MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SESI 1 2021/2022
TAJUK:
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA
PENSYARAH:DR HAYATI BINTI TALIB
NAMA PELAJAR:
1.NORAZWALIZA NATASHA BINTI SULAIMAN(23DIB21F1030)
2.NUR NAGIHAN BINTI MD ROS
LI(23DIB21F1066)
3.RASHED BIN ZAKARIA(23DIB
21F1040)
4.MUHAMMAD DANIAL KHAIREN BIN YUSMIR(23DIB21F1048)
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK
CIRI MASYARAKAT MAJMUK
KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA
PERISTIWA 13 MEI 1969
PUNCA-PUNCA BERLAKU 13 MEI 1969
KESIMPULAN
LAMPIRAN
RUJUKAN
PENGENALAN
MASYARAKAT
Kumpulan manusia yang hidup bersama(di sesuatu tempat
dengan aturan dengan cara tertentu),ia merupakan pergaulan
hidup
MASYARAKAT MAJMUK
Sekumpulan manusia yang terdiri pelbagai rumpun bangsa telah
membentuk satu kesatuan,khas dalam aspek politik,ekonomi dan
sosial di sesuatu tempat bagi bentuk satu kumpulan yang bersatu
padu
Masyarakat majmuk ialah masayarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum yang mempunyai budaya,agama,bahasa,adat resam dan
tumpuan kegiatan ekonomi yang tersendiri
Kaum Kaum
melayu india
Kaum Contoh Kaum
cina masyarakat iban
majmuk di
malaysia
Kaum
kadazan-dusun
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum seperti
Melayu,Cina,India dan lain-lain.Setiap masyarakat mempunyai latar
belakang dan indentiti yang berbeza.Masyarakat majmuk biasanya
dikaitkan dengan Malaysia kerana rakyatnya yang berbilang kaum
dan memiliki pelbagai budaya serta adat resam tersendiri mengikut
kaum masing-masing.Corak rakyat Malaysia berubah mengikut
perubahan masa dan keadaan struktur politiknya.Dengan adanya
kepelbagai kaum maka wujudlah kepelbagai adat
resam,budaya,bahasa,agama dan sebagainya
Masyarakat majmuk merupakan masyarakat yang mempunyai pelbagai
lapisan kaum yang memiliki budaya,adat resam dan kepercayaan
tersendiri.Setiap mereka mempunyai sejarah latar belakang
kemasukannya.Masyarakat majmuk dibahagikan mengikut
ras,etnik,agama,ideologi,bahasa dan budaya.Selain itu,masyarakat
majmuk juga merupakan satu kumpulan manusia yang hidup bersama-
sama mengikut cara tertentu,Jaringan erat dapat diwujudkan melalui
hubungan bersemuka antara masyarakat.Contohnya seperti pergaulan
antara masyarakat Melayu,Cina,India dan lain lain.Hal ini dapat
membuktikan bahawa rakyat Malaysia tidak memiliki sikap perkauman
kerana masih boleh hidup dengan aman walaupun Malaysia mempunyai
pelbagai kaum.
Pembentukan masyarat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum
bermula pada abad ke-19 melalui kesan daripada Kolonialisme yang
mutlak.Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja
kerana pada abad ke-19 penduduk di Tanah Melayu majoritinya adalah
melayu,boleh dikatakan lebih 90% adalah masyarakat melayu.Namun
pada pertengahan abad ke-19,imigrasi kaum cina dan india dibawa
masuk ke dalam negara kita secara beramai-ramai ekoran dasar liberal
Inggeris yang telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah
Melayu.Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai etnik
mengikut cara hidup,pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.
MASYARAKAT MELAYU
Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah tersendiri.Untuk kaum
melayu dahulunya tinggal di perkampungan.Selain itu,mereka juga
berkerja sebagai petani,peternak,menangkap ikan dan mengutip hasil
hutan.Pada mulanya kaum melayu menganut agama Buddha apabila
apabila kedatangannya agama Islam di Tanah Melayu kebanyakkan
masyarakat Melayu mula menganut agama Islam.Hal ini jugak telah
menyebabkan kebanyakkan orang Melayu mengamalkan syariat yang
wajib dilaksanakan contohnya berpuasa,solat lima waktu dan
mengerjakan haji
MASYARAKAT CINA
Seterusnya,masyarakat cina kebanyakkannya tinggal di
bandar.Kedatangan buruh cina secara besar-besaran bermula sejak
awal abad ke-19.Masyarakat cina juga kebanyakkanya berkerja
sebagai peniaga dan sesetengah berkerja sebgai pelombong semasa
era penjajahan British.Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu melalui
beberapa cara seperti tiket kredit,sistem pengambilan kakitangan dan
pengambilan rumah kongsi.Sesetengah kaum cina menganut agama
Kristian namun ada juga yang menganut kaum Buddha
MASYARAKAT INDIA
Kaum india pula majoritinya tinggal di kawasan ladang atau
estet.Kaum india mula memasuki Tanah Melayu sejak dari
pembukaan Selat Melaka terutamanya sebagai pedagang kain dan
peminjam wang.Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-
20,penjajah British mendapati India sebagai tempat mendapatkan
buruh-buruh yang murah,patuh dan senang dikawal.Kaum india
terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada
Tamil,Telegu,Ceylon dan lain-lain.Kebanyakkan mereka yang
diambil bekerja di ladang-ladang adalah golongan Tamil.
CIRI MASYARAKAT MAJMUK
Konsep masyarakat majmuk mula dipelopori oleh seorang pakar
antropologi iaitu Js.Furnivall.Konsep ini digunakan secara khusus untuk
merujuk kepada masyarakat tropika yang berada di bawah kuasa
penjajah dengan bercirikan perpecahan dan konflik antara kelompok
yang berlainan keturunan di bawah satu sistem politik.
Menurut beliau,masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang
berbilang bangsa bercampur.Dalam erti kata lain masyarakat yang
bergaul tapi tidak bercantum.Setiap kumpulan mengamalkan
adat,agama,budaya,bahasa dan cara hidup mengikut kaum masing-
masing.Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan tetapi terasing
dengan satu unit politik.Dari segi ekonomi pula,wujud pembahagian
pekerjaan mengikut kaum dan etnik
Menurut seorang penulis sejarah ,penduduk Tanah Melayu sebelum
merdeka digambarkan sebagai hampir tidak mempunyai sebarang
persamaan dalam kehidupan mereka melainkan mereka tinggal dalam
sesebuah negara
Ciri-ciri masyarakat majmuk adalah seperti berikut
Pelbagai jenis kaum
Bercampur tetapi tidak bersatu
Berdekatan tetapi berpisah dalam sistem politik yang
sama atau penempatan yang berasingan
Pengasingan pekerjaan mengikut kaum
Bergaul tetapi tidak bercantum
KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MAJMUK
Malaysia memiliki masyarakat majmuk dan telah wujud sejak zaman
pemerintahan British lagi.Pada tahun 1997 penduduk di negara ini
dianggarkan seramai 21 665 500 di mana warganegara dianggarkan
seramai 20 196 600 dan seramai 1 468 900 bukan warganegara.Dari
jumlah warganegra sejumlah 11.95 juta ialah rakyat bumiputera
manakala 5 445 100 kaum cina,1 541 700 kaum india dan 685 700
kaum-kaum lain.Dalam kaum bumiputera orang melayu dianggar
berjumlah lebih daripada 10 233 200 orang.Pada awal tahun
2011,jumlah penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang
MASYRAKAT MELAYU
Masyarakat melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu
lebih dari 10 juta orang.Orang melayu diistilahkan sebagai penduduk
bumiputera bersama-sama dengan penduduk peribumi yang lain.Orang
melayu merujuk kepada kaum yang menggunakan bahasa melayu
sebagai bahasa perantaraan,mengamalkan adat istiadat melayu dan
memeluk agama Islam.Pihak Perlembagaan telah memberi implikasi
bahawa sesiapa sahaja yang memiliki tiga kriteria boleh menjadi
"melayu".Hal ini kerana apabila seseorang bukan melayu memeluk
agama islam secara automatik mereka fasih berbahasa melayu dan
menjalani keidupan seharian seperti orang melayu.Ini terjadi apabila
berlaku pergaulan antara orang melayu
Tafsiran kebudayaan pula menganggap Melayu sebagai satu rumpun
bangsa yang memiliki ciri-ciri umum seperti berbudayakan budaya
melayu,berbahasa melayu dan berketurunan melayu.Dengan kata lain
orang melayu merujuk kepada kepada satu rumpun bangsa yang
mempunyai kebudayaan yang berbeza dari bangsa lain.
MASYARAKAT CINA
Orang cina memasuki ke negara kita pada akhir abad ke-18 dan pada
awal abad ke-19.Pulau Pinang dan Singapura merupakan destinasi
utama mereka apabila kedua-dua dibuka oleh British pada tahun 1876
dan 1819.Tetapi orang cina telah pun berada di negara ini sebagai
peladang gambir dan lada hitam ketika Riau di bawah kekuasaan
Johor.Kemudian,mereka berpindah pula ke Singapura setelah British
membuka Singapura.Pada awal abad ke-19,saudagar Cina dan
saudagar Eropah membawa masuk orang cina setelah mendapat
keizinan daripada pemerintah tempatan.Orang cina dibawa masuk
untuk membuat kerja perlombongan kerana tenaga kerja buruh cina
tidak banyak di negara ini
Pada pertengahan abad ke-19 peladang gambir dan lada hitam yang
tertumpu di Singapura mula memasuki Johor.Mereka diberi kawasan
di sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untuk membuka
ladang.Kemudian pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20
gelombang kedatangan buruh cina semakin hebat seiring dengan
perkembangan perlombangan bijih timah.Hal ini terjadi kerana
suasana politik Tanah Melayu ketika itu agak stabil berbanding
dengan suasana politik di China.Selepas pada itu kebanyakkan kaum
cina tidak bercadang untuk terus menetap di Malaysia.Pada tahun
1930 timbul kecederungan buruh cina untuk menetap di negara ini
disebabkan suasana politik China yang tidak stabil
Tambahan pula ramai imigran wanita cina ke Tanah Melayu
menyebabkan bermulanya perubahan terhadap komposisi
kependudukan di negara ini.Kedudukan orang cina mula mendapat
perakuan British setelah Melayan Union diperkenalkan pada tahun
1946 dan kemudiannya Tanah Melayu 1948.Setelah itu orang cina
mula menjadi warganegara dan komposisi sebenar penduduk di
negara ini sekali gus berubah.
MASYARAKAT INDIA
Golongan awal orang india yang datang ke negara ini dikesan sejak
abad ke-19 lagi.Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang
dan ada yang dilantik sebagai"saudagar raja".Bilangan mereka tidak
begitu besar jadi tidak memberi kesan besar terhadap komposisi besar
terhadap komposisi di negara ini.Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda
1842.British membawa masuk orang india dari
Bangkahulu(Bengkulen).Golongan ini merupakan tahanan dalam
proses pertukaran tawaran ekoran daripada perjanjian tersbut.Mereka
dibawa untuk bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah,jalan
raya dan jambatan
Pada tahun 1940 pula,British membawa satu lagi kumpulan buruh
india untuk bekerja sebagai buruh ladang tebu di Seberang
Perai(Province Wellesly).Oleh hal yang demikian terdapat dua jenis
kumpulan buruh india di negara kita ialtu buruh tawanan perang dan
buruh ladang.Apabila ladang kopi dan teh dibuka di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu(NNMB).Di Johor pula selepas campur tangan
British pada 1874,British membawa lagi satu kumpulan buruh
india.Peladang-peladang Eropah lebih suka mengambil buruh india
kerana upahnya yang rendah.Selain itu,pada waktu itu pentadbiran
British di india memudahkan proses pengambilan buruh untuk bekerja
di Tanah Melayu.
IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA
Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada
beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kadatangan orang
asing di Tanah Melayu.Dalam hal ini ia dapat menjadi penentu
persoalan bagaimana Inggeris membantu membentuk masyrarakat
majmuk di negara kita
Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada kemajmukan
masyrarakat tetapi merangkumi pelbagai aspek iaitu politik,ekonomi
dan sosial.
DARI SEGI POLITIK
Pada tahun 1927 hingga 1932,orang-orang asing ini keberatan untuk
pulang ke negara mereka.Hal ini menjadi masalah kepada pemerintah
Inggeris
Pada tahun 1930 pula,Inggeris memperketatkan dan menguatkusakan
dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang imigran ke
negara asal mereka.
Pada tahun 1874, dasar imigrasi masa itu masih bebas dan tiada
sekatan terhadap kemasukkan orang asing.Pada masa itu juga
Inggeris seperti menggalakan kemasukam orang asing melalui sistem
kemasukan seperti kontrak dan bebas
DARI SEGI EKONOMI
Dasar ekonomi komersial,kapitalisme dan bebas yang berlaku
menyebabkan perubahan dalam sistem sara diri kepada sistem
komersial.Oleh itu,pembukaan tanah dan ladang serta
peningkatan perlombongan bijih timah semakin pesat.Hal ini
menyebabkan wujudnya sitem ekonomi moden berteraskan
industri berasaskan buruh.Disebabkan hal ini juga keperluan
permodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh
maka berlakulah kemasukan buruh-buruh asing
DARI SEGI SOSIAL
Penekanan aspek ini dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintah
Inggeris.Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya
masyarakat majmuk di Malaysia Dasar pendidikan yang berteraskan
negara ibunda,Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan
melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia.Hal ini dapat dilihat
melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragakan sukatan pedidikan
dan pendidikan guru.Kesan daripada keadaan ini wujud sukatan
pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasakan tindakan
komuniti setiap kaum di Malaysia.
Sebagai contohnya,setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut
sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal
mereka.Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai
agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidkan
mereka.Bagi orang melayu pula mereka hanya mendapat kemahiran
bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri dan tidak memberi peluang
untuk mendapat kemahiran dan ilmu akademik.Walaupun wujuk
keadaan ini ia dikhaskan untuk anak-anak para bangsawan melayu
sahaja
Dalam hal ini,keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi
kemasukkan orang asing kerana walaupun bukan di negara mereka
sendiri,mereka masih boleh mendapat pendidikan.Hal ini juga
menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan
kemasukan orang asing dan menjaga kebajikan mereka bagi
keuntungan ekonomi penjajah
PERISTIWA 13 MEI 1969
PENGENALAN
Peristiwa 13 mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak
meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Peristiwa ini sememangnya bukan suaru peristiwa yang
berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi
ia merupakan suatu rententan kepada peristiwa yang berlaku
sebelumnya. Kesan penduduk jepun di tanah melayu merupakan
salah satu factor yang menyumbang kepada peristiwa 13 mei ini.
Selain itu kesan peninggalan penjajah inggeris juga turut dianggap
sebagai punca kepada peristiwa ini
Dari sudut ekonomi peristiwa ini banyak meninggalkan kesan yang
negetif terhadap masyarakat melayu khususnya dan golongan bumi
putera. Ekonomi adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.
Keadaan dimana menjadi kesan yang nyata selepas penjajahan
british. Dasar ekonomi baru yang dirancang oleh kerajaan pada 1971
merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangkan semula
kedudukan ekonomi dan hubungan abtara kaum di Malaysia.
Tragedis ini telah menyebabkan kemerosotan ekonomi dalam
Malaysia.
PUNCA-PUNCA BERLAKU 13 MEI 1969
LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah
dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cinaumpamanya telah
dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan
orang-orang Melayu.Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah
berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan
salingmendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan.
Layanan berat sebelah ini telah menyemaiperasaan permusuhan
antara orang-orang Melayu dan Cina.
DASAR PECAH DAN PERINTAH PENJAJAH INGGERIS
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan
perintah merupakan satu tindakan yangberkesan dan telah
menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut
ekonomi dan jugapolarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina
tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga
dikawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah
sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalamekonomi masyarakat
Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar
sebagai petani ataunelayan kecil. Kaum India kebanyakannya
pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada
hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India
adalah bercorak sara diri . Keadaaan inimenyebabkan kedudukan
ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi
lemah dan ketinggalan.Corak penglibatan ekonomi antara kaum
dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan
kedudukansosio-ekonomi mereka tidak seimbang
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan
sebagai punca yang membawa kepada meletusnyaperistiwa 13
Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di
Tanah Melyu sebelum merdekaterbahagi kepada empat aliran
mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.
Kempat-empataliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.
Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membacadan
mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala
kurikulum sekolah Cina dan India pulamasing-masing berkiblatkan
negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telahdibawa dari Negeri China dan India .4
Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik
yangtelah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat
dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal dibandar-
bandar sahaja
PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP
Singapura telah turut serta dalam pilihan raya .Walaupun sudah
ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai
pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak
akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu
berlangsungPAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang
.Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa
beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCAdalam perikatan, 5
maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar
corak kempennya denganmenyerang UMNO dan orang-orang
Melayu .
Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang melayu, soal
bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan tanpa menghiraukanrasa tersinggung orang-orang
Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini .
Setelahgagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen
Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh parti Progresif
Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah
menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian
Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau
bumiputera dihapuskan .
KESIMPULAN
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila imigran
daripada luar.Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di
Tanah Melayu.Oleh itu,wujudnya masyarakat berbilang kaum ,ras,etnik
dan bangsa di Malaysia.Kehadiran kelompok-kelompok di negara ini
menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya,adat
resam,bahasa dan latar belakang kebudayan tersendiri.Kemajmukan
rakyat di negara ini telah menjadi satu tarikan masyarakat negara lain.
Pada hari ini,masyarakat majmuk di negara ini terjadi secara tidak
sengaja.Pada awal abad ke-19,lebih 90% penduduk Tanah Melayu
ialah melayu.Namun pada pertengahan abad ke-19 penghijrahan
kemasukan kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran
daripada Dasar Liberal Inggeris telah menyebabkan perubahan struktur
kependudukan asal Tanah Melayu.
Dari aspek kesinambungan pula,kemasukan imigran asing di dunia
melayu banyak memberi kesan sama ada kesan positif mahupun kesan
negatif.Ia dilihat bagaimana cara kita melihat dan mentafsir kedatangan
meteka dii negara kita.Namun dengan adanya kemasukkan
masyarakat luar ke Tanah Melayu ia telah mencorakkan perspektif
masyarakat melayu,membentuk budaya baru,mempertingkatkan daya
saing dalam sektor ekonomi,melahirkan dimensi baru struktur politik
dan sebagainya.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang
dikategorikan mengikut cara hidup,pola penempatan,pekerjaan dan
pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Maalaysia.Daripada
keseluruhan bangsa tersebut terdapat tiga bangsa yang paling utama
iaitu Melayu,Cina,India dan pelbagai etnik yang lain.
LAMPIRAN
RUJUKAN
http://ohmypengajianadui.blogspot.com/
https://etikamasyarakat.blogspot.com/
http://masyarakat-majmuk.blogspot.com/
http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/