Majlis
SAMBUTAN DEKAD
BAHASA KEBANGSAAN
PERINGKAT IAB
TAHUN 2022
"Bahasa Jiwa Bangsa"
Dengan Kerjasam
Dengan Kerjasama a
DBP Wilayah Tengah
Disempurnakan ole
Disempurnakan oleh: h:
YBHG. DATUK ABANG SALLEHUDDIN BIN ABG. SHOKERAN
KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
13 oktober 2022 (khamis)
8.30 pagi
auditorium perdana
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
ISI KANDUNGAN
1
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
2
KATA ALU-ALUAN PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
3
KATA ALU-ALUAN KETUA PUSAT, PUSAT
PEMBANGUNAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
4
OBJEKTIF
5
ATUR CARA MAJLIS
6
IKRAR SETIA BAHASA
7
LIRIK LAGU BAHASA JIWA
BANGSA
8
JAWATANKUASA MAJLIS SAMBUTAN
DEKAD BAHASA KEBANGSAAN
9
JAWATANKUASA MAJLIS SAMBUTAN
DEKAD BAHASA KEBANGSAAN
10
JAWATANKUASA MAJLIS SAMBUTAN
DEKAD BAHASA KEBANGSAAN
11
PENGHARGAAN
KATA ALU-ALUAN
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) Tahun
2022 peringkat Institut Aminuddin Baki (IAB) ini dapat dilaksanakan. Matlamat DBK adalah untuk
memperkasakan bahasa kebangsaan melalui program dan aktiviti yang melibatkan seluruh masyarakat
Malaysia bersesuaian dengan temanya “Bahasa Jiwa Bangsa”.
Tema ini amat bertepatan dengan kedudukan bahasa Melayu yang berfungsi bukan sahaja sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan, malah juga berfungsi sebagai bahasa pengantar, bahasa
ilmu dan bahasa komunikasi rakyat Malaysia. Sesungguhnya kita perlu terus memartabatkan bahasa
kebangsaan terutamanya di peringkat organisasi pengurusan dan kepimpinan seperti IAB bagi menjayakan
matlamat Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Keupayaan dan kejayaan bahasa Melayu
dalam bidang pendidikan dapat melahirkan idea dan kreativiti berakarkan bangsa Malaysia.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan wajib dipertahankan melalui
penggunaan bahasa Melayu yang baik dan santun sesuai dengan kedudukannya itu. Bahasa Melayu perlu
terus digunakan dengan meluas dalam semua urusan kehidupan seperti perniagaan, komunikasi dan
maklumat, perbankan dan pendidikan. Keupayaan dan kejayaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan
dapat melahirkan idea dan kreativiti berakarkan bangsa Malaysia.
Pelbagai program kebahasaan telah dirancang dan dilaksanakan sempena DBK ini. Program DBK yang
meliputi ceramah bahasa, bengkel penulisan anekdot, pertandingan khat dan pertandingan video
melafazkan pantun yang dilaksanakan oleh IAB merupakan inisiatif yang amat baik dalam usaha untuk
menyemarakkan semangat mencintai bahasa kebangsaan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa sambutan DBK ini kerana berusaha melaksanakan
semua program yang dirancang dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah. Mudah-
mudahan kerjasama erat ini akan berterusan pada masa-masa akan datang sebagai wadah untuk
memartabatkan bahasa Melayu terutamanya dalam sektor pendidikan.
Sekian.
YBHG. DATUK ABANG SALLEHUDDIN BIN ABG. SHOKERAN
KETUA PENGARAH
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
1
KATA ALU-ALUAN
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI
h
m
i
Bismillahirra Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
m
h
i
n
r
a
r
n
a
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) Peringka t IAB bagi tahun
2022 ini amat bersesuaian dengan usaha mengukuhkan jati diri dan
memartabatkan bahasa Melayu khususnya dalam kalangan warga IAB.
Tema untuk sambutan pada tahun ini ialah "Bahasa Jiwa Bangsa". Bahasa
merupakan wadah perhubungan dan komunikasiyang amat rapat dengan
jiwa kita sebagai warga dalam organisasi ini. Bahasa juga dapat
merapatkan hubungan dan persefahaman dalam kalangan warga IAB.
Pada tahun 2022 ini, IAB melaksanakan Sambutan Dekad Bahasa
Kebangsaan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah
Tengah. Semoga kerjasama ini dapat menyemarakkan lagi usaha kita
untuk memartabatkan lagi kedudukan Bahasa Melayu sebagai lingua
franca yang telah sekian lama digunakan di negara ini. Sebagai warga
IAB, kita perlu memanfaatkan bahasa rasmi, bahasa komunikasi, bahasa
ilmu dan bahasa perpaduan dalam setiap urusan. Penggunaan bahasa
Melayu dalam semua urusan rasmi yang dilaksanakan dapat
memartabatkannya bahasa itu sendiri.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat khususnya
Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa, Pusat Pengurusan dan
Kepimpinan Bahasa (IAB) dan semua wakil organisasi pendidikan di
sekitar Nilai yang telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti
yang dirancang. Sesungguhnya penglibatan semua pihak ini dapat
menyemarakkan aktiviti yang dirancang agar kekal segar dalam minda
warga pendidik.
Diharapkan majlis sambutan ini menjadi medan terbaik untuk
memperoleh pengetahuan dan maklumat, serta sesi perkongsian
pengalaman dan aktiviti dalam usaha meletakkan bahasa Melayu
sebagai wadah penyatuan bangsa di Malaysia. Semoga usaha seperti ini
dapat dimanfaatkan khususnya dalam meningkatkan pengetahuan dan
pengalaman dalam perkongsian aktiviti kebahasaan bagi
memartabatkan bahasa Melayu dalam organisasi kita.
Sekian, terima kasih.
YBHG. DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS
PENGARAH IAB
2
KATA ALU-ALUAN
KATA ALU-ALUAN
KETUA PUSAT
KETUA PUSAT
PUSAT PEMBANGUNAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
PUSAT PEMBANGUNAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) merupakan sebahagian daripada
usaha memartabatkan bahasa kebangsaan yang berterusan. Alhamdulillah,
tradisi mengadakan Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan di peringkat
IAB diteruskan lagi bagi tahun 2022 ini. Majlis ini merupakan platform bagi
menyemarakkan semangat cintakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa
kebangsaan kita. Hal ini adalah selaras dengan tema yang sentiasa sinonim
dengan Dekad Bahasa Kebangsaan, iaitu "Bahasa Jiwa Bangsa".
Program ini merupakan sebahagian daripada rantaian perjuangan untuk
memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi, bahasa ilmu dan perpaduan. Bahasa merupakan teras atau kunci,
dalam membentuk perpaduan bangsa. Bahasa kebangsaan merupakan asas jati
diri bangsa yang perlu diperteguh secara berterusan dalam membentuk
perpaduan bangsa.
Sempena sambutan DBK ini, pelbagai aktiviti kebahasaan seperti Ceramah
Bahasa dan Kepimpinan, Bengkel Penulisan Anekdot dan Bengkel Penulisan
Warkah Diraja dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman
tentang pelbagai fungsi bahasa dalam senario dan situasi yang berbeza.
Pelbagai pertandingan juga diadakan seperti pertandingan khat dan
pertandingan video melafazkan pantun bagi menggalakkan penghayatan
terhadap warisan yang berkaitan dengan bahasa kita. Penyertaan bagi aktiviti
ini diperluaskan kepada organisasi pendidikan berhampiran IAB khususnya di
Kompleks Pendidikan Nilai. Ini bertujuan bagi meningkatkan perkongsian usaha
menyemarakkan lagi semangat cintakan bahasa kebangsaan kita.
Tahniah diucapkan kepada Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa di atas
usaha gigih untuk memastikan bahasa kebangsaan kita kekal segar melalui
kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan. Semoga kita bersama-sama kita terus
menyumbang ke arah memartabatkan bahasa Kebangsaan kita agar kekal
nirmala dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Terima kasih.
YBRS. DR. SHAM BIN IBRAHIM
KETUA PUSAT
pusat pembangunan dan kepimpinan pendidikan
3
OBJEKTIF
Objektif penganjuran aktiviti Dekad Bahasa
Kebangsaan Tahun 2022 adalah untuk:
Memantapkan jati diri warga IAB melalui
pemerkasaan Bahasa Kebangsaan.
Meningkatkan jalinan kerjasama antara
IAB dengan Dewan Bahasa dan Pustaka
Wilayah Tengah dalam memartabatkan
Bahasa Melayu.
Meningkatkan pemahaman dan
kesedaran dalam kalangan warga
pendidikan dan para pelajar berkaitan
dengan peranan Bahasa Melayu.
4
ATUR CARA
MAJLIS
8.00 - 8.30 Pagi
Pendaftaran
Pendaftaran
8.30- 10.00 Pagi
Forum Bahasa
Forum Bahasa
Panel
Panel
1 1. . Cikgu Zack Kirana (Youtuber)
Cikgu Zack Kirana (Youtuber)
2. En. Ahmad Fedtri bin Yahya (Personaliti TV3)
2. En. Ahmad Fedtri bin Yahya (Personaliti TV3)
Moderator
Moderator
Pn. Fadzilah binti Abdullah
Pn. Fadzilah binti Abdullah
Penyampaian Cenderamata
Penyampaian Cenderamata
10.05 Pagi
Persembahan Nyanyian Solo SK Kompleks KLIA
Persembahan Nyanyian Solo SK Kompleks KLIA
Persembahan Bicara Berirama SK Kompleks KLIA
Persembahan Bicara Berirama SK Kompleks KLIA
10.30- 11.30 Pagi
Ceramah Bahasa dan Kepimpinan
Ceramah Bahasa dan Kepimpinan
Dato' Prof. Dr. Abdul Mu'ati@Zamri bin Ahmad (UPM)
Dato' Prof. Dr. Abdul Mu'ati@Zamri bin Ahmad (UPM)
Penyampaian Cenderamata
Penyampaian Cenderamata
11.35 Pagi
Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Negaraku
Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Bacaan Doa
Bacaan Doa
Bacaan Ikrar Setia Bahasa
Bacaan Ikrar Setia Bahasa
Ucapan Alu-Aluan Pengarah IAB
Ucapan Alu-Aluan Pengarah IAB
Ucapan Perasmian Ketua Pengarah DBP
Ucapan Perasmian Ketua Pengarah DBP
Tayangan Montaj DBK
Tayangan Montaj DBK
Penyampaian Hadiah Pertandingan Penulisan Anekdot
Penyampaian Hadiah Pertandingan Penulisan Anekdot
Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Khat Jawi (Kategori Terbuka)
Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Khat Jawi (Kategori Terbuka)
Penyampaian Hadiah Pertandingan Melafazkan Pantun (Tik tok) (Kategori Terbuka)
Penyampaian Hadiah Pertandingan Melafazkan Pantun (Tik tok) (Kategori Terbuka)
Fotografi
Fotografi
12.30 Tengah Hari
Jamuan
Jamuan
5
IKRAR SETIA BAHASA
Kami rakyat Malaysia berikrar,
Akan terus memperjuangkan Bahasa Kebangsaan sebagai;
Bahasa yang mencipta kedaulatan bangsa;
Bahasa kesatuan politik, ekonomi, budaya, sosial, pendidikan, sains dan
teknologi
serta pembangunan negara yang menjamin kelangsungan bangsa
Malaysia.
Bahasa yang menjaga dan memupuk kebebasan intelektual serta
memerdekakan pemikiran bangsa, dan
Bahasa yang membawa, memelihara, mencipta, menyalurkan serta
mengembangkan ilmu dan tamadun di negara dan di dunia.
Sesungguhnya kami bertekad akan meneruskan perjuangan ini.
6
LIRIK LAGU
LIRIK LAGU
BAHASA JIWA BANGSA
BAHASA JIWA BANGSA
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia
Buktikan Taat Setia
Dengan Satu Bahasa
Dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa Dan Maju Negara
Maju Bangsa Dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Bahasa Jiwa Bangsa
7
JAWATANKUASA MAJLIS
SAMBUTAN DEKAD BAHASA
KEBANGSAAN
PENASIHAT BERSAMA
YBhg. Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus
Pengarah IAB
YBhg. Datuk Abang Sallehuddin bin Abg Shokeran
Ketua Pengarah DBP
PENGERUSI BERSAMA
YBrs. Dr. Harery bin Abu Saad
Timbalan Pengarah Kanan Khidmat Latihan
YBrs. Tuan Haji Hassan bin Alias
Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah
PENYELARAS
YBrs.Dr. Sham bin Ibrahim
Ketua Pusat
Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan
PENOLONG PENYELARAS
Pn. Maznah binti Abdullah
Ketua Jabatan
Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa
En. Mohamad bin Ibrahim
Pegawai Perancang Bahasa
DBP Wilayah Tengah
SETIAUSAHA
En. Zawahir bin Ismail
Pn. Norfadzlianawaty binti Mohd Fathel
En. Mohamad Shafiq Rohaizad bin Buyung
8
JAWATANKUASA MAJLIS
SAMBUTAN DEKAD BAHASA
KEBANGSAAN
PEMBACA DOA
Mohd Harfizi bin Jaafar
JEMPUTAN DAN PENDAFTARAN
Dr. Azlin binti Zainal Abidin (K)
Dr. Nor Azlin binti Ibrahim
Dr. Liew Yon Foi
Pn. Sabariah binti Ab Ghani
Nor Shuhadariza binti Maidin
PENGACARA
Dr. Zaharul Ariffin bin Md Zin
JAMUAN
Datin Nik Marini binti Nik Abdull Malek (K)
Pn. Noor Azilah binti Jamuri
Pn. Nur Rafidah binti Md Amin
Cik Nurafiqah binti Sunardi
Pn. Nor ‘Amimah binti Omar
Pn. Che Zakiah binti Salim
En. Mohd Muaz bin Azizan
SAMBUTAN DAN PROTOKOL
En. Mohd Syafiq Rohaizad bin Buyong
En. Shahir bin Abd Razak
En. Sahrulnizam bin Salim
Dr. Mahazi bin Si Harun
9
JAWATANKUASA MAJLIS
SAMBUTAN DEKAD BAHASA
KEBANGSAAN
HADIAH/CENDERAMATA/SIJIL
Cik Norziana binti Nasir (K)
Pn. Ruslawati binti Mat Isa
Cik. Halimatun Sa’adiah binti Harith
Pn. Sangadah@Sa’adah binti Sumrah
Pn. Noraisah binti Mohd Yusof
TEKS UCAPAN DAN KATA ALU-ALUAN
Dr. Mislinah binti Makin (K)
Pn. Fadzilah binti Abdullah
En. Hasbullah bin Idris
Pn. Salmah binti Ismail
IKRAR SETIA BAHASA
Dr. Nor Azman bin Mohamed
PERSIAPAN TEMPAT/TEKNIKAL/SIARAYA
En. Zawahir bin Ismail (K)
YM Raja Ibrahim bin Raja Midin
En. Mohd Jamri bin Mohd Nawawi
En. Thiyakarajan a/l Kannian
En. Hisham bin Jeman
En. Aminurizam bin Sabri
En. Raziken bin Mohd Rasdi
En. Azmi bin Ariffin
BUKU PROGRAM DAN MONTAJ
Pn. Masdiana binti Che Jamil (K)
En. Adi bin Hassim
En. Ehkwan bin Sitam
En. Malek bin Baseri
PAMERAN
En. Vasu a/l Muniandy
Pn. Normah binti binti Mohamed Izhar
10
SEKALUNG
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pengurusan IAB, Dewan Bahasa dan Pustaka
Wilayah Tengah dan kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan Majlis Sambutan Dekad Bahasa
Kebangsaan Peringkat IAB.
11