The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 861-1-ainil, 2022-04-27 10:14:27

KERETA HYBRID - TEKNOLOGI HIJAU

EBOOK PALS1012 NUR AINIL HUSNA

teknologi hijau

KERETA HYBRID

PRODUK TEKNOLOGI HIJAU YANG BERDASARKAN
ISU-ISU GLOBAL MENGENAI ALAM SEKITAR

NUR AINIL HUSNA BINIT HASHIMI

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI HIJAU
1.1 Konsep Teknologi Hijau
1.2 Dasar Teknologi Hijau Negara

2.0 ISU SOSIOSAINTIFIK DALAM SEKTOR TENAGA
2.1 ISU
2.1.1 Penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui
2.1.2 Pembakaran sumber bahan api fosil
2.2 KESAN DARIPADA ISU
2.2.1 Sumber bahan api fosil habis
2.2.2 Pemanasan global

3.0 PENGENALAN KEPADA PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
3.1 Konsep kereta hybrid
3.2 Contoh produk kereta hybrid

4.0 ANALISIS PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
4.1 KEBAIKAN
4.1.1 Mesra Alam
4.1.2 Mengurangkan pencemaran Udara
4.2 KELEMAHAN
4.2.1 Harga yang mahal
4.2.2 Ketiadaan tempat penyelenggaraan

5.0 PENUTUP
6.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI HIJAU

1.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Menurut Wikipedia (2022), teknologi hijau merupakan penggunaan sains alam
sekitar untuk memulihara sumber serta alam semula jadi dan mengawal kesan negatif
daripada aktiviti manusia. Negara kita berada dalam keadaan yang sangat
membimbangkan kerana telah berlakunya pelbagai pencemaran dan kesan buruk
kepada manusia. Hal ini kerana berlakunya kemajuan teknologi serta pembangunan .

Walau bagaimanapun, pelbagai inisiatif dan cara telah diusahakan untuk
mengembalikan kelestarian alam sekitar kita demi masa depan cucu cicit kita nanti.
Antara kepentingan mengapa perlu menjaga kelestarian alam sekitar adalah untuk
mengelakkan berlakunya kemusnahan alam sekitar. Sehingga kini, sudah banyak
kejadian alam yang berlaku kepada manusia. Sebagai contoh, kejadian banjir besar
yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia. Menurut Astro Awani (25 Februari
2022) mengatakan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan sistem cuaca
tekanan rendah dijangka berlaku di sempadan negeri Pahang Dan Terengganu pada 25
Februari 2022 yang akan menyebabkan angin kencang dan hujan lebat yang
berterusan.

Di samping itu, teknologi hijau diperlukan untuk mengurangkan pengeluaran
karbon bagi mengelakkan pencemaran. Selain itu, ianya dapat menjimatkan sumber
asli negara dengan menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti
tenaga solar dan tenaga angin. Tenaga yang boleh diperbaharui juga dapat memberi
jaminan dari segi keselamatan bekalan elektrik. Hal ini adalah disebabkan ianya dapat
mengurangkan kadar kebergantungan pada bahan api yang diimport seperti bahan api
fosil atau arang batu. Suhubungan dengan itu, teknologi hijau patut dipraktikkan agar
dapat menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat.

1.2 DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA

Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak pada bulan Julai 2009. Dasar ini menekankan aspek pemacuan
pertumbuhan ekonomi negara serta pembangunan mapan. Pembangunan mapan
bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa
mengabaikan keupayaan generasi yang akan datang bagi memenuhi keperluan
mereka. DTHN ini berasaskan kepada empat tonggak iaitu tenaga, alam sekitar,
ekonomi dan sosial.

Untuk tonggak dasar bagi tenaga, teknologi hijau ini adalah untuk mencari
ketidakbergantungan tenaga dan untuk mempromosikan kecekapan tenaga. Bagi
alam sekitar pula, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan serta dipelihara.
Seterusnya, dari aspek ekonomi , daripada teknologi hijau ini ia dapat meningkatkan
pembangunan ekonomi negara hasil daripada penggunaan teknologi. Seperti yang
kita lihat, terdapat pelbagai teknologi yang direka yang bertujuan untuk melestarikan
alam sekitar. Akhir sekali, tonggak dasar dari segi sosial pula adalah untuk
meningkatkan kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.

Daripada apa yang dikatakan, dapat kita lihat bahawa teknologi hijau menekankan
aspek kecekapan tenaga. Kecekapan tenaga membawa maksud kepada
menggunakan tenaga elektrik yang sedikit bagi menjalankan sesuatu kerja pada
kadar yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini.

2.0 ISU SOSIOSAINTIFIK DALAM SEKTOR TENAGA

Menurut Noraini. Etc (2019) , sektor tenaga adalah
memfokuskan kepada penggunaan tenaga alternatif yang
lebih bersih, bebas daripada karbon, dan dapat
menggantikan bahan api fosil. Negara kita telah mengalami
kadar pertambahan penduduk. Oleh kerana itu, berlakunya
peningkatan dalam segala keperluan hidup. Hal ini telah
memberi impak yang sangat serius kepada alam sekitar dan
alam semula jadi dan maka terhasillah isu sosiosaintifik
seperti hari ini. Masalah terbuka yang merupakan isu sosial
kontroversi di mana ia boleh dikaitkan dengan sains dan
menekankan aplikasi moral serta saintifik kepada situasi
sebenar merupakan maksud kepada isu sosiosaintifik.
Pelbagai contoh isu dalam sektor tenaga yang telah melanda
dunia seperti pemanasan global, penebangan hutan,
pencemaran udara dan banyak lagi. Isu-isu ini berlaku hasil
daripada aktiviti yang telah dijalankan oleh manusia . Salah
satu kesan ketara yang dapat kita lihat adalah berlakunya
pemanasan global. Kalau kita lihat, pada masa dahulu
suasana di kampung masih terasa sejuk dan nyaman tetapi
situasi itu sudah berkurangan disebabkan berlakunya
penipisan ozon pada bumi kita.

2.1.1 ISU

2.1.1 PENGGUNAAN SUMBER
TENAGA YANG TIDAK BOLEH
DIPERBAHARUI

Negara kita antara negara yang kaya
dengan kepentingan sumber asli yang telah
menjadi asas terpenting dalam penghasilan
tenaga. Sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui merupakan sumber tenaga
yang tidak boleh diganti dalam jangka masa
yang singkat apabila habis digunakan.
Perkara ini telah menjadi isu bagi negara
kita. Menurut Taufik Ibrahim, (2021) Sumber-
sumber seperti petroleum, gas asli dan
arang batu akan berkurangan untuk
kegunaan pada masa akan datang. Seperti
yang kita tahu, penjanaan elektrik juga
adalah terhasil daripada pembakaran
sumber bahan api fosil. Permintaan terhadap
bekalan elektrik di Malaysia telah pun
meningkat dari tahun ke tahun.

-3-

2.1.2 PEMBAKARAN SUMBER
BAHAN API FOSIL

Melalui pembakaran bahan api fosil ini akan berlakunya pencemaran alam sekitar.
Gas rumah hijau iaitu gas karbon dioksida dibebaskan hasil daripada pembakaran
sumber bahan api fosil dalam industri dan pengangkutan. Dalam zaman yang serba
canggih ini, dapat kita lihat pelbagai jenis bentuk dan jenis kenderaan yang direka.
Walau bagaimanapun, masyarakat masih tidak sedar bahawa kenderaan boleh
mencemarkan alam sekitar. Jika kita lihat situasi di Malaysia, di Kuala Lumpur sering
berlakunya kesesakan lalu lintas. Ramai di antara mereka tidak mengamalkan cara
untuk mengurangkan pencemaran. Hal ini kerana masyarakat masih membawa sebiji
kereta seorang untuk ke tempat kerja. Mereka tidak menggunakan kenderaan awam
yang tidak menggunakan bahan api fosil ini seperti kereta api.

2.2 KESAN DARIPADA ISU 2.2.1 SUMBER BAHAN API
FOSIL HABIS

Seperti yang kita tahu, sumber minyak telah
terlibat dalam semua aspek kehidupan manusia.
Lebih daripda 85% kenderaan di Malaysia
memerlukan petrol untuk mengisi minyak
memandangkan majoriti daripada kita memandu
untuk ke tempat kerja dan pasar raya. Kehabisan
sumber bahan api fosil bukan hanya memberi
impak kepada manusia dalam sektor minyak.
Malahan, ianya akan memberi kesan yang teruk
seperti sumber makanan merosot kerana
ketiadaan kenderaan untuk menghantar
makanan. Di samping itu, bekalan elektrik juga
akan terputus. Hal demikian adalah disebabkan
kebanyakan tempat yang bergantung kepada
arang batu dan gas semula jadi akan berlakunya
keputusan bekalan elektrik.

2.2.2 PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global merupakan Sebagai tambahan, semasa dunia digemparkan
fenomena pemerangkapan gas yang dengan penyakit berjangkit iaitu Covid-19 pada
dikenali sebagai gas rumah hijau yang tahun 2019, sekatan pergerakan yang dihadapi
membabitkan kumpulan gas seperti gas oleh masyarakat memberi impak yang sangat
karbon dioksida, karbon monoksida, baik kepada bumi. Perkhidmatan Perubahan
kloroflorokarbon metana dan nitrogen Iklim Copernicus dan perkhidmatan pemantauan
dioksida. Gas -gas ini membenarkan Atmosfera Copernicus telah mengesahkan
bahang matahari menembusinya tetapi penutupan lubang lapisan ozon pada 15 April
menghalang pembebasan semula 2020. Mereka berpendapat bahawa alam semula
bahang bumi ke atmosfera. jadi kian pulih disebabkan ketiadaan aktiviti
manusia yang membawa kepada berlakunya
Menurut Nazura Ngah (2017), pencemaran air, udara dan tanah sewaktu
perintah kawalan pergerakan tersebut.

pemanasan global kini berada pada Natijahnya, pemanasan global memberi kesan
tahap yang kritikal. Hal ini disebabkan
berlakunya keadaan cuaca yang tidak yang begitu banyak kepada persekitaran sama
ada kepada manusia atau alam semula jadi.
menentu kerana kita dapat Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan
menyaksikan bahawa terdapat
beberapa kawasan yang tidak pernah pemanasan global ini seperti meningkatkan
aktiviti penanaman semula, penggunaan bahan
mengalami banjir telah mengalami sumber yang boleh diperbaharui serta
banjir. Pemanasan global telah
membawa kepada perubahan serta mengurangkan kadar kebergantungan
penggunaan kenderaan persendirian tetapi
gangguan terhadap kitaran iklim, menggunakan kenderaan awam. Dengan itu,
habitat dan juga ekosistem.
kelestarian alam sekitar dapat dipupuk dan
dapat mengurangkan berlakunya pemanasan
global.

3.0 PENGENALAN KEPADA PRODUK TEKNOLOGI HIJAU

Dalam zaman yang serba moden ini, terdapat pelbagai produk serta inovasi yang telah
dihasilkan untuk memenuhi keperluan kepada teknologi hijau dan juga adalah untuk
memelihara alam sekitar. Sebagai contoh adalah kereta hybrid. Kereta hybrid ini
dikatakan sebagai satu inovasi dalam teknologi hijau serta merupakan sebuah kereta
yang mesra alam sekitar, Farah Ain (2019). Produk teknologi hijau ini dapat mendorong
masyarakat memperolehi cara hidup yang lebih baik serta dapat mempraktikkan
penggunaan tenaga lestari.

Antara kriteria produk teknologi hijau adalah penggunaan tenaga dan sumber
bahan api dapat dijimatkan. Selain itu, kemerosotan alam sekitar dapat diminimumkan.
Gas rumah hijau yang dibebaskan juga adalah rendah atau hampir sifar.

3.1 KONSEP KERETA HYBRID

Menurut Kamus dewan Edisi keempat,(2017) hybrid membawa maksud sebagai
kacukan. Mengikut definisi kenderaan hybrid adalah kenderaan yang menggunakan on
board rechargeable energy dan bekalan kuasa berasaskan bahan api untuk
menggerakkan kenderaan. Kereta hybrid ini kurang menggunakan bahan api lantas
menghasilkan kurang pencemaran. Kenderaan hybrid ini menggunakan tenaga kinetik
yang dihasilkan ketika membrek untuk mengecas semula bateri dengan menggunakan
sistem regenerative braking. Terdapat juga beberapa kenderaan hybrid yang
menggunakan enjin pembakaran untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hal ini adalah
berfungsi untuk memutarkan generator untuk sama ada mengecas bateri ataupun
memberi kuasa terus kepada motor elektrik yang digunakan untuk memacu kenderaan.

Teknologi hybrid adalah sebagai jalan penyelesaian terbaik pada hari ini untuk kesan
rumah hijau yang dihasilkan oleh kenderaan. Kereta biasa perlu mengeluarkan
sejumlah besar karbon dioksida ke persekitaran disebabkan oleh pembakaran bahan
bakar. Kereta hybrid ini mempunyai mesin petrol serta motor elektrik dan satu set
bateri. Walau bagaimanapun, enjin petrolnya lebih kecil daripada enjin kereta petrol
biasa. Kereta hybrid lebih mesra alam daripada kereta biasa kerana pelepasan karbon
dioksida yang kurang daripada kereta biasa.

3.2 CONTOH PRODUK KERETA HYBRID

• PERODUA BEZZA

• HONDA JAZZ HYBRID
• INSIGHT TOYOTA PRIUS

• NISSAN SERENA S HYBRID MPV

Hybrid terbahagi kepada dua bahagian iaitu hybrid penuh dan hibrid sederhana. Hybrid
penuh adalah ianya mampu untuk bergerak dengan menggunakan tenaga yang
dihasilkan oleh enjin sahaja, bateri sahaja atau kedua-duanya sekali manakala hybrid
sederhana adalah hybrid jenis gabungan enjin pembakaran dalam petrol ataupun diesel
yang dilengkapi oleh kelengkapan elektrik seperti motor atau generator.

4.0 ANALISIS PRODUK TEKNOLOGI HIJAU

4.1 KEBAIKAN KERETA HYBRID

4.1.1 MESRA ALAM

Salah satu sebab mengapa kereta hybrid menjadi produk teknologi hijau adalah
kerana ianya mesra alam. Ia tidak mengeluarkan bahan toksik melalui ekzos
seperti kereta biasa. Penggunaan dual enjin iaitu elektrik dan pembakaran
dalaman dapat mengurangkan bahan bakar dan menjimatkan tenaga. Disebabkan
ianya menggunakan elektrik, kereta hybrid ini tidak akan menyumbangkan
pencemaran udara yang berlaku seperti kereta biasa.

4.1.2 MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN TERHADAP BAHAN API FOSIL



Disebabkan bahan api fosil merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui,
maka penggunaan kereta hybrid ini dapat mengawal kadar kebergantungan bahan
api fosil terhadap kenderaan. Disebabkan ianya mempunyai enjin petrol dan
motor elektrik yang mampu menjimatkan petrol dan ianya hanya menghasilkan
asap toksik tahap rendah.

4.2 KELEMAHAN KERETA HYBRID 4.2.2 KEKURANGAN TEMPAT DALAM
PENYELENGGARAAN
4.2.1 HARGA YANG LEBIH MAHAL


Walaupun kereta hybrid ini dapat Pembaikan dan penalaan kereta hybrid ini
melestarikan alam sekitar, ia juga masih
mempunyai kelemahan di mana lebih mahal berbanding kereta biasa. Di
harganya yang terlalu mahal. Ini
menyebabkan ramai masyarakat yang samping itu, tidak semua kedai
tidak mampu untuk memilikinya.
Kebanyakannya kereta hybrid ini hanya penyelenggaraan kereta boleh
digunakan oleh golongan berpendapatan
tinggi. Walaupun begitu, sekiranya kita menyelenggara kereta hybrid ini kerana
tengok dengan lebih terperinci, kereta
jenis hybrid ini lebih murah jika bahan automobil ini tidak sama seperti
dibandingkan dengan jangka masa yang
panjang. bahan autombil kereta biasa.

5.0 PENUTUP

Natijahnya, teknologi hijau merupakan suatu teknologi yang
berkaitan dengan alam sekitar. Teknologi hijau ini merupakan
tanggunjawab bersama kerana alam sekitar merupakan medium
perkongsian yang digunakan oleh semua orang tanpa mengira
pangkat, rupa paras, jantina mahupun agama. Ianya adalah untuk
menjana kelestarian agar dapat digunakan oeh anak-anak kita
nanti. Kesan negatif yang dilakukan oleh kita bukan sahaja dirasai
oleh pelaku tetapi ianya memberi kesan kepada seluruh golongan
masyarakat. Malahan generasi yang akan datang turut merasa kesan
buruk terhadap bumi kita. Justeru, amalan Teknologi Hijau ini perlu
dipandang tinggi dan serius oleh semua pihak agar dapat
menikmati keindahan alam sekitar kita.

SENARAI RUJUKAN

6.0 SENARAI RUJUKAN
Astro Awani (2022. Februari 25). Banjir besar dijangka berlaku. Astro Awani.
Fairuz S., Sohif M., Norasikin A., & Azami. Z. (2020). Analisis kecekapan
aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor tenaga yang boleh
diperbaharui di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan 32(1), 121-130.
https://doi.org/10.17576/jkukm-2020-32(1)-15
Faris Danial Razi (2020. April 28). Bumi kian pulih, kebocoran lapisan ozon
kembali tertutup. Astro Awani.
Kamus Dewan edisi Keempat. (2017). Maksud hybrid. Dewan bahasa dan
Pustaka.
Mustafa, N. I., Ludin, N. A. Ibrahim, M. A., Zaharim, A. & Mohamed, N. M. 2019.
Life Cycle Assessment of Dye Sensitized Solar Cell in Malaysia. Jurnal
Kejuruteraan 31 (1): 161-68.
Nazura N. (2017.Januari 24). Pemanasan global kini di tahap serius. Berita
harian
Noraini Abdullah, N. Mazliana, M. Amirul dan Shamsulikram Abdul Hamid.
(2019). Teknologi hijau dalam melestarikan alam. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Taufik Ibrahim (2021. Mac 24). Bab 4 teknologi hijau dalam melestarikan alam.
Youtube. https://youtu.be/sjrI-51_QY8
Wikipedia.(2022). Maksud teknolgi hijau. Wikipedia

JADIKANLAH HARAPAN KITA MENJADI
REALITI. BUMI KITA BUKAN UNTUK
DIMAIN-MAINKAN.

TEKNOLOGI HIJAU

NUR AINIL HUSNA BINTI HASHIMI


Click to View FlipBook Version