The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amalinazawani, 2021-04-25 21:38:36

Kata Tunggal dan Kata Majmuk

kata tunggal majmuk

Keywords: kata tunggal,kata majmuk

BENTUK KATA

KATA TUNGGAL & KATA MAJMUK

KATA TUNGGAL

• Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang
imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan.

• Kata tunggal mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi
bentuk terbitan.

• CONTOH :

cat angka biola sandiwara
zink undang kiamat kosmopolitan
straw buih amatur sentimeter

sambungan …

• AKRONIM juga tergolong dalam jenis kata tunggal.
• Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan

menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan
huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis
serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.
• Akronim boleh ditulis dengan tiga cara :

Gabungan beberapa huruf awal Huruf besar keseluruhannya
rangkai kata / kata nama khas
Huruf pertamanya sahaja dieja
Gabungan suku kata dengan huruf dengan huruf besar
awal / gabungan suku kata dengan
suku kata Huruf kecil sepenuhnya

Gabungan suku kata dengan suku
kata (bukan kata nama khas)

sambungan …

• CONTOH : Angkatan Belia Islam Malaysia
Ahli Dewan Undangan Negeri
ABIM Majlis Amanah Rakyat
ADUN Pertubuhan Keselamatan Sosial
Mara panggung awam gambar
Perkeso cerita pendek
pawagam
cerpen

KATA MAJMUK

• Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata
dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang
khusus.

• Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit (tidak
boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain).

• Kata majmuk terbahagi kepada 3 kelompok :

• Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas
• Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus
• Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan (simpulan bahasa)

sambungan …

• CONTOH :

Kelompok 1 Kelompok 2 Kelompok 3

gambar kertas kaki ayam
rajah kerja

meja tulis urus setia manis
mulut

KATA MAJMUK MANTAP

(1) SETIAUSAHA bahagian (2) SURUHANJAYA atas arahan (3) PESURUHJAYA,
membuat catatan, kemudian (4) TANDATANGAN borang lalu (5) BERITAHU
semua (6) KAKITANGAN akan perlunya (7) KERJASAMA menjalankan (8)
TANGGUNGJAWAB sebagai seorang (9) WARGANEGARA dalam kalangan (10)
BUMIPUTERA. Seterusnya, (11) JAWATANKUASA memutuskan peserta (12)
OLAHRAGA berlatih secara (13) SUKARELA di bawah cahaya (14) MATAHARI
untuk pemilihan ke peringkat (15) ANTARABANGSA.

BUKAN KATA MAJMUK

• Terdapat juga sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk tetapi
dieja bercantum.

Kata nama • peribadi
• peribahasa
Kata adjektif • perikemanusiaan
Kata sendi nama
Kata hubung • sukacita
• dukacita
Kata tanya
• kepada
• daripada

• apabila
• manakala
• walhal

• bagaimana
• kenapa

PENGGANDAAN KATA MAJMUK

• Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur
pertama kata sahaja.

• CONTOH :

• Alat tulis = alat-alat tulis
• Gambar rajah = gambar-gambar rajah
• Menteri besar = menteri-menteri besar

• KECUALI penggandaan yang melibatkan kata majmuk mantap –
penggandaan melibatkan keseluruhan kata.

• CONTOH :

• Pesuruhjaya = pesuruhjaya-pesuruhjaya
• Tandatangan = tandatangan-tandatangan

PENGIMBUHAN KATA MAJMUK

• Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata
terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk;

• Menerima IMBUHAN AWALAN / AKHIRAN sahaja

• Campur aduk = bercampur aduk
• Ambil alih = mengambil alih
• Daya serap = daya serapan

• Menerima IMBUHAN APITAN

• Campur aduk = mencampuradukkan
• Daya serap = kedayaserapan

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version