E-MAJALAH MAY 2022
POLINEWS
MASALAH GENGSTERISM
BERLAKU DI KALANGAN
MASYARAKAT
KESAN-KESAN
BERLAKUNYA
MASALAH TERSEBUT
DATA TAHUNAN
GANGSTERISM DI
MALAYSIA
PUNCA- PUNCA
KEGIATAN GENGSTERISM
BERLAKU
AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD ZUL HAQIM B.ZAKARIA
(18DDS21F1053)
MUHAMAD HAZIM HAZAMI B.ZUPIN
(18DDS21F2057)
MUHAMMAD IYAD HAZIQ BIN SELAMAT
(18DDS21F2069)
MUHAMMAD HAIKAL BIN SHAARI
(18DDS21F2067)
KELAS
DDS1C
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
NAMA PENSYARAH
MOHD HANAFI BIN JUSOH
PENASIHAT AKADEMIK
IZYAN BINTI MAHMOD
1
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA S
URAT
PENGENALAN 45555
DATA TAHUNAN KES GANGSTERISM 5
6-
7
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI 886
GEJALAJA GANGSTERISM
DAPATAN KAJIAN
PUNCA GEJALA GANGSTERISM 9-1
1
KERATAN AKHBAR DAN JENIS GANG 12-
15
KESAN YANG BERLAKU TERHADAP 16-
18
19-
20
kkkkkk 21-
22
GANGSTERISM
LANGKAH MENGATASI GANGSTERISM
KESIMPULAN
RUJUKAN
http://arenapendidikanmalaysia.blogspot.com/p/gengsterisme.html
http://img.astroawani.com/2013-08/7137
7881040_freesize.jpg
https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/21167-tiada-
elemen-gangsterisme-polis
http://samseonsaengnim.weebly.com/uploads/2/9/1/1/29114339
/img-0408_orig.jpg
shorturl.at/mFJ49
shorturl.at/isNR2
2
PENDAHULUAN
Pendahuluan ialah bagi kursus MPU21032
Penghayatan Etika Dan Peradaban,kami sekumpulan
telah di berikan tugasan untuk membuat sebuah
majalah yang bertemakan e-majalah dan di dalamnya
terdapat beberapa kajian terhadap isu gengsterism
yang semakin menular di kalangan remaja zaman
kini.Selain itu,kami juga membuat kajian bagi
mengumpulkan maklumat tentang kegiatan
gengsterism contohnya punca-punca berlakunya
kegiatan tersebut.
3
PENGENALAN
Terdapat di dalam kamus dewan 'gengster' ialah diklasifikasikan
kepada ketegori jenis salah laku jenayah seperti
berjudi,mencuri,pergaduhan,vandalisme,dans seangkatan
dengannya.Selain itu,kegiatan gangsterism ini juga merupakan salah
satu fenomena yang di anggap menular di kalangan remaja pada masa
kini.Ia bukan sahaja menghalang pencapaian pelajar remaja,malah
boleh mengganggu perkembangan remaja dalam arus pembangunan
dan ekonomi negara.Menurut Thrasher (1963) yang merupakan
pelopor awal tentang kajian gengsterisme mengutarakan bahawa pada
awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan geng.
Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran
dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam
kumpulan mereka. Thrasher (1961) juga mendefinisikan gang sebagai
satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkahlaku
yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit,
konflik dan mempunyai perancangan. Thraser juga menyatakan
bahawa kewujudan gangster adalah hasil daripada perkembangan
sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenil yang bertukar kepada
perlakuan devian. Secara evolusi kumpulan ini menjadi satu kumpulan
gangster yang sering kali melakukan tindakan-tindakan ganas yang
bercorak anti sosial. Ikatan yang pada mulanya tidak sehaluan
menukar menjadi lebih erat ditambah sangat setia kawan atau kukuh
serta mengamalkan tradisi kumpulan.
Keratan akhbar di bawah
menunjukan kegiatan gengsterism
di kalangan pelajar remaja yang
masih bersekolah.
4
DATA TAHUNAN KES
GANGSTERISM
Graf ini menunjukkan peningkatan kes jenayah gangsterism di semua
negeri-negeri di Malaysia. Nisbah jenayah indeks bagi 100,000
penduduk di Malaysia pada 2018 bertambah baik kepada 273.8
berbanding 2017 (309.7). Tujuh buah negeri merekodkan jenayah
indeks melebihi paras nasional pada 2018 iaitu Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (642.6), Selangor (330.8), Negeri Sembilan (327.1),
Melaka (303.6), Kedah (287.6), Pulau Pinang (284.6) dan Johor (275.7).
Manakala, Terengganu merekodkan jenayah indeks terendah bagi
tahun 2018 (148.4).Graf ini menunjukkan sedikit sebanyak penurunan
kes gangsterism yang berlaku di Malaysia sejak tahun 2016 hingga
2018.Kes jenayah gangsterism pada tahun 2016 hingga 2020
penurunan kes jenayah di Malaysia semakin menurun.Kesimpulannya
disini masyarakat di Malaysia
semakin berhimah dan takut
untuk melakukan kejahatan
kerana kerajaan Malaysia telah
5
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GEJALA
GENGSTERISM
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dan
kanak -kanak terlibat gengsterisme. Faktor-faktor ini termasuklah
faktor rakan sebaya, pengaruh keluarga, pengaruh media masa dan
individu itu sendiri untuk menentukan etiologi gengsterisme.
Keluarga menurut takrif antrapologi adalah satu unit (kumpulan) yang
terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan.
Freud (1953), pula merujuk keluarga sebagai kombinasi ibu dan bapa
yang tinggal serumah atau pun lebih anak.
Media ialah satu proses komunikasi berasaskan usaha mengatur
persefahaman antara manusia yang pada mulanya menerusi bahasa
diucapkan. Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah
membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tidak
memerlukan ruang dan masa. Pembinaan koridor raya Multi Media
(MSC), beberapa buah stesen televisyen memperlihatkan pentingnya
media kepada masyarakat (Haslina Hassan, 2000) .
6
Menurut Artwater (1998), rakan sebaya didefinisikan sebagai rakan
seumur dan dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan, sebantal
atau rakan seperjuanganErikscon (1993), rakan sebaya bermaksud suatu
kelompok kanak -kanak atau pun remaja yang sama umur atau peringkat
perkembangan. Mengikut kamus ensiklopedia (1997), mendefinisikan
individu sebagai seseorang remaja bermula akil baligh, cukup umur, orang
yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 21 tahun. Jangka masa di antara
zaman kanak ke zaman dewasa.
7
DAPATAN KAJIAN
Analisis Faktor-faktor Yang Paling Mempengaruhi Gejala gengsterisme Di
Sekolah Dari Aspek Rakan Sebaya, Keluarga, Pengaruh Media Dan
Individu. Analisis hasil dapatan tentang faktor-faktor yang paling
mempengaruhi gejala gengsterisme di sekolah dari aspek rakan sebaya,
individu, keluarga dan pengaruh media dilakukan dengan meletakkan
tahap rendah, sederhana dan tinggi pada setiap aspek yang dibincangkan.
Berikut adalah pengekelasan dan tahap faktor berdasarkan analisis.
NILAI FAKTOR-FAKTOR
PALING DOMINAN
3.68-5.00
2.34-3.67 Tinggi
1.0-2.33
Sederhana
Rendah
8
PUNCA GEJALA GENGSTERISME
Pengaruh Rakan Sebaya
Menurut Papalia (2001) perkembangan sosial pada peringkat remaja banyak
Rakan sebaya merupakan orang penting kepada seseorang remaja.
melibatkan kelompok rakan sebaya berbanding dengan orang tua. Remaja
begitu terbuka untuk berbincang tentang masalah emosi atau peribadi yang
dihadapi oleh mereka dengan ibu bapa, guru dan orang dewasa yang lain. Jika
mereka merasakan bahawa mereka kekurangan kasih sayang daripada
keluarga rakan sebaya akan menjadi orang pertama yang mereka mengadu,
berkongsi masalah dan mencurahkan perasaan
Pengaruh rakan sebaya mampu mencorakkan sikap dan nilai tingkah laku
seseorang remaja, lebih-lebih lagi mereka yang tercicir dalam pelajaran dan
mengalami masalah keluarga. Pengaruh sebegini merupakan kunci
perkembangan sikap remaja. Pengaruh rakan sebaya begitu kuat dalam
pembentukan diri seseorang remaja.Mereka akan membentuk kumpulan
sendiri dan mengadakan peraturan tertentu. Kumpulan sebegini biasanya
digelar kongsi gelap. Ahli kumpulan tersebut dikenhendaki mematuhi setiap
peraturan yang telah dipersetujui oleh ahli-ahlinya. Masalah disiplin
seseorang seperti pergaduhan dan mengganggu ketenteraman orang lain
akan mula terjadi akibat penyertaan mereka dalam kumpulan-kumpulan
seperti ini.
Sikap remaja itu akan berubah sedikit demi sedikit tanpa disedari bahawa ia
telah terlibat dalam gejala gengsterisme. Ego yang tinggi dalam diri remaja
menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja mengikut arahan
rakan-rakan semata-mata untuk membuktikan kehebatan dan kekuatan
masing-masing agar mendapat pujian dan kedudukan yang tinggi dikalangan
rakan-rakannya.
Justeru itu yang membimbangkan ialah kelompok-kelompok ini mudah
bertindak agresif apabila ada desakan luaran atau dalaman untuk
melakukan sesuatu aktiviti tidak sihat walaupun pada peringkat awalnya
mereka hanya berniat untuk seronok.
9
Pengaruh Keluarga
Pada zaman dahulu sistem kekeluargaan yang utuh dan berfungsi
sangat diutamakan dansangat penting. Ibu bapa mempunyai banyak masa
bersama anak-anak dan tidak terlalu memikirkan soal wang justeru
keperluan mereka hanya sekadar mencukupi. Keadaan tesebut
membuatkan mereka berjaya bertindak sebagai ‘penyerap’ kepada
masalah anak -anak sama ada di rumah mahupun di sekolah. Pada masa
itu, sebahagian besar ibu bapa tidak berpelajaran. Anak-anak yan
berkebolehan dalam sekolah persekolahan menjadi sesuatu yang amat
dibanggakan. Bagi mereka nilai persekolahan dan Pendidikan dipandang
amat tinggi dan sangat penting.
Kedua-dua ibu bapa kebanyakannya bekerja di luar. Orang tua dan
sanak saudara tinggal berasingan daripa dakeluarga. Akibatnya,
peratusan keluarga telah bertambah daripada 60 peratus pada
1991kepada 68 peratus pada 1994. Ikatan perhubungan kekeluargaan
yang semakin longgar mewujudkan bibit-bibit kelemahan institusi
keluarga yang menjadi punca kepada peningkatan salah laku di kalangan
remaja. Ibu bapa meremehkan tanggungjawab mendidik anak-anak
menyebabkan anak-anak mencari kebebasan di luar rumah kerana
mereka berasa kekosongan, tidak tentu arah, kurang mendapat perhatian
dan mengalami tekanan perasaan.
Akibat daripada keadaan itu mereka melepaskan tekanan perasaan
yang dialami dengan merosakkan harta benda awam. Misalnya,pada 20
Mac 2005, Jeff Weise merupakan seorang pelajar di Red Like High School,
Minnesota, Amerika Syarikat telah mengamuk dan menembak lima orang
rakannya, seorang guru danseorang pengawal keselematan adalah
sebagai contoh kritikal pelepasan tekanan perasaanyang dialami oleh
seorang remaja.
10
Faktor Individu
Gangguan emosi akibat tekanan, sikap egosentrisme, ketahanan diri
dan keyakinan pada diri sendiri yang lemah turut mejadi penyebab
kepada masalah gengsterisme. Individu-individu sebegini kurang
perasaan simpati dan suka mendesak. Emosi sangat
mempengaruhipemikiran dan tingkah laku seseorang individu. Emosi
merupakan kebangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas
seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang
berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih
sayang. Pada peringkat usia remaja banyak perubahan yang ketara
dialami oleh seseorang remaja sama ada perubahan biologi, fizikal,
mental, emosi atau tanggungjawab dan peranan.
Oleh yang demikian mereka lebih banyak bertindak mengikut
perasaan berbanding dengan kewarasan akal fikiran. Justeru, sedikit
kemarahan merekasanggup memukul, mencederakan malah sehingga
sanggup membunuh orang lain.Egosentrisme menyebabkan remaja
gagal memahami pandangan orang lain yang bertentangan dengan
pandangan mereka.Egosentrisme merupakan perhatian yang
keterlaluan terhadap diri sendiri sehingga seseorang itu menganggap
dirinya seorang yang penting tanpa mempedulikan orang lain.
Penglibatan dalam kegiatan gengsterisme akan membolehkan
seseorang remaja itu mendapat kepuasan sendiri apabila mereka
berjaya menyakiti mangsa sama ada secara lisan atau fizikal tanpa
mempedulikan akibat yang ditanggung oleh mangsa berkenaan.Remaja
yang kurang keyakinan diri juga cenderung melibatkan diri dengan
kegiatangengsterisme dengan harapan dapat menjadi tumpuan ramai.
Mereka biasanya kurang cemerlang dalam bidang akademik.Perbuatan
gengsterisme yang dilakukan dianggap menambah keyakinan diri
masing-masing.
11
#VIRAL 28 April, 2022
Aksi lagak ‘gangster’ buli kawan
Gejala buli atau vandalisme merupakan antara masalah yang paling sukar
untuk dibendung sejak dari dulu lagi dan ramai di kalangan mereka menganggap
dengan membuli pelajar, merekalah yang paling ‘jaguh’ di sekolah tersebut.
Akan tetapi mereka haruslah ingat bahawa hidup ini ibarat putaran roda dan
pada bila-bila masa sahaja, tindakan mereka sendiri akan memakan diri seperti
yang berlaku kepada sekumpulan pelajar ini.
Ini dapat dilihat apabila tular di media sosial semalam, apabila sebuah video yang
memaparkan aksi beberapa orang pelajar sekolah menengah di Langkawi
memukul, memijak, menumbuk dan menendang pelajar malang.
Lebih memeritkan lagi adalah mangsa tersebut dibuli secara beramai-ramai dan
mereka ini bertindak membaling meja ke arah pelajar tersebut.
12
#VIRAL 28 April, 2022
9 orang pelajar ditahan kes pukul rakan
sambut hari lahir
13
#VIRAL 28 April, 2022
KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Polis mengesahkan menerima maklumat mengenai
pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki bermotosikal di Dataran Merdeka malam
semalam.
Siasatan awal mendapati, insiden tidak melibatkan elemen kongsi gelap atau
gangsterisme.
Ia dipercayai kerana salah faham.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah,
panggilan daripada orang awam diterima 1.29 pagi tadi.
Sebaik tiba di lokasi, polis mendapati tiada lagi pergaduhan berlaku.
Setakat ini, tiada laporan polis dibuat mana-mana pihak.
Bagaimanapun, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana
merusuh dengan senjata.
Insiden pergaduhan itu tular di laman sosial.
14
Jenis Jenis Geng Di Malaysia
HAK MILIK :
15
KESAN YANG BERLAKU TERHADAP GANGSTERISIME
1. Membawa kesan negatif kepada sekolah Kewujudan kumpulan-
kumpulan gangster di sekolah memberi impak dan pengaruh negatif
kepada pata pelajar. Ahli-ahli kumpulan gangster sering melakukan
kegiatan-kegiatan ganas di sekolah.Sekiranya ahli geng dapat
menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah ia
bolahmengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Ini
seterusnya memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar, pihak
pengurusan, keselamnatansekolah, dan juga proses penyampaian
pendidikan amnya.
2. Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran Salah laku pelajar
memberi impak secara langsung ke atas kualiti pendidikan yang
diberikan disekolah. Kumpulan-kumpulan ini mencurahkan perasaan
benci dan tidak puas hati dengan mengganggu prosesP&P . Berasaakan
perkembangan ini, aktiviti gengsterisme yang wujud di sekolah-sekolah -
- jika tidak dikawal akan menimbulkan gangguan terhadap P&P di
dalam dan di luar sekolah. Unsur-unsur gengsterisme itu juga
memesongkan kumpulan pelajar daripada terlibat secara aktif dan
bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kegagalan menangani secara segera dan berkesan bolah mengagalkan
usaha mencapai matlamat pendidikan negara.
3. Mewujudkan budaya takut Kehadiran geng di sekolah menyebabkan
pelajar-pelajar di sekolah berkenaan menjadi 2 kali gandalebih takut.
Para pelajar takut menjadi mangsa keganasan. Iklim di sekolah menjadi
tidak selamat dan pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar-pelajar
sering berada dalam keadaan ketakutan kerana ada yang tidak bersalah
menjadi mengsa ganas geng. Pelajar-pelajar hilang semangat untuk
belajar dan mengajar bagi guru-guru.Masalah banyak pelajar yang tidak
bersalah menjadi mangsa ugutan secara langsung atau tidak langsung
akan mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah.
16
4 . Sekolah menjadi pusat aktiviti geng. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh kumpulan-kumpulan gangster di luar sekolah malas masuk
kekawasan sekolah. Sekolah dijadikan pusat aktiviti geng yang penting
untuk pengambilan ahli-ahlibaru dan untuk, tujuansosial yang lain.
Majoriti geng ini ada di sekolah kerana sekolah merupakan satu tempat
di amna mereka dapat berkumpul dan membincangkan aktiviti-aktiviti
merekaMerekajuga memberikan perlindungan kepada ahlinya dan
menakut-nakutkan pelajar lain mengambilahli-ahli baru dan
melibatkan diri dalam perlakuan-perlakuan jenayah
5. Vandalisme dan merosakkan harta benda sekolah Jenis vandalisme
meninggalkan kesan buruk dan bahagian-bahagian sekolah, harta guru
dan pelajar lain dengan sengaja dirosakkan. Ahli-ahli geng juga
melakukan contengan grafik pada harta sekolah. Grafik-grafik tersebut
sukar dipadam dan memerlukan pembelanjaan untuk membersihkan.
Terdapat kejadian di mana bangunan sekolah dibakar oleh pelajar-
pelajar yang dikenakan tindakandisiplin oleh pihak sekolah.
6.Masa depan remaja akan dihancurkan. Remaja yang digelarkan sebaga
benteng negara akan dilabelkan sebagai golongan remaja yang jahat dan
tidak berguna dan turut mencemari imej diri sendiri. Mereka akan
dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat. Remaja yang terlibat
dalam gejala sosial menyebabkan mereka menjadi sampah masyarakat
dan dipandang hina. Pada tahap ini remaja tidak mempunyai hala tuju
atau matlamat yang jelas pada masa depan dan tidak bercita-cita tinggi.
Sekalipun mereka insaf, mereka tetap sukar untuk mendapat
kepercayaan masyarakat dan mereka akan dipandang serong. Hal ini
menyukarkan mereka untuk mendapat pekerjaan dan seterusnya akan
disisihkan oleh ahli keluarga kerana tidak dapat menerima kelakuan
mereka menyebabkan hidup mereka terumbang-ambing.
17
7.Keluarga akan diberi impak oleh masyarakat.
masyarakat hilang kepercayaan terhadap keluarga tersebut, maruah
keluarga tercalar dengan tindakan remaja tersebut ibarat menconteng
arang ke muka. Hal ini menjejaskan masa depan adik-beradik yang lain dan
lebih teruk lagi jika menjejaskan emosi ahli keluarga yang tidak dapat
menerima tekanan daripada masyarakat.
8.Kerosakan harta benda awam
Antara harta benda awam yang sering menjadi sasaran mereka adalah
pondok telefon, tandas awam dan sebagainya. Buktinya, ganggang telefon
awam terputus dan banyak grafik yang menyakitkan mata diconteng di
dinding-dinding tandas. Menurut Kamus Dewan (2003), menconteng
dinding bermaksud mencoreng-coreng dengan cat arang dan sebagainya.
Bercalit-calit, berpalit-palit di dinding-dinding tanpa matlamat atau
tujuan. Grafik-grafik yang diconteng adalah sukar dipadam dan
memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk membersihkan atau
mengecatkannya semula.
18
Langkah mengatasi gangsterisme
1.Peranan ibu bapa
Ibu bapa merupakan ubat mujarab dalam penyelesaian masalah ini. Anak
umpama sehelai kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab
mencorakkannya. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah meluangkan
masa mereka untuk mengambil berat tentang segala aktiviti yang
dilakukan oleh anak-anak di sekolah dan di luar sekolah. Ibu bapa patut
melibatkan diri dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk
mengetahui pencapaian atau prestasi anak-anak mereka di sekolah. Ibu
bapa juga haruslah menjadi pendengar setia dan selalu bermusyawarah
bersama-sama anak mereka untuk mencari jalan penyelesaian masalah
yang dihadapi oleh anak.
Ibu bapa perlu mengenali dan mengetahui dengan siapa anak-anak
mereka bergaul. Tidak salah jika ibu bapa mengajak rakan-rakan anak
mereka ke rumah untuk lebih mengenali rakan anak mereka. Jika
mereka tidak sesuai untuk menjadi kawan kepada anak-anak, ibu bapa
perlulah menasihati anak-anak agar menjauhi kawan-kawan tersebut.
Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan penglibatan remaja dalam
jenayah gengsterisme tetapi membantu mengukuhkan institusi keluarga
mereka. Remaja perlulah sentiasa diingatkan supaya tidak memilih
kawan sesuka hati. Remaja harus menilai mana yang baik dan mana yang
buruk untuk diikuti dan dielakkan.
2.Peranan pihak sekolah
Penguatkuasaan peraturan sekolah. Pihak sekolah perlu
menguatkuasakan peraturan sekolah dengan mengambil tindakan yang
setimpal terhadap kesalahan dan masalah disiplin yang dilakukan oleh
pelajar. Bagi mereka yang terlibat dengan gengsterisme, pihak sekolah
perlu mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka seperti memberi
surat amaran, hukuman rotan dan gantung persekolahan.
Walaubagaimanapun, pelajar yang didapati mencederakan pelajar-
pelajar lain pula haruslah ditukarkan ke sekolah juvana
19
Mereka yang terlibat dengan jenayah gengsterisme ini perlu
dikaunseling dan dimotivasikan agar wujud kesedaran dalam diri
mereka tentang bahayanya gengsterisme terhadap diri mereka. Apabila
timbulnya kesedaran dalam diri mereka, secara tidak langsung mereka
akan menjauhkan diri daripada gengsterisme. Minat mereka untuk
terus belajar juga akan semakin menebal dalam diri mereka melalui
proses motivasi dan kaunseling. Tambahan pula, keyakinan diri juga
akan dipertingkat dalam proses pembelajaran dan diperkuatkan lagi
dengan pencapaian akademik yang memuaskan mahupun baik. Dengan
ini, masa hadapan mereka akan terjamin.
3.Peranan media massa
Menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah.menayangkan
program pembentukan sifat remaja.
Memaparkan iklan tentang keburukan gangsterisme supaya mereka
tahu keburukan yang akan berlaku terhadap mereka yang melakukan
gangsterisme
4.Peranan kerajaan
Memperketatkan undang undang akan menerusi tindakan kerajaan
akan mampu menyedarkan pelajar bahaya pembabitan di dalam aktiviti
gengsterisme. Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah
Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia
dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah
persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan
ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko
20
KESIMPULAN
kita perlu memilih keberkesanan sistem pendidikan islam
dalam mendidik hati para pelajar agar mendalami dan
mengamalkan penghayatan islam,selain meningkatkan
kemampuan mental pelajar dalam dunia akademik. Sekolah
bukan sahaja pusat mendidik para pelajar,malah merupakan
instituti moral. Seharusnya gangsterisme tidak berlaku kepada
pelajar aliran agama,kerana pelajar telah didedahkan dengan
pengetahuan dan bimbingan agama. Oleh itu,pendidkan islam
semestinya berperanan melahirkan insan yang soleh,yang dapat
mengabungkan ilmu,amal dan iman
21
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang
menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan
Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara yang baik,
serta melarang daripada Segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang
berjaya.”[Surah Ali-Imran: 104] ,
22