SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
Kata-kata Aluan Guru Besar/Pengetua 1
2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Teras Perkhidmatan Cemerlang 3
4 Visi dan Misi KPM
Maklumat Sekolah 5
6 Sasaran Akademik 2021 dan Ikrar Guru
Panduan Am untuk Staf Sekolah 7
8 Akuan Penerimaan Maklumat dan Arahan
Senarai Jawatankuasa Sekolah 9
10 Jawatankuasa-Jawatankuasa Sekolah 2021
Ketua-Ketua Panitia Mata Pelajaran 11
12 Bidang Tugas Kurikulum
Guru Kelas 13
14 Takwim Sekolah Tahun 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
ENCIK IBRAHIM BIN LOBOT
GURU BESAR
SK SUNGAI APIN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung kalinya
Buku Pengurusan Sekolah bagi tahun 2021 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun
rapi akan dapat memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.
Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan
sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di negeri Sabah. Tahniah dan syabas
kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan
sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah.
Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, seluruh warga
sekolah perlu berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk
memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini.
Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni
yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua.
Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih
kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita
bersama.
Sekian, Wassalam.
_________________________
( IBRAHIM BIN LOBOT )
Guru Besar
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
TERAS
PERKHIDMATAN
CEMERLANG
BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN
BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI
SENDIRI
BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBBAH DAN
KEMESRAAN
BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT
DAN PEMBANGUNAN NEGARA BERPEGANG TEGUH
KEPADA AJARAN AGAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
VISI
“Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara
Sejahtera”
MISI
“Melestarikan Sistem
Pendidikan yang Berkualiti
Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara”
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
Bahawasanya Negara kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakat.
Memelihara cara hidup demokratif.
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati
secara adil dan saksama.
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak.
Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
MAKLUMAT SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
PERKARA KETERANGAN
TAHUN TUBUH SEKOLAH 1960
JENIS SEKOLAH SK HARIAN (SKM)
BIL. BILIK DARJAH 6
BIL. KELAS PERDANA 6
BIL KELAS PRASEKOLAH 1
JUMLAH MURID 102
KESELURUHAN
BILANGAN GURU 12
BILANGAN AKP 3
JUMLAH PELAJAR ASRAMA TIADA
KATEGORI SEKOLAH SKM B
KELUASAN TAPAK 5 HEKTAR
STATUS TAPAK FLC
SUMBER ELEKTRIK SESCO
SUMBER AIR JKR
MODE PENGANGKUTAN JALAN BERTAR
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
VISI
“Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara
Sejahtera”
MISI
“Melestarikan Sistem
Pendidikan yang Berkualiti
Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara”
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
Bahawasanya kami,
murid-murid
SK Sungai Apin,
berikrar dan berjanji,
akan mematuhi disiplin
dan semua peraturan
Yang ditetapkan
Oleh pihak sekolah.
Kami berjanji,
Akan hadir ke sekolah,
Datang awal ke sekolah,
Tidak akan ponteng sekolah
Dan berjanji
Akan belajar bersungguh-sungguh
Untuk mencapai
Kejayaan yang cemerlang
Dalam bidang kurikulum,
Sahsiah dan kokurikulum.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
SK Sungai Apin dengan penuh tekad dan
iltizam berjanji menyempurnakan
hak-hak pelanggan kami seperti :
KEPADA MURID
Memberi peluang serta layanan yang adil
kepada semua murid untuk
memperkembang potensi diri melalui
pendidikan dan prasarana yang berkualiti.
KEPADA GURU DAN PEKERJA
Menyediakan suasana kerja yang selesa
dan memberangsangkan untuk
melahirkan guru dan pekerja yang
dedikasi, kreatif dan inovatif.
KEPADA IBU BAPA, PENJAGA DAN
MASYARAKAT
Memberi layanan yang mesra dan cekap
serta prihatin terhadap sebarang
pandangan dan maklum balas
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
SEKOLAH KUMPULAN B
MINGGU TARIKH GURU BERTUGAS
1 ISNIN JUMAAT
2
3 18 JANUARI 2021 22 JANUARI 2021 TORIA BINTI TANDRI
4
5 25 JANUARI 2021 29 JANUARI 2021 NORAZIAN BINTI ARIP
6
7 1 FEBRUARI 2021 5 FEBRUARI 2021 WAN SAPIAN BIN WAN PEKEH
8
9 8 FEBRUARI 2021 12 FEBRUARI 2021 DAYANG LYDIAWATI BINTI A. JEMAT
10
15 FEBRUARI 2021 19 FEBRUARI 2021 ISRIL BIN BOLHI
11
12 22 FEBRUARI 2021 26 FEBRUARI 2021 JULEHA BINTI SANI
13
14 1 MAC 2021 5 MAC 2021 MOHD. SOLLEHI BIN AHMAD SURIN
15
16 8 MAC 2021 12 MAC 2021 MOHAMMAD FAIZAL BIN LATIP
17
18 15 MAC 2021 19 MAC 2021 RASYIDAH BINTI SHAMSUL KAHAR
19 22 MAC 2021 26 MAC 2021 MOHD. SAFIE BIN TUMIRAN
20
21 27 MAC 2021 - 4 APRIL 2021
22 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
23
5 APRIL 2021 9 APRIL 2021 WAN SA’ID BIN WAN PEKEH
12 APRIL 2021 16 APRIL 2021 TORIA BINTI TANDRI
19 APRIL 2021 23 APRIL 2021 NORAZIAN BINTI ARIP
26 APRIL 2021 30 APRIL 2021 WAN SAPIAN BIN WAN PEKEH
3 MEI 2021 7 MEI 2021 DAYANG LYDIAWATI BINTI A. JEMAT
10 MEI 2021 14 MEI 2021 ISRIL BIN BOLHI
17 MEI 2021 21 MEI 2021 JULEHA BINTI SANI
24 MEI 2021 28 MEI 2021 MOHD. SOLLEHI BIN AHMAD SURIN
29 MEI 2021 - 13 JUN 2021
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
14 JUN 2021 18 JUN 2021 MOHAMMAD FAIZAL BIN LATIP
21 JUN 2021 25 JUN 2021 RASYIDAH BINTI SHAMSUL KAHAR
28 JUN 2021 2 JULAI 2021 MOHD. SAFIE BIN TUMIRAN
5 JULAI 2021 9 JULAI 2021 TORIA BINTI TANDRI
12 JULAI 2021 16 JULAI 2021 NORAZIAN BINTI ARIP
17 JULAI 2021 - 25 JULAI 2021
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
SEKOLAH KUMPULAN B
MINGGU TARIKH GURU BERTUGAS
WAN SAPIAN BIN WAN PEKEH
24 AHAD KHAMIS
25
26 26 JULAI 2021 30 JULAI 2021
27
28 2 OGOS 2021 6 OGOS 2021 DAYANG LYDIAWATI BINTI A. JEMAT
29
30 9 OGOS 2021 13 OGOS 2021 ISRIL BIN BOLHI
31 16 OGOS 2021 20 OGOS 2021 JULEHA BINTI SANI
32
33 23 OGOS 2021 27 OGOS 2021 MOHD. SOLLEHI BIN AHMAD SURIN
34
35 30 OGOS 2021 3 SEPTEMBER 2021 MOHAMMAD FAIZAL BIN LATIP
36
37 6 SEPTEMBER 2021 10 SEPTEMBER 2021 RASYIDAH BINTI SHAMSUL KAHAR
38
39 11 SEPTEMBER 2021 - 19 SEPTEMBER 2021
40 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
41
42 20 SEPTEMBER 2021 24 SEPTEMBER 2021 MOHD. SAFIE BIN TUMIRAN
27 SEPTEMBER 2021 1 OKTOBER 2021 TORIA BINTI TANDRI
4 OKTOBER 2021 8 OKTOBER 2021 NORAZIAN BINTI ARIP
11 OKTOBER 2021 15 OKTOBER 2021 WAN SAPIAN BIN WAN PEKEH
18 OKTOBER 2021 22 OKTOBER 2021 DAYANG LYDIAWATI BINTI A. JEMAT
25 OKTOBER 2021 29 OKTOBER 2021 ISRIL BIN BOLHI
1 NOVEMBER 2021 5 NOVEMBER 2021 JULEHA BINTI SANI
8 NOVEMBER 2021 12 NOVEMBER 2021 MOHD. SOLLEHI BIN AHMAD SURIN
15 NOVEMBER 2021 19 NOVEMBER 2021 MOHAMMAD FAIZAL BIN LATIP
22 NOVEMBER 2021 26 NOVEMBER 2021 RASYIDAH BINTI SHAMSUL KAHAR
29 NOVEMBER 2021 3 DISEMBER 2021 MOHD. SAFIE BIN TUMIRAN
6 DISEMBER 2021 10 DISEMBER 2021 WAN SA’ID BIN WAN PEKEH
11 DISEMBER 2021 – 31 DISEMBER 2021
CUTI AKHIR TAHUN
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
SASARAN AKADEMIK DAN
IKRAR GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
TAHAP 1
MENINGKATKAN PENGUASAAN (3M)
(KEMAHIRAN ASAS)
MENGURANGKAN BUTA HURUF
TAHAP 2
MENINGKATKAN PENCAPAIAN KUALITI &
MENGURANGKAN D/E
PBD
BERUSAHA UNTUK MENGHASILKAN SEMUA
MURID TAHAP TIGA KE ATAS
Catatan
Dijangka pada akhir pertengahan tahun
persekolahan, kelemahan pelajar sudah dapat
dikenalpasti oleh guru-guru darjah/mata pelajaran
serta menyediakan pelan tindakan susulan yang
harus diambil sebelum pelajar ini melangkah
masuk ke Tahap 2 dan ke Tahun 6.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
MEMAHAMI DAN MENGHAYATI:
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAH, MATLAMAT & OBJEKTIF SEKOLAH
MEMELIHARA DAN MEMPERTINGKATKAN IMEJ SEKOLAH, JABATAN &
KEMENTERIAN PELAJARAN SETIAP MASA.
MEMENTINGKAN MUTU DAN KESAN PENDIDIKAN.
MENENTUKAN OBJEKTIF ( SETIAP TUGAS ).
MENGAMALKAN KERJA SECARA BERMESYUARAT DAN
BERPASUKAN.
SENTIASA BEKERJA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH.
MENGAMALKAN SIKAP JUJUR, IKHLAS AMANAH SERTA ADIL.
MENGAMALKAN PERKHIDMATAN PENYAYANG.
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.
SENTIASA MEMIMPIN DAN MENILAI DIRI SENDIRI.
BERUSAHA MEMPERTINGKATKAN ILMU DAN KEMAHIRAN.
KERJA KITA ADALAH IBADAH.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
PANDUAN AM STAF SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
PANDUAN AM
1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam
Perintah Am Kerajaan
2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan.
3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.
7. Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah
ketika berada di sekolah.
8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan
tugas.
KEDATANGAN
1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan
menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah.
3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan
dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin
supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.
4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.
5. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan
pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
KELUAR WAKTU MENGAJAR
1. Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu
mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan
Pelajaran Negeri/Gabungan/Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru
Besar/Penolong Kanan.
2. Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru. Dapatkan
kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar.
3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar
melalui Penolong Kanan.
CUTI
1. Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)
0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal
sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru
Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-
tugas seharian daripada tugas mengajar.
2. Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
3. Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak
melebihi 180 hari.
4. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah
Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab
kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.
PEMAKAIAN GURU
1. Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki),Baju Batik pada
hari Khamis dan Baju Kebangsaan pada hari Jumaat (Guru Islam) sesuai dengan profesion
keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995.
2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
4. Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
SENARAI TUGAS GURU
1. Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai
panduan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Seterusnya menyediakan khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan
Negara tercapai.
PERHUBUNGAN SESAMA GURU
1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat
sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan
kekitaan.
2. Guru TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman, pendapat,
kepercayaan kepada guru, pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
BILIK GURU
1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru. Ini
termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru
hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
3. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan
suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.
2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru
Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
TUGAS-TUGAS
1. Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan
tugas-tugas khas dan penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti
melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri
mesyuarat, pergi ke pejabat pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil
tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar.
BUKU REKOD MENGAJAR
1. Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap
keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas
dan lengkap.
2. Buku Rekod Mengajar ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari ISNIN (jam 08.00
pagi) untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan.
3. Jika seseorang guru bercuti atau berkursus buku tersebut hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan
4. Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar hendaklah disediakan dengan
lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu dan harian sebelum dihantar kepada
Guru Besar untuk penyemakan.
JADUAL WAKTU
1. Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam
kelas sendiri.
2. Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan.
KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan
harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan
sengaja atau tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
2. Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber atau
perpustakaan.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
1. Setiap guru kelas diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru kelas bertanggungjawab
memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan tercetak di bahagian dalam kulit
hadapan.
2. Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada
SETIAP hari oleh guru kelas pada waktu PERTAMA. Sekiranya guru darjah tidak hadir,
Guru Pembantu kelas bertanggungjawab menandanya.
3. Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu,
ibu bapa atau penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
4. Analisis pada jadual kedatangan mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak
oleh Penolong Kanan HEM.
KEBERSIHAN
1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan
dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
2. Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti
bilik kaunseling, bengkel serta makmal bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA guru, staf dan pelajar.
SURAT-MENYURAT
1. Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak
berkenaan.
2. Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru
berkenaan hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap surat-surat tersebut.
PELAWAT-PELAWAT
1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih
dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual
kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
KEGIATAN KOKURIKULUM
1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap dan teratur seperti yang telah dirancangkan.
PERHIMPUNAN SEKOLAH
1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang
ditetapkan. Setiap guru akan diberi giliran untuk menjadi Pengacara Majlis Perhimpunan
Harian atau Pehimpunan Rasmi.
2. Guru yang bertugas hendaklah membuat persediaan awal sebelum perhimpunan diadakan
pada setiap minggu.
3. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku, Lagu
Sekolah dan Bacaan Ikrar Rukun Negara.
MESYUARAT GURU
1. Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru
ke mesyuarat adalah diwajibkan.
2. Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan atau Ketua
Panitia.
TANDA NAMA
1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di
sekolah atau di luar sekolah.
BUKU STOK/INVENTORI
1. Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat dan
inventori yang dibekal atau diberikan untuk kegunaan P&P.
2. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
3. Guru hendaklah bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan
kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
4. Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta.
5. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
ARAHAN DAN PEKELILING
1. Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah DIBACA
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
2. Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di
dalam fail khas.
3. Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPG/PPDK hendaklah dibaca difahami
dan ditandatangani.
TELEFON/FAKS
1. Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan buku penggunaan
telefon disediakan untuk mencatat nombor panggilan telefon dan tujuan telefon.
PIBG DAN MAJLIS SEKOLAH
1. Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah.
2. Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu
dibayar oleh guru.
3. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
LARANGAN MEROKOK
1. Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’.
2. Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada setiap
masa semasa berada di kawasan sekolah.
GURU PENGGANTI (SIT-IN)
1. Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus, pemeriksaan skrip UPSR atau
sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh
Penolong Kanan 1/JK Jadual Waktu.
2. Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta untuk melaksanakan tugas
sebagai guru pengganti.
3. Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam kelas
tersebut.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
MENGHUKUM/ MENDENDA MURID
1. Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum atau
mendenda murid supaya tidak bertentangan dengan etika profesion perguruan.
2. Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau
memukul dengan benda keras, menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping
telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga lebam, biru atau berdarah, berdiri
di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan perbuatan lain yang boleh
menjejaskan kesihatan mental dan fizikal murid adalah DILARANG.
3. Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil keupayaan dan
kebolehan murid semasa proses P&P dijalankan.
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
1. Semua guru digalakkan untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu demi kelangsungan
pendidikan berkualiti. Namun demikian peranan sebagai pembentuk insan dan penjana ilmu
di sekolah WAJIB diutamakan.
2. Segala tugasan, aktiviti dan mentelaah nota-nota yang berkaitan dengan PJJ TIDAK
DIBENARKAN berlangsung di sekolah atau di dalam kelas semasa proses P&P.
HAL-HAL LAIN
1. Semua guru digalakkan untuk membantu melaksana segala aktiviti dan projek pengurusan
sekolah dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama.
2. Sentiasa memberi khidmat professional yang bermutu terhadap objektif dan matlamat
pendidikan.
Sumber Rujukan:
Buku Panduan Tugas Staf Sekolah Rendah.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
AKUAN PENERIMAAN
MAKLUMAT DAN ARAHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
AKUAN PENERIMAAN MAKLUMAT DAN ARAHAN
Saya __________________________________ *guru /Pen Kanan / Guru Besar Sekolah Kebangsaan
_____________________ mengaku bahawa saya telah menerima maklumat dan Arahan tentang
pentadbiran dan pengurusan sekolah daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan
_____________________________ pada __________________ dan memahami segala maklumat
yang disampaikan dan dinyatakan di dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah serta akan
mematuhi segala arahan yang diberikan.
Saya juga berjanji akan berusaha dengn sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab saya dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial
serta sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Tandatangan : ……………………….………….
Jawatan : ………………………………….
Tarikh : …………………………………...
Disahkan oleh : ……………………………………….
(Tandatangan)
Nama Dengan HURUF BESAR : ………………………………………….
Jawatan : ………………………………………….
Tarikh : ………………………………………….
Cop Sekolah
(Sila potong yang tidak berkenaan)
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
STAF SK SG APIN
BIL NAMA JAWATAN
1. IBRAHIM BIN LOBOT GURU BESAR
2. TORIA BINTI TANDRI PK PENTADBIRAN
3. NORAZIAN BINTI ARIP PK HEM
4. WAN SAPIAN BIN WAN PEKEH PK KOKURIKULUM
5. ISRIL BIN BOLHI GURU
6. JULEHA BINTI SANI GURU
7. DAYANG LYDIAWATI BINTI AWANG JEMAT GURU
8. MOHAMMAD FAIZAL BIN LATIP GURU
9. MOHD. SAFIE BIN TUMIRAN GURU
10. MOHD. SOLLEHI BIN AHMAD SURIN GURU
11. RASYIDAH BINTI SHAMSUL KAHAR GURU
12. WAN SA’ID BIN WAN PEKEH GURU
13. DAYANG MARINI BINTI AWANG CHEE PPM
14. ZALINA BINTI AMIN PT
15. STINAH @ RAFEAH ABDULLAH PO
16.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
SEKOLAH TAHUN 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
KETUA JAWATANKUASA PERANCANGAN SEKOLAH
KETUA IBRAHIM BIN LOBOT
KETUA
JAWATANKUASA KEWANGAN SEKOLAH
NORAZIAN BINTI ARIP
JAWATANKUASA ICT SEKOLAH
MOHAMMAD FAIZAL BIN LATIP
KETUA JAWATANKUASA BIASISWA DAN INSURANS SEKOLAH
MOHD SAFIE BIN TUMIRAN
KETUA JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
JULEHA BINTI SANI
KETUA JAWATANKUASA JADUAL WAKTU SEKOLAH
TORIA BINTI TANDRI
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
KETUA JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI
DAYANG LYDIAWATI BINTI AWANG JEMAT
KETUA JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
ISRIL BIN BOLHI
KETUA LEMBAGA DISIPLIN DAN TATATERTIB
MOHD SOLLEHI BIN AHMAD SURIN
KETUA JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
RASYIDAH BINTI SHAMSUL KAHAR
KETUA JAWATANKUASA HARTA BENDA/ ASET SEKOLAH
NORAZIAN BINTI ARIP
KETUA JAWATANKUASA BILIK GURU
JULEHA BINTI SANI
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
KETUA JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN KESIHATAN MURID
WAN SAPIAN BIN WAN PEKEH
KETUA JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH
TORIA BINTI TANDRI
KETUA JAWATANKUASA KECERIAAN DAN KESELAMATAN SEKOLAH
WAN SA’ID BIN WAN PEKEH
KETUA JAWATANKUASA PENGHAYATAN ISLAM
MOHD SAFIE BIN TUMIRAN
KETUA JAWATANKUASA MEDIA DAN PERPUSTAKAAN
DAYANG LYDIAWATI BINTI AWANG JEMAT
KETUA JAWATANKUASA RMT DAN SUSU SEKOLAH
NORAZIAN BINTI ARIP
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
KETUA-KETUA PANITIA
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
BIL MATA PELAJARAN KETUA PANITIA
1. BAHASA MELAYU WAN SAPIAN BIN WAN PEKEH
2. BAHASA INGGERIS NORAZIAN BINTI ARIP
3. MATEMATIK JULEHA BINTI SANI
4. SAINS ISRIL BIN BOLHI
5. PENDIDIKAN AGAMA ISLAM MOHD SAFIE BIN TUMIRAN
6. PENDIDIKAN SENI VISUAL DAYANG LYDIAWATI BINTI AWANG JEMAT
7. PENDIDIKAN MUZIK DAYANG LYDIAWATI BINTI AWANG JEMAT
9. PENDIDIKAN JASMANI MOHD SOLLEHI BIN AHMAD SURIN
10. PENDIDIKAN KESIHATAN MOHD SOLLEHI BIN AHMAD SURIN
11. SEJARAH RASYIDAH BINTI SHAMSUL KAHAR
12. BAHASA ARAB RASYIDAH BINTI SHAMSUL KAHAR
13. REKA BENTUK & TEKNOLOGI IBRAHIM BIN LOBOT
14. TEKNOLOGI MAKLUMAT IBRAHIM BIN LOBOT
& KOMUNIKASI
15.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
BIDANG TUGAS KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
1. Membantu GB/PK1 menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran dan
mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun
2. Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks atau buku kerja
tambahan untuk diguna oleh murid-murid berdasarkan kesesuaian dan kehendak sukatan
pelajaran.
3. Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan permarkahan bagi semua jenis penilaian,
ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan bank-bank soalan bagi semua
tahap.
4. Mengkaji dan menganalisis keputusan-keputusan penilaian khususnya PKBS dan UPSR
serta memberi rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
5. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dalam usaha ke arah memajukan murid yang
lemah.
6. Menyelenggarakan fail-fail panitia yang berkenaan dengan semua minit mesyuarat,
laporan, suran-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
7. Mengkaji dan menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Jabatan atau Kementerian Pendidikan.
8. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
JAWATAN SENARAI TUGAS GURU
JAWATAN
JAWATAN GURU MATA PELAJARAN
JAWATAN GURU KELAS
GURU BERTUGAS MINGGUAN
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
JAWATAN SENARAI TUGAS GURU
GURU MATA PELAJARAN
1. Memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata
pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar
serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran yang harus dicapai di akhir penggal persekolahan.
3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar pada masa
yang ditetapkan.
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh
setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang
disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan
semula secepat mungkin. Menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar wakilnya pada
masa yang dikehendaki.
6. Menjalankan Ujian Progresif dan Penggal kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian
dalam Buku Rekod Mengajar.
7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.
8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan
mesyuarat Panitia.
9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran / Jabatan Pelajaran.
10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/Bilik Khas/Bilik PPSMI/Bilik KH serta mengawasi penggunaan
peralatan.
11. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh
Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar
mata pelajaran yang sama.
12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan
bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
13. Melaporkan kepada Ketua Panitia tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-
alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan
mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
16. Membantu menguruskan Bank Soalan.
17. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
18. Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
JAWATAN SENARAI TUGAS GURU
GURU KELAS
Pengurusan dan Organisasi Kelas
Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. AJK Kebersihan dan
AJK Keceriaan, memastikan AJK Kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu
lantai, mengelap tingkap, mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa,
menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.
Menentukan perkara-perkara berikut DISEDIAKAN:-
I. Jadual Waktu Kelas
II. Jadual Tugas Harian
III. Perabot seperti kerusi, meja, almari dan papan hitam diinventorikan
IV. Moto Kelas atau Cogan Kata Kelas
V. Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
VI. Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu baik dan selamat digunakan.
VII. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik
VIII. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
Jadual Kedatangan dan Buku Kerja Rumah
1. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku
daftar kedatangan pelajar di pejabat.
2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis.
3. Memastikan Buku Kerja Rumah dilengkapi setiap kali memberi kerja rumah.
4. Buku diambil dan dihantar di tempat yang ditetapkan.
5. Menjamin keselamatan buku-buku tersebut.
Laporan Pelajaran, Sijil berhenti, Sijil Penghargaan dan Kad 001
1. Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Kemajuan dan Kad Ujian Progresif.
2. Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik dan kokurikulum dalam kad kemajuan pelajar bagi
setiap penggal.
3. Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa mengikut tarikh yang ditetapkan.
4. Mengemaskini kad 001 dari Penyelaras / Penolong Kanan HEM.
5. Menyedia dan mengisi:
6. “Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan ,dikemaskini dan disimpan.
7. Sijil Berhenti dan sijil penghargaan dikeluarkan kepada para pelajar yang mewakili sekolah dalam pelbagai
aktiviti dan kegiatan.
Masalah Pembelajaran, Kesihatan dan Disiplin Pelajar
1. Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.
2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah
3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
4. Melaporkan kepada Guru Bimbingan & Kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar.
5. Melaporkan kepada Guru Bertugas jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.
6. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah yang SERIUS.
7. Melaporkan kes ponteng, pergaduhan atau kemalangan mengikut prosedur dengan;
8. Mendapatkan dan mengisi borang “Laporan Kes & Salah Laku Murid” yang dapat diperoleh dari pejabat.
9. Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa
JAWATAN SENARAI TUGAS GURU
GURU KELAS
Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan Skim Baucar Tuisyen (SBT)
1. Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut
dibalut dan ditulis nama pelajar.
2. Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
3. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak
memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT.
4. Mengenalpasti palajar yang layak mengikuti Skim Baucar Tuisyen serta menyimpan rekod pencapaian mereka.
Kutipan Bayaran Tambahan Sekolah dan Sumbangan
1. Mengutip bayaran tambahan sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar semua bayaran
tambahan sekaligus.
2. Mengutip sumbangan tahunan PIBG.
3. Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.
4. Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
5. Menyerahkan wang kutipan sumbangan PIBG kepada Bendahari PIBG.
Pendaftaran Pelajar Baru
1. Menerima kemasukan pelajar baru dari PKHEM/Penyelaras Kelas.
2. Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar
baru dari buku kemasukan pelajar daripada Penolong Kanan HEM.
3. Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dan sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar
ini mendapat buku teks.
4. Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Penolong Kanan HEM.
5. Menentukan kad kemajuan pelajar dan kad 001 dari sekolah asal disertakan.
6. Menentukan rumah sukan pelajar baru daripada Penolong Kanan KK.
7. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
Murid Keluar / Berpindah
1. Menentukan borang SPBT, Kad Kemajuan Pelajar dan Kad 001 dihantar ke pejabat.
2. Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Tahun Enam.
3. Menentukan kelulusan untuk bertukar dan pindah pusat peperiksaan telah diterima.
4. Menentukan buku teks lengkap untuk dibawa ke sekolah baru
5. Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.
Pendaftaran Sukan, Permainan dan lain-lain
1. Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.
2. Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut
persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kelab / Persatuan.
3. Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.
Guru Kaunselor dan Guru Disiplin
1. Menjalankan tugas sebagai seorang guru kaunselor.
2. Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
JAWATAN SENARAI TUGAS GURU
GURU BERTUGAS HARIAN
1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 20 minit sebelum persekolahan bermula dan
pulang sekurang-kurangnya 20 minit setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/tingkap telah
ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama
dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasahab; jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ke rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.
8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegaiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-
aktiviti lain yang dijalankan pada “PAPAN AKTIVITI”.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan ke
dalam Buku Laporan Bertugas seperti:-
A) kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit
B) lawatan-lawatan/pelawat dimaklumkan kepada Guru Besar
C) Ucapan/pengumuman-pengumuman dalam buku perkhimpunan
D) Laporan kes ditulis di dalam buku / borang khas yang disediakan oleh sekolah.
1. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada
Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
2. Perhimpunan Harian / Perhimpunan Rasmi : PENYELARAS PERHIMPUNAN)
A) Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.
B) Memastikan bendera-bendera, pembesar suara telah disediakan.
C) Memastikan pelajar telah beratur dengan senyap dan memberi perhatian.
D) Skrip Doa, Ikrar dan Keset (CD) Lagu Kebangsaan/Kebesaran Negeri disediakan.
E) Petugas Perhimpunan (MC) dimaklumkan.
15. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
JAWATAN SENARAI TUGAS GURU
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Meneliti, mengkaji dan mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
berasaskan kepada perdekatan Perkembangan, Pencegahan, Pemulihan dan krisis dalam bidang
akademik, kerjaya, psikososial & kesejahteraan mental, keibubapaan dan masalah murid.
2. Merancang melaksana dan menyediakan rancangan tahunan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.
4. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat serta resos Bimbingan dan Kaunseling dalam
bidang akademik, kerjaya, psikososial & kesejahteraan mental, keibubapaan dan kemahiran
mengatasi masalah kepada murid melalui sebarang media yang sesuai bertujuan untuk
meningkatkan potensi murid secara optimum.
5. Memberi perkhidmatan bimbingan/kaunseling individu secara professional dan beretika.
6. Memberi perkhidmatan bimbingan/kaunseling kelompok secara professional dan beretika.
7. Memberi khidmat bimbingan/kaunseling krisis kepada murid dan individu-individu yang berkaitan
dengan kes.
8. Merancang, menyedia dan mengurus pendidikan perkembangan kerjaya.
9. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti bimbingan murid termasuk program
pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol, bimbingan/kaunseling HIV/AIDS dan disiplin
murid.
10. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan
rujukan, berhubung bidang-bidang di bawah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
11. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru,
kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses
pendidikan dan perkembangan murid.
12. Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Program
Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar
Bahasa Tambahan dan Jawatankuasa Penepatan (Kemasukan) murid di sekolah.
13. Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah dan
mengemaskini system fail, rekod dan dokumentasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
GURU KELAS
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
BI NAMA GURU KELAS KELAS PEMBANTU
L
1. WAN SA’ID BIN WAN PEKEH PRASEKOLAH DAYANG MARINI BINTI AWANG
CHEE
2. DAYANG LYDIAWATI BINTI TAHUN 1 TORIA BINTI TANDRI
AWANG JEMAT
3. JULEHA BINTI SANI TAHUN 2 ISRIL BIN BOLHI
4. MOHD. SAFIE BIN TUMIRAN TAHUN 3 MOHAMMAD FAIZAL BIN LATIP
5. RASYIDAH BINTI SHAMSUL TAHUN 4 -
KAHAR -
-
6. MOHD SOLLEHI BIN AHMAD TAHUN 5
SURIN
7. NORAZIAN BINTI ARIP TAHUN 5
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
UNIT HAL EHWAL MURID
BIDANG TUGAS
Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan di
sekolah.
Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bukan pelajar.
Merancang, mengawal selia dan mengemaskini dan inventori pelajar
Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua
pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan Kelompok dan tunjuk ajar
(instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
Merancang, melaksana, mengawal selia perkhidmatan bimbingan / kaunseling individu
secara professional dan beretika.
Merancang, melaksana mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar
Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti selepas
peperiksaan UPSR.
Merancang, melaksana, mengawal selia, menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alcohol.
Merancang, menyelia dan mendedahkan pelajar kepada peluang pendidikan selepas
UPSR.
Merancang, melaksana, mengawal selia, menilai program program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi serta rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pencegahan
Dadah.
Merancang, melaksana mengawal selia, menilai program dan aktiviti konferens dengan
ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang
terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
Membuat penilaian aktiviti, modul, instrument, pendekatan dan sebagainya secara
menyeluruh bagai meningkatkan mutu dan profesionalima perkhidmatan Bimbingan di
sekolah.
Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan
di sekolah.
Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah.
Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman
dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Mengenal pasti dan merujuk pelajar, guru kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan
perkhidmatan kanuseling krisis.
Menjadi personel perhubungan / serata sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan
Menjadi ahli Jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah
Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah.
Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentor sekolah.
Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium,
motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan
Wajib Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa Tambahan,
Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.
Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.
Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI APIN
BIDANG TUGAS
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran dan Guru Penolong Kanan HEM.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan Kokurikulum
termasuk sidang petang.
Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti Kokurikulum di sekolah.
Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk sidang petang.
1. SENARAI TUGAS
1.1Kokurikulum
1.1.1 Sukan Dan Permainan
1.1.1.1 Merancang Takwim kegiatan sukan dan
permainan
1.1.1.2 Mengurus pemilihan peserta untuk
pertandingan.
1.1.1.3 Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
1.1.1.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan
dan permainan di dalam dan di luar sekolah.
1.1.2 Pakaian Seragam
1.1.2.1 Merancang Takwim kegiatan pakaian
seragam.
1.1.2.2 Mengurus pemilihan peserta untuk
kegiatan pakaian seragam.
1.1.2.3 Menyelia kegiatan pakaian seragam.
1.1.2.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di
dalam dan di luar sekolah.