The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul ringkas Lencana Keahlian Pengakap Kanak - kanak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 9097350, 2023-10-21 11:33:48

Modul ringkas Lencana Keahlian Pengakap Kanak - kanak

Modul ringkas Lencana Keahlian Pengakap Kanak - kanak

Keywords: Pengakap Kanak - kanak,Lencana Keahlian

PERGERAKAN PENGAKAP SKBR 2014 1 1.0 Lambang Pengakap 1.1 Lambang Pengakap Malaysia 1.2 Lambang Pengakap Dunia Anak panah pecah 3 melambanngkan persetiaan pengakap 2 Bintang pecah lima melambangkan 10 undang - undang Pengakap Bintang pecah 14 melambangkan 14 buah negeri di Malaysia Anak bulan dan bintang melambangkan agama rasmi malaysia iaitu Agama Islam Ikatan buku sila melambangkan persaudaraan pengakap


PERGERAKAN PENGAKAP SKBR 2014 2 2.0 Persetiaan dan Undang - Undang pengakap 2.1 Persetiaan Pengakap Kedudukan semasa membaca persetiaan pengakap


PERGERAKAN PENGAKAP SKBR 2014 3 2.2 Undang - Undang Pengakap 1. DIPERCAYAI (Trustworthy) Pengakap adalah seorang yang dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 2. TAAT (Loyal) Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, Pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibubapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang di bawahnya 3. BERGUNA (Useful) Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. BERSAUDARA (Friend to all) Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. BERBUDI (Courteous) Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. KASIHKAN BINATANG (Friend to animals ) Pengakap baik hati dan kasihkan binatang.. 7. MENURUT PERINTAH (Obedient) Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. 8. TABAH HATI (Cheerful) Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. 9. BERJIMAT (Thrifty) Pengakap itu jimat dan cermat 10. SUCI FIKIRAN, PERKATAAN PERBUATAN (Reverence) Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada semua ahli pengakap di dunia.


PERGERAKAN PENGAKAP SKBR 2014 4 3.0 Lima Prinsip Rukun Negara MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut;- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA NEGARA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN 4.0 Tabik, tanda hormat dan cogan kata Pengakap 4.1 Tabik pengakap


PERGERAKAN PENGAKAP SKBR 2014 5 Kedudukan jari semasa tabik dan hormat pengakap 4.2 Cogankata pengakap 1. Pengakap Kanak-kanak — “Buat Habis Baik” 2. Pengakap Muda — “Selalu Bersedia” 3. Pengakap Remaja — “Pandang Luas” 4. Pengakap Kelana — “Berkhidmat”


PERGERAKAN PENGAKAP SKBR 2014 6 5.0 Permulaan Pergerakan Pengakap 5.1 Sejarah Pengakap Dunia Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budakbudak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.


PERGERAKAN PENGAKAP SKBR 2014 7 Robert Stephenson Smith Baden Powell ( 1857 - 1941 ) 5.2 Sejarah Pengakap Di Malaysia Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.


PERGERAKAN PENGAKAP SKBR 2014 8 6.0 Cerita Hutan Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.


PERGERAKAN PENGAKAP SKBR 2014 9 Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan. Mowgli tinggal dan berkawan dengan anak -anak serigala, Baloo (beruang), Bgheera ( harimau kumbang), Kaa (ular sawa). 7.0 Istiadat Laung Agung Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK 1. TUJUAN a. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan b. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia c. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK d. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin e. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik" 2. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG 1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia 2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu. 3. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.


PERGERAKAN PENGAKAP SKBR 2014 10 4. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia. 5. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya. Gambar rajah Istiadat Laung Agung


Click to View FlipBook Version