INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 3)
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
(EDUP3043)
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AMIR RUSYAIDI BIN
ANGKA GILIRAN ANUAR
: 2020192340150
NO KAD PENGENALAN : 011209060105
KUMPULAN : PISMP F8
NAMA PENSYARAH : PUAN ZAHANIN BINTI ISMAIL
TAJUK TUGASAN : PENULISAN AKADEMIK
TARIKH HANTAR : 21 OGOS 2021
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS :
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL PERKARA 1
1.0 Pengenalan 1-2
2.0 Analisis Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah 3
3.0 Model Pengurusan Disiplin 3-4
3.1 Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon 4-5
3.2 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner 5
4.0 Rumusan 6
7-9
Rujukan
Lampiran
1
1.0 PENGENALAN
Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan
terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat
atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang
lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya
dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada dikawasan pedalaman
mahupun bandar.
Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh
merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya
di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua
pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku
bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas
dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif
iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya
tingkah laku bergantung yang berlebihan.
Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah
pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang
bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada
aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain,
gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa
mempunyai perasaan negatif, memberi jawapan sesuka hati,kurang kemahiran mengawal
emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan
diri.
2.0 ANALISIS ISU TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH
Bagi analisis ini, saya bersama dua lagi rakan saya iaitu Ikhsan dan Zul Fitri telah menemu
ramah Ustazah Nor dari SK Permatang Pasir bagi mengetahui masalah tingkah laku murid
yang berlaku di dalam bilik darjah sama ada semasa proses PdP ataupun PdPr. Beberapa
soalan telah diajukan kepada Ustazah Nurazlina bagi mengenal pasti masalah-masalah yang
berlaku. Hasil temu ramah ini, saya mendapati beberapa tingkah laku bermasalah yang
berlaku dalam kalangan murid.
Antara tingkah laku bermasalah yang berlaku adalah murid sering membuat bising
dan tidak memberi tumpuan ketika guru sedang mengajar di hadapan. Tingkah laku ini
2
tergolong dalam kumpulan tingkah laku disruptif di mana tingkah laku ini boleh menjejaskan
kelancaran proses Pdp yang berlaku. Jenis-jenis tingkah laku disruptif termasuk tingkah laku
hiperaktif, perubahan yang melampau, kebisingan, pergerakan pelajar yang tidak perlu,
mengganggu rakan sedarjah, gelak ketawa yang amat kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti
tolak-menolak atau tumbuk- menumbuk di dalam kelas. Tingkah laku ini akan menganggu
bukan sahaja guru yang mengajar malah akan menganggu fokus murid yang lain untuk
belajar. Tingkah laku ini mungkin disebabkan oleh murid itu tidak mendapat perhatian yang
secukupnya. Hal ini akan membuatnya ingin mengalihkan perhatian isi kelas kepadanya.
Selain itu juga, Ustazah Nor juga memberitahu pernah terjadi satu kejadian dimana
seorang murid mencucuk tangan rakan sekelasnya sehingga menyebabkan kecederaan.
Tingah laku ini dikenali sebagai tingkah laku distruktif. Tingkah laku ini kerap terjadi di
kalangan murid yang berumur di antara 10 hingga 14 tahun. Tingkah laku distruktif ini
menjurus kepada sikap angresif. Permusuhan nyata, vandalisme iaitu merosakkan kerusi,
meja, peralatan, telefon awam dan sebagainya, aktiviti kumpulan liar, amalan tumbuk
menumbuk, mengugut, mencalar kereta atau motosikal guru, menconteng dan melukis
lakaran lucah pada dinding bangunan sekolah ini semua tergolong sebagai jenis tingkah laku
distruktif. Dalam kejadian yang terjadi itu, ia dikelaskan dalam kategori permusahan nyata
dimana ia bertujuan untuk menyakiti dan melukai seseorang itu secara fizikal mahupun
mental. Tingkah laku ini berpunca daripada sifat ingin mencuba sesuatu yang baru dalam diri
yang semakin meningkat selaras dengan perkembangan usia murid. Tingkah laku ini juga
disebabkan oleh sikap suka memberontak yang lahir dalam diri seseorang itu.
Bukan itu sahaja, soalan berkaitan masalah tingkah laku semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dirumah juga turut diajukan kepada Ustazah Nor. Masalah disiplin yang
paling kerap berlaku semasa pdpr adalah ketidakhadiran murid dan murid sering
mengabaikan kerja yang diberikan oleh guru. Tingkah laku bermasalah ini sering berlaku
kerana murid merasakan ilmu itu sesuatu yang tidak penting dan hanya akan menambahkan
lagi beban mereka. Bukan itu sahaja, tingkah laku ini juga berlaku kerana ibu pada itu sendiri
tidak mengambil tahu tentang perkembangan pendidikan anak-anak. Masalah ini akan
menyebabkan kesan jangka masa panjang kepada murid itu sendiri seperti kurangnya ilmu
yang akan menyebabkan ia mudah diperdaya dan di pandang rendah. Akan tetapi masalah
ini bukan hanya disebabkan oleh sikap murid dan ibu bapanya. Ada juga yang disebabkan
oleh masalah capaian internet yang lemah dan kekurangan peranti untuk menyertai kelas atas
talian yang dilakukan oleh guru itu.
3
3.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
Model pengurusan disiplin ini merujuk kepada panduan yang digunakan oleh guru-guru bagi
menguruskan bilik darjah secara berkesan. Masalah disiplin turut akan berlaku dalam bilik
darjah dan guru harus mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah
disiplin dalam bilik darjah. Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik
telah mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan
aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Antara
model-model adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter,
Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok (Kounin), Model Pengurusan
Disiplin Thomas Gordon, Model Beyond Discipline Alfie Kohn dan Model Terapi Realiti
Glasser.
3.1 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN THOMAS GORDON
Pengurusan disiplin yang berkesan tidak boleh dicapai melalui paksaan, ganjaran dan
hukuman. Pengurusan disiplin yang berkesan berlaku melalui pembentukan kemampuan
mengawal diri sendiri yang berlaku secara intrinsik dan dalaman. Gordon percaya bahawa
disiplin bilik darjah dapat dicapai dengan membantu murid memperoleh kawalan dalaman
atau kawalan kendiri. Guru harus mengurangkan kawalan terhadap murid mereka. Menurut
Gordon, semakin bertambahnya kuasa digunakan untuk mengawal orang lain, semakin
kurang pengaruh kita terhadap perlakuan orang tersebut. Sebaliknya, guru perlu
menggantikan ganjaran dan hukuman dengan teknik yang tidak mengawal murid secara
luaran seperti menyediakan persekitaran pembelajaran murid yang memberangsangkan,
mengaplikasikan teknik menyelesaikan konflik, menghargai persepsi dan pandangan murid,
mendengar murid dengan aktif dan mengelak halangan komunikasi guru dengan murid seperti
mengarah, memberi amaran, membebel, mengkritik, menyindir dan sebagainya.
Gordon mencipta beberapa pelan disiplin untuk membantu guru mengawal kelas.
Salah satu daripada pelan tersebut ialah mempengaruhi daripada mengawal di mana ia
bermaksud apabila lebih banyak guru cuba mengawal murid, maka lebih sukar bagi guru
untuk menerapkan pengaruh yang positif kepada murid. Kawalan ini akan menyebabkan
murid membina helah bela diri (bergaduh/bertelingkah dengan sesiapa sahaja yang
bermasalah dengan mereka), menghindari masalah atau mengalah. Oleh sebab itu guru perlu
mempengaruhi murid dengan perkara yang baik dan positif agar tingkah lagu bermasalah
tidak berlaku dengan kerap dan tidak menggangu perjalanan PdP yang dijalankan.
Contohnya, Ustazah Nor menggunakan pelan ini dengan berdiam diri ketika murid membuat
bising di dalam kelas semasa beliau sedang mengajar. Hal ini mempengaruhi murid-murid
dan akan membuat mereka turut berdiam diri kerana menyedari adanya sesuatu yang telah
4
berlaku yang membuatkan perjalanan kelas terhenti buat seketika. Disini kita dapat melihat
bahawa cara ini berkesan untuk mengekalkan perjalanan kelas agar tidak terganggu oleh
tingkah laku bermasalah dari murid-murid.
3.2 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER
Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) seperti dalam Haliza Hamzah dan Samuel, J.N. (2009)
berpendapat bahawa tingkah laku boleh dipengaruhi sebaik sahaja ia telah ditunjukkan. Ahli
behavioris bersetuju bahawa pengukuhan adalah sangat berkesan dalam mengajar tingkah
laku yang wajar dan mengubah tingkah laku yang kurang wajar. Menurut Choong (2009),
terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Haliza Hamzah dan Samuel, J.N. (2009) menyatakan bahawa peneguhan positif
berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya adalah
bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Ini bertepatan dengan apa
yang dilakukan oleh Ustazah Nor
Manakala, peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti komik dikeluarkan
supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. Oleh itu, untuk
mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas seseorang
menunjukkan tingkah laku tersebut.
Bertitik tolak daripada itu, tingkah laku yang diiringi dengan peneguhan maka
kebarangkaliannya untuk berulang adalah tinggi (Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin,
2013). Berbanding dengan murid yang diberi hukuman, mungkin sahaja tingkah laku tersebut
menjadi kurang kerap atau langsung tidak akan berlaku. Malah, tingkah laku boleh juga
terhapus sekiranya ia tidak diteguhkan oleh guru. Hal ini bermakna, tingkah laku murid
memerlukan pengukuhan samada secara serta merta atau berkala. Perlulah diingatkan
bahawa, pengukuhan mungkin sahaja boleh berjaya dengan sekali pengukuhan. Namun
demikian, sesetengah tingkah laku juga memerlukan pengukuhan secara berperingkat-
peringkat.
Skinner dalam Choong (2009) juga berpendapat bahawa kita harus memahami teori
behavioral bahawa sebenarnya tingkah laku adalah boleh dipelajari. Hal ini kerana, kita
cenderung mengulangi tingkah laku yang telah diperkukuhkan dan akan mengelak tingkah
laku yang boleh mendatangkan hukuman. Bukan itu sahaja, tingkah laku juga boleh diajar,
diubah serta diubah suai. Pendek kata, ibu bapa dan guru bolehlah mengajar tingkah laku
baru serta mengubah suai tingkah laku yang sedia ada. Disamping itu, menurut Choong
5
(2009), perubahan tingkah laku hendaklah berfokus pada “kini dan di sini”. Hal ini memberi
maksud bahawa, fokus haruslah diberikan kepada perkara yang berlaku semasa peristiwa
tersebut.
4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, bagi memastikan kelangsungan proses pdp, seorang guru itu perlu
mengetahui cara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah dari murid. Oleh itu, pelbagai
model pengurusan telah dicipta bagi membantu guru bagi mengawal kelas dan tingkah laku
murid semasa di dalam kelas. Oleh itu, seorang guru itu perlulah bijak dalam memilih model
yang sesuai untuk menangani semua tingkah laku bermasalah murid.
6
RUJUKAN
Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad & Sharifuddin Ismail. (2005). Punca
dan Rawatan Kecelaruan Tingkahlaku. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti
pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Wong Kiet Wah, Rashinawati Abd. Rashid & Azlina
Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Khalim Zainal. (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori
Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian Umum,
9, 43-55.
Larrive,B. (2005). Authenthic Classroom Management. Allyn& Bacon.
Mohd Zuri Ghani & Azman Che Ahmad. (2015). Kaedah Strategi Pengajaran Kanak-Kanak
Berkeperluan Khas. Universiti Sains Malaysia.
Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying,. (2016). Murid dan Pembelajaran. Oxford Fajar.
Nor Yuzie Yusuf, Rosini Abu & Aida Suraya Md Yunus. (2014). Tingkah Laku, Emosi Dan
Kognitif Murid Sebagai Faktor Peramal Pencapaian Akademik. Journal of Human
Capital Development, 7, 1-18.
Patricia Sequeira Belvel. (2009). Rethinking Classroom Management: Strategies for
Prevention, Intervention, and Problem Solving. Corwin Press.
Saadah binti Sumrah, Salwan binti Sulaiman & Roslee bin Ahmad. (2008). Kaedah Menangani
Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku. Seminar Kaunseling Keluarga, 91-96.
7
LAMPIRAN
8
9