BAB 2:
BIDANG FONOLOGI
STRUKTUR SUKU KATA
BAHASA MELAYU
STRUKTUR KATA BAHASA MELAYU
i. Suku kata ialah unit bunyi yang membentuk kata.Suku
kata boleh terdiri daripada satu bunyi vokal atau
gabungan antara vokal dengan konsonan.
ii. Suku kata dalam Bahasa melayu terbahagi kepada
sebelas pola ; empat daripadanya merupakan suku
kata asli Bahasa melayu ,manakala yang tujuh lagi
ialah pola suku kata pinjaman
2.3.1 STRUKTUR SUKU KATA ASLI
BAHASA MELAYU
POLA CONTOH
1 V u-bat,a-ku,i-tu,e-ka,o-bor.
2 KV ku-bu,sa-tu,ba-ta,ka-ki,
pu-la,so-to.
3 VK am-bil,akh-bar,um-pil
,ar tis,ing-kar,en-teng.
4 KVK ham-par,ken-tal,ter-bang,
kan-dang,ker-tas.
2.3.2 STRUKTUR SUKU KATA PINJAMAN
POLA CONTOH
1 KKV sta-tik,tra-ge-di,kro-nik
2 KKVK tran-sak-si,prak-tis,plas-tik
3 KVKK bank,golf,im-port
4 KKKV stra-te-gi,ek-sklu-sif,stra-ta
5 KKKVK struk-tur,ab-
strak,skrip,spring
6 VKK eks-port,eks-trim,eks-pat-
riat
7 KKVKK kom-pleks,plank-ton,
re-tro-fleks
JENIS-JENIS SUKU KATA
Suku kata terbahagi kepada dua,iaitu suku kata terbuka
dan suku kata tertutup.Suku kata terbuka ialah suku kata
yang diakhiri oleh bunyi vocal misalnya si-ku,sa-ku,bu-a-
ya, dan ma-ri.
Suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh bunyi
konsonan,misalnya kun-tum,sem-bang,sung-guh,ber-nang
,ger-sang,pan-tas,dan ter-kam.
PENYUKUAN KATA
Penyukuan kata bagi sesuatu perkataan dalam Bahasa
melayu dibuat berasaskan kehadiran vokal.Hal ini
disebabkan satu vokal kata.Vokal tersebut boleh terdiri
daripada satu vokal sahaja ataupun didahului atau diakhiri
oleh bunyi konsonan.
Beberapa contoh penyukuan kata bagi kata tunggal
dengan pola suku kata asli Bahasa melayu
POLA CONTOH
VK am,ok
V-VK a-ir,a-is
V-KV a-yu,i-bu
KV ku,ya
V-KVK a-tur,a-kar
VK-KV ang-ka,am-pu
VK-KVK pa-tut,ku-rus
KV-V di-a,ri-a
KV-VK ku-ak,mu-at
KV-KV ba-pa,sa-pu
KV-KVK ka-sut,be-rat
KVK-KV tum-pu,rak-sa
KVK-KVK kam-pung,sam-ping
PENYUKUAN KATA TERBITAN
Ada dua cara pemisahan suku kata bagi kata
terbitan.Pertama,dibuat dengan menggunakan prinsip
morfologi,iaitu melihat proses pembentukkannya.Caranya
adalah dengan melakukan pemisahan imbuhan ( termasuk
awalan yang mengalami perubahan morfofonem), dan
partikel daripada kata dasar terlebih dahulu,kemudian
barulah dilakukan penyukuan kata dasarnya,Contohnya:
CONTOH PENYUKUAN KATANYA
me-la-wat
PERKATAAN ke-ta-hu-an
melawat bel-a-jar
ketahuan ber-te-rus-an
belajar be-ri-kan,atau ber-i-kan
berterusan bem-per-la-ku-kan
berikan mem-per-li-hat-kan
memperlakukan pen-du-a-an
memperlihatkan me-nge-ta-hu-i
penduaan per-sem-bah-an-nya
mengetahui ke-me ri-ah-an
persembahannya per-ma-in-kan
kemeriahan
permainkan
Cara kedua berasaskan sebutan sesuatu perkataan
itu,iaitu berdasarkan aspek fonologinya.Contohya:
PERKATAAN PENYUKUAN KATANYA
melawat [me-la-wat]
ketahuan [ke-ta-hu-wan]
belajar [be-la-jar]
berterusan [ber-te-ru-san]
berikan [be-ri-kan],atau[ber-i-kan]
memperlakukan [Mem-per-la-ku-kan]
memperlihatkan [mem-per-li-hat-kan]
penduaan [pen-du-wa-an]
menjalani [men-ja-la-ni]
persembahannya [per-sem-ba-han-nya]
kemeriahan [ke-me-ri-ya-han]
permainkan [per-ma-yin-kan]
KONSONAN RANGKAP
Konsonan rangkap ialah dua atau beberapa konsonan hadir secara berterusan
dalam satu suku kata dalam sesuatu perkataan.
Konsonan rangkap merupakan pengaruh daripada bahasa
pinjaman,terutamanya bahasa inggeris.
CONTOHNYA:
drama,bank,kompleks,standard,indeks,protocol,sains,graf,strategik,straw,
praktikal.
Konsonan rangkap berbeza dengan digraph.Digraf ialah dua huruf yang
mewakili satu bunyi atau satu fonem.Contoh:ng,sy,ng,dan kh.