Muka Surat 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA
Muka Surat 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA
Muka Surat 3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA GAMBAR MURID MAKLUMAT PERIBADI MURID 1) NAMA : __________________________________ 2) NO SIJIL LAHIR : __________________________________ 3) TARIKH LAHIR : __________________________________ 4) KELAS : __________________________________ 5) BIL. PENDAFTARAN SEKOLAH : _______________________ 6) ALAMAT TETAP : __________________________________ __________________________________ 7) NO TELEFON : __________________________________ 8) NAMA IBUBAPA/PENJAGA : __________________________ 9) PEKERJAAN : __________________________________
Muka Surat 4 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA ISI KANDUNGAN Bil Kandungan Mukasurat 1 Maklumat Peribadi Murid 3 2 Punca Kuasa—Buku Peraturan Sekolah Dilaksanakan 5 3 Pengenalan Disiplin Sekolah dan Peraturan Sekolah 6-7 4 Falsafah Pendidikan Negara 8 5 Visi & Misi dan Moto SKKJS 9-10 6 Cogan Kata Sekolah 11 7 Lencana Sekolah & Lagu Sekolah 12-13 8 PERKARA 1 : WAKTU PERSEKOLAHAN 14 9 PERKARA 2: PERHIMPUNAN KHAS / HARIAN 15 10 PERKARA 3: KEDATANGAN DAN KEHADIRAN 15 11 PERKARA 4: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 15-17 12 PERKARA 5 :TATATERTIB KELAKUAN 17-18 13 PERKARA 6 : PELANGGARAN DISIPLIN 18-20 14 PERKARA 7 : TIDAK HADIR KE SEKOLAH 21 15 PERKARA 8 : DATANG LEWAT KE SEKOLAH 21 16 PERKARA 9 : PERATURAN DALAM KELAS 22 17 PERKARA 10 : PENGGUNAAN KANTIN 23 18 PERKARA 11 : PENGGUNAAN SURAU 23 19 PERKARA 12 : MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH 23 20 PERKARA 13 : PELAWAT 23 21 PERKARA 14 : LAIN-LAIN PERKARA MENGENAI DISIPLIN 24 22 PERKARA 15 : PERATURAN-PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA KECEMASAN DI SEKOLAH SEPERTI KEBAKARAN 24 23 PERKARA 16 :PERATURAN KOKURIKULUM SEKOLAH 25 24 PERKARA 17 : PERATURAN UJIAN/PEPERIKSAAN DALAMAN 26 25 LAMPIRAN : ¨ Peraturan Rambut Murid ¨ Kod & Etika Pemakaian Lencana dan Tanda Nama ¨ Tatacara Pemakaian Seragam Sekolah Rendah ¨ Tatacara Pemakaian Seragam Pengawas Sekolah ¨ Tatacara Pemakaian Pendidikan Jasmani & KOKO Sekolah ¨ Tatacara Pemakaian Seragam Sukan Sekolah ¨ Contoh Baju PJ & KOKO ¨ Contoh Baju Sukan Sekolah Sesi 2023/2024 ¨ Pelan Lantai Sekolah 28 29 30 31 32 33 34 35 36 26 Pengakuan Pelajar 39
Muka Surat 5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA PUNCA KUASA BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Para 4, Peraturan-Peraturan Sekolah, ( Sekolah Rules ) Yang Bertulis Untuk Murid-Murid Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah ( Lampiran C ) Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masingmasing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu Salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik minat murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah, ketua-ketua murid ( School Prefect ) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib. 4.1 Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru—guru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut dipertimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keperluan sekolah masing-masing. Para 6 Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid meraka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk . Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
Muka Surat 6 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA PENGENALAN DISIPLIN SEKOLAH DEFINISI DISIPLIN Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 Mentakrifkan Disiplin Sebagai : “….Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undangundang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri . Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu secara tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain , kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati diantara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarat.” MATLAMAT 1) Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu prestasi pelajaran murid dari masa ke semasa. 2) Menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta menambah ilmu pengetahuan dikalangan murid. 3) Melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggungjawab serta berdisiplin, Bersatu padu dan setia kepada negara. 4) Melahirkan masyarakat berakhlak mulia dan taat kepada perintah agama. 5) Melahirkan insan kamil. 6) Mempertingkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah. PRINSIP-PRINSIP DISILPIN Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasardasar berikut : · Keadilan dan layanan samarata. · Pertimbangkan minat dan keperluan pelajar. · Kebebasan tertakluk kepada undang-undang. · Perhubungan sihat sesame manusia untuk kehidupan yang harmoni. · Perpaduan masyarakat dan negara.
Muka Surat 7 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA PERATURAN SEKOLAH ¨ Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek, emosi, jasmani dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan serta berakhlak mulia berketerampilan serta bertanggungjawab. ¨ Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut para pelajar perlu mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah yang baik. ¨ Undang-undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan ketenteraman pelajar semasa waktu pengajaran dan pembelajaran dan sepanjang murid berada di sekolah. ¨ Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras dengan peraturan dan disiplin murid sekolah-sekolah rendah di Malaysia. ¨ Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru, ibubapa atau penjaga, dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah untuk meningkatkan disiplin diri. ¨ Buku peraturan sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan makluman kepada murid-murid , guru-guru, ibubapa, atau penjaga serta kakitangan sekolah. ¨ Buku peraturan sekolah ini, hendaklah sentiasa dibawa oleh murid setiap hari ke sekolah.
Muka Surat 8 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN . USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN NEGARA .
Muka Surat 9 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA VISI MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DALAM BIDANG KURIKULUM,KOKURIKULUM DAN SAHSIAH MISI MEMBERI PERKHIDMATAN DAN PELAJARAN YANG BERKESAN MELALUI JALINAN KERJASAMA ANTARA INSTITUSI DENGAN KOMUNITI SETEMPAT DAN PRASARANA YANG CERIA DAN SELAMAT
Muka Surat 10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA MOTO SKKJS P : ROMOTING I : NTELLIGENCE N : UTURING T : ALENT AND A : DVOCATING R : ESPONSIBILITY
Muka Surat 11 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA COGAN KATA SEKOLAH GIGIH MENERIMA DAN MENAMBAH ILMU SERTA MENGUTAMAKAN PEMBANGUNAN PERIBADI INSAN HARMONIS DALAM USAHA KEARAH WAWASAN CEMERLANG . MERUPAKAN COGAN KATA SEKOLAH YANG BERMAKSUD BERWAWASAN UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG MENJAMIN MASA DEPAN .
Muka Surat 12 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA LENCANA SEKOLAH SEJARAH RINGKAS Lencana ini dicipta dari kesedaran guru-guru bahawa murid-murid sekolah ini sepatutnya mempunyai lencana untuk dipakai bagi memperkenalkan identiti sekolah terutama di luar sekolah .Pencipta awal lencana ini ialah Encik Mohd Noh bin Abdullah . KETERANGAN LENCANA Warna Putih Lambang Kebersihan Warna Biru Tua Lambang Pendidikan Warna Merah Lambang keberanian untuk menyahut wawasan Warna Kuning Lambang Raja Berdaulat Simbol Buku dan Lambang Kejayaan sepenuhnya Ijazah Moto Sekolah Berilmu Berwawasan Nama Sekolah Untuk Memperkenalkan identiti sekolah .
Muka Surat 13 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA LAGU SEKOLAH Berilmu berusaha menuju jaya Ikrar kami bersama , Menjunjung cita Rukun Negara , Setia nusa dan bangsa . Berbakti berjuang disiplin sesama , Sehati sejiwa harmoni dicipta, Sekolah Kebangsan Kampung Johan Setia, Rela kami kernamu , Ilmu menjadi penyuluh hidup, Setia kami kernamu .
Muka Surat 14 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN 1.1 LOCENG WAKTU MULA PERSEKOLAHAN Semua murid mesti berada dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya 7.30 pagi (Sesi pagi) 1.00 tengah hari (Sesi petang) Perhimpunan pagi bermula tepat pada jam 7.30 pagi setiap hari. Murid-murid berbaris mengikut kelas masing-masing di tapak perhimpunan. Setiap pagi murid-murid akan membaca doa, menyanyi Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah diikuti pengumuman aktiviti sekolah yang berkaitan dengan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum. 1.2 TAHAP SATU (TAHUN 1, 2 dan 3 ) Isnin : 1.00 petang hingga 5.50 petang Selasa hingga Khamis : 1.00 petang hingga 5.50 petang Jumaat : 2.00 petang hingga 5.50 petang 1.3 TAHAP DUA (Tahun 4, 5 dan 6) Isnin : 7.30 pagi hingga 12.50 tengahari Selasa hingga Khamis : 7.30 pagi hingga 12.50 tengahari Jumaat : 7.30 pagi hingga 11.50 pagi WAKTU KOKURIKULUM (Tahun 4, 5 dan 6 ) Sabtu : 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari 1.4 MASA REHAT 1.5 KELUAR MASUK KELAS Semua murid yang keluar masuk kelas semasa waktu pembelajaran sedang berjalan mestilah mendapat kebenaran guru dan mesti memakai pas keluar kelas. 1.6 PERGERAKAN MURID Semua murid mestilah berbaris dan beredar dengan senyap dan pantas mengikut arahan guru semasa pergerakan ke bilik-bilik lain. TAHAP TAHUN WAKTU TAHAP 1 TAHUN 1 TAHUN 2 & 3 3:00 petang sehingga 3:20 petang 3:30 petang sehingga 3.50 petang TAHAP 2 TAHUN 4 TAHUN 5 & 6 10:00 pagi sehingga 10:20 pagi 10:30 pagi sehingga 10:50 pagi *** (Perubahan waktu tertakluk pada pihak sekolah ) GARIS PANDUAN PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH UNTUK MURID
Muka Surat 15 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA 1.7 KELUAR SEKOLAH Semua murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa persekolahan kecuali bersama ibu bapa/ penjaga/ waris murid/ guru dengan menulis butir-butir tertentu di buku rekod yang dikhaskan setelah dibenarkan oleh Guru Besar / Guru Penolong Kanan. PERKARA 2: PERHIMPUNAN KHAS / HARIAN 2.1 Semua murid diwajibkan hadir dalam perhimpunan rasmi (Hari Isnin) dan perhimpunan harian (hari Selasa - Jumaat) 2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing 2.3 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas. PERKARA 3: KEDATANGAN DAN KEHADIRAN 3.1 Semua murid diwajibkan hadir tepat pada waktunya: 3.1.1 Murid sesi pagi perlu hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi 3.1.2 Murid sesi petang perlu hadir ke sekolah sebelum jam 12.50 tengahari. 3.1.3 Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan aktiviti kokurikulum 3.1.4 Sebarang acara rasmi sekolah 3.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau keterangan daripada ibu bapa / penjaga. Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng. 3.3 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan diminta memberi penjelasan. Sekiranya pihak sekolah tidak menerima keterangan bertulis, tindakan- tindakan berikut akan diambil. 3.3.1 Tidak hadir tiga hari pertama, surat amaran pertama dihantar. 3.3.2 Tidak hadir tujuh hari seterusnya tanpa sebab, surat amaran kedua dihantar. 3.3.3 Tidak hadir tujuh hari seterusnya, surat tindakan memotong nama murid berkenaan dihantar kepada ibu bapa rasmi penjaga. Salinannya dihantar kepada Bahagian Pendaftaran Sekolah-Sekolah Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Klang. 3.4 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/Guru-guru Penolong Kanan/Guru Bertugas. 3.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa diwajibkan mengisi buku kebenaran keluar sekolah yang terdapat di pejabat. PERKARA 4: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai setiap hari persekolahan, menghadiri upacara-upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan rasmi. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah ke sekolah sehingga balik ke rumah.
Muka Surat 16 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA 4.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki 4.1.1 Seluar bagi murid lelaki ialah seluar panjang biru tua (navy blue). Seluar pendek yang sama warnanya boleh dipakai sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa atau penjaga mereka. 4.1.2 Tali Pinggang Sekiranya bertali pinggang adalah jenis yang kepalanya tidak besar atau berhias. Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½ inci atau 3.75cm. Warna tali pinggang sama ada hitam atau biru tua. 4.1.3 Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek . 4.1.4 Tali Leher Murid hanya dibenarkan memakai tali leher sekolah yang telah ditetapkan. 4.1.5 Kasut dan Stokin Kasut bagi murid-murid sekolah adalah kasut “canvas” berwarna putih dan stokin hendaklah berwarna putih.Pemakaian kasut berwarna hitam dan stokin hendaklah berwarna hitam. 4.1.6 Rambut dan kuku Murid-murid lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek. Rambut tidak boleh diwarnakan dengan sebarang warna. Kuku mestilah dipotong pendek dan tidak boleh dicat atau diinai. 4.2 Pakaian Seragam Murid Perempuan (Surat Pekeliling Ikhtisas No.2) 4.2.1 Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua. 4.2.2 Pakaian murid-murid perempuan adalah “pinafore tunic” berwarna biru tua (navy blue) labuhnya sampai ke lutut. 4.2.3 Tudung / mini telekung Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung dengan syarat tudung itu berwarna putih dan berbentuk segi tiga dua sama dan tidak berenda ditepinya. 4.2.4 Kasut dan stokin Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut “kanvas” berwarna putih. Stokin juga hendaklah berwarna putih. Pemakaian kasut berwarna hitam dan stokin hendaklah berwarna hitam. 4.2.5 Rambut / kuku / riben Hendaklah menyikat rambut dengan kemas. - Rambut tidak boleh mencecah bahu. - Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas dengan menggunakan riben hitam, putih atau biru. - Rambut tidak boleh diwarna dengan sebarang warna. - Murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat kuku dan inai. - Riben berwarna putih, biru tua dan hitam hanya dibenarkan pakai. 4.2.6 Alat-alat solek Murid-murid dilarang memakai sebarang alat solek walaupun nipis kecuali murid-murid yang terlibat dalam program sekolah dengan kebenaran guru. 4.2.7 Murid-murid tidak dibenarkan memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang, rantai leher, anting-anting, cincin dan lain-lain.
Muka Surat 17 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA 4.3 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani / Aktiviti Ko- Kurikulum 4.3.1 Semua murid mesti memakai Baju T (T-Shirt) sekolah atau baju T rumah sukan mengikut rumah masing-masing. 4.3.2 Kasut dan stokin – kasut getah atau kanvas berwarna putih atau hitam dan stokin berwarna putih atau hitam. 4.3.3 Semua murid mesti memakai seluar panjang (track bottom) berwarna biru tua/gelap dan tidak bercorak. 4.3.4 Semua murid perempuan dilarang memakai tudung hitam sewaktu subjek PJPK. 4.3.5 Semua murid dilarang memakai kasut sukan kecuali murid yang terlibat dengan aktiviti sukan dengan kebenaran guru. 4.4 Tanda Nama dan Lencana Sekolah Semua murid dikehendaki memakai tanda nama dan lencana sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 4.5 Semua pengawas tahun 4,5 dan 6 wajib memakai baju sekolah berwarna biru,seluar/kain berwarna biru gelap, bertali leher (logo pengawas),memakai vest, berstokin dan kasut berwarna hitam. PERKARA 5 :TATATERTIB KELAKUAN. 5.1 Menghormati guru: 5.1.1 Anda adalah wajib menghormati guru, kakitangan sekolah atau mereka yeng lebih tua. 5.1.2 Memberi salam atau ucapan selamat kepada guru, kakitangan sekolah atau pelawat-pelawat yang datang 5.1.3 Anda wajib berdiri dengan sikap hormat yang sempurna apabila berhadapan dengan guru bagi menerima arahan atau menyampaikan sesuatu. 5.1.3.1 Anda hanya boleh memasuki satu-satu kelas selepas mendapat arahan dapat arahan daripada guru yang sedang mengajar dikelas Tersebut. 5.2 Penumpuan Pelajaran: 5.2.1 Anda mestilah menumpukan perhatian kepada pelajaran anda, menyempurnakan kerja-kerja rumah dan tugas-tugas lain seumpanya yang diarah kan oleh guru-guru. 5.2.2 Anda mestilah menghadirkan diri dalam setiap kelas biasa, kelas-kelas bimbingan dan kelas-kelas persedian persedian yang ditetapkan. 5.2.3 Anda mesti mengambil ujian peperiksaan yang disediakan sekolah
Muka Surat 18 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA 5.3 Penumpuan Kebersihan: 5.3.1 Sekolah mengamalkan prinsip “Sekolah tanpa bakul sampah”. Anda mestilah membuang sampah sarap ditempat pembuangan sampah sahaja. Kertas atau sampah-sarap yang dijumpai di kawasan sekolah, hendaklah dipungut dan dibuang ke tempat pembuangan sampah. 5.3.2 Meludah di merata-rata tempat adalah dilarang. 5.3.3 Pastikan diri anda sentiasa bersih, berpakaian bersih, kemas serta lengkap dengan lencana sekolah, lencana kolar dan tanda nama sesuai dengan kehendak peraturan pakaian sekolah 5.3.4 Anda mestilah menjalankan tugas harian didalam kelas dan tugas membersihkan Kawasan dari semasa ke semasa 5.4 Budi bahasa: 5.4.1 Anda hendaklah sentiasa berkelakuan baik sama ada didalam atau di luar sekolah atau majlis-majlis rasmi atau rasmi 5.4.2 Anda hendaklah sentiasa bersopan-satun, berbudi bahasa kepada para tetamu dan pelawat-pelawat yang dating sekolah. 5.4.3 Anda adalah dikehendaki sentiasa bersedia menghulurkan pertolongan yang ihklas dan jujur sesama teman dan mereka yang menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan 5.4.4 Anda adalah wajib memupuk persahabatan, ihklas dan jujur sesame pelajar sekolah ini. Hormat kepada yang lebih tua, saying kepada teman sebaya dan teman yang lebih kecil 5.4.5 Anda mestilah minta izin dengan hormat apabila terpaksa melintas dihadapan guru, ibubapa dan orang yang lebih tua daripada anda. PERKARA 6 : PELANGGARAN DISIPLIN (Rujuk Peraturan Disiplin Kementerian Pelajaran) 6.1 Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkah laku jenayah: 6.1.1 Memeras ugut 6.1.2 Menjadi anggota kumpulan jahat/haram 6.1.3 Terlibat dengan dadah 6.1.4 Berjudi 6.1.5 Mencuri 6.1.6 Memukul guru/pengawas/murid-murid lain 6.1.7 Membawa/memiliki senjata merbahaya dengan tujuan jahat 6.1.8 Mengancam pengetua/guru-guru/murid-murid lain [amaran serius dan berbahaya] 6.2 Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkah laku lucah atau biadab: 6.2.1 Membaca, meninjau atau menyebarkan bahan-bahan lucah . 6.2.2 Bercumbu-cumbuan 6.2.3 Mengunakan kata-kata lucah 6.2.4 Melukis atau memiliki gambar lucah atau majalah lucah atau menulis katakata lucah.
Muka Surat 19 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA 6.3 Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkahlaku anti sosial: 6.3.1 Merosakkan harta benda kerajaan/sekolah/guru- atau milik persendiriaan. 6.3.2 Mencemarkan kebersihan kawasan dan bangunan sekolah serta asrama. 6.3.3 Membuat bising serta mengaggu ketenteraman sekolah serta asrama. 6.3.4 Bergaduh dan berlawan. 6.3.5 Berkelakuan biadab terhadap guru/pengetua,(sikap bongkak atau membuat penghinaan) 6.3.6 Mengadakan”ragging”dalam apa jua bentuk dan rupa. 6.3.7 Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran atau balik ke rumah ibu bapa/ penjaga/ saudara mara tanpa kebenaran. 6.3.8 Menyalahgunakan kemudahan sekolah/kuasa yang diamanahkan kepadanya. 6.3.9.Melanggar peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan sekolah atau/dan Pejabat Pelajaran. 6.3.10 Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu/mendapat kebenaran pihak sekolah/Pengetua. 6.3.11 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum. 6.4 Perbuatan-perbuatan curang atau tingkahlaku tidak jujur/ tidak amanah. 6.4.1 Meniru dalam ujian/peperiksaan. 6.4.2 Meniru tandatangan ibubapa/penjaga/pengetua/guru-guru. 6.4.3 Mengubah markah 6.4.4 Ponteng kelas. 6.5 Perbuatan-perbuatan sebagai tingkahlaku tidak sopan. 6.5.1 Berbahasa kasar dan mencarut. 6.5.2 Tidak menghormati guru /pengawas. 6.5.3 Menghisap atau memiliki rokok. 6.5.4 Berambut panjang tidak diikat (tidak diikat) atau diwarnakan. 6.5.5 Tidak memberi perhatian semasa guru sedang mengajar. 6.5.6 Selalu datang lewat ke kelas. 6.5.7 Lalai atau cuai terhadap pelajaran. 6.5.8 Terlibat dengan minuman keras atau memabukkan. 6.5.9 Masih membantah hukuman guru/ pengetua, sekalipun sudah diberi tiga atau empat kali amaran. 6.5.10 Mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan kehendak peraturan disiplin sekolah.
Muka Surat 20 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA 6.6 Kesalahan-Tatatertib yang berat. 6.6.1 Menjadi anggota kumpulan jahat/pertubuhan haram 6.6.2 Membawa/memiliki senjata berbahaya dengan tujuan jahat 6.6.3 Memukul guru/pengetua pengawas/murid-murid lain 6.6.4 Mengancam guru besar/guru/murid-murid lain (dengan acaman serius dan berbahaya) 6.6.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasa oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran. 6.6.6 Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu dan mendapat kebenaran dari pihak Sekolah/Guru Besar. 6.6.7 Merosakkan harta benda kerajaan/sekolah/guru-guru atau sebarang milik persendirian. 6.6.8 Mencuri. 6.6.9 Terlibat dengan dadah. 6.6.10 Terlibat dengan minuman keras dan memabukkan. 6.6.11 Menghisap/atau memiliki rokok 6.6.12 Membantah hukuman guru/pengetua sekalipun sudah tiga atau empat kali amaran. 6.6.13 Berjudi. 6.6.14 Berkelakuan biadab terhadap guru/pengetua (menunjukkan sikap bongkak atau membuat penghinaan). 6.6.15 Sengaja menimbulkan perkara sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum. 6.7 JENIS HUKUMAN Tertakluk berat atau ringannya kesalahan yang dilakukan.Hukuman yang boleh dikenakan atas seseorang pelajar ialah: 6.7.1 Diberi teguran, amaran bertulis dan menghubungi ibu bapa pelajar. 6.7.2 Digantung persekolahan 6.7.3 Diberhenti sekolah 6.7.4 Membayar ganti rugi 6.7.5 Menarik balik biasiswa 6.7.6 Lain-lain hukuman yang difikirkan sesuai. (Merujuk kepada program sistem penalti sekolah) 6.8 BARANG LARANGAN 6.8.1 Buku cerita cinta remaja 6.8.2 Majalah hiburan. 6.8.3 Pita video/VCD 6.8.3 Pita kaset 6.8.5 Pakaian dan kasut yang bukan merupakan pakaian sekolah. 6.8.6 Gambar-gambar/album 6.8.7 Liquid paper/pelekat kertas 6.8.8 Alat solek (kecuali sikat) 6.8.9 Makanan ringan 6.8.10 Katalog 6.8.11 Majalah lucah. 6.8.12 Telefon bimbit 6.8.13 ”maker pen”dan seumpamanya 6.8.14 Autograph 6.8.15 Barang-barang permainan termasuk kad [SPI Bil.11/1976] 6.8.16 Barang kemas 6.8.17 Kamera ,Radio,Walkman
Muka Surat 21 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA PERKARA 7 : TIDAK HADIR KE SEKOLAH 7.1 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah mesti membawa surat doktor atau keterangan ibubapa pada hari berikutnya dan diserahkan pada guru kelas. 7.2 Sekiranya pelajar tidak datang lebih daripada tiga (3) hari, hendaklah ibubapa memberitahu pihak sekolah secara bertulis dengan segera. 7.3 Pihak sekolah akan menghantar surat peringatan sekiranya pelajar tidak datang lebih dari tiga hari berturut-turut tanpa sebarang alasan. 7.4 Proses surat amaran kepada ibubapa/penjaga PERKARA 8 : DATANG LEWAT KE SEKOLAH 8.1 Setiap pelajar yang datang lewat, tidak dibenarkan ke kelas tanpa kebenaran Guru Besar ,PK.HEM/GK. Mata Pelajaran dengan membawa surat datang lewat daripada pejabat.(Ketua kelas akan membuat catatan dibuku kawalan kelas) Jika pelajar terus ke kelas,guru mata pelajaran akan membawa pelajar berkenaan ke pejabat. 8.2 Pelajar-pelajar yang kerap datang lewat ke sekolah yang disengajakan boleh diambil tindakan disiplin seperti menyalin esei?karangan di tapak perhimpunan atau khidmat sosial. Surat amaran akan diberikan kepada pelajar yang sering hadir lewat. 8.3 Dalam hal-hal tertentu, ibu bapa/penjaga boleh secara rasmi berjumpa pengetua untuk berbincang atau memberi penjelasan. 8.4 Walau bagaimanapun tindakan boleh berubah mengikut keperluan semasa. 8.5 Pelajar yang datang lewat sehingga habis waktu pertama adalah dianggap tidak hadir dan kehadirannya tidak dicatat dalam buku kehadiran pelajar. (Kecuali kes-kes tertentu dan pelajar diinringi oleh ibu bapa/penjaga). 8.6 Pelajar yang datang lewat sewaktu ujian atau peperiksaan perlu melaporkan diri pada guru bertugas. SURAT HARI TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT HARI TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT AMARAN PERTAMA Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 AMARAN KEDUA 7 hari selepas amaran pertama 10 hari selepas amaran pertama AMARAN TERAKHIR 7 hari selepas amaran kedua 20 hari selepas amaran kedua BUANG SEKOLAH 14 hari selepas amaran terakhir 20 hari selepas amaran terakhir
Muka Surat 22 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA PERKARA 9 : PERATURAN DALAM KELAS 9.1 Kebersihan kelas adalah tanggungjawab pelajar-pelajar dalam kelas-kelas itu. 9.2 Pihak sekolah mengharapkan setiap kelas menjaga/menyimpan perkaraperkara berikut dengan teratur dan kemas: (a)Perabot dalam kelas. (b)Papan kenyataan,papan tulis,gambar/carta mesti kemas kini. (c)Kaki lima dan lantai kelas. 9.3 Papan tulis hendaklah sentiasa dibersihkan setelah digunakan dan tidak berhabuk di garisan landasannya. 9.4 Kerusi dan meja mesti teratur dan kemas: (a)Tiada sampah buku-buku didalam meja selepas waktu sekolah (b)Sampah mesti dibuang sebelum meninggalkan sekolah. 9.5 Suis kipas dan lampu mesti ditutup sebelum meninggalkan kelas. 9.6 Murid-murid hanya boleh meninggalkan kelas selepas mendapat kebenaran guru yang sedang mengajar. 9.7 Tidak dibenarkan makan di dalam kelas sewaktu persekolahan. Pelajar hanya dibenarkan minum sahaja sekiranya perlu. 9.8 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di kaki lima kelas atau berada di kelas lain sewaktu pembelajaran. 9.9 Semasa meninggalkan kelas untuk ke makmal,bengkel,padang,surau dan sebagainya,pelajar dikehendaki beratur dengan barisan yang tersusun. 9.10 Pelajar tidak digalakkan keluar ke tandas sewaktu waktu pembelajaran. Pelajar juga tidak dibenarkan keluar ke tandas pada waktu –waktu berikut: (1)Waktu pertama (2)15 minit sebelum waktu rehat (3)Waktu pertama selepas waktu rehat (4)15 minit sebelum waktu persekolahan tamat (waktu balik). 9.11 Pelajar tidak dibenarkan pergi ke kedai buku semasa waktu pembelajaran.
Muka Surat 23 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA PERKARA 10 : PENGGUNAAN KANTIN 10.1 Murid-murid dikehendaki beratur semasa membeli makanan dan minuman. 10.2 Mund-murid dilarang membuang sampah dan meludah merata-rata di kawasan kantin. 10.3 Murid-murid dilarang berada di kantin semasa pelajaran sedang dijalankan dan semasa perhimpunan kecuali mendapat kebenaran guru. PERKARA 11 : PENGGUNAAN SURAU 11.1 Hanya pelajar Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam surau. 11.2 Dilarang membuat bising, bermain dan membuang sampah. Jaga kebersihan surau. 11.3 Telekung dan sejadah hendaklah disidai semula setelah digunakan. 11.4 Surau hanya digunakan untuk tujuan solat dan perjumpaan yang berkaitan dengan agama. 11.5 Sebelum meninggalkan surau, pastikan suis lampu, kipas dan pintu ditutup. PERKARA 12 : MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH 12.1 Semua pelajar tidak dibenarkan meninggalkan sekolah semasa waktu pelajaran, kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Besar sekolah, Penyelia Petang atau Guru bertugas. PERKARA 13 : PELAWAT 13.1Ibubapa/penjaga yang perlu bertemu pelajar hanya hanya boleh berbuat Demikian di pejabat sekolah sahaja dan perkara ini hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar sekolah, Penyelia Petang atau Guru bertugas.
Muka Surat 24 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA PERKARA 14 : LAIN-LAIN PERKARA MENGENAI DISIPLIN 14.1 Telefon awam hanya boleh digunakan oleh murid pada waktu kecemasan setelah mendapat kebenaran Guru Besar/Penyelia Petang. 14.2 Kereta yang membawa/menghantar pelajar ke sekolah tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. 14.3 Pelajar-pelajar dinasihatkan jangan membawa wang yang banyak ke sekolah. Setiap pelajar hendaklah menjaga keselamatan barangnya dan jangan meletakkan di tempat sembarangan di kawasan sekolah. Kehilangan barang/ wang adalah tanggungjawab sendiri. 14.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa katalog atau barang-barang jualan ke sekolah. 14.5 Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan alamat sekolah sebagai alamat peribadi. 14.6 Persatuan/Kelab tidak dibenarkan menganjurkan lawatan /kegiatan kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Guru Besar. 14.7 Surat-menyurat kepada pihak luar seperti syarikat-syarikat/firma-firma dan sebagainya hendaklah melalui Guru Besar. Surat-surat dari sekolah lain tidak melalui Guru Besar tidak akan dilayan. 14.8 Basikal-basikal hendaklah dikunci dan diletakkan di bangsal basikal. 14.9 Murid mesti makan di kantin pada waktu rehat. 14.10 Pelajar tidak dibenarkan membawa pelajar-pelajar lain atau orang luar lain Masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar. PERKARA 15 : PERATURAN-PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA KECEMASAN DI SEKOLAH SEPERTI KEBAKARAN 15.1 Apabila terdengar loceng berterusan, ini bermakna isyarat loceng kecemasan. 15.2 Murid-murid hendaklah bertenang dan beratur dengan segera dan keluar dari bilik darjah dengan segera dengan mengikut jalan yang ditetapkan di dalam pelan. 15.3 Murid-murid dilarang membawa barang keluar bersama mereka. 15.4 Murid-murid dikehendaki beratur mengikut kelas masing-masing ke tempat yang ditetapkan di padang. Guru yang berada di dalam kelas diminta menyemak bilangan murid yang ada bersamanya dan membuat laporan ke penolong kanan/Guru Kanan yang bertugas di padang. 15.5 Ketua kelas dan pengawas-pengawas mesti memastikan murid-murid bertenang dan berada dalam keadaan senyap.
Muka Surat 25 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA PERKARA 16 :PERATURAN KOKURIKULUM SEKOLAH 16.1.PENYERTAAN / KEAHLIAN 16.1.1 Tiap-tiap pelajar diwajibkan menyertai dan bergerak aktif dalam tiga kegiatan berkumpulan (Persatuan/Pakaian seragam / Permainan). 16.1.2 Gerakerja kokurikulum diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam satu minggu. 16.1.3 Latihan rumah sukan adalah diwajibkan bagi setiap pelajar (kecuali mereka yang disahkan oleh doktor tidak layak mengikutinya). 16.1.4 Sekiranya seorang pelajar itu terlalu aktif didalam berbagai bidang sukan,keanggotaan Gerkonya boleh dikurangkan. 16.2 KEDATANGAN Kedatangan adalah wajib dan setiap orang pelajar adalah dikehendaki hadir dan menyertai kegiatan yang diambilnya. 16.3 PAKAIAN 16.3.1 Berpakaian sekolah untuk gerakerja Persatuan/Kelab. 16.3.2 Berpakaian seragam sukan atau uniform untuk gerakerja unit beruniform. 16.3.3 Berbaju T sekolah untuk gerakerja sukan serta berseluar trek panjang berwarna hitam atau biru gelap. 16.3.4 Anda dibenarkan memakai pakaian seragam unit beruniform lengkap sepanjang masa persekolahan pada setiap Rabu. 16.4 KESELAMATAN DAN DISIPLIN Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi segala-segala peraturan gerakerja kokurikulum sekolah rendah. 16.5 KAD LAPORAN GERAKERJA KOKURIKULUM Kad laporan ini hendaklah dibawa setiap kali pelajar menghadiri gerakerja kokurikulum dan hendaklah diserahkan sendiri kepada guru pengawas/ penasihat untuk ditandatangannya. 16.6 PENGGUNAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN Setiap pelajar atau persatuan/kelas bertanggungjawab bagi menjaga dan menjamin kemudahan dan peralatan sekolah yang digunakan itu dalam keaadan baik. 16.7 PERJALANAN GERAKERJA Tiap-tiap persatuan/kelas hendaklah mempunyai perlembagaan sendiri yang diluluskan oleh Guru Besar sekolah. 16.8 KOKURIKULUM LUAR SEKOLAH Murid-murid boleh menyertai kokurikulum luar sekolah setelah mendapat kebenaran dan kelulusan Guru Besar (borang disediakan) 16.9 BUKU PENILAIAN KOKURIKULUM Setiap pelajar wajib mempunyai Buku Penilaian Kokurikulum.Jika buku tersebut hilang, pelajar wajib membelinya daripada guru kelas.
Muka Surat 26 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA .PERKARA 17 : PERATURAN UJIAN/PEPERIKSAAN DALAMAN 17.1 PAKAIAN Sepanjang sesi peperiksaan dijalankan,pelajar-pelajar mesti berpakaian seragam sekolah yang lengkap dan berpenampilan diri yang kemas. Pelajar yang tidak mematuhi peraturan tersebut tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. 17.2 KELAS-KELAS PEPERIKSAAN 17.2.1 Pada awal sesi sebelum peperiksaaan dijalankan,kelas mestilah berada dalam keadaan seperti berikut: - Tiada sampah sama ada di penjuru kelas,dalam laci meja pelajar,diatas meja Guru dan diatas simen/lantai kelas. - Meja disusun dan dijarakkan antara satu sama lain.Jika terlalu rapat,anjakkan satu barisan ke luar kelas.(pastikan terdapat 40 buah meja sahaja di dalam kelas) - Beg dan buku pelajar diletakkan di bahagian hadapan atau di luar kelas. TIDAK DIBENARKAN meletakkan beg dan buku di bahagian belakang kelas dan di dalam meja laci pelajar 17.3 DIATAS MEJA PELAJAR 18.3.1 Kotak pensel tidak dibenarkan dibawa ke dalam peperiksaan. 18.3.2 Pelajar tidak dibenarkan meminjam sebarang peralatan daripada pelajar lain sewaktu peperiksaan sedang berjalan. 17.4 PEPERIKSAAN DAN UJIAN 17.4.1 Bagi semua ujian bulanan, segala kemudahan diatas tidak akan dibekalkan kepada pelajar.Para pelajar dikehendaki menyediakan sendiri segala keperluan tersebut. 17.5 TIDAK HADIR 17.5.1 Bagi mata pelajaran yang terdiri daripada kertas 1,dan kertas 2 , satu hadir kertas dan tidak hadir kertas lain bagi matapelajaran tersebut, calon akan dikira TIDAK HADIR untuk semua kertas bagi matapelajaran tersebut dan tiada sebarang markah diberi.Pelajar yang sengaja tidak hadir, markah bagi matapelajaran tersebut ialah 0 markah. 17.5.2 Pelajar yang tidak hadir kerana mewakili sekolah sahaja dibenarkan menduduki semula peperiksaan bagi matapelajaran yang dijalankan ketika beliau mewakili sekolah ke sesuatu pertandingan dan sebagainya. Jika pelajar tidak hadir juga ke rendah setelah tamat mewakili sesuatu acara,maka hari yang tidak hadir itu akan diberi 0 markah dan turut menjejaskan kedudukan markah pelajar di dalam kelas. 17.5.3 Pelajar yang sengaja datang lewat ke sekolah selepas waktu pertama dianggap TIDAK HADIR dan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
Muka Surat 27 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA
Muka Surat 28 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA Panjang rambut tidak boleh melebihi bulu kening · Rambut tidak boleh menutup telinga. · “Side burn” tidak boleh melepasi garisan tengah hidung. Rambut tidak boleh menyentuh atau melepasi kolar baju. Potongan rambut tidak boleh berfesyen dan tidak boleh warnakan rambut termasuk inai rambut juga tidak dibenarkan.
Muka Surat 29 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA
Muka Surat 30 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA TATACARA PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH RENDAH MURID LELAKI Rambut kemas dan pendek Kemeja Putih Tali Leher Lencana sekolah Tanda nama dijahit di atas poket Tali pinggang hitam/biru gelap Seluar Panjang biru gelap Stokin putih dengan kasut putih / Stokin hitam dengan kasut hitam MURID PEREMPUAN Anak tudung & Tudung putih Baju kurung berpesak bewarna putih Kain susun tepi berwarna biru gelap Lencana sekolah Tanda nama dijahit sebelah kiri bawah lencana sekolah Stokin putih dengan kasut putih / Stokin hitam dengan kasut hitam
Muka Surat 31 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA TATACARA PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS SEKOLAH PENGAWAS LELAKI Rambut kemas dan pendek Kemeja Biru Tali Leher Lencana sekolah Tanda nama pengawas dibawah lencana Seluar Panjang biru gelap Stokin hitam dengan kasut hitam Anak tudung putih & tudung biru Baju kemeja biru lengan Panjang . Kain berbentuk A berwarna biru gelap Lencana sekolah Tanda nama pengawas dibawah lencana Stokin hitam dengan kasut hitam PENGAWAS PEREMPUAN
Muka Surat 32 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM PENDIDIKAN JASMANI & KOKO SEKOLAH MURID LELAKI Rambut kemas dan pendek T-shirt Sukan Sekolah ( Lengan Pendek/Panjang ) Seluar Panjang / Trek Suit · Hitam · Biru Gelap Stokin putih dengan kasut putih / Stokin hitam dengan kasut hitam MURID PEREMPUAN Anak tudung & Tudung putih T-shirt Pj & KOKO Sekolah ( Lengan Panjang ) Stokin putih dengan kasut putih / Stokin hitam dengan kasut hitam Seluar Panjang / Trek Suit · Hitam · Biru Gelap *** Baju PJ &KOKO sekolah dipakai mengikut jadual PJ Kelas masing.masing. FARHAH UZMA
Muka Surat 33 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM SUKAN SEKOLAH MURID LELAKI Rambut kemas dan pendek T-shirt Sukan Sekolah ( Lengan Pendek/Panjang ) Seluar Panjang / Trek Suit · Hitam · Biru Gelap Stokin putih dengan kasut putih / Stokin hitam dengan kasut hitam MURID PEREMPUAN Anak tudung & Tudung putih T-shirt Sukan Sekolah ( Lengan Panjang ) Stokin putih dengan kasut putih / Stokin hitam dengan kasut hitam Seluar Panjang / Trek Suit · Hitam · Biru Gelap *** Baju Sukan sekolah dipakai mengikut jadual PJ Kelas masing.masing.
Muka Surat 34 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA CONTOH BAJU PJ & KOKO LENGAN PENDEK
Muka Surat 35 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA CONTOH BAJU SUKAN SEKOLAH 2023/2024 LENGAN PENDEK
Muka Surat 36 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA PELAN LANTAI SEKOLAH
Muka Surat 37 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA
Muka Surat 38 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA
Muka Surat 39 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA BORANG PENGAKUAN Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia, Jalan Johan Setia, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH PENGAKUAN PELAJAR 1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya sendiri. 2. Saya mengaku telah membaca dan memahami segala yang terkandung di dalam Buku Peraturan Sekolah ini. Saya juga akan berjanji akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan serta akur dengannya. 3. Saya sedar bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal dan tidak tidak akan membuat rayuan. Tandatangan Pelajar : Yang benar, Tarikh: ……………………………………………. …………………………. (Nama: ) (Masa: ) PENGAKUAN IBUBAPA/PENJAGA Saya sebagai ibubapa/penjaga maklum akan perkara yang tersebut diatas. Tandatangan ibubapa/penjaga : Yang benar, Tarikh: ……………………………………………. …………………………. (Nama: ) (Masa: )
Muka Surat 40 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK KAMPUNG JOHAN SETIA