E-BULETINKTESAAZ
Bulan | September 2022
EDISI KE-2
UNIT KURIKULUM
HAKA STPM 2021
24 September 2022 telah berjaya dilaksanakan
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik (HAKA)
STPM 2021.En. Thuairi bin Mohamad Tayeb,
Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kuala Selangor
telah dijemput sebagai perasmi hari anugerah
tersebut. Malah pihak Bank Rakyat juga turut
menyediakan 10 hadiah cabutan bertuah khas
untuk guru serta Tokok Akademik STPM 2021
turut diberikan hadiah khas atas kecemerlangan
mereka.
Guru matapelajaran yang mendapat gred
purata 2.75 ke atas dan pelajar yang mendapat
pngk 2.75 ke atas dalam STPM 2021 telah
diberikan penghargaan dan pengiktirafan atas
penat lelah serta usaha mereka. Semoga
KTESAAZ terus cemerlang.
KUIZ KIMIA KEBANGSAAN 2022
29 Sept 2022 (Khamis) : Seramai 14 orang pelajar KTESAAz telah menyertai
pertandingan ini dan mereka merupakan pelajar aliran STEM Semester 3. Semoga
beroleh kejayaan.
E-BULETINKTESAAZ
Bulan | September 2022
EDISI KE-2
UNIT HAL EHWAL PELAJAR
KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA
MIROS
14 Sept 2022 (Rabu) : Kesedaran keselamatan jalan raya perlu ditanam dan diberi
penekanan dalam kalangan remaja bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat nahas
di jalan raya. Bagi merealisasikan hasrat ini, satu Program Kesedaran Keselamatan Jalan
Raya telah dilaksanakan di Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor
(KTESAAz). Program ini merupakan program anjuran bersama antara MIROS dan
KTESAAz iaitu Unit Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Kokurikulum (Unit
Beruniform Kadet Polis)
SUMBANGAN KEBAJIKAN SEPTEMBER
Unit Kebajikan telah melaksanakan kutipan derma bagi
pelajar-pelajar yang terlibat dengan kemalangan,
kematian ahli keluarga dan juga turut memberikan
sumbangan kepada pelajar- pelajar STPM 2021 yang
tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian di
ipta. Sumbangan juga diberikan kepada ahli keluarga
pelajar KTESAAz yang telah meninggal pada 13
September 2022 kerana menghidapi Leukimia. Semoga
segala sumbangan dapat meringankan sedikit
sebanyak bebanan para pelajar dan keluarga.
Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan
pelajar yang membantu. Hanya tuhan yang dapat
membalasnya.
E-BULETINKTESAAZ
Bulan | September 2022
EDISI KE-2
UNIT HAL EHWAL PELAJAR
MEMBUKA AKAUN SSPN
21 September 2022 (Rabu)- Pihak PTPTN
dengan kerjasama Unit Bimbingan dan
Kaunseling telah memberi ruang kepada
semua pelajar semester 2 bagi mendengar
sedikit taklimat berkaitan akaun SSPN dan
pelajar yang berminat ingin membuka
akaun tersebut boleh terus dilakukan ketika
itu. Seramai 96 orang pelajar telah
membuka akaun tersebut dan taklimat juga
telah disampaikan mengikut giliran jadual
kelas yang disediakan. Semoga usaha ini
memberikan sedikit kemudahan kepada
semua pelajar pada masa akan datang.
BERSAMA KWSP
21 Sept 2022 (Rabu) : Pihak KWSP juga turut memberikan taklimat serta peluang
kepada pelajar sem 1 dan 3 untuk membuka i-akaun bagi kemudahan para pelajar
pada masa hadapan.
E-BULETINKTESAAZ
Bulan | September 2022
EDISI KE-2
UNIT HAL EHWAL PELAJAR
PELANCARAN KEMPEN ANTIBULI 2022
26 September 2022 (Isnin)- Pelancaran Kempen Antibuli telah dilaksanakan pada
peringkat kolej serta taklimat anti buli juga turut dijalankan. Taklimat ini disampaikan oleh
Inspektor Nurul Muizzah binti Mohd Ali kepada semua pelajar kolej tingkatan enam.
Diharapkan gejala buli dapat dihindarkan sepenuhnya di kolej ini dan tahniah kepada Unit
Skuad 3Kdan unit HEP atas aktiviti yang sangat bermanfaat ini.
PROGRAM INISIATIF SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN
(NHSI)
27 Sept 2022 (Khamis) : Saringan
kesihatan telah dijalankan khas
kepada penjawat awam berumur
40 tahun yang berminat. Ujian
yang dijalankan merangkumi BMI,
tekanan darah, gula dan
kolesterol.
E-BULETINKTESAAZ
Bulan | September 2022
EDISI KE-2
UNIT KOKURIKULUM
MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN
2022
19 September 2022 (Isnin)- Majlis
penutupan Bulan Kemerdekaan
2022 telah dijalankan dan semua
pemenang setiap pertandingan
diumumkan serta hadiah juga telah
disampaikan. Tahniah kepada
semua peserta yang terlibat atas
kerjasama yang diberikan serta
menunjukkan semangat patriotik
cintakan negara.
KARNIVAL AKADEMIK (SAYEMBARA PUISI ) 2022
Sepanjang bulan September ini,
Pertandingan Sayembara Puisi ini telah
dijalankan secara berperingkat pada
setiap hari Rabu dan pada 28
September2022 merupakan hari
kemuncak bagi pertandingan ini. Karnival
Akademik ini merupakan anjuran Unit
Kokurikulum dengan kerjasama Unit
Kurikulum dengan mempertandingankan
pelbagai acara seperti pidato (Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Arab), sajak, pengucapan awam, Mimbar
Dae’i. Setiap rumah sukan telah
menghantar peserta dan tahniah kepada
semua pemenang serta syabas kepada
semua guru yang telah menjayakan
karnival ini.
E-BULETINKTESAAZ
Bulan | September 2022
EDISI KE-2
UNIT KOKURIKULUM
KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2022
Pada bulan September juga turut dijalankan kursus kepimpinan secara bersiri kepada
semua pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan bendahari sama ada unit
beruniform, kelab permainan dan persatuan. Fokus kepada pelajar semester 1.
Semoga dengan ilmu yang diberikan dapat digunakan dalam organisasi masing-
masing.