Modul KOMSAS SPM Tingkatan 4 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 7 MAKLUMAT UMUM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Peperiksaan awam Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengalami format baharu soalan / instrumen peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2021 bagi mata pelajaran akademik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Rajah berikut menggambarkan format instrumen mata pelajaran Bahasa Melayu (1103 / 1104) yang diguna pakai mulai tahun 2021. KERTAS BAHASA MELAYU KSSM – SPM / SVM : BERTULIS (1103 / 1104) Kertas yang menguji kemahiran penulisan ini terbahagi kepada 2 kertas iaitu: i. Kertas 1 – Karangan ii. Kertas 2 - Sistem dan Aplikasi Bahasa, Pemahaman dan Rumusan KERTAS BAHASA MELAYU KSSM – SPM : KERTAS 2 (1103/1 & 1104/1) Kertas yang menguji kemahiran penulisan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: i. Bahagian A (Sistem & Aplikasi Bahasa) – 100 markah ▪ Soalan 1 : Morfologi – 35 markah ▪ Soalan 2 : Sintaksis ▪ Soalan 3 : Penyuntingan ▪ Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard ▪ Soalan 5 : Peribahasa
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 4 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 10 7. Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi). 8. Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum. 9. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka. Nota Ringkas Peringkat / Binaan Plot Teknik Plot 1. Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik. 2. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut: (a) Imbas kembali (i) Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. (ii) Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 4 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 15 KOMSAS TINGKATAN 4 (Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul & Novel Jendela Menghadap Jalan) NOTA PADAT KOMSAS Prosa Moden (Cerpen) TAJUK / PENGARANG TEMA PERSOALAN NILAI Kaduk, Ayam dan Raja Zurinah Hassan Kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang pertanian dan keusahawanan. 1. Persoalan tentang kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden - Hakim menjadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai tanah pertanian. 2. Persoalan tentang halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan - Hakim terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekal dan menentukan harga barangan penternakan seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya. 3. Persoalan tentang usaha mengembalikan hak yang telah diambil oleh orang lain - Hakim telah mendapatkan bantuan seorang sahabatnya yang bernama Azam untuk mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah datuknya semula. 4. Persoalan tentang kesusahan masyarakat yang mengusahakan bidang pertanian - Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas hati penduduk kampung dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang pertanian. 1. Nilai kegigihan - kegigihan seorang anak muda lepasa universiti untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden. 2. Nilai rasional - Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul, iaitu melalui proses mahkamah. 3. Nilai ketabahan - Hakim tabah untuk meneruskan usaha menternak ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai rintangan yang lain. 4. Nilai tanggungjawab - Hakim berusaha untuk membersihkan nama dan maruah datuknya yang tercalar. 5. Nilai berdikari - Hakim tidak memohon bantuan daripada pihak kerajaan sebaliknya membuat pinjaman bank.
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 4 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 25 Puisi Tradisional TAJUK / PENYAJAK TEMA PERSOALAN NILAI Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) Nasihat kepada murid agar memelihara anggota diri dan berbudi pekerti mulia. 1. Persoalan tentang kepentingan menjaga pancaindera, iaitu penglihatan, pendengaran dan pertuturan dalam kehidupan sehari-hari. 2. Persoalan tentang kepentingan menjaga nafsu makan dan nafsu syahwat. 3. Persoalan tentang kepentingan mengawal anggota badan terutama tangan dan kaki. 1. Nilai berhati-hati - kita dinasihati agar berhati-hati mengawal pancaindera agar tidak membawa kepada kerosakan. 2. Nilai rasional - kita dinasihati agar tidak menurut kehendak nafsu makan dan nafsu syahwat. 3. Nilai kebijaksanaan - kita dinasihati agar berusaha mengawal anggota tangan dan kaki. NOTA & LATIHAN KOMSAS 1 Drama Berkhidmat untuk Negara oleh Affix Zulkarnaen Adam SINOPSIS - Drama ini mengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang memberikan berbagaibagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Setelah menerima sepucuk surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara Aiman mengalami konflik dalaman kerana dia tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN disebabkann pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti program berkenaan. Selain itu, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya kerana dia berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan. Konflik antara Aiman dengan Nek Sinah bermula apabila dia merasakan Nek Sinah seolah-olah mengatur kehidupannya apabila menjemputnya untuk makan tengah hari. Oleh itu, dia telah melayan orang gajinya itu dengan kasar dan kurang sopen. Nek Sinah kecewa dengan sikap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua. Walau bagaimanapun, Nek Sinah hanya bersabar ketika berhadapan dengan kerenah Aiman itu. Cerita diteruskan dengan peristiwa Aiman di sekolah. Kawan-kawannya memberitahu Aiman tentang namanya yang telah terpilih bagi mengikuti PLKN. Aiman tawar hati apabila mendengar berita itu. Sundarani, Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Aiman berbincang tentang PLKN. Masing-masing melahirkan rasa bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih baharu PLKN kecuali Aiman. Semasa sesi pembelajaran di kelas, Cikgu Dahari telah menerangkan PLKN kepada Aiman dan rakan-rakan sekelasnya dengan panjang lebar. Kebetulan, Cikgu Dahari juga merupakan pengajar sambilan PLKN yang memfokuskan modul PPSB, iaitu Program Penghayatan Sastera dan Budaya.
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 4 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 28 2. Sekolah. Cikgu Dahari telah berbincang dengan anak-anak muridnya, iaitu Aiman, Nora, Ah Tiau, Sundarani dan Syuhada berkaitan dengan PLKN di sekolah. 3. Bilik Aiman. Aiman melayari Internet menggunakan komputer riba di biliknya. 4. Latar tempat lain termasuklah Kem Gerakhas, Desaru, Johor; Kem de Bana, Jempol, Negeri Sembilan; Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat, Selangor; Kem Teluk Sari, Mersing, Johor; Kelab Golf; Universiti; dan Kantin sekolah. Latar Masa 1. Cuti hujung minggu. Masa Aiman bersantai di rumah dan melakukan segala perkara yang diinginnkannya pada cuti hujung minggu. 2. Waktu tengah hari. Posmen datang ke rumah Khir Ghazali untuk menyampaikan sepucuk surat kepada Aiman, iaitu tentang pemilihan Aiman sebagai salah seorang pelatih PLKN yang baharu pada waktu tengah hari. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang mementingkan semangat patriotik/cinta akan negara. - kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih sebagai pelatih PLKN. 2. Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga. - Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau mewajibkan Aiman menjadi peatih baharu PLKN untuk membentuk sahsian anaknya itu supaya menjadi seorang insan yang mampu berdikari dan berguna kepada nusa dan bangsa. 3. Masyarakat yang berintegriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab. - posmen bermohon diri daripada Aiman untuk menyambung kerjanya menghantar surat kepada para pelanggan yang lain. 4. Masyarakat yang berpandangan jauh. - Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN. 5. Masyarakat yang mempunyai pengaruh dan kedudukan dalam kalangan masyarakat. - Datin Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian Aiman daripada menyertai PLKN. 6. Masyarakat yang terlalu memanjakan anak. - Datin Masnah tidak bersetuju tentang penyertaan Aiman sebagai pelatih PLKN kerana bimbang akan keselamatan nyawa anaknya. 7. Masyarakat yang berpendirian tegas. - Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Datin Masnah dan Aiman.
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 4 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 31 NOTA & LATIHAN KOMSAS 2 Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan SINOPSIS Cerita ini bermula dengan peristiwa Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi menemui Kertala Sari untuk menjemputnya ke kediaman Patih Gajah Mada. Patih Gajah Mada telah membawa Kertala Sari berjumpa dengan Seri Betara di Istana Seri Betara, Majapahit. Seri Betara akan melantik Kertala Sari sebagai penggawa agung. Mereka berbincang tentang cara untuk membunuh Laksamana dan Raja Melaka sekali gus menumpaskan kerajaan Melaka. Seri Betara mengarahkan Kertala Sari ke Melaka untuk menuntut bela atas kematian tujuh orang pejuritnya dengan cuba membunuh Ratu Melaka dan Laksamana. Kertala Sari bersemangat waja dan bersedia menjunjung perintah Seri Betara. Kertala Sari telah belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk bersama-sama dengan penduduk kampong yang berketurunan Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Dia telah Berjaya mengecam Laksamana yang telah membunuh bapanya. Pada suatu malam, Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan isteri saudagar itu turut dicabul. Pada malam-malam berikutnya, Kertala Sari telah mencerobohi rumah saudagar dan orang kaya yang lain. Semua harta benda mereka itu disamun Kertala Sari. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Baginda telah menitahkkan Temenggung agar mengarahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumahrumah dan kampung. Pada malam yang berikutnya, Kertala Sari menggunakan ilmu saktinya untuk menundukkan para pengawal yang berkawal di rumah orang kaya itu. Habis harta benda orang kaya itu dicurinya dan isteri orang kaya itu turut juga dicabul Kertala Sari. Sekali lagi, Raja Melaka mengarahkan Temenggung memperkukuh barisan pertahanan bagi mengawal negeri Melaka daripada ancaman pencuri. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu raja bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka. Laksamana memohon kebenaran raja untuk cuba menangkan pencuri itu. Laksamana memasang lembing, tombak dan kayu di keliling istana Raja Melaka. Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 4 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 37 NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN LATAR BELAKANG PENULIS NOVEL Beliau dilahirkan pada 16 Mac 1981 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik ini mendapat pendidikan sehingga peringkat Sarjana Muda Kewangan di Universiti Sains Malaysia. Beliau kini berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan. Beliau suka melancong dan membaca. Beliau meminati bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan mula menulis pada usia 17 tahun. Setelah menamatkan pengajiannya pada tahun 2003, beliau mula menulis secara aktif dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen dan esei. Pada tahun 2004, lima buah novel beliau telah diterbitkan dan beberapa buah novel lain dalam proses penilaian untuk diterbitkan. Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat pertama dalam peraduan mengarang cerpen peringkat kebangsaan sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada tahun 2008 beliau memenangi Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara. Pada tahun 2009 pula beliau telah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. LATAR BELAKANG NOVEL Novel ini memenangi tempat kedua kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2008. Novel ini ditulis oleh seorang penulis muda yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah iaitu Rohaini Matdarin. Novel ini memenangi kategori remaja. Kumpulan sasarnya adalah untuk bacaan remaja . Isi dan kandungan novel ini serta penyampaian dan penceritaannya berkait rapat dengan remaja. SINOPSIS KESELURUHAN Plot berkisar pada watak utama iaitu Lili; seorang anak remaja yang menetap di bandar. Dia pulang ke kampung pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Lili menurut kata-kata ibunya walau batinnya melawan agar tidak melukakan hati ibunya. Melalui latar tempat di kampung terdapat beberapa watak remaja lagi yang diperkenalkan kepada para pembaca. Ada antara mereka yang menjadi rakan Lili seperti, Danel dan Geetha. Bagi melengkapkan plot penceritaan penulis turut memperkenalkan watak remaja yang berfifat antagonis dalam novel ini seperti Rafik dan Haziq. Watak remaja yang bersifat dinamik turut diwujudkan sebagai panduan kepada para pembaca sekalian. Penulis ingin mengingatkan pembaca bahawa watak yang berperwatakan jahat bukan selama-lamanya jahat. Mereka mampu berubah jika diberi peluang untuk melakukan anjakan paradigma. Penulis juga ingin memberi motivasi
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 4 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 41 henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya. Soalan itu tidak berjawab. Bab 14 Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya. Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya. Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya yang terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup. Bab 15 Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akarakar kayu. Nenek gembira dengan perkhabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan. Bab 16 Datuk bercerita dengan nenek tentang pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala Geetha dan Lili pula menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha meminta diri untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili terserempak dengan adegan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mengenali pemuda-pemuda tersebut kerana mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya, menurut kata nenek, semenjak belakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang. Bab 17 Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan mereka mampu hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan di samping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya dilakukan secara seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Modul KOMSAS SPM Tingkatan 4 muinmohsein.blogspot.com Sesi 2023 / 2024 56 9. Masyarakat yang taat akan perintah agama. - datuk dan nenek Lili bersegra mengerjakan solat apabila masuk watunya. Datuk Lili juga sering bersolat jemaah, sama ada di rumah atau di surau Kampung Sentosa. 10. Masyarakat yang menghormati tetamu. - Che Jah begitu baik melayan kunjungan kali pertama Lili dan Rashid ke rumahnya. 11. Masyarakat yang mengalami masalah dalam rumahtangga - Suami Che Jah merupakan seorang yang suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak. Anak-Anak serta isterinya sering Menjadi mangsa kekejamannya. Haziq iaitu anak Che Jah merupakan pelajar yang pintar tetapi tersalah jalan dalam pergaulan menyebabkannya diberhentikan sekolah. 12. Masyarakat yang suka mengambil tahu hal keluarga orang lain. - Nenek memberitahu Lili bahawa orang Kampung suka bermuka-Muka. Mereka juga suka mengumpat walaupun melalui jendela. 13. Masyarakat Yang Prihatin - Lili prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che Jah ekoran sikap tidak bertanggungjawab Seman iaitu suami Che Jah / Lili meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan memaklumkan sikap Seman. / Lili berpendapat bahawa Danel bertanggungjawab untuk membagunkan kampung kerana Danel merupakan penduduk tetap kampung, dan dia perlu memperjuangkannya. / Danel prihatin terhadap Lili dengan menyelematkan Lili sewaktu diculik. Dia membawa Lili ke pean. Dia juga bersependapat dengan Lili dalam banyak perkara. 14. Masyarakat yang buruk sangka. - Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana menyangka datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan. / Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal. / Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung agar menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah tersebut dimajukan dengan penanaman agripolitan LATIHAN PENGUKUHAN LATIHAN 1 Pengajaran Peristiwa / Contoh 1. Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kita supaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala. 2. Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat. 3. Kita hendaklah hidup dalam harmoni supaya semua kaum dapat menikmati kehidupan yang aman.