The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 3 - Buletin_250180_Noor Ain Binti Hanafi_0175809725

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainhanafi88, 2022-04-26 10:19:23

Tugasan 3 - Buletin_250180_Noor Ain Binti Hanafi_0175809725

Tugasan 3 - Buletin_250180_Noor Ain Binti Hanafi_0175809725

BULETIN
UUM

EDISI PERTAMA: JAN 2022

“SUKAN ERAT KEHARMONIAN

KAUM”

SEMESTER JANUARI 2022/2023
SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

NAMA : NOOR AIN BINTI HANAFI
NO. MATRIK : 250180
PUSAT : KUALA LUMPUR
DISEDIAKAN UNTUK : PUAN AINAL AKMAR BINTI HAJI AHMAD

TINTA EDITOR

SIDANG PENGARANG

KETUA EDITOR PENAUNG
NOOR AIN BINTI HANAFI NURUL HUDA BINTI SUHAIMI

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. PENASIHAT
MOHD ALIF BIN MOHD SALIM
Sukan melambangkan bahagian penting dalam
budaya Malaysia. Sukan di Malaysia popular dari PENERBIT
aspek penyertaan dan tontonan. Rakyat Malaysia AMIRA NABILLAH BINTI AB RAHMAN
yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat
bebas menyertai berbeza jenis sukan bagi tujuan
rekreasi dan juga pertandingan.

Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu PENYELIA
menjana pendapatan untuk pembangunan sosial MOHD HAFIZI BIN ROSLAN
serta meningkatkan lagi mutu sukan negara sebagai
contoh dengan penganjuran Sukan Komanwel pada KANDUNGAN
tahun 1998. Negara Malaysia salah sebuah negara
merdeka yang tidak terlepas untuk turut serta 1ISI UTAMA
dalam penglibatan sukan pelbagai kategori di 2AKTIVITI
peringkat global. Jelas dinyatakan aktiviti sukan
bukan sahaja bermotifkan kemahiran, keseronokan,
pertandingan, pembangunan, kecemerlangan dan
sebagainya malahan juga dilakukan untuk
mendapatkan kesihatan yang baik.

Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan
jutaan terima kasih dan tahniah kepada sidang
pengarang di atas kesungguhan dalam penerbitan
edisi pertama buletin ini.

Akhir kata, sukan bukan sahaja medan untuk SEJARAH SUKAN NEGARA 3
bertarung dalam memperlihatkan keupayaan dan 6
kebolehan atlet-atlet negara tetapi juga menjadi ARTIKEL PENDEK & ULASAN 5
satu wadah yang boleh mewujudkan keharmonian
kaum disamping memberi banyak faedah dan KISAH TOKOH-TOKOH
peluang kepada negara.

Sekian, terima kasih dan salam hormat.

RUANGAN KREATIF 8

10RUANGAN IKLAN
11SUDUT INFORMASI

ISI UTAMA

“SUKAN ERAT KEHARMONIAN KAUM”

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang Selain itu, Muhammad Fadzli berpendapat sukan
kaum yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Tiga boleh menjadi wadah masyarakat berkumpul dan
bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap mewujudkan perasaan hormat-menghormati dalam
kaum ini mengamalkan agama, adat, bahasa dan memupuk keharmonian dan semangat
sistem kepercayaan yang berbeza. Pilihan aktiviti nasionalisme yang tinggi seperti sokongan yang
sukan yang berlainan ini banyak dipengaruhi oleh ditunjukkan netizen terhadap pasukan bola sepak
apa yang telah diamalkan oleh nenek moyang negara.
mereka.
Semangat keharmonian bukan sahaja daripada
Antara aktiviti sukan yang popular di Malaysia penyokong bahkan turut ditunjukkan oleh skuad
adalah seperti bola sepak, badminton, olahraga dan negara seperti Harimau Malaya yang dibarisi oleh
lain-lain lagi. Sektor sukan dilihat mampu menjadi pemain daripada pelbagai kaum dengan
asas untuk memupuk perpaduan antara kaum dan memperlihatkan semangat berjuang yang tinggi
bukan sahaja medium dalam melahirkan atlet. untuk mencapai kejayaan.

Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Oleh yang demikian, secara tidak lansung ia
Muhammad Fadzli Hassan berkata sukan boleh mendorong orang ramai melupuskan prasangka
memecahkan penguasaan satu kumpulan etnik dan dan perbezaan kaum sesama sendiri di samping
mendorong rakyat berkongsi aspirasi yang sama bersatu padu dalam memberikan semangat dan
dan pada masa yang sama memupuk rasa cinta mempamerkan sokongan kepada atlet-atlet
kepada negara. “Ini kerana sukan tidak pernah negara, pasukan kebangsaan serta rakan-rakan
mengambil kira latar belakang agama, keturunan, seperjuangan mereka. Jelaslah bahawa semua
kepercayaan dan batasan yang boleh merencatkan lapisan masyarakat haruslah melibatkan diri dalam
interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan aktviti sukan dan menyokong padu semua aktivi
dan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan sukan yang dianjurkan.
pada 8 Disember 2018.

1

AKTIVITI
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

Sambutan Hari Sukan Negara telah ditetapkan
pada setiap tahun - hari Sabtu minggu kedua bulan

Oktober ini merupakan salah satu inisiatif
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat melaksanakan
Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

SAMBUTAN HARI FIT MALAYSIA

Sambutan Hari Fit Malaysia adalah satu gerakan
besar-besaran yang mempamerkan Malaysia sebuah
‘Negara Pencinta Sukan’. Berkonsepkan lima prinsip

iaitu kesihatan, perpaduan, komuniti, inklusif dan
bakat sukan merupakan satu pendekatan terhadap
perubahan gaya hidup sihat. Pelbagai kaum tanpa

mengira warna kulit dan buday bebas menyertai
sambutan Hari Fit Malaysia.

KURSUS SUKAN PERCUMA

Insitut Sukan Negara (ISN) membuka peluang
kepada penggiat sukan dan orang ramai bagi
mempertingkatkan ilmu dan kemahiran berkaitan
sukan iaitu dengan penawaran kursus-kursus yang

berkaitan sukan secara percuma.
website: coachingacademy.isn.gov.my

2

SEJARAH SUKAN NEGARA

Pada tahun 1983, sukan Malaysia dikonsepkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim, Menteri
Kebudayaan. Secara realistiknya, saranan yang dicadangkan adalah sebuah temasya sukan peringkat
kebangsaan menjadi penentu dalam peningkatan mutu sukan, melahirkan dan mempergiatkan penyertaan
atlet di peringkat negeri dalam sukan, meningkatkan prestasi pegawai, menggalakkan pembinaan
kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta menaikkan taraf kemudahan-kemudahan yang sedia ada di
peringkat negeri dan memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Cadangan temasya pertama diadakan dari 15 Ogos hingga 2 September 1985 dan hanya terdiri daripada
enam sukan seperti tennis, ping pong, lumba basikal, olahraga dan bola tampar. Namun, sebuah
cadangan baru untuk melibatkan lebih banyak bilangan sukan telah dihantar oleh orang awam dan
diterima oleh Majlis Sukan Negara Malaysia yang memutuskan untuk temasya sukan dianjurkan pada
setiap dua tahun mulai tahun 1986 serta berselang seli dengan sukan Asia Tenggara. Ringkasan sejarah
sukan negara adalah seperti berikut:

SUKAN MALAYSIA TEMPAT TARIKH ULASAN PENYERTAAN
Pertama Kuala Lumpur 19 - 26 April 1986
• 3849 atlet dari 13 negeri Malaysia
Ke-3 Sarawak 1990 • Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur
• Majlis Sukan Universiti Malaysia

(MASUM) dan
• Polis Diraja Malaysia dan Angkatan

Tentera Malaysia (ATM)

• Sarawak dan
• Malaysia Timur

Ke-6 Pahang 1996 • Brunei Sekolah-Sekolah
• Labuan dan
Ke-9 Sabah 2002 • Majlis Sukan
Ke-10 Negeri Sembilan 2004
Malaysia
Ke-11 Kedah 2006
• Angkatan Tentera Malaysia
• Northern Territory Australia

• Majlis Sukan Sekolah-Sekolah dan
• Majlis Sukan Universiti berhenti

menyertai kejohanan ini

• Kuala Lumpur
• Labuan bergabung menjadi

pasukan Wilayah Persekutuan
• Polis menyertai kejohanan ini

buat kali yang terakhir

3

SEJARAH SUKAN NEGARA

Satu keputusan telah dibuat oleh Majlis Sukan Negara pada 27 Mei 2010 untuk menganjurkan
temasya sukan tersebut setiap tahun mulai tahun 2011 dalam usaha untuk mendemokrasikan
dan membangunkan semua sukan di Malaysia terutamanya sukan pilihan.
Temasya Sukan tahun ganjil diadakan di Kuala Lumpur oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dan
melibatkan acara sukan pilihan sahaja, sementara temasya sukan tahun genap diadakan di
negeri-negeri anggota dalam negara dan melibatkan sukan teras sahaja. Temasya sukan tahun
ganjil bagaimanapun telah dibatalkan oleh Majlis Sukan Negara pada tahun 2015, atas sebab
agenda sukan negeri yang padat dan kos tinggi buat Majlis Sukan Negeri untuk membiayai
sebuah kontingen Sukan Malaysia setiap tahun.

4

ARTIKEL PENDEK & ulasan

Artikel yang ditulis oleh Dr. Amnah Saayah Ismail
bertarikh 10 September 2021 bertajuk ‘Perhebat
acara sukan untuk penyatuan kaum’ telah dipilih
untuk diulas. Penulis merupakan Ketua Jabatan di
Jabatan Kenegaraan, Kepemimpinan dan
Ketamadunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan
Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM). Isi artikel yang sangat ringkas
dan padat ini sangat menarik untuk dibaca.

Penulis berharap agar media sosial akan terus
menjadi medium penghubung antara penonton
dan atlet disamping dapat mengeratkan lagi
perhubungan antara kaum, terutama dalam
keadaan pandemik. Sambutan meraikan para
atlet kita secara berterusan walaupun melalui
alam maya mendapat perhatian seluruh rakyat.

Di samping itu, tiada isu penindasan dalam
membangunkan sukan. Semua pihak samada
individu, komuniti, institusi pendidikan dan
sebagainya harus memainkan peranan penting
bagi menjamin pembangunan negara sekaligus
membawa keharmonian komuniti serta
mengharumkan nama negara.

Tambahan pula, Malaysia harus sentiasa aktif,
bersatu padu dan bersemangat dalam
menyokong aktiviti sukan negara sehingga ke
persada antarabangsa.

Kesimpulannya, kebijaksanaan Sukan Paralimpik
Tokyo 2020 tersebar luas dan boleh diambil
sebagai ikhtibar dan pengajaran. Ia bukan
sekadar laungan bangga atas kejayaan atlet kita,
malahan ia adalah bukti dan tanda penerimaan
bersama. Pembangunan sukan sebagai satu
industri mampan bagi menjamin kelestarian
semua pihak khususnya kepada atlet, jurulatih
dan persatuan tanpa mengira kaum dan bangsa
kerana sukan menyatukan kita.

5

KISAH TOKOH-TOKOH

1. Datuk Lee Chong Wei

Kategori sukan Badminton
Tarikh lahir
Pencapaian 21 Oktober 1982 (40 tahun)

Status terkini • Pingat emas dalam acara Perseorangan Lelaki di Sukan
Komanwel pada tahun 2006, 2010 dan 2018

• Pingat perak di Sukan Olimpik Beijing 2008, London 2012
dan Rio de Janeiro 2016

• Beliau telah mengumumkan persaraan pada 13 Jun 2019
atas faktor kesihatan

• Telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia (Chef de
Mission) oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk Sukan Olimpik
Tokyo 2020

2. Datuk Nicol Ann David

Kategori sukan Skuasy
Tarikh lahir
Pencapaian 26 Ogos 1983 (39 tahun)

Status terkini • Lima pingat emas di Sukan Asia
• Dua pingat emas di Sukan Komanwel dan
• 81 gelaran kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional

(PSA)

• Penampilan terakhir sebagai atlet skuasy negara dalam
Kejohanan Skuasy Terbuka British pada bulan Mei 2018

• Aktif sebagai jurulatih dan atlet-atlet muda dengan
berkongsi ilmu dan kemahiran bersama jurulatih yang
sedia ada

3. Dato’ Pandelela Rinong

Kategori sukan Terjun
Tarikh lahir
Pencapaian 2 Mac 1993 (29 tahun)

Status terkini • Pingat emas Sukan Olimpik 2012 di London menerusi acara

10 meter platform individu wanita
• Pingat gangsa pada Sukan Komanwel Glasgow 2014

gandingan bersama Nur Dhabitah
• Pingat perak pada Siri Terjun Dunia FINA keempat di

Windsor, Kanada pada 2017
• Pingat perak dalam platform seirama 10 meter bersama

Cheong Jun Hoong di Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di

Rio de Janeiro
• Ikon Belia Sukan sempena Sambutan Hari Belia Peringkat

Negeri Sarawak pada tahun 2016

• Akan kembali bergandingan bersama Nur Dhabitah Sabri

pada temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam yang

dijadualkan pada 12 hingga 23 Mei 2022 6

KISAH TOKOH-TOKOH

4. Datuk Azizulhasni Awang

Kategori sukan Basikal
Tarikh lahir
Pencapaian 5 Januari 1988 (34 tahun)

Status terkini • Pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro,
Brazil

• Pingat emas dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI
2017 di Hong Kong

• Pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 dalam kategori
pecut

• Pingat perak pada Kejohanan Dunia 2010 dalam kategori
keirin

• Pingat perak pada Olimpik Tokyo 2020

• Sedang berehat dan belum memutuskan untuk menyertai
Olimpik Paris 2024

5. Julian Yee

Kategori sukan Luncur ais
Tarikh lahir
Pencapaian 26 May 1997 (25 tahun)

Status terkini • Pingat emas dalam acara luncur ais berirama lelaki di Sukan
SEA 2017 Kuala Lumpur

• Tempat keenam pada Kejohanan Trofi CS Nebelhorn ke-49
di Jerman pada tahun 2017

• Juara sebanyak lima kali dalam kejohanan negara sebelum
mewakili negara dalam Sukan SEA 2017

• Atlet luncur ais pertama negara mewakili Malaysia ke Sukan
Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan

• Memandangkan situasi Covid-19, tidak akan bertanding
dalam Olimpik Musim Sejuk 2022

6. Dato’ Ridzuan Puzi

Kategori sukan Paralimpik Olahraga
Tarikh lahir
Pencapaian 27 September 1987 (35 tahun)

Status terkini • Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan pada tahun

2015
• Pingat emas Sukan Paralimpik 100 meter (m) kategori lelaki

T36 (cerebral palsy) 2016 di Rio de Janeiro, Brazil
• Pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Qatar

dan Sukan Para Asean Singapura
• Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018

• Walaupun kini tidak lagi berada di bawah bimbingan ketua

jurulatih, R Jaganathan, beliau tetap bersemangat waja

untuk kembali meraih pingat emas di Sukan Paralimpik

Paris 2024 7

RUANGAN KREATIF

Cerpen: Si Kaki Besi

Setiap tahun Sekolah Kampung Pisang akan mengadakan satu sukan tahunan dan tahun
ini agak berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya kerana pihak sekolah akan memilih
dua orang olahragawan untuk dihantarkan ke peringkat yang lebih tinggi. Mana-mana
peserta yang menunjukkan prestasi yang cemerlang akan memperoleh peluang untuk
menjadi ahli sukan negara.

Naim dan Syamil merupakan dua orang sahabat yang sangat aktif dalam bidang sukan
malahan mereka berdua juga merupakan atlet sukan sekolah yang acap kali mewakili
sekolah dalam perlawanan sukan-sukan sekolah. Mereka berdua sudah pun berpakat
dan berjanji untuk bersama-sama menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam sukan
tahunan nanti untuk mendapat peluang menjadi ahli sukan negara. Naim juga selalu
melakukan senaman di padang sendirian dan pada satu hari dia ternampak Syamil
sedang dalam keadaan yang tidak berapa baik.

"Mil!" Naim menjerit dari jauh memanggil rakannya itu. Namun Syamil buat tidak endah
sahaja panggilan Naim itu. "Mungkin dia tak dengar kot aku panggil dia hmm.“
"Syamil!" Naim memanggilnya sekali lagi dan terus pergi kepadanya. Sampai saja Naim
dekat Syamil dia ternampak Syamil memakai earphone' "Patutla tak dengar aku panggil
kau tadi. haish aku ingatkan kau dah pekak." kata Naim dengan nada yang memerli.
"Haha sorry la Naim aku tak dengar tadi. ni kenapa beria sangat panggil aku?" tanya
Syamil kepada Naim. " Aku nampak kau macam tak berapa sihat je ni. Kau oke tak?"
"Aku oke jela. cuma selsema sikit, ni la aku keluar jogging nak sihatkan badan ni semula.
Sukan pon dah dekat ni, aku nak berlatih bersungguh-sungguh untuk dapat wakil
negara satu hari nanti." Kata Syamil dengan penuh semangat.

"Oke. kalau begitu mari la kita berlatih sekali." balas Naim. Hari berganti hari Naim dan
Syamil berlatih dengan gigihnya untuk mencapai matlamat mereka bersama.
Disebabkan kegigihan dan semangat mereka terlalu menonjol di kalangan rakan-rakan
yang lain, ada yang cemburu dengan mereka berdua sehingga ada yang merancang
untuk melagakan Naim dan Syamil. Dua hari sebelum sukan tahunan bermula Syamil
telah terlibat dengan satu kemalangan yang membahayakan. Kemalangan ini berlaku
kerana brek motor yang ditunggang oleh Syamil gagal berfungsi dengan baik.

Setelah disiasat oleh pihak polis, motor Syamil itu telah pun diputuskan tali breknya.
Sudah terbuktilah bahawa motor Syamil itu sudah di sabotaj oleh seseorang. Akibat
kemalangan itu kaki Syamil terdapat keretakan pada kaki kirinya dan dia tidak boleh lagi
bersukan selama setahun atas arahan doktor. Rakan baiknya Naim yang mengetahui
hal itu terus berasa sangat sedih kerana dia telah berjanji dengan Syamil yang mereka
akan bersama-sama mencapai matlamat mereka untuk menjadi ahli sukan negara.
Keesokkan harinya, Naim datang melawat Syamil di Hospital Besar Pusat Bandar
Kampung Pisang dan melihat kondisi kaki Syamil yang agak teruk itu.

8

RUANGAN KREATIF

Cerpen: Si Kaki Besi

“Mil, kenapa boleh jadi macam ni?" kata Naim dengan nada yang sedih. "Aku jatuh
motor sebab brek aku rosak la. polis kata ade orang sabotaj aku. tapi takpela benda dah
jadikan, aku redha je dan budak yang sabotaj aku tu pon da minta maaf dia kata dia
buat tu sebab jealous tengok semangat kita yang nak jadi ahli sukan negara ni haha
kelakar je aku rasa." ujar Syamil sambal menitiskan air mata. "Esok sukan tahunan
sekolah dah mula. hmm" "Naim, kau janganla sedih.
Mungkin takde rezeki aku nak jadi ahli sukan negara bersama dengan kau tahun ni. Kau
janji dengan aku ye kau akan buat yang terbaik esok. Nanti bila aku dah sihat aku akan
ikut jejak kau pulak. "Baiklah Mil, aku janji akan buat yang terbaik esok. Oke, nanti bila
aku da berjaya aku tunggu kau pulak. aku sentiasa sokong kau." 3 tahun sudah pun
berlalu. Syamil dan Naim telah berjaya bersama menjadi ahli sukan negara.
Naim sangat gembira kerana rakan baiknya itu tidak berputus asa dan telah pun
menunaikan janjinya untuk bangkit semula dan menjadi ahli sukan negara. Naim dan
Syamil menjadi ahli sukan yang sangat dihormati dan disayangi orang ramai dan
bersahabat baik sehingga kini.

9

RUANGAN IKLAN

10

SUDUT INFORMASI

AKTIVITI-AKTIVITI SENAMAN

Senaman adalah penting untuk kesihatan fizikal dan menggalakkan kesihatan secara
keseluruhannya untuk semua orang tidak mengira jantina mahupun umur. Selain dapat

menjadi aktif secara fizikal, ia juga dapat membantu rakyat mengawal berat badan,
mengawal dan menurunkan risiko daripada mendapat penyakit kronik.

Aktiviti Keamatan SEDERHANA

Berjalan pantas Aerobik air Berbasikal (<10 batu/jam)

Tennis (beregu) Berdansa Berkebun secara am

Aktiviti Keamatan TINGGI

Berjalan, jogging dan berlari Berenang pusingan Tenis bersendirian

Aerobik Berbasikal (≥ 10 batu/jam) Melompat tali

Berkebun berat Merentas bukit/berjalan 11
(mencangkul/menggali) dengan beg yang berat)

BULETIN
UUM

EDISI PERTAMA: JAN 2022

Bagi sebarang makluman dan pertanyaan, sila hubungi:

Sidang Redaksi Buletin UUM
Universiti Utara Malaysia
06100 Sintok
KEDAH DARUL AMAN

Tel : 04-928 4000 / 3053
E-mel : [email protected]

Pusat Pendidikan Professional & Lanjutan UUM
PACE, UUM Sintok Kedah

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


Click to View FlipBook Version