TEMA : HORMAT-MENGHORMATI Selamat Pagi saya ucapkan kepada guru-guru dan rakan sekalian.Pada pagi ini saya ingin menyampaikan sedikit ucapan berkaitan Amalan Nilai Murni bagi Pendidikan Sivik yang boleh kita terapkan didalam kehidupan harian kita iaitu antaranya ialah HORMAT MENGHORMATI. Hormat didefinisikan sebagai mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberi layanan yang sopan, khidmat dan takzim.Hormat kepada ibubapa,orang yang lebih berusia,guru-guru dan rakan antara contoh hormat-menghormati. Jika kita sedar, zaman semakin moden namun sifat hormat kita kepada orang lain semakin pudar.terutamanya sifat hormat seorang murid kepada guru-gurunya. Oleh itu, pada pagi ini saya ingin mengajak rakanrakan semua untuk kembali memartabatkan seorang guru dengan menghormat mereka. Ada beberapa cara seorang murid boleh menunjukkan rasa hormat kepada guru. Antaranya :- Mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru.Senyuman yang manis diberikan ketika berselisih dengan guru.Murid juga perlu mengenali setiap guru yang ada di sekolah. Selain itu,Murid juga boleh menghormati guru dengan cara fokus ketika guru mengajar,menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.Menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Guru akan menegur jika berlaku kesalahan.Oleh itu, wajarlah seorang guru dihormati dan dihargai kerana guru telah membimbing murid untuk mencapai kejayaan.
Menghormati guru juga dengan cara berdisiplin semasa di sekolah.murid perlu mematuhi peraturan sekolah sebagai contoh, datang awal ke sekolah, tidak ponteng sekolah,tidak merosakkan harta benda sekolah dan lain-lain. Menghormati guru juga bermaksud menghindari daripada menyinggung perasaan guru. Sebagai contoh, bercakap dengan baik, menggunakan bahasa yang sopan dan tidak meninggikan suara ketika bercakap dengan guru. Itulah sedikit perkongsian Nilai Murni pada pagi ini iaitu Hormatmenghormati. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan Nilai Murni Hormat-menghormati dalam kehidupan kita. Terutamanya ketika di sekolah, hormatlah kepada guru-guru kita. Ini kerana, Murid yang ikhlas menghormati gurunya akan mudah menerima setiap pelajaran yang dituntut dan akan peroleh kejayaan kelak. Sekian Terima Kasih.