E-MODUL ATIQAH FATIMAH BINTI AMIR Pengawalan Perosak Tanaman 2023 (PPeTa)
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI TOPIK KAEDAH PENGAWALAN PEROSAK TANAMAN VAP3023- PENGAWALAN PEROSAK & PERTANIAN TINGKATAN 5 e-Modu l
PRAKATA Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, e-modul PPeTa sebagai bahan bantu mengajar untuk kursus VAP3023 Pengawalan perosak dan pertanian tingkatan 5 bagi topik kaedah pengawalan perosak tanaman dapat disempurnakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. E-modul PPeTa dihasilkan bagi membantu guru dan pelajar untuk lebih memahami konsep dan isi kandungan pelajaran dengan lebih baik dan efisien. Tahap keyakinan guru yang sederhana sewaktu menyampaikan pengajaran bagi topik ini telah mendorong pembinaan e-modul ini sekaligus membantu menyelesaikan masalah ini. Selain itu, keupayaan pelajar dan guru yang pelbagai turut menyumbang dalam keberhasilan e-modul PPeTa ini. E-modul PPeTa ini dihasilkan berpandukan panduan yang telah diselaraskan dalam Proforma universiti dan juga Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). E-modul ini dibangunkan dengan contoh dan perkembangan kandungan yang sesuai serta bersifat interaktif dengan pelbagai elemen ilustrasi yang bersesuaian dengan proses pengajaran dan pemudahcara (PdPc). Hal ini demikian bagi memastikan sesi PdPc dapat dijalankan dengan lebih menarik, berkesan dan pembelajaran berpusatkan pelajar dapat diterapkan. Sekian, Terima kasih. e-Modu l
ISI KANDUNGAN e-Modu l Prakata ....................................................................................... Pengenalan ................................................................................. Kepentingan E-Modul ................................................................... Objektif E-Modul ......................................................................... Teori Pembelajaran..................................................................... Pembelajaran Teori .................................................................... Amali Pembelajaran Ringkasan E-Modul Pembelajaran ................................................ Kuiz ...........................................................................................
e-Modu l PENGENALAN
e-Modu l KEPENTINGAN E- MODUL OBJEKTIF E-MODUL Pembangunan e-modul PPeTa ini adalah bagi memenuhi objektif pembelajaran pelajar bagi kursus pengawalan perosak iaitu menerangkan kaedah pengawalan penyakit dan murid iaitu meneroka kaedah pengawalan perosak tanaman seperti kaedah kultura, fizikal, biologi, kimia, organik dan perundangan dari manamana laman sesawang. E-modul ini dibangunkan sebagai bahan bantu mengajar dalam mempengaruhi kompetensi pelajar sains pertanian. Selain itu, membantu pelajar bidang sains pertanian menjadi lebih kreatif dalam menambah pengetahuan dan meningkatkan penguasaan kemahiran amali menerusi bahan bantu mengajar yang diperolehi. Hal ini secara tidak langsung menjadikan pelajar sains pertanian terbimbing dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Memberi penerangan ringkas mengenai topik pengawalan perosak tanaman Merekabentuk infografik dan memberi penerangan ringkas. Menjadi bahan bantu mengajar dan sesuai untuk pembelajaran kendiri.
e-Modu l KAEDAH PENGAWALAN PEROSAK TANAMAN
e-Modu l PEMBELAJARAN TEORI
e-Modu l Kaedah Pengawalan Perosak Tanaman Kawalan Fizikal Kawalan Kultur Kawalan Kimia Kawalan Perosak Bersepadu Perundangan Kawalan Racun Organik Kawalan Biologi 1.0 Kaedah Pengawalan Perosak Tanaman Terdapat tujuh (7) jenis kaedah pengawalan perosak tanaman yang boleh diaplikasikan dalam penanaman iaitu kawalan kultur, kawalan biologi, kawalan kimia, kawalan fizikal, perundangan, kawalan perosak bersepadu dan kawalan racun organik.
KAWALAN KULTUR Penggiliran tanaman Pemugaran tanah Penggunaan varieti resistan Tanaman perangkap Tanaman campuran Menjaga kebersihan ladang e-Modu l Kaedah kawalan dengan cara menghalang perosak daripada mendapatkan makanan atau didedahkan kepada keadaan yang tidak sesuai untuk mengganggu perkembangan dan kitaran hidup perosak. A) Penggiliran Tanaman Tanaman yang berlainan ditanam secara bergilir-gilir pada tapak penanaman yang sama. Kaedah ini sesuai untuk perosak yang menyerang tanaman perumah spesifik. Perosak sukar mencari makanan dan tidak dapat melengkapkan kitaran hidup Tanaman jagung memerlukan nutrien tinggi manakala tanaman kekacang menggunakan kadar nutrien yang rendah membolehkan berlakunya pemulihan tanah. Sumber nitrogen yang menjadi sumber penting nutrien dalam tanah menjadikan pertumbuhan tanaman seterusnya lebih baik.
e-Modu l Tanaman bijirin (cereal crop) Tanaman berbuah (fruit crop) Tanaman daun (leaf crop) Tanaman akar (root crop) Pengambilan nutrien tanaman: Tanaman kekacang (leguminous crop) Kebaikan penggiliran tanaman : Kitaran penggiliran tanaman :
e-Modu l B) Pemugaran Tanah Pemugaran tanah dapat memusnahkan perumah dan sarang perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya. semasa penyediaan tapak tanaman, perosak akan mati akibat terkena alat pemugar atau terdedah kepada cahaya matahari.
e-Modu l Penggunaan varieti resistan sangat berkesan sekaligus mengurangkan racun serangga. Varieti terbaru padi misalnya resistan terhadap perosak membantu mengurangkan kesan kerosakan dan menyekat populasi dan penyebaran penyakit Contoh: padi MR253, padi IS22, nanas MD-2, C) Penggunaan Varieti Resistan D) Tanaman Perangkap Tanaman perangkap ialah tanaman rentan yang mempunyai nilai ekonomi rendah digunakan untuk menarik perhatian perosak daripada menyerang kawasan penanaman induk. Bau yang dikeluarkan oleh tanaman perangkap menjadi mesej yang akan menarik perosak seperti cacing nematod untuk menyerangnya. Contoh: bunga marigold (Tagetes patula), bunga matahari, nastiurtum, lavendar dan lain-lain lagi. Tanaman perangkap venus flytrap
e-Modu l E) Tanaman Campuran Penanaman dua dan lebih jenis tanaman dalam satu kawasan dan pada masa yang sama. Contohnya, menanam tanaman bawang, serai wangi, bunga tahi ayam dan kemangi untuk menjauhkan perosak daripada tanaman resistan seperti kobis. Contoh tanaman perangkap : Tanaman perangkap marigold Tanaman perangkap bunga matahari dan nastiurtum Tanaman perangkap lavender
Kawalan biologi merupakan pembasmian perosak menggunakan musuh semula jadiseperti parasit, pemangsa dan patogen secara sengaja untuk mengurangkan populasiperosak. Kawalan biologi bermula dengan mengenalpasti agen yang tidakmenyerang tanaman dan perlu dilindungi, agen itu boleh diperbanyakkan dandibawa masuk ke kawasan tersebut. KAEDAH KAWALAN BIOLOGI 1.Penggunaan Pemangsa 2. Penggunaan Parasitoid 3. Penggunaan Patogen e-Modu l F) Menjaga Kebersihan Ladang Kebersihan ladang merupakan langkah terpenting dalam mengurangkan serangga perosak dan patogen di kawasan penanaman. Langkah yang boleh dilakukan ialah dengan menghapuskan dan memusnahkan tumbuh-tumbuhan berpenyakit, rumpai dan bahagian yang menyumbang kepada punca penyakit dan perosak. Kaedah pembersihan biasanya dilakukan secara manual pada tempoh masa tertentu. KAWALAN BIOLOGI
Penggunaan Pemangsa gneP ug naan Parasitoid Pen gg u naan Pa ot eg n Pemangsa ialah haiwan yang memburu, menangkap dan memakan mangsanya. Contohnya, penggunaan burung hantu di kawasan penanaman padi bagi mengelakkan serangan tikus. e-Modu l Parasitoid ialah serangga yang memparasit serangga lain dengan hidup di dalam badan serangga perosak (perumah) yang mana akhirnya mati dimakan dari dalam. Contohnya, penyengat Apanteles sp. menyerang ulat beluncas Parasa lepida perosak kelapa sawit. Patogen ialah mikrob seperti kulat, bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit ke atas serangga dan akhirnya mati. Terdapat juga yang bersifat antagonis iaitu merencatkan perkembangan mikrob penyebab penyakit tanaman. Contohnya, Virus nukleopolihedra (NPV) seperti Oryctes rhinoceros nudivirus (OrNV) yang menyebabkan kematian ulat kumbang badak perosak kelapa sawit. Nak tahu? Sumber: Kwek Keng Hong, Prezi - Kawalan biologi
e-Modu l Pengawalan secara kimia melibatkan penggunaan pelbagai bahan kimia bersifat toksik. Menyebabkan kematian atau memberikan kesan lain seperti perubahan tingkah laku, kemandulan, merencatkan pertumbuhan dan gangguan metabolik terhadap perosak Bagaimanakah kawalan kimia berlaku? KAWALAN KIMIA Penggunaan racun berunsurkan kimia seperti racun serangga, racun kulat, racun herba, racun hamama, racun tikus dan racun siput. Kelebihannya : bertindak cepat dan memberikan kesan segera. Kelemahan : membunuh serangga bukan sasaran seperti pemangsa dan parasitoid. serangga perosak menjadi resistan apabila racun digunakan secara berlebihan.
e-Modu l KATEGORI RACUN RACUN SENTUH Racun Kulat Racun Rumpai Racun Bakteria Racun Serangga RACUN SISTEMIK Juga dikenali sebagai racun serap. Bertindak dengan cara menyerap masuk bahagian daun dan menyerang keseluruhan bahagian pokok. Mengambil masa yang lama untuk melihat kesan Juga dikenali sebagai racun kontak. Bertindak balas apabila racun terkena secara terus pada bahagian pokok. Bahagian yang tidak terkena semburan racun akan kekal hijau. Kesan boleh dilihat dalam masa singkat. JENIS-JENIS RACUN
e-Modu l Racun Kulat Racun kulat merupakan bahan kimia yang digunakan untuk membunuh dan mengawal perkembangan kulat patogen. Contoh: Antracol Benex Funguran-Oh Racun Rumpai Racun kulat merupakan racun perosak yang membunuh rumpai dan tumbuhan yang tidak dikehendaki. Contoh : glufosinate glyphosate.
e-Modu l Racun Bakteria Racun bakteria merupakan sebatian bahan kimia yang mampu melemahkan, melumpuhkan dan memusnahkan perosak daripada jenis bakteria. Contoh: Phyton 27 Racun Serangga Racun serangga merupakan racun perosak yang membunuh serangga termasuklah telur dan larva serangga. Contoh : Malathion Globus
e-Modu l Beracun - Amat bisa Beracun - Bisa Berbahaya Beracun KELAS-KELAS RACUN
e-Modu l Racun kulat : Benomil Racun serangga : Dimetoat dan Furadan Racun Perut Racun berbentuk cecair, serbuk, bintil atau umpan. Perosak mati apabila memakan racun. Racun dijadikan umpan atau disembur. Racun serangga: Malathion Racun tikus : Zink fosfida dan warfarin Perosak akan mati apabila racun terkena, memasuki peredaran darah, sistem pernafasan perosak. digunakan dalam bentuk semburan kabus. Racun serangga : Karbaril, heptaclor dan BHC. Racun kulat yang mengandungi raksa dan kuprum. Racun rumpai : paraquat. Meresap melalui sistem vaskular tumbuhan (daun dan bahagian lain). Menyebabkan tanaman menjadi beracun kepada perosak. Racun berbentuk wap. Racun masuk ke sistem respirasi melalui pernafasan perosak. Contoh : Metilbromida, kloropikrin, natrium florida dan vapam. Racun Sentuh Racun Sistemik Racun Pewasap (fumigan) Jenis Racun Keterangan Bahan Aktif
e-Modu l KAWALAN FIZIKAL Maksud : Kawalan fizikal merupakan kawalan menggunakan keadaan fizikal untuk mengawal perosak. Kesan : Kaedah ini tidak memberikan kesan sampingan dan mudah dilaksanakan. Namun, ada sesetengah kaedah yang melibatkan sejumlah kos yang tinggi. Contoh : 1.Perangkap cahaya Pelekat berwarna kuning 2. Membalut hasil tanaman berbuah 3. 4.Perangkap botol. JOM CUBA ! Sumber: Perlindungan Tanaman, Politeknik Pertanian Negeri Kupang
KAWALAN RACUN e-Modu l ORGANIK MAKSUD: Racun organik boleh disediakan sendiri menggunakan bahanbahan di dapur atau dipasaran. Racun organik juga tidak memberikan kesan sampingan terhadap alam sekitar dan ekosistem. CONTOH: Cili dan bawang putih digunakan untuk membantu meningkatkan keberkesanan bahan aktif yang terdapat dalam bawang putih. CONTOH: Campuran cili, bawang putih dan sabun digunakan bagi mencairkan lapisan lilin untuk mendedahkan badan serangga kepada semburan cecair. Ini sesuai bagi serangga seperti koya dan teritip. Sumber: Rozitarosdi, Amali Racun Organik JOM CUBA !
e-Modu l KAWALAN PEROSAK BERSEPADU CONTOH: Penggunaan racun serangga yang minimum Penggabungan kaedah kawalan biologi, kimia dan kaedah kawalan lain. OBJEKTIF: Mengawal dan menguruskan perosak pada tahap rendah dan tidak menjejaskan hasil tanaman. KONSEP: PPB merangkumi kawalan perosak, kawalan rumpai dan kawalan kultur serta agronomi bagi tanaman tertentu. Mengambil kira faktor ekonomi, sosiologi dan ekologi. Kawalan hanya dilaksanakan apabila populasi perosak mengancam dan mengurangkan hasil. Kawalan biologi sebagai kaedah utama. Racun perosak digunakan sebagai pilihan terakhir. MAKSUD: Kawalan yang dijalankan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan racun perosak bagi menjaga kelestarian alam sekitar daripada pencemaran.
KAWALAN e-Modu l PERUNDANGAN Penghapusan Penguatkuasaan Undang-undang Biji benih dan bahan tanaman perlu mendapat perakuan pensijilan terlebih dahulu seperti: Import dan Eksport - Sijil Perakuan Pematuhan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (3P). Kedai yang menjual dan menyimpan racun perosak - Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Pensijilan Kuarantin Tanaman yang dibawa masuk dalam negara akan diperiksa dan diuji terlebih dahulu. Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 Kawalan Secara Undang-Undang Kawalan Akta Binatang 1953 Perundangan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 Akta Makanan 1983 Langkah-langkah mengawal kemasuhkan perosak berbahaya Penguatkuasaan dan pemeriksaan dokumen dan konsainen visual. Konsainen dilepaskan untuk pemeriksaan selepas 30 hari dari tarikh eksport. Mengambil sampel untuk tujuan penyaringan Sebagai contoh: Penyakit lenggai hitam pada buah koko berpunca dari kulat Phytophthora palmivora dikumpulkan dan dimusnahkan. Kaedah menanam buah koko ke dalam tanah.
e-Modu l PEMBELAJARAN AMALI
e-Modu l CARA PENGENDALIAN RACUN Pengendalian racun (atau pestisida) adalah penting dalam pertanian dan alam sekitar yang terdiri daripada pelbagai konteks termasuklah kesihatan, aktiviti pertanian yang produktif dan kelestarian alam sekitar. Walau bagaimanapun, penggunaan racun perosak secara berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif, termasuk rintangan perosak terhadap racun perosak, pencemaran alam sekitar dan bahaya kepada kesihatan manusia. Oleh itu, peraturan ketat, pendidikan tentang penggunaan yang betul, dan penyelidikan berterusan untuk pembangunan alternatif yang lebih selamat adalah penting dalam kawalan racun. LANGKAH KESELAMATAN Pastikan tiada kanak-kanak atau haiwan di sekitar kawasan yang ingin diracun. 1. Jangan gunakan bekas yang digunakan racun makhluk perosak sebagai bekas makanan atau makanan. 2. Buang sisa air basuhan racun perosak ke dalam bekas yang disediakan dan bukannya di sembarang tempat. 3. Sumber: Jabatan Pertanian Nak tahu?
e-Modu l PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI Sumber: Youtube. Video panduan pemakaian kelengkapan perlindungan diri (PPE). Nak tahu?
e-Modu l PROSES KERJA MERACUN RUMPAI PERALATAN : 1.Tong racun 2.Baldi kecil 3.Topi keselamatan 4.Kaca mata keselamatan (gogle) 5.Kasut but getah 6.Sarung tangan getah (bersaiz panjang sampai ke siku lengan) 7.Pakaian keselamatan diri (PPE) bahaN : Racun rumput (jenama Roundup, Spark, Kenpat, Gramoxone atau lain lain. LANGKAH KERJA: 1.Memakai alat dan pakaian keselamatan diri (PPE) yang lengkap. 2.Memasukkan air ke dalam tong racun. Masukkan isipadu racun mengikut nisbah yang ditetapkan pada botol racun bagi kadar bancuhan 10 liter air. 3. Memeriksa keselamatan di sekeliling tempat yang hendak diracun dan memastikan tiada orang atau apa-apa aktiviti lain di tempat yang ingin diracun. 4. Mula menyembur racun di kawasan yang ditetapkan dengan mengikut arah angin dan nozzle tong racun berada pada arah yang hendak diracun. 5. Basuh dengan bersih dan kemaskan bahan serta peralatan meracun yang telah digunakan ke dalam stor. 6. Botol atau bekas racun yang habis mestilah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dilupuskan. 7. 8.Bersihkan diri dan tukar pakaian bersih.
LANGKAH AMALI MERACUN RINGKASAN E-MODUL PPeTa e-Modu l Sumber: Youtube. Video panduan langkah amali meracun. Sumber: Canva. Infografik ringkasan e-modul PPeTa
e-Modu l JOM MAIN !
2023 E-MODUL PPeTa