The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dianafaziha, 2024-03-21 03:26:24

EXPLORE-C : Biokimia

Biokimia

APA ITU BIOKIMIA? Biokimia adalah gabungan antara bidang biologi dan kimia. Dengan kata yang lebih umum, ahli biokimia mengkaji segala unsur-unsur yang terdapat di dalam organisma hidup untuk menerangkan kejadian-kejadian seperti bagaimana hidupan mengalami proses reproduksi dan bagaimana organisma mendapat tenaga, membesar dan berkembang. Kajian metabolisme merupakan bidang utama dalam penyelidikan biokimia. About me Tugas seorang ahli biokimia ialah mengkaji komposisi kimia unsur hidup dan asas molekul di dalam sel dan tisu. Mereka membangunkan penggunaan perubatan, pertanian, sains makanan, persekitaran, industri dan lain-lain lagi. Special Edition Biochemistry APA ITU TUGAS BIOKIMIA


2 3 4 5 6 7 1 Mengkaji cara bakteria menyimpan dan menghasilkan maklumat genetik Bidang pengkhususan ahli biokimia Kajian kimia mengenal proses-proses yang dialami oleh badan seperti penghadaman, tumbesaran, penuaan dan kematian Mengenal pasti dan mensintesiskan vitamin, alergen bahan galian, hormon dan enzim. Menyediakan serum, vaksin, hormon serta ekstraksi tiroid dan pituitari Memberi nasihat mengenai proses-proses penulinan air dan rawatan kumbahan Mengembangkan kaedah baru untuk mengawet makanan Penyelidikan teknologi gabungan semua DNA atau asas molekul mengenal cara sistem imun berfungsi


menjalankan penyelidikan dan projek pembangunan bersama-sama dengan jurutera kimia, ahli biologi, ahli mikrobiologi, ahli ergonomi dan lain-lain profesional. menyelia juruteknik dan ahli teknologi semasa mereka menjalankan penyelidikan makmal. Penyelidikan makmal melibatkan penimbangan, penapisan, penyulingan, pengeringan dan pemupukan (membesarkan mikroorganisma). merekabentuk dan membuat perkakas makmal atau menggunakan pengesan radioaktif.. membentuk peralatan dan teknik baru yang diperlukan. Mereka selalunya melaporkan hasil penyelidikan mereka di dalam jurnal saintifik atau kepada kumpulan saintis. Mereka juga bekerja di dalam aktiviti penyelidikan am dan gunaan. Perbezaan di antara kedua-dua bidang tersebut adalah agak kecil sehinggakan ada ahli biokimia yang mungkin melakukan kedua-duanya. Walau bagaimanapun kebanyakan daripada mereka melakukan penyelidikan am. penyelidikan gunaan biasanya menggunakan hasil penyelidikan am untuk menyelesaikan masalah praktikal. Sebagai contoh, mereka menggunakan pengetahuan tentang bagaimana organisma membentuk hormon untuk mensistesis dan menghasilkan hormon pada kadar yang lebih besar. Sesetengah ahli biokimia pula menceburi kerjaya pendidikan atau industri bidang teknologi makanan, perhutanan, racun herba, kajian diet, pengurusan dan perancangan farmaseutikal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Kelebihan menjadi ahli biokimia? Waktu bekerja ahli biokimia 8.00 a.m. - 5.00 p.m. adakalanya mereka perlu mengorbankan masa rehat mereka dengan melakukan kerja lebih masa pada lewat petang atau hujung minggu.


Ciri-ciri Peribadi. berimaginasi dan berfikiran logik bersifat mendesak dan sanggup bekerja untuk waktu yang panjang berwaspada semasa bekerja di sekeliling bahan-bahan makmal yang merbahaya sentiasa mengikuti perkembangan dan penemuan baru boleh bekerja dalam kumpulan yang besar ataupun kecil sabar, tepat dan memiliki tahap penumpuan perhatian yang tinggi teliti, bersimpati dan berhati-hati minat dalam sains dan pengkaedahan sains berinspirasi, mempunyal rasa Ingin tahu dan berkeazaman kemahiran berkomunikasi - bertutur dan menulis berpengetahuan tentang komputer


Kriteria Ahli Biokimia SYARAT UTAMA Syarat kemasukan bagi pelajar STPM/Matrikulasi KPM/Asasi Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM /Matrikulasi KPM /Asasi; Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM /Matrikulasi KPM /Asasi dalam mata pelajaran berikut: ● Biology; dan mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran berikut: ● Physics ● Chemistry ● Mathematics /Mathematics M /Mathematics T Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan. Syarat kemasukan bagi pelajar Diploma Memiliki Diploma dalam bidang Sains dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurangkurangnya PNGK 3.00; dan Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari Semester satu (1) hingga Semester akhir; Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan. Calon Lepasan STPM /Matrikulasi KPM /Asasi (BUKAN TAHUN SEMASA) Mendapat sekurangkurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM /Matrikulasi KPM /Asasi; Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM /Matrikulasi KPM /Asasi dalam mata pelajaran berikut: ● Biology; dan mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut: ● Physics ● Chemistry ● Mathematics /Mathematics M /Mathematics T Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan. . Ijazah Sarjana Muda Sains Biokimia SALARY Minimum : RM 2317.00 Maximum : RM 9620.00


Peluang Pekerjaan Peluang pekerjaan bagi ahli biokimia adalah terhad. namun begitu ia juga memberi peluang kepada ahli biokimia untuk menceburi bidang selain biokimia RnD Pensyarah Sektor perkilangan Sektor farmasi Jurusan Ahli Biokimia Jurusan Kimia, Jurusan Biologi, Jurusan Fizik, Jurusan Mikrobiologi, Jurusan Fisiologi, Jurusan Farmakologi Jurusan Genetik


Click to View FlipBook Version