Modul KOMSAS SPM Tingkatan 5 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 7 MAKLUMAT UMUM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Peperiksaan awam Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengalami format baharu soalan / instrumen peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2021 bagi mata pelajaran akademik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Rajah berikut menggambarkan format instrumen mata pelajaran Bahasa Melayu (1103 / 1104) yang diguna pakai mulai tahun 2021. KERTAS BAHASA MELAYU KSSM – SPM / SVM : BERTULIS (1103 / 1104) Kertas yang menguji kemahiran penulisan ini terbahagi kepada 2 kertas iaitu: i. Kertas 1 – Karangan ii. Kertas 2 - Sistem dan Aplikasi Bahasa, Pemahaman dan Rumusan KERTAS BAHASA MELAYU KSSM – SPM : KERTAS 2 (1103/1 & 1104/1) Kertas yang menguji kemahiran penulisan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: i. Bahagian A (Sistem & Aplikasi Bahasa) – 100 markah ▪ Soalan 1 : Morfologi – 35 markah ▪ Soalan 2 : Sintaksis ▪ Soalan 3 : Penyuntingan ▪ Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard ▪ Soalan 5 : Peribahasa
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 5 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 10 7. Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi). 8. Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum. 9. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka. Nota Ringkas Peringkat / Binaan Plot Teknik Plot 1. Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik. 2. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut: (a) Imbas kembali (i) Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. (ii) Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 5 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 15 KOMSAS TINGKATAN 5 (Antologi Sejadah Rindu & Novel Songket Berbenang Emas) NOTA PADAT KOMSAS Prosa Moden (Cerpen) TAJUK / PENGARANG TEMA PERSOALAN NILAI Cinta Ahmad Mutawakkil Zainal Rashid Ahmad Kegigihan seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. 1. Persoalan tentang kasih sayang sebagai tali pengikat hubungan sesama anggota keluarga.-Tuan Booth amat menyayangi ahli keluarganya apabila dia bertindak membawa mereka berpindah seminggu sebelum kemaraan tentera Jepun di Malaysia 2. Persoalan tentang ketabahan dalam mengharungi pelbagai kesulitan semasa zaman perang. - penulis dan penduduk kampung tabah mengharungi pelbagai dugaan dan kesengsaraan semasa pendudukan Jepun dan Parti Komunis Malaya yang mengganas. 3. Persoalan tentang semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pejuang.- Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat agar bersamasama berjuang untuk memerdekakan tanah air daripada cengkaman penjajah Inggeris dan anasir komunis. 4. Persoalan tentang kisah pencintaan yang mendalam. - Sandra amat menyayangi Ahmad Mutawakkil sehingga sanggup kembalik semua ke banglo peninggalan bapanya setahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. 1. Nilai kasih sayang - Tuan Booth amat menyayangi isteri dan anak perempuannya, Sandra apabila dia bertindak membawa mereka meninggalkan banglo di estetnya seminggu sebelum Jepun menyerang Malaysia. 2. Nilai patriotisme/cinta akan negara - Ahmad Mutawakkil berjuang meniupkan api semangat patriotik melalui penulisannya di surat khabar dan melalui ceramah yang disampaikannya kepada masyarakat kampung. 3. Nilai keberanian - Ahmad Mutawakkil berani bersuara dengan lantang dan secara terang-terangan membidas dan mengkritik perjuangan pihak komunis. 4. Nilai ketabahan - Ahmad Mutawakkil tabah berdepan dengan
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 5 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 27 Puisi Tradisional TAJUK / PENYAJAK TEMA PERSOALAN NILAI istana raja walaupun terpaksa bekerja siang dan malam. NOTA & LATIHAN KOMSAS 1 Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rashid Ahmad) SINOPSIS Cerpen ini telah menggunakan pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah memeranjatkan penduduk kampung. Ahmad Mutawakkil muncul secara tiba-tiba dalam keadaan cedera parah dan pakaiannya yang dipenuhi darah serta lumpur di pintu surau kampungnya sebaik-baik sahaja para makmum selesai menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Situasi yang mencemaskan itu menimbulkan kejutan dan tanda tanya kepada Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap, dan seluruh makmum di surau kampung mengenai punca kejadian itu berlaku. Ahmad Mutawakkil yang cedera parah telah dibaringkan dengan segera oleh Penghulu Ibrahim Sigap. Dalam keadaan nafasnya tercungap-cungap, dia rebah lalu pengsan. Penulis mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut yang bermula daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkil membesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Pada pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth sekeluarga telah datang ke kampung itu untuk meneroka belukar. Tuan Booth mengupah beratus-ratus orang buruh termasuklah penduduk kampung penulis untuk menanam pokok-pokok getah. Kemudian, Tuan Booth telah memasukkan lima belas keluarga buruh keturunan India untuk bekerja di estet getahnya. Seterusnya, kisah riwayat Ahmad Mutawakkil yang menjadi yatim piatu selepas kematian bapanya, Wak Sadir dan terpaksa hidup menumpang dengan Tuan Booth selama tiga tahun turut dikisahkan. Pada peringkat awal dia bukan sahaja menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya, malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun. Pendaratan askar Jepun pada tahun 1941 ternyata telah mengubah suasana damai di kampung penulis. Penulis mengimbas kembali kisah Tuan Booth sekeluarga yang terpaksa meninggalkan banglo di estetnya seminggu sebelum kemaraan askar Jepun dan kisah kesulitan seluruh penduduk kampung pada zaman pendudukan Jepun itu. Ketiadaan Tuan Booth sekeluarga telah menyebabkan Ahmad Mutawakkil hidup terbiar. Atas dasar prihatin dan tanggungjawab, Imam Ngah Deraman telah menjadikan Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya. Sejak itu, Imam Ngah Deraman selalu menceritakan perihal Ahmad Mutawakkil kepada penduduk kampung termasuklah kepandaiannya membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 1943, Ahmad Mutawakkil telah bekerja di bandar.
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 5 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 30 PERISTIWA BERGAMBAR CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL (Zainal Rashid Ahmad) WATAK & PERWATAKAN Watak utama – Ahmad Mutawakkil. Watak-watak sampingan – Tuan Booth, Sandra, Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Singap, isteri Tuan Booth, lima orang pengganas komunis, lima belas keluarga buruh keturunan India, dan penduduk kampung. 1. Ahmad Mutawakkil - berusia 25 tahun ketika dia meninggal dunia akibat ditembak oleh pengganas komunis./ anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu selepas kematian ayahnya. / boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris dengan baik. / bermisai nipis seperti bulu roma dan mempunya perwatakan yang sangat mengagumkan masyarakat kampungnya./ bekerja sebagai wartawan yang masyur dan banyak menulis dalam surat khabar. / seorang nasionalis muda yang mempunyai sifat patriotisme yang tinggi apabila dia secara terbuka berjuang menentang Inggeris./ bijak merancang masa depan. - beliau belajar menulis dan membaca daripada Sandra sewaktu beliau menumpang tinggal dengan Tuan Booth./ petah berpidato - berjaya memukau masyarakat kampung dengan pengucapan pidatonya yang lantang. / berani bersuara demi kebenaran melalui penulisannya dalam surat khabar dan penyampaian pidatonya. / sanggup berkorban dan menggadaikan nyawanya untuk mempertahankan keselamatan penduduk dan kampungnya daripada ancaman pengganas komunis. / seorang yang menghargai jasa dan budi orang lain - Ahmad Mutawakkil tetap menghargai jasa dan budi baik Tuan Booth dengan menghadiri majlis yang diadakan oleh Tuan Booth di banglo
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 5 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 37 NOTA & LATIHAN KOMSAS 2 Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada SINOPSIS Negara Siam mendengar berita bahawa kerajaan Melaka merupakan sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh mana-mana kuasa ketika itu. Oleh itu, Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil untuk berjumpa dengan Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah / mengaku ketuanan Raja Siam (membayar ufti). Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah lantas menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka bertujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara. Namun begitu, terdapat seorang dari Kelang yang iri hati kepada Tun Perak lalu memfitnahnya. Dia memberitahu Sultan Muzaffar bahawa Tun Perak telah mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk mengetahui kedudukan perkara sebenar. Tun Perak memberitahu Sultan Muzaffar bahawa beliau bertugas untuk Negara, dan meminta Sultan Muzaffar memecatnya jika mempercayai fitnah tersebut. Sultan Muzaffar sangat gembira dengan ketegasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan. Ekoran pelantikan tersebut. penduduk Melaka berpecah kepada dua kumpulan iaitu mereka yang berpihak kepada Paduka Raja dan Seri Nara Diraja. Mereka berdua juga saling berselisih faham dan tidak bermaufakat. Sultan Muzaffar sagat sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua kerana perbalahan antara mereka boleh memunsahkan kerajaan Melaka. Akhirnya, Sultan Muzaffar nekad untuk menceraikan isterinya iaitu Tun Kudu ( anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja) supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan Sultan Muzaffar. Sejak dikahwinkan, hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara. Pada waktu itu Bendahara Paduka Raja dikatakan sebagai orang yang bijaksana. Pada zaman kegemilangan itu, terdapat tiga orang pembesar yang bijaksana di tiga buah negeri besar, iaitu Patih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Kanayan di Pasai, dan Bendahara Paduka Raja serta Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka. Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Muzaffar memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Seri Bija Diraja juga diperintahkan untuk membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahu Siam sehingga mereka kalah. Tindakan Tun Umar itu telah membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan.
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 5 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 47 NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS (KHAIRUDDIN AYIP) LATAR BELAKANG PENULIS NOVEL Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor. Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan. Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat berketurunan Jawa yang letaknya empat kilometer dari pekan Parit Raja,. Beliau melalui kehidupan sebagai warga kampung, penghuni asrama sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Kehidupannya banyak berubah semasa bertugas di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak menteri, kerabat raja, datuk, orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu, beliau melihat pelbagai ragam kehidupan manusia yang baik hinggalah penagih dadah dan pelacur. Hidup di kawasan Chow Kit yang terlalu keras, pentingkan diri dan nekad, secara tidak langsung membentuk dirinya menjadi berani hadapi segala kemungkinan. Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat membaca buku dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga, apabila menatap karya abangnya Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin yang sering terpampang melalui media massa. Pada tahun 1975, beliau mula menulis dan karyanya yang pertama tersiar dalam Berita Harian semasa beliau di tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO menerusi rencana yang tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu keputusan SPM, Khairuddin menulis novel Cinta Yang Rapuh yang diterbitkan oleh Knight Publising dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul keyakinan bakat dirinya dalam bidang penulisan. Setahun kemudian, beliau menulis novel Pelangi Senja yang diterbitkan oleh Tra-tra Publishing pada tahun 1983.
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 5 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 58 7. Persoalan tentang dendam kesumat yang memusnahkan maruah orang lain. - Aton menuduh Dahlia sebagai orang yang bertangguyngjawab membunuh anaknya, Said manakala Embong pula dituduh sebagai perancang kematian anaknya itu disebabkan dendam kesumat yang masih berbekas di hatinya terhadap Saleha yang pernah menghalaunya sewaktu dia datang untuk mengutip hutang daripada Saleha. 8. Persoalan tentang kebijaksanaan dalam aspek pengurusan masa secara berkualiti. - Dahlia bijak membahagikan masanya untuk melakukan kerja-kerja di dapur, menjaga adik-adiknya, dan memperuntukkan masa untuk belajar walaupun ketika itu dia berhadapan dengan situasi yang getir. Embong bijak mengurus masa dengan baik apabila dia memutuskan untuk turun memetik buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir yang terletak dua kilometer dari rumahnya selepas dia menziarahi jenazah Said memandangkan hari masih pagi. 9. Persoalan tentang keberanian menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain. - Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai. Walau bagaimanapun, usaha murninya itu menemukan kegagalan apabila Said ditemui di dasar sungai yang berlumpur itu dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa. 10. Persoalan tentang ketamakan wang ringgit dan ingin hidup mewah hingga sanggup menzalimi saudara kandung. - Seman sanggup mempengaruhi dan meracuni pemikiran ibunya, Kiah agar bersetuju dengan cadangannya untuk menjual tanah pusaka seluas lima ekar termasuk tapak rumah adik kandungnya, Saleha disebabkan sifatnya yang tamak akan wang ringgit hingga sanggup mengetepikan nilai kemanusiaan terhadap keluarga adik kandungnya sendiri.
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 5 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 66 NOTA TAMBAHAN NOVEL Jendela Menghadap Jalan [Ruhaini matdarin] & Songket Berbenang Emas [Khairuddin Ayip] Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas LATAR TEMPAT PERISTIWA LATAR TEMPAT PERISTIWA 1. Kampung Sentosa. Lili telah menghabiskan cuti persekolahannya selama dua minggu pada bulan Ogos 2008 di kampung Sentosa yang terletak di daerah Dungun, Terengganu. Rumah Embong. 11. Tempat tinggal Embong, Saleha, dan anak-anak mereka, iaitu Dahlia, Abu Bakar, Mawar, Melati, Kiambang, dan Anggerik yang terletak di daerah Batu Pahat, Johor. 2. Pekan Sentosa. Bas ekspres dari Kuala Lumpur telah menurunkan Lili di pekan ini sebelum Lili dijemput oleh Rashid untuk ke rumah datuk dan neneknya. 12. Rumah Nek Kiah. Tempat Seman memujuk ibunya, Nek Kiah agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar yang bersambung dengan tapak rumah Saleha kerana tanah tersebut mempunyai nilai komersial. 3. Rumah Datuk/Haji Abdul Rahman Geetha datang bermalam di rumah datuk Lili selama dua malam ketika Lili berada di situ. Rumah Aton. 13. Tempat Aton dan Said tinggal sebelum Said meninggal dunia akibat mati lemas di sungai. 4. Rumah Lili di Kuala Lumpur. Ibu mengejutkan Lili daripada tidiur untuk mengingatkannya agar segera mandi dan bersiap bagi urusan menghantarnya pulang ke kampung kelahirannya di Dungun. Hospital Permai, Johor Bahru. 14. Tempat Dahlia bertemu dengan Azhari secara tidak sengaja ketika Dahlia melawat ibunya yang sedang menerima rawatan pemulihan penyakit yang dihidapinya itu. Rumah Che Jah. Lili dan Rashid berkunjung ke rumah Che Jah. Mereka menikmati hidangan tengah hari sebelum pulang semula ke rumah. Hospital Batu Pahat. 15. Tempat Saleha dimasukkan ke wad 6, iaitu wad psiakiatri sebelum dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru. 5. Rumah Geetha. Lili telah berkunjung ke rumah Geetha. Geetha meluahkan rasa bosannya kerana ibu dan bapanya sibuk di kedai runcit serta lantaran lama bercuti di kampung. Sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim. 16. Tempat Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi menuntut ilmu sebagai murid tingkatan enam dan bakal menduduki peperiksaan STPM pada penghujung tahun itu.