Skop 10
PERSEDIAAN KE
ALAM REMAJA
OBJEKTIF:
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :
• Memahami peringkat tumbesaran dan
perkembangan individu.
• Mengenal pasti perubahan fizikal dan
mental yang dialami semasa perubahan ke
alam remaja.
• Mengamalkan cara-cara penjagaan
kebersihan alat sulit.
DEFINISI REMAJA
•Remaja adalah masa peralihan
dari alam kanak–kanak ke alam
dewasa.
• Zaman remaja bermula dari usia
10 hingga 19 tahun.
•Tempoh peralihan ini berbeza di
antara seorang individu dengan
individu yang lain.
PERUBAHAN KEDEWASAAN
• Remaja lelaki dan perempuan akan
mengalami perubahan dari aspek
fizikal dan psikososial.
• Perubahan ini berlaku akibat
tindakan hormon dalam badan.
PERUBAHAN REMAJA
DARI ASPEK FIZIKAL
Kadar tumbesaran adalah berbeza di
antara remaja lelaki dan perempuan.
Kadar tumbesaran juga turut berbeza
di antara seorang individu dengan
individu yang lain.
Gambar rajah peringkat
perkembangan
Bulu tumbuh di Suara menjadi
celah ketiak lebih matang.
dan
Mula didatangi
bahagian ari-ari. haid.
Buah dada
mula
membesar.
Punggung PERUBAHAN Jerawat mula
melebar REMAJA DARI tumbuh.
menunjukkan
ciri-ciri ASPEK
kewanitaan. FIZIKAL
Bahu dan dada Jerawat mula
menjadi bidang. tumbuh.
Misai dan janggut Mengalami
mula tumbuh. mimpi yang
mengghairahkan
sehingga
keluar air mani.
Suara menjadi PERUBAHAN Zakar dan buah
garau. REMAJA DARI zakar mula
membesar.
ASPEK
FIZIKAL
Organ Reproduktif
Remaja
ORGAN REPRODUKTIF
REMAJA PEREMPUAN
Kit Latihan
Organ Reproduktif
Remaja
ORGAN REPRODUKTIF
REMAJA LELAKI
Kit Latihan
Amalan Kebersihan Alat Sulit Lelaki
Masalah alat sulit
o Masalah sukar kencing dan kencing tak lawas.
o Masalah jangkitan kulat pada sekeliling kemaluan (penis).
o Kecederaan pada alat sulit - bengkak dan sakit semasa kencing.
Kebersihan pakaian dalam
o Disarankan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kain
kapas.
o Mesti ditukar setiap hari untuk mengelakkan dari berbau dan
jangkitan kuman dan kulat.
Kepentingan untuk bersunat
o Memudahkan penjagaan kebersihan.
o Mengelakkan jangkitan kutu dan kulat.
o Mengelakkan masalah buang air kecil.
Amalan Kebersihan Alat Sulit Perempuan
Masalah alat sulit
o Jangkitan kulat, bakteria - menyebabkan gatal, sakit dan
berbau.
o Keradangan (merah dan bengkak).
o Lendir.
o Kecederaan (contoh semasa bersukan).
Kebersihan pakaian dalam
o Disarankan memakai pakaian dalam yang diperbuat
daripada kain kapas.
o Mesti ditukar setiap hari untuk mengelakkan daripada
berbau dan jangkitan kuman dan kulat.
o Ketika masa haid tukar lebih kerap pakaian dalam.
Penjagaan semasa haid
o Kerap tukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak
darah keluar kerana darah merupakan medium yang sesuai untuk
kuman membiak.
o Tukar seluar dalam jika dicemari darah.
oJika sakit sebelum atau semasa haid maklum kepada guru untuk
rujukan ke klinik.
o Tuala wanita yang telah digunakan, hendaklah dilupus dengan
sempurna.
Penjagaan payu dara
o Perubahan ketara tumbesaran payu dara.
o Pakai coli yang sesuai mengikut saiz payu dara.
o Menjaga kebersihan.