluh yan g
diraut tajam seperti pisau dan digunakan
untuk mengerat tali pusat dan lain-lain

LANGKAH 3

Kemudian dimasukkan ke
dalam periuk tanah yang
19 mempunyai lubang di
bawahnya dan tidak dikambus.

ADAT UPACARA NAIK BUAIAN

Antara salah satu adat yang masih dilakukan oleh masyarakat Banjar pada
zaman sekarang ialah upacara naik buaian. Upacara ini tetap dijalankan
walaupun tidak semeriah seperti budaya terdahulu. Untuk pengetahuan
anda, upacara naik buaian ini kebiasaannya akan dilakukan pada bulan

kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu pada 12 Rabiul Awal. Upacara ini akan
disertai dengan upacara marhaban dan berzanji.

Masyarakat Banjar memanggil upacara naik buaian ini sebagai Baayun
Mulud. Baayun berasal daripada perkataan ‘ayun’ yang difahamkan sebagai
melakukan proses ayunan atau buaian, dan biasanya si ibu akan mengayun
bayi di dalam buaian sehingga bayi mereka tertidur nyenyak. Manakala,
mulud pula berasal dari sebutan masyarakat untuk Maulud Nabi. Upacara
ini dilakukan di dalam masjid di mana tali buaian akan digantung pada
ayunan yang melintang pada tiang-tiang masjid. Terdapat tiga lapis kain
yang dibuat pada ayunan iaitu:

i. Kain sarigading (sasirangan) digunakan sebagai lapisan atas.
ii. Kain kuning (kain belacu yang diletakkan pewarna kuning dari sari
kunyit) dilapiskan padaa bahagian tengah.
iii. Kain bahalai (kain panjang tanpa sebarang jahitan) di lapisan bawah

Ayunan akan dihiaskan pada bahagian tali
buaian dengan anyaman janur dan
menggunakan buah-buahan atau kuih
tradisional yang pelbagai bentuk seperti:

-Burung-burungan 20
-Ketupat bangsur
- Kambang sarai
- Rantai
- Cucur
- Cincin
- Pisang
- Kelapa

Salah satu perbezaan dalam upacara ini adalah mengikut jantina bayi tersebut.
Sekiranya bayi itu ialah lelaki, maka kain batik lepas perlu dipakaikan pada bayi
itu dan perlu dialas dengan kain belacu yang telah dicelup dua warna secara
berselang-seli. Warna yang digunakan adalah merah dan putih di mana
didahului dengan warna putih kemudian merah dan putih semula. Manakala
bayi perempuan pula hanya dibezakan melalui warna kain belacu yang
dimulakan dengan warna merah, putih dan kemudian merah.

Dalam upacara ini, bayi akan dibawa mengelilingi buaian sebanyak tiga kali.
Selain itu, sebuah bakul yang mengandungi segantang beras, gula kabong, sebiji

buah kelapa, sepiring pulut, sebiji telur rebus,serta dua batang lilin akan
diletakkan di tepi buaian. Para tetamu akan berdoa supaya diterangkan hati

bayi-bayi ini seperti lilin yang dinyalakan.

Semasa upacara berlangsung, para ibu bapa akan membacakan ayat-ayat suci
Al-Quran dan syair seperti syair berzanji, syair syarafal anam dan syair dibai’. Bayi
akan dimasukkan ke dalam ayunan apabila bacaan asyarakal dimulakan. Anak-

anak akan diayunkan secara perlahan-perlahan saat bacaan asyarakal mula
berkumandang dengan cara menarik selendang yang diikat pada ayunan.
Tujuan perkara ini dilakukan adalah untuk mengambil berkat atas kemuliaan

junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Tradisi ini diadakan atas tujuan hendak menyatakan kesyukuran kepada Allah
SWT atas limpahan kurnia dan rahmatNya atas kelahiran Baginda Muhammad

SAW yang membawa rahmat sepanjang majlis berlangsung.

21

BUDAYA BERPUKONG

Bagi masyarakat Banjar, budaya berendoi adalah sangat unik. Jika mereka yang tidak
pernah melihat budaya bapukung ini, mereka akan nampak kedudukannya tidak selesa dan

mungkin akan salah faham dengan perbuatan masyarakat banjar seperti mahu menjerut
bayi. Sebenarnya, budaya yang dinamakan ‘bapukung’ ini bukan sekadar hanya dilakukan
untuk majlis cukur jambul tetapi dipraktikkan sejak dahulu sehingga ke hari ini. Di mana
sahaja, bayi diletakkan dalam buaian dalam keadaan duduk dengan dibalut menggunakan

kain batik di bahagian atas badan iaitu bahagian leher bayi.



Budaya ini agak pelik kerana kedudukan bayi bukan dibaringkan dalam buaian seperti yang
dilakukan oleh para ibu di luar sana tetapi diletak seperti sedang duduk dan seterusnya

ada balutan sehelai kain batik lain yang mengelilingi badannya di bahagian atas (bahagian
leher). Walaupun keadaan bayi kelihatan amat menyeksakan, namun sebenarnya, keadaan

sebegini menyebabkan bayi tersebut merasa selesa seperti badannya sedang didakap
erat.



Budaya bapukung sebenarnya satu kaedah popular untuk memberikan rasa selesa dan
dakapan kepada bayi untuk membolehkannya tidur lebih lama tanpa rasa terganggu. Jika

dibandingkan dengan kedudukan biasa bagi bayi di dalam buaian, bayi mudah terjaga
dengan singkat jika mendengar sesuatu bunyi. Memang kelihatan seperti terseksa tapi

sebaliknya bayi lebih selesa dan dapat tidur lama.



Menurut Asmah Ramli (2012) dalam rencana oleh Azrul Affandi Sobry, bayi seawal usia
sebulan sudah boleh dipukung sehingga usia sembilan bulan. Kadar usia ini hanyalah
anggaran, jika bayi berusia lebih sembilan bulan dan bayi selesa menggunakan kaedah
‘bapukung’ ini boleh diteruskan untuk beri bayi waktu tidur yang terbaik. Cara membalut
bayi mestilah kemas dan padat untuk membolehkan bayi merasa seperti dalam rahim ibu.
Biasanya, orang Banjar akan membuat satu pondok kecil sekadar boleh memuatkan buaian
bapukung dan sesuai dihayun ke depan dan ke belakang. Masyarakat banjar kebanyakan
duduk dikawasan pertanian, jadi pondok kecil dibuat khas untuk bayi tidur ketika mereka
sedang bekerja (Asmah Ramli, 2012 dalam rencana ‘Bapukung Buai Bayi Tidur Nyenyak,

Selesa’ oleh Azrul Affandi Sobry).



Dodoian sekadar perlahan ke depan dan ke belakang tanpa perlu henjutan seperti buaian
lain. Tidak sampai beberapa lama, matanya mula terpejam dan terlena. Menurutnya lagi,
jika dibiarkan begitu, bayi itu akan terus lena tanpa perlu didodoi lagi. Ketika mendodoi
anak dalam bapukung, mereka akan menyanyikan lagu khusus yang dinamakan ‘dudoi lagu

banjar’.



22

CARA BERPUKONG

Amaran cara ini perlu dipelajari dengan betul dan mesti
mahir melakukan sebelum boleh dilakukan secara
sendirian supaya tidak mendatangkan sebarang kejadian
yang tidak di ingini berlaku kepada bayi anda.

Kedudukan bayi diletak seperti

1 sedang duduk di dalam buaian

Bapukung ini mempunyai kedudukan yang
berbeza kerana kedudukan bayi bukan
dibaringkan di dalam buaian. Bapukung mestilah
meletakkan bayi dalam keadaan duduk di dalam
buaian. Pastikan kedudukan bayi berada ditengah
kain batik dan tidak senget yang boleh
menyebabkan bayi tidak selesa.

2 Seterusnya adaikatan sehelai
kain batik lain yang menjerut
badannya di bahagian atas
(bahagian leher)

Kain batik yang lain digunakan untuk melilit
mengelilingi bahagian atas badan dan bahagian
leher bayi. Kain batik digunakan mesti digulung
supaya kain tersebut tidak menjerut bayi.

3 Cara membalut bayi mestilah
kemas dan padat

Setelah membalut kain batik di kawasan bahagian
atas badan (bahagian leher), perkemaskan balutan
dan pastikan padat supaya bayi merasa selesa.
Keadaan ini seolah-olah badannya didakap erat
seperti dalam rahim ibu.

4 Nyanyian khusus yang
digelar ‘dudoil agu Banjar’

Dodoian perlahan kedepan dan belakang dengan 23
dinyanyikan lagu ‘dudoi lagu banjar’
“Yun ayun anak kuayun, ayun di dalam, dalam ayunan, lakas
bakijim lakasi guring, umak aur banyak gawian.
Lailahaillallah Nabi Muhammad pasuruh Allah. Yuna dinana
anakku guring, guring di dalam, dalam Bismillah, jauhi
culas jauhkan kulir, kus samangat hidup baiman”.

LARANGAN BAGI WANITA HAMIL

Suku Banjar merupakan di antara suku-suku yang terdapat di Indonesia. Suku
Banjar sendiri merupakan salah satu suku Melayu yang mendiami kawasan

Kalimantan Selatan, sebagian Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur. Suku
ini merupakan suku terbesar di Kalimantan Selatan. Dikenali juga sebagai suku
yang mempunyai pelbagai pantang larang. Salah satu pantang larangnya ialah
“pamali”. Suku Banjar percaya sesiapa yang melanggar pantang larang pamali,
mereka akan jatuh sakit. Selain itu, suku Banjar turut terkenal sebagai suku yang

kuat pegangan agama.



Dipetik dari jurnal ilmiah Sri Wahyu Nengsih, Rabu (19/1/2022), orang Banjar
yang melanggar pamali akan jatuh sakit. Walaupun ia merupakan khurafat,

pantang larang mempunyai kebaikan yang tersembunyi.



Kanak-kanak perempuan tidak boleh memakan anggur ketika haid merupakan
salah satu pantang larang yang dipercayai mereka. Ini kerana, mereka percaya
sesiapa yang melanggar akan mengalami kehamilan molar. Apa itu kehamilan
molar? Kehamilan molar ialah kehamilan di luar rahim. Di Banjar, kebiasannya
ibubapa menasihati anak perempuan mereka supaya tidak melanggar pamali.



Berikut adalah kandungan pamali Suku Banjar tentang makan anggur:
“Babinian nang masih datang bulan pamali mamakan amas hintalu ayam nang
ada di dalam parut ayam nang disumbaleh, bisa kana panyakit batianan anggur.”
Maksudnya : Wanita/kanak-kanak perempuan yang masih dalam haid tidak
boleh memakan kuning telur ayam yang berada di dalam perut ayam ketika

disembelih, jika tidak ia akan hamil gigi geraham.



Pamali memberi amaran kepada kanak-kanak perempuan supaya tidak makan
sembarangan semasa haid. Keadaan badan wanita haid yang lemah membuatkan
ibu bapa pada zaman dahulu bimbang akan kesihatan anak-anak mereka. Pamali

turut berpesan kepada gadis agar berhati-hati dalam memilih makanan.

24

Kendatipun, terdapat juga pantang larang bagi wanita hamil. Wanita hamil di
wilayah Kalimantan Selatan percaya terdapat pantang larang bagi wanita hamil.

Jika mereka tidak mengikuti pantang larang ini, maka akan berlaku perkara
buruk kepada bayi anda. Terdapat beberapa pantang larang untuk wanita hamil

yang dipercayai mereka. Ini akan membuat ibu hamil lebih berhati-hati ketika
membawa bayi yang di dalam perut mereka. Percaya atau tidak bergantung

kepada kepercayaan sendiri.

Wanita hamil dilarang untuk duduk di tengah-tengah pintu merupakan salah satu
kepercayaan dari mereka. Ini kerana boleh bayi akan sukar untuk keluar nanti.
Menurut seorang ibu muda iaitu Siti yang mempunyai 3 orang anak di
Kabupaten Kotabaru ini mengaku memang banyak pantang larang yang perlu
dipatuhi oleh ibu hamil. Ianya sesuai dengan pantang larang orang-orang
terdahulu. Termasuk juga pantang larang bahawa wanita hamil tidak boleh
menggunakan guling untuk berbaring.

"Ada yang percaya dan ada yang tidak. Memang sebenarnya banyak berkenaan
tentang pantang larang wanita hamil. Akan tetapi beberapa kejadian seperti ini
telah berlaku yang menyebabkan mereka mempunyai alas an yang kukuh untuk
terus percaya akan pantang larang ini. Sebagai contoh, apabila mereka baring di

atas tiang, maka anak mereka dipercayai susah untuk keluar, atau jar urang
Banjar (kata orang Banjar), songsang,” katanya.

25

Di Malaysia masih terdapat masyarakat Banjar di Sarawak, Sabah mahupun
Semenanjung Malaysia. Akan tetapi pada masa sekarang mereka sudah tidak
begitu mengikuti adat istiadat asal perkahwinan orang banjar tradisional. Ini

kerana mengikut peredaran semasa, kebanyakan daripada orang Banjar di
Malaysia telah mengasimilasikan adat dan budaya kaum Melayu kerana mereka
adalah sebahagian pembentuknya. Itulah sedikit sebanyak tentang masyarakat

Banjar di Malaysia.

ADAT TAHUKAH ANDA?
PERKAHWINAN
MASYARAKAT Suku Banjar di bumi Kalimantan, Indonesia masih lagi
mengamalkan adatistiadat tradisional bagi
BANJAR perkahwinan mereka. Pada era kini, kebanyakkan
daripada mereka telah memeluk agama islam namun
masih boleh lakukanistiadat ini kerana sesetengah adat
tidak terpesong dari agama islam. Di bumi Indonesia,
adat istiadat perkahwinan yang paling banyak menelan
perbelanjaan ialah suku Banjar di Kalimantan. Walau
semakin moden dunia pada masa sekarang, setiap
anak Banjar wajib mengikuti adat perkahwinan suku
Banjar yang terkenal dengan adat yang paling tertib.
Jadi mari kita menelusuri adat adat sepanjang
perkahwinan kaum Banjar berlangsung.

1.Adat Basasuluh

Adat perkahwinan, mestilah ada pembukanya. Dalam masyarakat Banjar ianya
harus dimulai dengan “Adat Basasuluh” atau boleh diterjemah sebagai membuat
penyelidikan. Hal ini demikian kerana, di dalam sosio budaya suku Banjar
masih berpegang teguh pada pepatah lama iaitu “perigi tidak akan mencari
timba” apabila berbicara soal jodoh. Setiap perkara harus dimulai dengan pihak
lelaki walau kedua dua pasangan suka sama suka.
Apabila sudah sepakat, maka pihak keluarga lelaki akan meminta pihak-pihak
yang tertentu untuk menyelidiki asal keturunan keluarga si wanita. Orang tengah
akan dipertanggungjawabkan untuk membuat segala penyelidikan dan
memberikan maklumat kepada keluarga lelaki mengenai wanita tersebut. Pihak
keluarga lelaki boleh meneruskan adat yang kedua iaitu “Adat Badatang” jikalau
kedua dua pihak keluarga setuju untuk meneruskannya.

26

2. Adat Badatang
Adat Badatang atau lebih dikenali sebagai m2e1minang di kalangan kita pada
masa sekarang. Dimana orang tua-tua yang dihormati di kalangan keluarga
pihak lelaki akan dihantar untuk bertandang ke rumah pihak perempuan.
Pantunpantun berkias akan diberikan bagi menyatakan niat kedatangan mereka
sepanjang proses lamaran ini berlangsung.
Adat seterusnya iaitu “Adat Bapapyuan” boleh dilaksanakan apabila pihak
keluarga wanita memberikan jawapan muktamad setelah dua ke tiga hari dari
hari lamaran diterima.

3. Adat Bapapyuan
Dalam adat ini, pihak keluarga lelaki akan datang bertandang sekali lagi ke
rumah keluarga perempuan. Ini kerana adat badatang bukanlah penentu lamaran
itu dipersetujui walaupun sebelumnya lamaran dari lelaki diterima dengan baik.

Kedatangan kali kedua inilah bakal menjadi penentu segalanya.
Sekiranya diterima, pihak wanita akan memberitahu jumlah hantaran dan mahar
terus kepada pihak lelaki akan tetapi jika ditolak pada kedatangan kali kedua ini

maka hanya setakat inilah sahaja proses untuk menuju ke alam perkahwinan.
Kebiasaannya jumlah hantaran adalah dalam bentuk wang tunai dan beberapa
perkakas untuk mendirikan solat bagi masyarakat Banjar. Manakala mahar pula
adalah berbentuk emas. Sebagai contoh, sebentuk cincin emas atau seutas rantai

emas.

4. Adat Maatar Jujuran
Pada hari inilah pihak lelaki akan menghantar hantaran untuk menikahi
pasangannya yang mana boleh disamakan dengan adat di kalangan masyarakat
Melayu yang dikenali sebagai bertunang. Mereka akan dianggap bertunang
secara sah apabila segala wang hantaran dan perkakas untuk solat diterima oleh
keluarga pihak perempuan.
Selang satu atau dua bulan selepas Adat Maatar Jujuran diadakan itulah dikira
sebagai tempoh bertunang. Dalam suku Banjar masa bertunang tidak lama
kerana selepas itu bakal disusuli dengan majlis akad nikah.

5. Akad nikah
Majlis akad nikah kebiasaannya akan dilangsungkan di masjid atau di rumah

pengantin perempuan. Akad nikah akan dilakukan dalam bulan Islam yang
sesuai dengan adat kebudayaan Banjar yang banyak menerapkan nilai-nilai

agama Islam. Pihak lelaki harus pulang ke rumah keluarganya dahulu
walaupun sudah selesai majlis akad nikah kerana masih terdapat adat yang

harus diikuti mereka sebelum majlis bersanding berlangsung. Jadi adalah
tidak wajar bagi pengantin lelaki untuk tinggal di rumah pengantin
perempuan walaupun sudah sah menjadi suami isteri.

27

6. Adat Bapingit
Bagi mengelakkan hal-hal yang tidak elok berlaku, pasangan pengantin akan melalui “Adat
Bapingit” dimana pasangan pengantin akan dilarang untuk keluar dari rumah keluarga
mereka selang beberapa hari sebelum majlis persandingan. Bak kata bidalan lama, darah
pengantin masih manis ketika ini. Mereka akan melalui sessi merawat tubuh secara tradisional
seperti “bakasai” atau “berkasir” yang dilakukan oleh mak andam pilihan mereka di rumah
masing-masing dimana mak andam ini juga yang akan menjaga mereka dalam waktu satu
atau dua hari berpantang dari keluar rumah. Di dalam sesi bakasai ini pasangan pengantin
akan dilumurkan dengan ramuan tradisional yang ditumbuk halus pada anggota badannya.
Sesi bakasai ini dipercayai akan menyerlahkan lagi keceriaan pasangan pengantin sewaktu
bersanding kelak. Sesudah sesi bakasai akan diteruskan lagi dengan sesi batimung. Ramuan
tradisional yang telahpun direndamkan di dalam air mandian akan mereka gunakan untuk
mandi pada sesi ini. Bau yang tidak elok dari badan akan hilang menurut kepercayaan
mereka dan akan timbul bau badan sebenar pengantin setelah menjalani proses ini.
Akhir sekali akan diadakan adat bapacar yang hampir serupa dengan adat perkahwinan
kaum Melayu dan diadakan di rumah keluarga masing-masing. Pengantin perempuan akan
dipacar pada setiap kuku jari tangannya manakala pengantin lelaki pula tidak kesemuanya.
Ciri-ciri berpacar ini adalah sama seperti adat perkahwinan kaum Melayu iaitu berinai.

7.Adat Badudus

Adat Badudus dikenali sebagai mandi pengantin. Si suami akan pulang sebentar ke rumah

isterinya untuk menyempurnakan adat ini kerana ianya dilakukan di rumah pengantin

perempuan yang kebiasaanya diadakan sehari sebelum majlis persandingan. Ini bermakna

tamatlah sudah berpantang pada pengantin untuk keluar dari rumah. Mak andam akan

menjalankan acara balarap ke atas pengantin perempuan sebelum adat badudus

dijalankan. Membersihkan wajah dari bulu-bulu halus di muka yang harus dilakukan

dengan penuh tertib inilah acara balarap. Hanya sekali sahaja acara ini boleh dilakukan di

dalam hidup seorang perempuan iaitu semasa kali pertama ianya melangsungkan

perkahwinan dalam adat suku Banjar. Acara balarap tidak akan dilakukan lagi sekiranya

pasangan yang dikahwini adalah janda. Setelah selesai kesemua itu, adat badudus akan

dilakukan iaitu pada waktu petang yang mana mempunyai simbolik seolah-olah pasangan

pengantin sedang menjalani peralihan masa dari alam remaja ke dewasa. Air yang sudah

direndamkan dengan beberapa jenis bunga akan digunakan oleh mak andam untuk

memandikan pasangan pengantin yang bersaksikan kedua ibubapa dan sanak saudara

yang terdekat. Kemudian satu acara menaik kelambu pengantin akan diadakan sebelum

keluarga pengantin lelaki pulang ke rumah. Sebelum acara ini dilakukan, bilik pengantin

tidak boleh didekorasi sama sekali. Kebiasaannya keluarga lelaki kedua-dua pasangan

pengantin akan menjadi wakil untuk menaikkan kain kelambu pengantin. Kelambu

pengantin selalunya ditempatkan di bilik depan yakni ruangan tempat tidur sebelah kanan.

Digantung di ruang anjung dalam bentuk segi empat yang selalunya berwarna putih atau

kuning. Di atasnya di pasang langit-langit kain nipis dengan sulaman kembang pancar

matahari bagi menyerikan lagi “malam pertama’’ kedua-dua pasangan. Selepas adat

bersanding selesai, selain daripada pasangan pengantin, tidak akan ada

sesiapadibenarkan tidur di bilik pengantin yang sudah didekorasi itu. 28

8. Adat Bersanding



Hari yang amat istimewa bagi seluruh keluarga untuk meraikannya sudah
tentulah hari bersanding. Pada hari inilah kegembiraan kedua mempelai
pengantin akan disambut oleh keluarga, rakan dan taulan. Dan di dalam adat
masyarakat banjar, ketika hari persandingan ini juga mempunyai beberapa adat

yang harus dijalankan.
Pertamanya adalah adat mearak pengantin atau mengarak pengantin. Mengarak

pengantin ini akan dimulai dari rumah pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan
berjalan kaki sambil diiringi dengan rombongan jika jarak perjalanan untuk ke
rumah pengantin perempuan tidak jauh. Setiap langkah mereka akan diiringi

dengan paluan hadrah atau tarian kuda kepang dan pada masa yang sama
pengantin lelaki akan dipayungi dengan payung ubur-ubur. Pengantin lelaki

akan menaiki kenderaan yang disediakan sekiranya perjalanan ke rumah
pengantin perempuan jauh. Pada kenderaan itu akan dihiasi dengan hiasan

berupa kepada naga yang dikenali sebagai “Ba’arak Naga”.
Setelah sampai pada satu lokasi yang tidak jauh daripada rumah persandingan,

pengantin perempuan akan sedia menunggu. Adat bausung akan dijalani
pasangan mempelai bersama-sama pada ketika ini. Pada mulanya, adat bausung
ini hanya boleh dilakukan oleh keluarga banjar kelas atas atau kaya raya. Namun

sejajar dengan waktu sekarang, kerana keunikannya maka ianya telah
diperluaskan untuk seluruh orang banjar.

Dua orang lelaki gagah di kalangan suku banjar akan mengendong atau
mengusung kedua-dua pengantin sewaktu adat bausung. Pengantin akan diiringi

masuk ke dewan persandingan dengan rombongan hadrah atau penari kuda
kepang sehinggalah ke pelamin dengan disaksikan oleh keluarga dan para
jemputan.

Usai segala adat istiadat persandingan seperti bacaan salawat serta doa untuk
pengantin maka diakhiri dengan acara makan nasi hadap-hadap dan padapatan.

Ciri-ciri makan nasi hadap-hadap ini adalah kedua-dua mempelai pengantin
akan berebut-rebut untuk menyuapi pasangan masing-masing. Ianya hampir
sama dengan majlis makan nasi tamuan yang dipraktikkan oleh kaum Melayu

Sarawak sehingga sekarang.
Inilah adalah antara adat istiadat perkahwinan bagi masyarakat banjar di
Kalimantan yang masih lagi dipraktikkan sehingga ke hari ini. Yang menariknya
ada sesetengah adat ini hampir sama seperti adat perkahwinan yang masih
dijunjung oleh masyarakat Melayu Sarawak sehingga ke hari ini. Kalau sudah
namanya sepulau sudah tentu ada sesetengah adat istiadat masyarakat

bersangkutan antara satu sama lain.
29

MAKLUMAT TAMBAHAN
Ini merupakan antara jawatan yang ada sekiranya jiran-jiran membantu dalam

melaksanakan perkahwinan suku Banjar :
 Nang menjadi kepala gawe (ketua aktiviti)
 Nang meurus takak sarung (menyediakan khemah)
 Nang meurus pengwahan (masak nasi dan ikan)
 Nang meurus karasmin (menjaga kesenian)
 Nang besaruan lelaki (pengundang untuk lelaki)
 Nang besaruan bebinian (pengundang untuk wanita)
 Nang menerima cadangan (penerima tetamu)
Disini disertakan juga busana adat pengantin Banjar :

1. BUSANA ADAT PENGANTIN BANJAR 2. BUSANA ADAT PENGANTIN BANJAR
BAAMAR GALUNG PANCARAN MATAHARI BAAMAR GALUNG MODIFIKASI

3. BUSANA ADAT PENGANTIN BANJAR 4. BUSANA ADAT PENGANTIN BANJAR
BABAJUKUN GALUNG PACINAN BAGAJAH GAMULING BAULAR LULUT

30

21

Angkat rumah atau usung rumah merupakan suatu amalan gotong-royong memindahkan
rumah kayu dari lokasi lama kepada kedudukan baharu yang diinginkan. Ia merupakan
amalan yang didapati serata rantau Asia Tenggara.

Pemindahan ini boleh dilakukan atas beberapa dorongan seperti berikutan penjualan tanah
bertapaknya rumah mahupun kelahiran atau kematian dalam sesebuah keluarga.

Rumah diusung dalam pengalas khas diperbuat daripada batang-batang buluh yang
ditebang secara beramai-ramai. Jumlah batang buluh yang diperlukan untuk menggalas

rumah ini bergantung kepada ukuran rumah bakal dibawa.
Seluruh penjuru rumah kayu akan diikat penggalas ini sementara seluruh isinya

dikosongkan dari sebarang perabot dan harta benda.
Rumah ini diusung beramai-ramai secara berkumpulan diketuai ketua adat mahupun
seorang bergelar tekong; tekong ini yang menunjuk arah serta memastikan laluan rumah
yang diusung tidak melanggar halangan yang baik menonjol seperti pokok mahupun yang

mudah menjunamkan seperti bonggol dan lubang jalan.
Tradisi gotong royong memindahkan rumah tersebut sudah dilakukan oleh masyarakat
secara turun-temurun. Warga yang hendak memindahkan rumahnya akan dibantu oleh
warga sekitar dengan sukarela. Ini budaya gotong royong yang masih hidup dan lestari di
masyarakat secara spontan masyarakat datang membantu. Ratusan orang ikut mengangkat

rumah. Penyampaian cuma melalui pengumuman di masjid dan secara spontan
masyarakat datang beramai-ramai. setelah rumah selesai dipindahkan atau di tempat baru,

kegiatan dilanjutkan dengan acara syukuran atau yang dikenal masyarakat Bugis dengan
acara Baca Barazanji.

Tujuannya agar rumah yang baru saja dipindahkan terhindar dari bencana dan malapetaka.

31

Tradisi lalu diakhiri dengan acara makan bersama sebagai bentuk ikatan
silaturahmi yang erat antara warga. Usai mengangkat rumah warga menyantap
makanan yang disediakan pemilik rumah. Hal ini juga dianggap sebagai imbalan
dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga yang rela meluangkan waktu untuk

membantu memindahkan rumah.

Sudah menjadi adat istiadat setempat, pada saat membangun rumah, dilaksanakan
secara gotong royong. Seperti halnya yang dilakukan oleh warga masyarakat di
Lingkungan Bojongsari, RT 04, RW 03, Kelurahan Bojongkantong, Kecamatan
Langensari, Kota Banjar, Jawa Barat .
Hal inilah yang menjadi kegiatan yang langka di Negeri kita, meskipun dari cerita
nenek moyang, pembangunan rumah tinggal kerap dilaksanakan secara gotong
royong.

Untuk itu, Bhabinkamtibmas Polsek Langensari, Polres Banjar, Polda Jabar, Bripka Dedi
Wahyudi, berbaur dengan warga masyarakat lainnya turun ikut membantu

pembangunan rumah milik Bapak Ahmad, warga Bojongkantong, secara bergotong
royong.

Sosok Bripka Dedi Wahyudi, adalah figur Bhabinkamtibmas yang selalu dekat dengan
warga. Setiap hari dirinya selalu bekeliling dari satu rumah ke rumah lainnya, untuk
memberikan himbauan Kamtibmas, atau sekedar memastikan kondisi keamanan
warga kondusif, ataupun hanya sekedar ikut serta dalam kegiatan masyarakat di
Wilayah Kecamatan Langensari.
Kali ini Bripka Dedi Wahyudi, ikut andil membantu warga yang sedang bergotong
royong membangun rumah milik Bapak Ahmad, yang berlokasi di Lingkungan
Bojongsari, RT 04, RW 03, Kelurahan Bojongkantong, Kota Banjar, Jawa Barat.

32

Bripka Dedi, menceritakan saat saya sedang melaksanakan Patroli DDS
(Door to Door System) seperti biasanya, saya melihat kerumunan warga
yang begitu semangat, bersama-sama bekerja bangunan dengan bercanda

gurau lebih kurang 10 orang, karena rasa ingin tahu, saya mendekati
mereka, dan mencoba mengulik, apa yang sedang warga kerjakan, dan
setelah saya membaur, baru saya paham mereka sedang gotong royong

membangun rumah salah satu warga.
Bapak Ahmad, selaku pemilik rumah menjelaskan bahwa hal seperti ini,

yaitu kegiatan gotong royong membangun rumah sudah menjadi
kebiasaan warga masyarakat yang tinggal di kampung ini.

“Selain membantu tenaga, beberapa kerabat, dan tetangga ada juga yang
membantu bahan bangunan,” ujar Ahmad.

Terpisah Kapolres Banjar, AKBP., Yulian Perdana S.I.K., melalui Paur Subbag
Humas Bripka Shandi, Selasa (18/02/2020), membenarkan apa yang telah
dilakukan oleh salah satu anggota Bhabinkamtibmas, diwilayah Langensari.
“Kami sangat apresiasi Bripka Dedi Wahyudi, sosok yang memang bersahaja,
serta agamis, dan disukai warganya dan terpenting kegiatan tersebut dapat

memacu Bhabinkamtibmas lainnya untuk lebih pro aktif,” tandasnya.

33

ADAT PENGURUSAN KEMATIAN

Pendahuluan
Kematian bagi masyarakat manapun, termasuk masyarakat Banjar yang
berada di Kalimantan Selatan, merupakan masalah sosial karena ia tidak
hanya melibatkan anggota keluarganya tetapi juga masyarakatnya. Oleh
karena itu, jika ada kematian, seluruh warga kampung datang membantu
keluarga yang sedang berkabung. Biasanya salah seorang perempuan dari
setiap keluarga datang ke rumah keluarga yang sedang berduka cita sambil

membawa sejumlah beras. Sementara itu, para lelakinya, disamping
membantu dalam persiapan penguburan, juga mempersiapkan kayu-kayu

yang diperlukan untuk masak-memasak dalam rangka selamatan
(kendurian).



Orang yang meninggal, mayatnya ditutup dengan bahalai (kain panjang)
kemudian dibaringkan dengan posisi membujur ke arah baitullah (kiblat). Di
sisinya disediakan buku (Surat Yasin) atau Al Quran. Dengan demikian, siapa
saja yang ingin mengirimkan doa kepada yang meninggal dapat mengambil

dan membacanya. Sementara itu, pihak keluarga yang meninggal
merundingkan mengenai proses pemakamannya, seperti: memandikan
mayat, waktu pemakaman, dan orang-orang yang menyembahyangkan

mayat. Sebagai catatan, jika ada ahli waris yang belum datang, maka
penguburan ditunda. Namun demikian, tidak boleh lebih dari 14 jam
terhitung dari saat seseorang meninggal. Jika yang ditunggu dalam waktu
tersebut belum datang juga, maka penguburan dilakukan (tidak perlu lagi

menunggu ahli waris yang belum datang).

Proses Upacara Kematian



Sebagai suatu proses, upacara kematian mesti dilakukan secara bertahap
dan berkesinambungan. Tahap-tahap itu adalah: memandikan mayat,

menyembahyangkan mayat, turun tanah, meniga hari, dan meyeratus hari.
Berikut ini adalah uraian yang lebih renci tentang tahap-tahap tersebut.

34

1. TAHAP MEMANDIKAN MAYAT

Orang-orang yang dipilih untuk memandikan mayat
umumnya adalah orang-orang yang saleh atau para
ulama atau orang-orang yang ahli dalam memandikan
mayat. Jumlahnya biasanya ganjil (bisa 3 orang, bisa 5
orang, atau 7 orang). Dari jumlah itu ada yang disebut
sebagai mirandu (ahli waris) yang dalam pemandian
bertugas membersihkan dubur dan kemaluan mayat.
Sebelum mayat dimandikan, ia dibaringkan di atas
batang pohon pisang. Kemudian, mayat diwudlukan
(seperti orang yang akan sholat), selanjutnya disiram
dengan air sabun sejumlah tiga kali, lalu dengan air yang
dicampur dengan kapur barus sejumlah tiga kali, dan
akhirnya disiram dengan air bersih, juga sejumlah tiga
kali. Setelah itu, mayat dilapisi dengan kain putih (tiga
lapis). Selanjutnya, bagian-bagian tertentu, seperti: muka,
tapak tangan, dan kemaluan ditutup dengan kapas yang
telah ditetesi dengan minyak cendana. Sebagai catatan,
sebelum muka mayat ditutup dengan kain kavan (kain
putih), para keluarganya diberi kesempatan untuk

melihat yang terakhir kalinya.

2. TAHAP MENYEMBAHYANGKAN MAYAT

Setelah tahap memandikan mayat selesai, maka tahap berikutnya
adalah menyembahyangkan mayat. Mayat yang telah dibaringkan

dalam usungan (tandu) dibawa ke tempat peribadatan (langgar
atau surau atau mesjid) untuk disembahyangkan. Jumlah orang
yang menyembahyangkan minimal 40 orang. Jumlah tersebut oleh
masyarakat Banjar disebut satu-dirian. Adapun yang menjadi imam

adalah orang yang dipercayai atau ditunjuk oleh ahli waris.

35

3. TAHAP PENGUBURAN 4. TAHAP SELAMATAN ATAU
KENDURIAN

Sebelum mayat diusung ke pemakaman, yaitu Bagi masyarakat Banjar, selamatan yang
ketika dibawa keluar dari tempat peribadatan, berkenaan dengan kematian tidak hanya

anak dan atau cucunya disuruh untuk dilakukan pada malam pertama (turun
menyusup di bawah tandu. Maksudnya adalah tanah) saja, tetapi juga malam ke-2 (mendua

agar anak dan atau cucunya tadi tidak sakit- hari), ke-3 (meniga hari), ke-7 (memitung
sakitan dan umurnya panjang. Setelah itu, hari), ke-25 (mayalawi), ke-40 (mematang
puluh), ke-50, 60, 70, 80, 90 yang disebut
barulah mayat diusung ke tempat pemakaman
(kuburan). Di sana telah dibuat liang kubur sebagai manyala ari, dan ke-100 hari
yang sesuai dengan ukuran mayat. Setelah (manyaratus hari) terhitung dari
meninggalnya seseorang.
sampai di kuburan, mayat dibaringkan dengan

posisi miring ke kanan dan muka menghadap
ke kiblat. Selanjutnya, liang kubur ditimbuni Selamatan atau kendurian, baik yang
dilakukan pada hari pertama, kedua, dan
dengan tanah kembali (tanah bekas galian). seterusnya (ke-100 hari) pada dasarnya sama,
Sebagai catatan, untuk daerah-daerah yang yaitu diikuti oleh sanak saudara, tetangganya
dan kenalannya; dimulai dengan tahlilan
rendah (rawa-rawa), sebelum mayat (zikir 100x), kemudian dilanjutkan doa yang
dikebumikan, ia dimasukkan dalam sebuah
maksudnya adalah agar dosa-dosanya
peti yang oleh masyarakat Banjar disebut dimaafkan oleh Tuhan Yang Maha Esa,
tabala. Oleh karena itu, ukuran liang lahatnya diterima amal baktinya, sehingga dapat
(kubur) lebih sempit dibandikan dengan liang diterima di sisi-Nya; dan diakhiri dengan
lahat pada tanah tinggi atau non-rawa-rawa penyantapan nasi beserta lauk-pauknya
(daging ternak) dan apam surabi. Meskipun
(biasanya hanya 1,5 depax3 jengkal). demikian, bukan berarti tidak ada perbedaan

sama sekali. Perbedaan tetap ada, khususnya

Selanjutnya, liang lahat yang telah ditimbuni yang berkenaan dengan sajian yang
dengan tanah sehingga membentuk gundukan dihidangkan pada hari yang ke-100. Hari yang

itu, diberi nisan dari pohon karambat atau ke-100 oleh masyarakat Banjar dianggap
kamboja. Setelah itu, mayat ditalqinkan oleh sebagai yang terpenting. Oleh karena itu,
orang alim. Maksudnya adalah agar almarhum
kelak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan setiap orang akan berusaha untuk
menyelenggarakannya secara lebih besar
yang diajukan oleh malaikat. Dan, dengan ketimbang hari-hari lainnya. Apalagi jika yang
berakhirnya talqin, maka berakhir sudah acara meninggal termasuk orang yang terpandang
pemakaman. Dan, sebagai catatan pula, semua
pakaian almarhum disedekahkan kepada fakir dan meninggalkan harta yang banyak
(berlimpah). Dalam hal ini biasanya keluarga
miskin dan orang-orang yang memandikan yang ditinggalkan akan menyeratus dengan
Selain itu, mereka juga diberi piring, mangkok,
menyembelih kerbau atau sapi. Sebab jika
dan gelas. Sedangkan, penalqin diberi tidak, keluarga tersebut akan dianggap
selembar tikar dan stoples yang berisi air yang
sebagai keluarga yang rakus terhadap apa
telah “dimantrai” (dibacakan ayat-ayat suci). yang warisan oleh yang meninggal.

36

NILAI BUDAYA

Upacara kematian adalah salah satu upacara di lingkaran hidup individu.
Upacara kematian yang dilakukan oleh masyarakat Banjar yang berada di

Kalimantan Selatan ini, jika dicermati secara mendalam, maka di
dalamnya mengandung nilai-nilai yang dapat dijadikan sebagai acuan
dalam kehidupan bersama dan bekal kehidupan di kemudian hari. Nilai-

nilai itu antara lain kegotong-royongan, kemanusiaan, dan religius.



Nilai kegotong-royongan tercermin dalam perilaku warga masyarakat di
sekitar keluarga yang sedang berkabung. Dalam hal ini, tanpa diminta,
setiap keluarga datang membantunya dengan mengirim salah seorang
anggotanya (perempuan) ke rumah keluarga yang sedang berkabung

sambil membawa sejumlah beras. Sementara itu, para lelakinya,
disamping membantu dalam persiapan penguburan, juga

mempersiapkan kayu-kayu yang diperlukan untuk masak-memasak
dalam rangka selamatan (kendurian). (gufron)

37

CARA MENGHENTIKAN PENGALIRAN DARAH LUKA DENGAN MENGGUNAKAN
AYAT AL-QURAN

1. Sentuhkan ibu jari kanan samada tapak tangan atau kaki ke lelangit dan
baca selawat.

2. Tekapkan di tempat luka pada ibu jari yang sama dan baca
“Tabbat yada abi lahabiw watab…”



Hal ini kerana menurut mereka ‘tabbat’ itu membawa maksud sebagai
‘tebat’ atau sekat. Maka apabila dibaca dengan yakin dan jelas akan dapat

menyekat pengaliran darah daripada terus mengalir.

PERUBATAN CARA MENGHENTIKAN PENGALIRAN DARAH
ORANG BANJAR LUKA DENGAN MENGGUNAKAN DAUN KASAI

MALING



1. Ambil dua hingga tiga helai pucuk daun
kasai maling dan lumatkan dengan sedikit

air dan kapur.
2. Air daun yang sudah bercampur dengan

kapur dititiskan ke atas luka dan
menggunakan daun yang sudah lumat

untuk balut luka tersebut.

FAKTA MENARIK MANDI AIR TEMPURUNG BAKAR BAGI
APA ITU KASAI MALING? MENGHILANGKAN DEMAM


Kasai dalam bahasa Banjar membawa 1. Tempurung dibakar dan
maksud sebagai ubat sapu
Maling bermaksud pencuri. dimasukkan ke dalam baldi yang
berisi air ketika api masih menyala.
2. Lalu air tersebut digunakan untuk

memandikan mereka yang
mengalami demam.

38

KESIMPULAN/RUMUSAN

Secara natijahnya, yang dapat kita simpulkan dalam kehidupan
masyarakat banjar di Malaysia ini adalah kaum lain seperti melayu,
india, cina dan peribumi perlu mengetahui kewujudan masyarakat
banjar walaupun dalam populasi yang sedikit dan tidak ramai yang
mengenal orang banjar secara terperinci. Mereka ini juga masyarakat
Malaysia walaupun berbeza etnik dan loghat. Generasi muda juga perlu
mewarisi adat istiadat masyarakat banjar supaya warisan budaya yang
dijaga oleh nenek moyang kita dapat dikekalkan. Bukan itu sahaja,
warisan seni budaya masyarakat banjar juga perlu dimasukkan dalam
salah satu subjek dalam pendidikan supaya anak-anak generasi kini
dapat mengetahui kaum banjar ini. Sebagai rakyat Malaysia yang
majmuk, kita sewajarnya mengambil tindakan serius dalam hakisan
warisan masyarakat banjar daripada terus melunturkan sinar dan
kekilatan warisan kita. Warisan kita tanggungjawab kita. Masyarakat
banjar juga merupakan satu bentuk keunikan dalam bangsa kita yang
tidak ramai mengetahui dan patut dilindungi dan dijaga oleh kita

semua supaya dapat menjadi satu kebanggaan kelak nanti.

39

Sumber Rujukan

Aznie Khasri (2019). ‘Balungan Hayam (Kuih Orang Banjar)’ dalam Cookpad, 13 Julai 2019.
Dicapai pada 22 November 2022 dari

https://cookpad.com/my/recipes/13720196-balungan-hayam-kuih-orang-banjar

Alfisyah, Lumban Arofah, Mariatul Kiptiyah (2011). ‘Kearifan Religi Masyarakat Banjar
Pahuluan’ dalam Eprints, 24 Januari 2011. Dicapai pada 18 November 2022 dari

http://eprints.ulm.ac.id/224/1/11%20Kearifan%20Religi%20Masy%20Banjar%20PahuluanPublika.pdf

Ayna Najla (2012). ‘Adat Perkahwinan Orang Banjar’ dalam Rencah Hidup Ini Blogspot,
30 Ogos 2012. Dicapai pada 5 Disember 2022 dari

http://rencahhidupini.blogspot.com/2012/08/adat-perkahwinan-orang-banjar.html

Borneo Oracle (2017) ‘Adat Istiadat Perkahwinan Masyarakat Banjar’ dalam Facebook,
1 November 2017. Dicapai pada 5 Disember 2022 dari

https://www.facebook.com/BorneoOracle/photos/adat-istiadat-perkahwinan-masyarakatbanjar-mungkin-
untuk-masyarakat-banjar-yang/1558152280898317/

Desa Sumbersari (2011). ‘Upacara Kematian Suku Banjar’ dalam WARISAN BUDAYA
TAKBENDA INDONESIA, 1 Januari 2011. Dicapai pada 23 November 2022 dari
https://warisanbudaya.kemdikbud.go.id/?newdetail&detailCatat=1592

Freddie Aziz Jasbindar (2019).’Penjelasan Tradisi Pukung Masyarakat Banjar di Perak’
dalam ORANG PERAK, 17 April 2019. Dicapai pada 5 Disember 2022 dari

http://www.orangperak.com/penjelasan-tradisi-pukung-masyarakat-banjar-di-perak.html

Fatyn Umyra (2016). ‘Etnik Kaum Banjar di Malaysia’ dalam Fatin Tourism Blogspot, 8
September 2016. Dicapai pada 21 November 2022 dari

http://fatintourism.blogspot.com/2016/09/etnik-kaum-banjar-di-malaysia.html

Faizal Loyppzz & Muhd Zulhanis Hassan (2014). ‘Masyarakat Banjar di Malaysia’ dalam
Adib Blog,19 Disember 2014. Dicapai pada 5 Disember 2022 dari

http://ad2315.blogspot.com/2014/12/masyarakat-banjar-di-malaysia.html?m=1

Halimah (2008). ‘Upacara Kematian Pada Masyarakat Banjar (Kalimantan Selatan)’ dalam
Halimah Blogspot, 2008. Dicapai pada 23 November 2022 dari

https://uun-halimah.blogspot.com/2008/06/upacara-kematian-pada-masyarakat-banjar.html

Khairul Azman Bin Abu Hassan, Nur Shera Nabila Bt Abdul Aziz & Mariatulqibtiah Bt
Samsudin (2012). ‘Etnik Banjar’ dalam INSTITUT PENDIDIKAN GURU, 17 May 2012.
Dicapai pada 5 Disember 2022 dari
http://hubunganetnik-ipgkpi.blogspot.com/2012/05/etnik-banjar.html

40

11 Latif Ghufron Aula (2022). ‘Mitos Hamil Anggur Bagi Perempuan Banjar yang Melanggar

Pamali’ dalam SOLOPOS.com, 25 Januari 2022. Dicapai pada 5 Disember 2022 dari

https://www.solopos.com/mitos-hamil-anggur-bagi-perempuan-banjar-yang-melanggarpamali-1239654

Little Princess Shinta (2016). ‘Tutorial Mengayun Bayi dengan Cara di Pukung Tradisional’

12dalam Youtube, 2016. Dicapai pada 5 Disember 2022 dari

https://www.youtube.com/watch?v=UMX65-KrwEY&t=41s

13 Man Hidayat (2019). ‘Seputar Fakta Ibu Hamil di Banua, dari Mitos Duduk di Tengah Pintu
Sampai Larangan Pakai Guling’ dalam Tribun Kotabaru.com, 21 Mac 2019.
Dicapai pada 5 Disember 2022 dari
https://banjarmasin.tribunnews.com/2019/03/21/seputar-fakta-ibu-hamil-di-banua-dari-mitosduduk-di-
tengah-pintu-sampai-larangan-pakai-guling

Muhammad Zainal Abidin (2012). ‘Tradisi Bahilah Pada Masyarakat Banjar Pahuluan’

14dalam AL-BANJARI jurnal, 1 November 2012. Dicapai pada 23 November 2022 dari
https://jurnal.uin-antasari.ac.id/index.php/al-banjari/article/view/415

15 Ppp (2016). ‘Upacara Adat Baayun Mulud Banjar Kalimantan Selatan’ dalam Indonesianall
Blogspot, 2016. Dicapai pada 1 Disember 2022 dari

http://indonesianall.blogspot.com/2015/06/upacara-adat-baayun-mulud-banjar.html

Rissari Yayuk (2019). ‘Representasi Mitos Batiyanan Pada Masyarakat Banjar’ dalam

16ResearchGate, Januari 2019. Dicapai pada 5 Disember 2022 dari

https://www.researchgate.net/publication/337897097_REPRESENTASI_MITOS_BATIYAN

AN_PADA_MASYARAKAT_BANJAR

17 Rahim Daulay (2020). ‘Adat Istiadat di Banjar, Bangun Rumah Gotong Royong’ dalam
MUDA News, 18 Februari 2020. Dicapai pada 23 November 2022 dari
https://mudanews.com/nusantara/2020/02/18/adat-istiadat-di-banjar-bangun-rumah-gotongroyong/

R.Indra (2020). ‘Tafsir Tradisi: NIlai di Tali Ayunan’ dalam Paradase.id, 14 Ogos 2020.

18Dicapai pada 1 Disember 2022 dari

https://www.paradase.id/post/article/tafsir-tradisi-nilai-di-tali-ayunan

19 Silmi Nurul Utami (2021). ‘Rumah Banjar Khas Kalimantan Selatan’ dalam Kompas.com,
5 Mei 2021. Dicapai pada 21 November 2022 dari

https://www.kompas.com/skola/read/2021/05/05/200843869/rumah-banjar-khas-kalimantanselatan?

page=all

Sahruddin Esa (2012). ‘Seni Rupa Rumah Adat Masyarakat Banjar di Banjarmasin’ dalam

20Tranquility Hati, 17 Julai 2012. Dicapai pada 21 November 2022 dari

http://tranquility-hati.blogspot.com/2012/07/seni-rupa-rumah-adat-masyarakat-banjar.html

41

21 Syed Mahadzir Syed Ibrahim (2019). ‘Adat Perkahwinan Orang Banjar’ dalam KLIK web,
2019. Dicapai pada 5 Disember 2022 dari
http://klikweb.dbp.my/?p=19675

UDHIEXZ (2008). ‘Kepercayaan Masyarakat Banjar’ dalam Wordpress, 27 Mei 2008.

22Dicapai pada 18 November 2022 dari

https://udhiexz.wordpress.com/2008/05/27/kepercayaan-masyarakat-banjar/

23 Utuhlingkun (2018). ‘Kepercayaan Orang Banjar’ dalam Utuhlingkun Blogspot,
7 Oktober 2016. Dicapai pada 7 Disember 2022 dari

https://utuhlingkun.wordpress.com/2016/10/07/kepercayaan-orang-banjar-4/

Wardatun Nadhiroh (2019). ‘Nalar Keberagamaan Masyarakat Banjar: Dari Mistis - Realis

Hingga Tradisionalis - Kritis’ dalam ResearchGate, December 2019. 24
Dicapai pada 18 November 2022 dari

https://www.researchgate.net/publication/338408278_NALAR_KEBERAGAMAAN_MASY

ARAKAT_BANJAR_DARI_MISTIS-REALIS_HINGGA_TRADISIONALIS-KRITIS

25 Xpose (2019). ‘Balung Ayam, Kuih Tradisi Orang Banjar Sedap Dibaluti Inti Kelapa’
dalam mstar, 15 Mei 2019. Dicapai pada 22 November 2022 dari
https://www.mstar.com.my/xpose/resipi/2019/05/15/balung-ayam

Yanna Abu Bakar (2013). ‘Kuih Balungan Ayam’ dalam Aku Yanna Blogspot, 26
4 Februari 2013. Dicapai pada 22 November 2022 dari

http://akuyanna.blogspot.com/2013/02/kuih-balungan-ayam.html

42


Click to View FlipBook Version