SELOKA 4 STEM3 OLEH: NUR ALIA FARHAN DAN AT/KAH NAJWA KELAS: 4 STEM3 Assalamualaikum tak jawab berdosa, Dari kami kelas 4 STEM 3, Kami ingin bercerita, Tentang kelas kami yang sangat ceria. Kami tak beria, Kami juga tak suka bercinta, Ketua kelas kami Afiq Danish namanya, Dia seorang berketurunan cina. Penolong kelas kami Aini Namanya, Ada yang puji comel katanya, Dia ramah dan ceria juga, Sekali bersuara garang rupanya. lnsan pemalu tak banyak bicara, Dia juga suka ketawa, Nadhirah empunya nama, Menjadi rebutan ramai jejaka. Kecik molek lantang bersuara, Kalua berjalan sentiasa berdua, Kemana sahaja sentiasa ceria, ltulah dia Aini dan Waheda. Sebelum berundur ampun maaf dipinta, Kepada kawan-kawan yang terkena, Bukan niat mengeji dan mengata, Sekadar gurauan memori Bersama. 109
ZAMAN PERSEKOLAHANKU � � OLEH: AINA MA/SARAH 8/NTI ROSLAN z <( KELAS: 5 KMl g�� z _______________ _ S,4s � 110 Permulaan kisahku bermula pada hari pertama persekolahan di tingkatan lima. "Assalamualaikum semua!"jeritku dengan bersemangat di depan pagar sekolah. "Hoi! Gila ke?"marah Ira,sahabatku bernama Syakira yang lebih gemar dipanggil Ira. "Janganlah menjerit Hana,perempuan tak elok menjerit ."tegur seorang lagi rakanku yang memakai cermin mata bulat, Humaira atau lebih dikenali sebagai Maira. Dan aku diberi nama Hana Qalisya. "Apa pandang-pandang."kataku sejurus mendengar bicara Maira. Terus semua pelajar berdekatan memalingkan kepala mereka dari kami. "Ehh, korang dah tahu kurang kelas mana?"tanya ku dengan berminat "Saya kelas 5 km1, awak?" kata maira. "Sama lah kita. Kau Ira?" "Sama"balasnya nak tak nak. "Yeah…boleh duduk sekali."dengan gembira aku menarik tangan mereka ke kelas. "Ehh,jangan lah laju sangat Hana!"kata maira sambil menepuk tangan aku yang memegang tangannya. "Ehh,korang kita duduk tengah la." "Ikut kau lah."balas Ira sejurus duduk di kerusinya setelah guru kelas masuk. "Hana,Ira nak kongsi makanan tak? Saya bawa makanan lebih ni."kata Maira sambil menunjukkan bekalannya semasa berjalan menuju ke pondok rehat di tepi padang sekolah. "Nak…nak"balasku. Sedang kami berkongsi makana,entah dari mana muncul Zarifah,penolong ketua kelas 5 km1. Juga merupakan salah satu kawan baik yang aku ada. "Wei Ira, cikgu… suruh… kau… pergi pejabat esok."katanya dengan termengah-mengah. "Eh,kenapa pula? Ira kau buat salah ke? Kau jangan…kau tu dahlah penolong ketua pengawas."kataku dengan menjegil mata ke arah Ira. "Eh bukanlah,ni pasal pelajar baru. Tak silap aku budak baru tu bakal jadi ketua pengawas sekolah kita ni!" kata Zarifah menidakkan perkataan aku. "Macam mana budak baru boleh jadi ketua pengawas?"soal Maira pula. "Tapi kenapa Ira yang kena iring dia?"soal aku pula dengan senyuman tersirat. "Eh budak,kau jangan nak fikir yang bukan-bukan."kata Ira setelah menyedari maksud tersirat senyumanku. "Budak baru tu,anak pengetua jadi aku sebagai anak saudara pengetua kena lah tolong anak dia tu. Faham?"kata Ira pula. "Faham!"balas aku,Maira dan Zarifah serentak. Keesokkannya, berlari aku dan Zarifah mencari Ira di hadapan pejabat. "Ira! Kau dah jumpa budak baru tu? Dia kelas mana? Lelaki ke perempuan? Kalau lelaki hensem tak?" soal Zarifah bertalu-talu. "Eh,apa punya soalan lah kau ni. Sepatutnya kau tanya khabar ke apa ke?"balasku sambil memandang geram ke arah sahabatku seorang ni. "Alah kau ni, aku excited je."katanya sambil memuncungkan mulut. "Banyaklah kau,haa muncung lah lagi mulut tu boleh aku gantung penyangkut baju dekat situ."balasku. "Ada apa korang datang sini?"soal Ira dalam keadaan terpinga-pinga.
111 "Ni Zarifah ni dia nak jumpa budak baru tu. Dah lah suruh aku teman lepas tu tinggal je aku kat belakang jenuh aku nak lari dekat dia."mengadu aku sambil memeluk lengan Ira. "Ahh,Iya-Iya je kau. Ira mana budak baru tu?"soal Zarifah sambil memerhati sekeliling. "Dia tak dapat datang hari ni sebab kawan dia kemalangan."kata Ira sambil menarik tangan kami ke perhimpunan. "Ohhh"balas aku dan Ifa. "Ibu…ayah… adik dah balik!" jerit aku di hadapan pintu rumah. "Eh anak siapa datang memekak dekat rumah orang ni?"kata seseorang yang muncul dari tangga. Terkejut aku melihat jejaka didepan mataku sehingga terjatuh buku dan beg dari pegangan. "Along!!"jerit ku lagi lalu melompat kearah jejaka itu. Nama diberi Hayyan Qalish merupakan abang sulung aku. Menyambung pelajaran di Turkey dalam bidang seni bina landskap. "Adik! Nasib tak jatuh." katanya sambil menangkap aku ke dalam dukungannya. Lalu mendudukkan aku atas ribanya diruang tamu. "Hehehe,bila along balik?"Soalku dengan ceria. "Baru pagi tadi. Adik macam mana okey tak sekolah?" "Okey je. Mana ibu dengan ayah?" "Diorang pergi rumah kawan ayah. Ni dah makan belum? Kalau belum kita pergi makan dekat luar." "Makan luar? Boleh, tunggu kejap adik nak naik mandi. Sayang along."kataku lalu mengucup pipi kanannya dan berlari naik ke bilik. "Adik kita tunggu angah dengan alang dulu tau? Diorang nak sampai dah."kata along selepas melihat aku di akhir tangga. "Ohh takpe adik tak kisah. Along duduk sini lama ke?"soalku sambil menatap ke arahnya. "Kenapa adik tanya? Tak suka ke along duduk lama-lama dekat sini?"soalnya kembali. "Mana ada adik cuma tak nak berjauhan dengan along je. Adik selalu kena tinggal seorang. Rindu adik nak luangkan masa dengan semua."balasku dengan saya. "Adik jangan risau,along dah tak akan tinggal adik seorang lagi sebab…along akan kerja dengan ayah dekat sini."kata along. "Serius!! Jadi lepas ni kita bolehlah keluar bersama kan?kata ku dengan bersemangat. "Iya,adik."balas along sambil tersenyum. "Assalamualaikum! "Ucap seseorang sambil membuka pintu utama. "Waalaikumsalam!"balas aku dengan along. "Angah,alang dah balik?"soalku. Lupa nak perkenalkan abang kembar aku yang abang bernama Haiden Qais dan yang adik Haidar Qais. "Dah jom lah kita pergi."ajak angah. "Jom!"kataku sambil memeluk mereka. "Biar along drive." "Nak order apa-apa lagi tak?"soal along,melihat gelengan adik-adiknya segera dia mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang mengambil order makanan kami. "Along,adik nak ke tandas sekejap." kataku. Melihat sahaja anggukkannya terus aku berlalu pergi. Ketika terlalu leka bermain telefon sambil berjalan menuju meja makan,entah mana silapnya boleh pula aku terlanggar orang.
112 "What the…"kata seseorang. Dalam keadaan tertunduk aku mengutip barang yang terjatuh dan menyerahkan kepada empunya pemilik. "Maaf…" dengan perlahan aku mengucapkan perkataan itu kerana berasa serba salah. Tapi lain pula yang dijawab. "Tak apa,orang buta memang tak nampak orang dekat depan dia. Tu yang main langgar je."balas jejaka itu. "Eh eh,sedap mulut je awak. Saya tak buta okey."aku rasa macam nak sumbat je telefon aku ni kat dalam mulut dia tu. Lantas terus meninggalkan jejaka itu,malas nak bergaduh punya pasal. "Lamanya adik pergi tandas,buat apa je?"soal alang. "Entah siapa tadi adik terlanggar lepas tu dia boleh kutuk adik buta. Eeee geramnya adik."kata aku sambil menyerabutkan rambut angah. "Adik… habis rambut angah."kata angah dengan muka yang geram. "Siapa yang salah?"soal along pula. "Adik lah,tapi dia tak patut kata macam tu."kata aku dengan muka yang sayu. "Biarlah dia tu,ni makan ni nak sejuk dah."balas along sambil mengusap tudungku. "Maira,nak pinjam buku esei kau boleh tak?"soalku sambil mengedipkan mata ke arahnya. "Awak ni bila nak berubah,ambil la dalam beg."kata Maira. "Hehe, insyaallah pertengahan tahun ni. Tak janji tapi cuba. Jangan marah tau."kataku "Kau jangan nak percaya lah Si Hana ni dari tahun lepas lagi nak cuba tak jadi apa pun."kata Ira yang berada disebelah aku. "Mana ada lah,saya dah buat separuh tinggal sikit lagi je."kataku membidas kata-kata Ira. "Wei,cikgu datang!"kata Amir salah seorang budak kelas aku. "Mati,aku tak siap lagi kerja sekolah. Wei,macam mana ni."kataku pada Ira dan Maira. "Hana…"kata mereka serentak. "Bangun!"ucap ketua kelas. "Selamat pagi cikgu!" "Selamat pagi,Aniq tolong saya kutip buku latihan."arah guru kelas kami,cikgu sejarah. "Cikgu,saya tertinggal buku latihan dekat rumah."kata aku dengan muka yang dibuat sayu dihadapan guru itu. "Kamu ni,macam mana boleh lupa. Haih." keluh guru itu. "Tapi cikgu,kerja saya siap. Tak tipu."kataku dengan tangan yang diangkat seperti berikrar. "Apa-apa pun awak tetap bersalah sebab tak bawa kerja saya. Saya dah beritahu yang saya nak kutip hari ini. Sebagai hukuman berdiri tepi pintu sana."arah cikgu. Dengan muka yang monyok aku pergi ke pintu kelas,belum sempat nak ketepi… 'Prakk' bunyi pintu yang menghentam aku dengan kuat sekali sehingga jatuh terduduk aku. Hampir satu kelas mengalihkan perhatian kepada aku. "Sorry,ada orang ke kat depan pintu."tegur seorang jejaka di depan kelas. "Hana,awak okey tak?"soal guru aku dengan risaunya. Aku yang tak mampu berkata hanya mengankat tangan menandakan tidak apa-apa. "Sorry,tak perasan."kata salah seorang dari jejaka yang berada di hadapan kelas. "Tak apalah kalau macam tu,Hana awak boleh balik ke tempat awak,esok pastikan hantar buku dekat tempat saya."balas guruku kembali. "Haih,kamu semua yang dekat depan kelas boleh masuk,lepasni kalau nak masuk kelas tolong ketuk pintu dulu ye? Saya tak nak perkara yang sama berlaku lagi. Kamu Hana masa rehat sekejap lagi pergi ke bilik rawatan cek apa yang patut."arah guru itu. "Haa,yang kamu ni kenapa lambat?"soal cikgu kepada pelajar baru itu.
113 "Jalan jem cikgu." kata mereka. "Kamu boleh ambil tempat dekat belakang sana. Kamu semua nak berkenal atau apa sahaja lepas waktu saya"kata cikgu apabila melihat pelajarnya mula membuat bising. "Terima kasih cikgu." "Emm… hai,awak tak apa-apa ke?"soal seseorang dari belakng aku. "Ohhh…okey je kenapa?" "Maaf pasal tadi kitaorang kelam kabut sangat sebab dah lambat."katanya dengan muka yang sayu. "Tak apa lah,sakit sikit je ni. Dorang tak yah risau lah."balasku "Jom,kitaorang bawa kau ke bilik rawatan."kata seorang jejaka yang aku rasa macam pernah jumpa. "Ehhh… tak apa kawan saya boleh temankan."masih nekad aku tak nak diorang teman. "Kitaorang punca jadi biar kitaorang yang teman!"katanya dengan tegas. Mahu tak mahu kena juga aku ikut diorang. "Kitaorang tak perkenalkan diri lagikan. Nama saya Abdul Fattah,boleh panggil Fattah."ucapnya cuba menceriakan suasana. Jejaka yang menolak pintu tadi. "Aku Syafiq Hakimi,panggil Kim." aku perasan dia ni ada lesung pipit. Comel. "Aku Afiq Ikhwan,boleh panggil Afiq."seorang yang memakai cermin mata mesti budak pandai. "Zufar Fateh,panggil Zufar."jejaka paling tinggi dalam kalangan rakannya dan macam pernah nampak je dia ni. "Saya Hana Qalisya,boleh panggil Hana. Salam perkenalan korang."balas aku dengan ceria. "Oh,saya baru teringat hari tu Ira ada cakap yang ada budak baru akan jadi ketua pengawas. Korang ke?" soalku. "Bukan kitaorang tapi Zufar."kata Kim "Kalau macam tu saya minta diri dulu ye?" kataku. "Ira,Maira,Fira…aku balik lambat hari ni sebab nak ke perpustakaan. Korang balik dulu tau. Bye."balasku seraya melambai tangan ke arah mereka. Sedang aku fokus mengulangkaji pelajaran terasa seperti kerusi di depan aku bergerak segera aku mengangkat kepala. "Awak tak balik lagi?"soalku memandang hairan ke arah Zufar yang kini berada di hadapanku. "Kau kenapa tak balik lagi?" soalnya kembali tanpa menghiraukan pertanyaanku lagi. "Ulangkaji." balasku dengan malas. "Saya rasa macam pernah jumpa awak lah. Kita pernah jumpa ke?" "Entah.."mendengar aja jawapan yang menyakitkan hati tu terus aku mendiamkan diri. "Kau balik dengan siapa ni?"soalnya kembali selepas beberapa minit mendiamkan diri. "Abang saya." balasku pula. "Along…"sampai saja di rumah terus aku mencari kelibat along. Tidak kelihatan di dapur segera aku menyerbu biliknya. "Along…adik ada benda nak cakap ni. Esok along boleh hantar adik tak? Adik ingat adik nak pergi beli alat tulis dengan Ira,Maira dan Ifa. Boleh tak?"soalku sambil memandang ke arah along yang sedang bermain game itu. "Boleh je,adik balik sekolah pukul berapa?"soal along tanpa memandang kearah aku. "Pukul dua,terima kasih along."kataku dengan ceria.
114 Keluar saja dari sekolah terus aku mencari kelibat along. "Korang!jom along dah sampai."kataku sejurus terlihat kelibat along. "Along nanti nak ikut kitorang atau terus balik?" soalku memecahkan suasana yang sunyi dalam kereta. "Kejap lagi,along ada meeting dekat cafe area sini. Jadi along tak boleh teman. Nanti dah habis beli,tunggu along dekat depan pintu masuk tu. Faham?"kata along. "Faham!" kata kami serentak dan keluar dari kereta. Geramnya aku,memang kalau barang tu cantik memang orang letak dekat tampar tinggi ke. Aku ni dah lah pendek. Sedang tangan cuba menggapai buku itu ada satu tangan lain yang mengambil buku itu. Tak tahu nak terima huluran tu atau tak,aku hanya mendiamkan diri tambah lagi dengan jarak kami yang terlampau dekat itu. "Ambillah."kata Zufar,seraya menghulurkan buku itu. "Thanks."kataku dan berlalu pergi kearah rakanku yang lain. "Ehh,awak pun ada dekat sini?"soal Fattah yang berada berdekatan dengan sahabatku yang lain. "Korang buat apa dekat sini?"soal aku kembali. "Beli alat tulis lah,korang nak join tak kitaorang nak pergi minum."tanya Kim. "Tak apa lah,lagipun abang saya dah tunggu dekat luar. Minta diri dulu."kata aku lalu bergerak pergi bersama yang lain. "Selamat pagi,semua. Hari ini saya nak kamu berpasangan dan buat pembentangan tentang tajuk yang terdapat dalam buku teks sejarah kamu. Dan dekat depan ada dua kotak kecil yang akan menentukan pasangan dan tajuk untuk pembentangan. Kamu boleh beratur ambil giliran kamu."kata cikgu Melati sebagai guru sejarah kami. "Wei,korang pasangan siapa?"soal aku. "Aku dengan Maira."balas Ira. "Siapa nombor lima?"soal Afiq sambil memandang satu kelas. "Saya!"balas Ifa Tak tunggu lama aku pun menjerit panggil nombor. "Siapa nombor dua!"kata sedikit kuat. Terasa kerusi tempat Irah diduduk,aku pun memalingkan muka melihat gerangan itu. "Awak buat apa kat sini Zufar?"soalku kehairanan. Tak cakap banyak dia hanya menunjukkan kertas yang dimiliki bernombor dua. Anggukkan aku berikan kepada dia. "Baiklah,semua dah ada pasangan dah tajuk masing-masing?" soal cikgu Melati. "Dah cikgu!"sahut satu kelas. "Saya bagi masa dekat kamu dua minggu untuk sediakan apa yang patut untuk pembentangan nanti. Pastikan bersedia,saya tak nak nanti ada yang gagap la,diamlah atau tak buat kerja siap awak semua! Faham?"kata cikgu. "Faham!" "Zufar,bila awak free? Saya ingat nak siapkan yang pembentangan tu dalam masa seminggu. Dan kita boleh ada masa seminggu lagi nak bersedia. Macam mana awak free tak?"soalku panjang lebar. "Boleh je,esok lah kita start. Kita buat dekat perpustakaan. Senang sikit nak cari maklumat."balasnya. "Okey,bye saya balik dulu."balasku.
115 "Zufar,kita dapat tajuk apa untuk pembentangan?"soalku. "Kedaulatan Negara."balasnya. "Kita nak mula dengan apa? Ada cadangan tak?" soal aku. "Ikut turutan dalam buku teks." "Dalam buku mula dengan konsep lepastu ciri,kepentingan dan last langkah. Kita nak buat yang ni saja ke?"tanya aku pula. "Kalau kau rajin kau tambahlah." "Tak apalah,tak rajin."balasku sambil tersengih. Dah dua minggu berlalu sejak dari hari cikgu Melati bagi tugasan. Dan aku kumpulan kedua yang akan membentang,bermakna selepas ini. Gugup tak boleh bincang sampai sejuk beku tangan dengan kaki aku. "Baiklah,kumpulan dua!" panggil cikgu Melati. "Bismillah"ucapku sebelum bangun dan pergi depan. Akhirnya,aku berjaya membentang dengan jayanya tanpa tergagap.Automatik tangan yang tadi sejuk terasa panas kembali. Sejak daripada hari itu aku mula rapat dengan Zufar dan rakannya. Kecoh satu sekolah mengenai pelajar baru yang akan masuk pada hari ini. Yang kaum lelaki mengharapkan pelajar perempuan. Dan yang perempuan mengharapkan pelajar lelaki. Dan paling tak sangka dia adalah seorang perempuan yang merupakan kawan baik aku semasa di sekolah rendah. "Bella?"soal aku apabila terlihat kelibat pelajar itu. Sebaik mendengar namanya dipanggil dia berkalih.terkejut aku. "Awak Bella? Ariana Isabella!" soal aku dengan terkejut. "Hana Qalisya,awak ke tu?"soalnya dengan mengerutkan muka. "Weii!"jerit kami serentak dan berpeluk sambil melompat kecil. "Rindunya aku dekat kau,kenapa dah lama tak contact aku?"kataku sambil menepuk sebelah lengannya. "Aku pun rindu kau,dah lama lost contact. Manalah aku tahu kau sekolah sini."balasnya pula. "Kau kelas mana ?"soal aku "Aku kelas 5 km1." "Yeah,sama nanti kau boleh duduk dengan kita orang. Oh lupa nak kenalkan,Bella ni kawan aku Ira,Maira dengan Ifa. Korang ni Bella kawan aku masa sekolah rendah dulu."kataku sambil memperkenalkan mereka. "Hai!"ucap bella "Hai!"balas Ira,Maira dan Ifa. "Hana,aku nak pergi tandas kejap."kata Bella. "Nak aku teman ke?"tanya aku. "Tak payah lah,lagipun aku nak berdikari. Bye."balasnya seraya berlalu pergi. Sedang leka Bella berjalan mencari tandas,entah macam mana boleh terlanggar orang pula. "Maaf,saya tak sengaja. Awak tak apa-apa?"soal Bella kerisauan. Terpana dia tatkala melihat muka jejaka itu. "Ah,tak apa. Saya okey je?."balas Zufar memandang hairan kepada gadis didepannya yang seakan terpaku melihatnya. "Awak!"tegur Zufar sambil melambaikan tangan kearah Bella.
116 "Ahh,apa tadi?" "Awak okey tak?" "Okey…je." "Nama saya Bella,saya nak minta tolong sikit boleh tak?"kata Bella sambil memperkenalkan diri. "Saya Zufar,awak nak minta tolong apa?" "Saya budak baru jadi saya tak tahu dekat mana tandas,boleh awak tunjuk arah?" "Ohh,boleh ja. Marilah."balas Zufar. "Hana,kau nak tahu tak tadi ada seorang lelaki tu terlanggar aku, lepastu dia siap tolong tunjuk arah ke tandas lagi."kata Bella dengan gembira. "Kau kenal ke lelaki tu?"soal ku ingin tahu. "Nama dia Zu…"tak sempat Bella menghabiskan ayatnya dipotong oleh Zufar. "Hana,cikgu Melati nak jumpa sekarang." katanya seraya menarik tangan aku. "Maira,Hana dengan Zufar tu rapat ke?"soal Bella ingin tahu. "Rapat lah juga,kenapa?"soal Maira kembali. "Tak ada apa,saja."balasnya semula. "Zufar,Hana nanti tolong beri pada kawan kamu kertas soalan ni,minggu depan saya nak kutip. Minggu ni saya tak dapat masuk kelas sebab ada khusus dekat Penang jadi tolong pastikan kawan-kawan kamu buat kerja saya."pesan cikgu Melati. "Baiklah,cikgu."balas aku dan Zufar serentak. "Hana kau kenal ke lelaki yang tarik tangan kau tu." tanya Bella. "Kenal,kenapa?" "Dia lah lelaki yang aku cakap tu,yang tolong aku hari tu. Aku rasakan aku dah terminat dekat dialah."ucapan Bella sedikit mengejutkan aku. "Kau kan rapat dengan dia. Tolonglah aku."kata Bella sambil menggoyangkan tangan aku. "Mana boleh,aku mana rapat sangat dengan dia."balas aku "Alahhh,tolong la sekali je lepas tu tak minta tolong kau dah."dengan muka yang sayu Bella mengatakan. "Fine,kau nak aku tolong apa?"soal aku dengan muka yang menjengkelkan. "Tolong tanya dia apa yang dia suka. Thanks tau!"balasnya seraya menaiki keretanya. Sedang aku melalui jalan di padang,terlihat di situ Zufar sendirian mengemas peralatan sukan. Tak buang masa akan aku gunakan peluang yang ada ni. "Zufar! Awak sibuk ke sekarang?" "Tak,kenapa?" "Nak tanyalah awak suka apa?"soalku. "Kenapa tiba-tiba je?"soalnya kehairanan. "Saja…" "Kau nak tahu pasal apa je?" "Makanan kegemaran atau manisan dan apa yang awak suka buat." "Aku suka nasi ayam dan main bola."balasnya bersahaja. "Ada lagi tak?" " Kau nak tahu apa je sebenarnya?" " Hehe,tak ada apalah. Bye!"seraya berlari untuk meninggalkan Padang sekolah.
117 " Hai Zufar,saya ada bawa nasi ayam untuk awak. Nahh"kata Bella seraya memberi bekalnya kepada Zufar. "Mana awak tahu saya suka makan nasi ayam." "Rahsia,makanlah saya masak tau."kata Bella. "Zufar! Nah air,awak mesti hauskan."kata Bella seraya menghulurkan air kepada Zufar. "Zufar! Boleh tolong hantar saya balik tak?" soal Bella. "Maaf lah tapi saya kena hantar Hana balik ni."kata Zufar. "Alah,tapi saya tak ada orang nak ambil ni. Tak boleh ke hantar sekali je." "Jomlah."kata Zufar. Baru saja aku nak buka pintu depan penumpang aku dihalang oleh Bella. "Boleh saya duduk depan tak Hana? Saya takut lah nak duduk belakang seorang diri." kata Bella dengan muka yang sayu. "Tak apa,saya boleh duduk belakang."balasku. Sesampai sahaja di rumah aku,terus aku keluar dari kereta setelah mengucapkan terima kasih. Sepanjang perjalanan tadi aku rasa macam marah je bila melihat keakraban Bella dan Zufar. Tak kan lah aku nak cemburu kut. Sejak dua menjak ni Bella dah macam tak suka je nak bercakap dengan aku. "Weii hana,aku perhatikan sejak si Bella tu kenal dengan Zufar korang macam dah tak rapat. Korang ada problem ke?"soal Ira. "Entah lah,aku tengok Bella macam tak suka bercakap dengan aku. Aku ada buat salah ke."tanya aku. "Bella! Aku ada buat salah je dekat engkau?"soal aku tak puas hati ke arah Bella. "Kenapa kau cakap macam tu?"tanya nya sambil memandang ke arah aku. "Taklah,cara kau macam nak jauhkan diri dari aku. Kalau kalau ada masalah ka boleh cakap dekat aku,mana tahu aku boleh tolong."kata ku bersungguh-sungguh. "Memang aku ada masalah. Dan masalah aku tu engkau! "Tengkingnya. Terkejut juga aku bila dia menaikkan suaranya. "Apa maksud kau?"soal aku yang tak memahaminya. "Kau cakap tolong aku kan,aku nak kau jauhkan diri dari Zufar! Kau tahu tak sakitnya hati aku bila dia tak habis- habis cakap pasal engkau. Aku ni yang duduk depan dia tak dipandang pun. Tapi kau yang duduk beribu batu pun tetap dia nak kisah. Aku ni apa tunggul ke?"luahnya tanpa sedar telah mengalir air matanya. "Aku…" "Dahlah aku rasa,aku tak boleh nak terus berkawan dengan engkau dari dulu lagi kau yang selalu dapat tempat dalam hati semua orang. Aku tak boleh tahan lagi."katanya seraya berlalu pergi. Aku ni sebuah bebanan kepada semua orang ke. Salah aku ke nak jadi baik,salah aku ke nak jadi peramah dah kenapa dia tak nak jujur dengan aku. Sambil termenung aku melihat langit memikirkan tentang persahabatan kami yang baru bermula setelah dipisahkan dengan masa yang lama. Serius terkejut aku dengar berita ni.Kenapa dia perlu pindah,punca daripada akukah? Apa aku nak buat ni,dia masih kawan aku 'Bella Kenapa kau buat aku macam ni,takkan
118 disebabkan hal Zufar kau nak putus persahabatan kita. Aku pasti ada sebab lain,aku kena cari Zufar pasti dia tahu punca Bella pergi' "Zufar!"jerit ku sambil berlari apabila melihat kelibatnya di padang sekolah. "Kenapa?"soalnya memandang aku hairan. "Awak tahu tak kenapa Bella pindah sekolah?"soal aku kerisauan. "Aku minta maaf,aku memang tak boleh terima dia."katanya dengan serba salah. "Saya pasti awak ada cakap sesuatu kan."kata aku mengesyaki Zufar. "Aku tak boleh terima perasaan dia sebab aku suka dekat seseorang. Lagipun kita masih muda untuk semua ni. Sorry,aku punca dia pergi maafkan aku."kata Zufar. Sedang aku leka aku melihat langit malam. 'Ting' terus terkalih aku melihat telefon yang berbunyi. Mesej dari Bella. Dengan pantas aku membuka mesej itu. 'Hana,aku minta maaf. Aku terlalu ikut perasaan. Aku rasa dengan berpindah dapat bantu aku untuk lupakan Zufar. Aku minta maaf sebab minta putus persahabatan betul kata Zufar kita masih muda untuk semua ni. Aku akan berlepas ke luar negara ikut family aku. Sebelum pergi aku nak mohon maaf kalau kau banyak terasa dengan aku. Bye." Aku harap kau bahagia dekat sana. Aku disini sentiasa mendoakan kau. Selamat tinggal Bella.