Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 1 | M u k a s u r a t
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 2 | M u k a s u r a t MAJLIS ASPIRASI DEKAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI ”Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang” YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam Hj. Mohamad Isa Dekan 7 Mac 2024 (Khamis) Dewan Kuliah Ibnu Hayyan 9:30 Pagi
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 3 | M u k a s u r a t SALUTASI ال ّر ْح ال ّر ِحيم َم ِن بِ َِّللا ْسِم ال ّصالَة َو َى ال ّسَالم َر ِف َو ْنبِ اَ ْش يَا ِء َعل مْر َس ا ِلْي َن ْألَ ْ َوال ِ ِدناَ َسي نَا ٰ َو َمْول م َح ّم ى د َو َعلَ ِل ِه ٰ ْج َمِعْي َن َو َص ْحبِ ا ِه اَ YBrs. Prof. Madya Dr. Farah Wahida Harun, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, YBrs. Prof. Madya Dr. Azni Haslizan Ab Halim, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, YBrs. Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Seterusnya, Dato’ & Datin, rakan-rakan Profesor, ketua-ketua program, para penyelaras, rakan-rakan kakitangan akademik, kakitangan sokongan akademik (makmal dan pentadbiran) – keluarga FST yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum WBT, salam Malaysia MADANI, salam integrasi ilmu naqli & aqli. Alhamdulillah, pada hari ini, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberikan kita seluruh keluarga FST, kesempatan untuk berkumpul bersama lagi di ruangan majlis ini. Seterusnya selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, ikutan kita sepanjang zaman.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 4 | M u k a s u r a t Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian, PEMBUKA BICARA. Majlis Aspirasi Dekan Tahun 2024 ini bertemakan ‘Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang’, adalah gema atau ’echo’ kepada Amanat Naib Canselor USIM, Ybhg. Prof. Dato Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani pada 20 Februari yang lalu. Seperti yang kita semua telah dimaklumkan semasa majlis tersebut, Dato Naib Canselor telah mengamanatkan 29 Program dan 86 inisiatif yang dijajarkan daripada 5 Fokus utama KPT bagi tahun 2024. Sebelum sama-sama kita melihat bidikan atau sasaran FST pada tahun ini, marilah sama-sama kita menghayati Dokumen Pelan Startegik USIM 2023-2025 yang telah USIM bangunkan. Antara perkara yang ingin saya tekankan di sini adalah Hala Tuju USIM pada tahun 2025, adalah untuk menjadi Universiti Rujukan Global Berteraskan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Hasrat yang besar ini telah dipetakan dengan usaha melalui 7 teras utama dan 34 insiatif yang seharusnya menjadi fokus kita sebagai warga kerja di USIM. Hadirin boleh mendapatkan dokumen ini secara digital dengan mengimbas kod QR yang tertera pada layar di hadapan.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 5 | M u k a s u r a t PENCAPAIAN TAHUN 2023. Kita boleh berbangga dengan pencapaian tahun 2023 walaupun masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan prestasi penyampaian dan kecemerlangan akademik. Marilah bersama-sama kita menilai pencapaian tahun 2023 bagi membolehkan perancangan aktiviti tahun 2024 dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pada tahun 2023, FST telah berjaya menghasilkan 360 graduan, iaitu 7 daripadanya ijazah PhD, 13 ijazah Sarjana, 340 ijazah Sarjana Muda. Dalam konteks bilangan pelajar antarabangsa, kedudukan FST masih di tahap rendah iaitu seramai 39 orang (sekitar 2.13%); 19 pelajar PhD, 6 pelajar Sarjana dan 14 pelajar Sarjana Muda. Saya berharap FST dapat meningkatkan jumlah pelajar antarabangsa sehingga 5% menjelang 2029, dan mencapai 10% menjelang 2039. Dari segi bakat, kita boleh berbangga, dengan jumlah keseluruhan 102 orang ahli akademik, jumlah ahli akademik yang memiliki ijazah PhD di FST adalah seramai 97 orang atau 95%.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 6 | M u k a s u r a t FST juga boleh berbangga dengan pencapaian penerimaan geran penyelidikan pada tahun 2023. Kita telah menerima geran sebanyak RM 939,120.00. Jumlah ini meningkat sebanyak 367.82% berbanding tahun 2022 dengan jumlah geran hanya RM255,315.00. Pada masa yang sama jumlah ahli akademik yang menjadi Ketua Projek penyelidikan juga terus meningkat daripada 46 orang (45%) pada tahun 2022, kepada 68 orang (66%) pada tahun 2023. Pencapaian inovasi ilmu (penerbitan ilmiah) sehingga Disember 2023 pula ialah sebanyak 89 makalah jurnal, lebih tinggi berbanding 63 pada tahun 2022 daripada 0.62:1 (2022) kepada 0.81:1 (2023) – suatu pencapaian yang baik, namun boleh dipertingkatkan. Pencapaian inovasi teknologi (harta intelek) masih terhad. Sehingga akhir tahun 2023, FST hanya mampu menghasilkan 2 paten yang telah difail sedang menunggu kelulusan. Namun FST telah menghasilkan 5 hakcipta (copyright), 1 inovasi utiliti serta 9 rahsia dagangan (trade secret). Ini satu permulaan yang baik dan usaha berterusan masih perlu dipergiatkan lagi.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 7 | M u k a s u r a t PELAN STRATEGIK USIM vs 5 FOKUS UTAMA KPT 2024. Dalam Program Pemukiman Pengurusan Universiti Bersama Ketua Pusat Tanggungjawab 2024 pada 2-4 Februari lalu, YBhg Dato NC juga telah membawa perhatian seluruh warga kerja USIM untuk menghayati lima (5) fokus utama yang telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir sebagai penekanan kepada perancangan serta strategi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengemudi tahun 2024 ini. 5 fokus utama tersebut adalah: i) Penyediaan Bakat Terbaik Negara; ii) Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi; iii) Pelaksanaan Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu; iv) Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi; dan v) Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 8 | M u k a s u r a t Para hadirin yang dihormati, BIDIKAN/SASARAN FST 2024. Sejajar dengan perkara ini, FST berhasrat untuk menyokong dengan meletakkan beberapa bidikan atau sasaran pada tahun ini untuk dicapai yang dirasakan tidak mustahil untuk kita semua manifestasikan. Bidikan /Sasaran ini tidaklah asing sebenarnya. Saya yakin, barisan pengurusan FST sebelum saya juga pernah menyatakan perkara ini yang saya kira bukanlah sesuatu seperti “angan-angan Mat Jenin” untuk dicapai. Saya juga telah singkap beberapa perkara berkaitan sasaran ini secara tidak langsung di dalam Mesyuarat Fakulti pada 24 Januari 2024 lalu. Meraut kayu dibuat busur, Buat memburu burung di hutan, Tugas dilaksana tekun dan jujur, Berbudaya cemerlang, membidik kejayaan.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 9 | M u k a s u r a t Bidikan/Sasaran Pertama, dalam skop Akademik dan Pengantarabangsaan, FST telah mula menggerakkan usaha yang saya kira hampir kepada pasti pelaksanaannya, insya-Allah, iaitu mengurangkan tempoh pengajian program-program sarjana muda FST dari empat (4) kepada tiga (3) tahun pengajian. Usaha ini sebenarnya adalah inisiatif KPT pada tahun 2023 lalu di bawah urus tadbir YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menurut beliau, perkara ini mampu mengurangkan jumlah pinjaman atau kos pengajian yang perlu ditanggung oleh mahasiswa selain membuka peluang untuk graduan memasuki pasaran kerja setahun lebih awal. Hasrat ini disambut baik oleh pengurusan USIM dan FST juga tidak terkecuali dalam menyahut seruan ini. Selain kelebihan yang dinyatakan tadi, kita juga mensasarkan peningkatan permohonan kemasukan ke dalam program-program pengajian kita di FST, setelah diluluskan penawaran tiga (3) tahun pengajian nanti. Insya-Allah sekiranya semua berjalan lancar, program-program ini akan mula ditawarkan pada Semester I, Sesi Pengajian 2024/2025 (A241) pada bulan September 2024. Usaha yang jitu sedang digerakkan oleh pasukan TDAA berhubung perkara ini. Sama-sama kita doakan usaha ini dipermudah dan berjalan lancar.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 10 | M u k a s u r a t Bidikan/Sasaran Kedua, pelaksanaan Program Off-Shore atau secara persisir bagi program-program terpilih di FST. Perkara ini mungkin sedikit asing bagi segelintir kita. Namun, sebagai penjelasan, program ini adalah program yang ditawarkan secara sepenuh masa atau sebahagiannya di lokasi luar kampus/premis induk di luar negara. Pelaksanaan program ini bukanlah hasrat ‘syok sendiri’ daripada FST, tetapi perkara ini telah diberikan keutamaan oleh YBhg DNC sendiri dalam Pelan Strategik USIM 2023-2025 di bawah Teras 1 inisiatif ke-6 (T1-U23-6) iaitu Membangunkan satu (1) program akademik yang lengkap untuk didaftarkan dan dipasarkan secara francais atau pesisir (off- shore). Sebagai makluman semua hadirin, pengurusan FST telah bersetuju untuk mengetengahkan beberapa program terpilih daripada keseluruhan program yang ditawarkan di FST untuk ditawarkan secara off-shore. Pemilihan program ini adalah berdasarkan kepada permintaan dan ‘market value’ program tersebut di luar negara. Ketua-ketua Program yang terlibat juga telah maklum akan perkara ini untuk direalisasikan. Program-program tersebut adalah: i. Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat); ii. Sarjana Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat); iii. Sarjana Sains (Pengurusan Risiko); dan iv. Sarjana Sains (Matematik Kewangan). Kaedah pelaksanaan dari sudut penawaran program, pengajar kursus, peperiksaan dan sebagainya masih lagi dalam penyelarasan di peringkat program di bawah pemantauan TDAA.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 11 | M u k a s u r a t Hadirin rakan-rakan kerja yang saya hormati, Bidikan/Sasaran Ketiga, adalah berkaitan Penyelidikan dan Inovasi di FST. Skop penyelidikan dan inovasi dengan tugas pensyarah tidak dapat dipisahkan. Sudah tentu, salah satu penilaian kepakaran dan perkembangan seseorang pensyarah adalah daripada bidang ini. Statistik tahun-tahun sebelum menunjukkan kita bukanlah yang terbaik dan bukanlah yang tercorot dalam kalangan Fakulti di USIM. Namun, ini bukan faktor untuk kita sentiasa berada dalam zon selesa. Target FST adalah menjadi Fakulti yang paling cemerlang dalam bidang penyelidikan dan inovasi pada tahun ini. Manakan tidak, kitalah yang paling ramai jumlah pensyarah, paling banyak program pengajian di USIM, malah kita juga mempunyai alatan-alatan makmal yang canggih dan mahal, maka kitalah yang harus paling banyak penerbitan, geran, buku dan sebagainya. Oleh itu, tanggungjawab ini bukanlah berada di atas bahu saya seorang, ataupun timbalan dekan penyelidikan dan inovasi sahaja, usaha dan hasrat ini terletak di atas bahu setiap orang daripada kita. Jika kita lihat di layar, ini adalah sasaran-sasaran kita bagi setiap ahli akademik tahun ini.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 12 | M u k a s u r a t Penerbitan jurnal – Nisbah pernerbitan kepada pensyarah 2:1 penerbitan secara eksklusif. Semalam, saya telah menerima petunjuk KPI 2024 baharu daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), USIM dan meletakkan nisbah 3:1 (akademia:penerbitan) bagi akademia di USIM. Namun, setelah meneliti perkara ini, kita meletakkan 2:1 penerbitan secara ‘eksklusif’ bagi setiap akademia di FST. Eksklusif di sini bermaksud, akademia tersebut menjadi penulis utama sesuatu penulisan. Contohnya, sekiranya A dan B menerbitkan sesuatu penulisan secara bersama, dan A adalah penulis utama, maka B dikira masih belum menerbitkan penulisannya. Perkara ini akan dipantau rapat oleh YBrs TDPI kita. Penerbitan juga hendaklah sekurang-kurangnya diterbitkan di Scopus ataupun MyCite. Selain kedua platform ini, adalah tidak dikira. Semua ahli juga telah maklum, jurnal MJOSHT kita telah diindeks di dalam MyCite. Maka, ramai-ramailah menghantar penulisan masing-masing di sini.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 13 | M u k a s u r a t Buku – Buku Penyelidikan sekurang-kurang lima (5). USIM meletakkan sebanyak lebih sepuluh (10) penerbitan buku penyelidikan pada tahun 2024. Dalam hal ini, FST telah menetapkan penerbitan lima (5) buah penerbitan buku daripada sepuluh tersebut. Agak tinggi namun, tidak mustahil untuk direalisasikan. Saya dimaklumkan, ada satu projek buku penyelidkan sedang digerakkan. Satu lagi masih dalam proses perbincangan. Jika keduanya berhasil, hanya satu lagi untuk mencapai sasaran ini. Saya yakin, para penyelidik di FST boleh menjayakan sasaran ini. Geran Penyelidikan – 100% Penyelidik Utama @ Principal Investigator (PI), dengan minimum geran RM20,000.00. Hadirin yang dihormati, pada tahun 2023, seramai 68 orang staf akademik FST yang berstatus PI yang membawa sebanyak 66% PI di FST. Insya-Allah tahun ini, kita mensasarkan 100% PI kepada semua pensyarah di FST dengan jumlah geran minimum RM 20,000.00. Seperti yang telah saya maklumkan diawal ucapan, jumlah keseluruhan geran baharu FST pada tahun 2023 adalah berjumlah RM 939,120.00. Untuk makluman semua, jumlah ini adalah jumlah yang paling besar sejak tahun 2021. Mungkin atas faktor pandemik Covid-19, menyebabkan rekod penurunan jumlah geran.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 14 | M u k a s u r a t Namun, dengan rekod pada tahun lepas, saya yakin dan percaya warga akademik FST akan terus merancakkan lagi penyelidikan di FST pada tahun ini. InsyaAllah kita sama-sama naikkan trend jumlah geran yang diperoleh pada tahun ini. Amiin. Kumpulan Penyelidikan @ Special interest Group (SIG) – SIG baharu berdasarkan kepakaran di FST. Sebagai makluman semua hadirin, buat masa ini, terdapat empat (4) kumpulan penyelidikan yang aktif dalam rekod FST. Berdasarkan data tersebut, terdapat 27% staf akademik yang masih belum mempunyai mana-mana kumpulan penyelidikan yang aktif. Melihat kepda permasalahan ini, saya dengan ini menjemput mana-mana daripada akademia yang melihat terdapat keperluan dan kepakaran yang ingin diketengahkan di FST, boleh kemukakan kepada kami pengurusan FST ataupun terus kepada TDPI kita untuk penyelarasan selanjutnya. Hasrat ini bukanlah suka-suka diletakkan, tetapi ingin membuka bidang tujahan penyelidikan yang baharu dalam kalangan warga penyelidik FST, terutamanya di kalangan bakat-bakat muda. Sekali lagi saya mengalukan, mana-mana penyelidik di FST yang berhasrat menubuhkan kumpulan penyelidikan baharu, datanglah berjumpa dan berbincang dengan kami.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 15 | M u k a s u r a t INOVASI – Dalam kategori inovasi, FST berhasrat untuk mensasarkan 1 pemfailan Paten, 1 pemfailan Inovasi Utiliti, dan 5 Hakcipta. Hadirin sekalian, sasaran yang FST telah tetapkan ini bukanlah hanya meletakkan tanggungjawab dan tugasan semata-mata kepada para penyelidik, tetapi, FST di bawah kelolaan TDPI, insya-Allah akan melaksanakan program / bengkel / kursus secara berstruktur bagi membantu rakanrakan penyelidik untuk mencapai sasaran yang kita telah letakkan. Semua rakan-rakan penyelidik boleh sertai program yang dianjurkan untuk mendapatkan input dan maklumat tambahan yang diperlukan.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 16 | M u k a s u r a t Bidikan/Sasaran Keempat, ialah penubuhan Makmal. Penubuhan makmal bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Makmal ini kita telah petakan sebagai usaha yang akan menjadi keutamaan kita pada tahun ini. VR Lab ini adalah hasrat daripada YBhg. DNC untuk menubuhkan satu pusat latihan Haji dan Umrah secara maya yang akan dibangunkan di Bangunan FST Aras 5. Bajetnya agak besar, namun impaknya juga besar, kerana masih belum ada mana-mana Universiti awam yang mempunyai kemudahan dan fasiliti seperti ini di Malaysia buat masa ini. Adakah USIM (FST) yang pertama? Samasamalah kita doakan. Dimaklumkan bajetnya adalah daripada pengurusan Universiti sendiri. Sekiranya rezeki kita tahun ini, mungkin pihak Universiti akan melibatkan pakar-pakar daripada FST untuk membantu Universiti dalam usaha untuk membangunkan perisian, spesifikasi dan lain-lain yang berkaitan. Manakala, bagi HPC Lab pula, terdapat keperluan bagi FST terutama program-program yang memerlukan penggunaan super komputer seperti program Kimia, Fizik, Biologi dan sudah tentu ISA. Terima kasih kepada pasukan pensyarahpensyarah muda kita yang bertungkus lumus dalam usaha menyediakan kertas kerja dan sebagainya untuk mendapatkan kelulusan pembangunan makmal ini. Antaranya, Dr. Murtadha Arif, Dr. Arif Jamali, Dr. Qadri, Dr. Safwan dan lain-lain yang
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 17 | M u k a s u r a t terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Lokasinya telah dikenalpasti dan turut akan ditempatkan di Aras 5 Bangunan FST dengan bajet sekurang-kurangnya berjumlah RM700,000.00. Difahamkan kelulusan telah diperolehi, hanya menanti sumber kewangan yang masih belum kunjung tiba. Perkara ini akan sering saya ‘zikirkan’ kepada Bendahari untuk penyaluran kewangan tersebut untuk digerakkan projek-projek ini pada tahun ini. Dengan adanya kedua makmal ini, harapannya untuk FST akan lebih terkehadapan dari sudut penerbitannya, penyelidikannya dan sudah tentu penjanaannya yang boleh disumbangkan semula kepada Universiti. Selain daripada itu, FST juga sedang berusaha untuk membangunkan Makmal Health Equipment Assembly & Life Cycle Technology (HEAL-Tech Lab) yang menempatkan simulasi wad 1 katil untuk pengajaran & pembelajaran serta penyelidikan yang diusahakan oleh Dr Aminatul Saadiah dan Dr Azira dengan kerjasama agensi-agensi luar yang akan menyumbangkan peralatan-peralatan yang berkaitan.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 18 | M u k a s u r a t Hadirin rakan-rakan kerja yang saya hormati, Bidikan/Sasaran Kelima, Insya-Allah, tahun ini, sasaran kita untuk merangkul sekali lagi Anugerah Diraja Pingat Jaya Cemerlang dalam Majlis Konvokesyen ke-22 USIM. Alhamdulillah, FST telah membolot anugerah tertinggi ini sejak tahun 2020 secara berturut sehinggalah ke tahun 2023 lalu. Sedikit sorotan penganugerahan ini yang berada dalam rekod kita: 2013 – Muhammad Zaim Bin Razak graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik Kewangan), yang kini sedang berkhidmat bersamasama kita di FST. Tahniah Dr. Zaim! 2016 – Muhammad Syah Fahmi Bin Zainal graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko). Beliau kini berkhidmat sebagai Assistant Manager, Financial Risk Management di KPMG Malaysia. Beliau juga aktif dalam program-program HEPA yang kita anjurkan melalui program AlumFAST. 2020 – Nur Ain Hannani Hamid graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan). 2021 – Muhammad Syamim Md Morshid graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko)
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 19 | M u k a s u r a t 2022 – Anis Syahira Suhaimi graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Dengan Kepujian (Keselamatan Dan Jaminan Maklumat) 2023 – Aufa Abdullah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Dengan Kepujian (Keselamatan Dan Jaminan Maklumat) Alhamdulillah, empat (4) majlis konvokesyen kita telah naikkan nama FST sebagai penerima Anugerah Diraja Pingat Jaya Cemerlang dari tahun 2020-2023. Harapnya majlis konvokesyen pada tahun 2024 ini, pengurusan Universiti tidak jemulah untuk sebutkan nama FST sekali lagi untuk penganugerahan tersebut. Saya yakin, pelajar-pelajar ini tidak akan memperoleh anugerah ini secara bersendirian. Disebalik usaha gigih mereka, adanya para pensyarah, serta staf sokongan Fakulti yang menyokong, membimbing dan menunjukkan jalan untuk mereka berjaya. Oleh itu, peranan kita dalam hal ini adalah untuk mempersiapkan atau ‘groom’ pelajar-pelajar ini seawal tahun pertama mereka di FST. Kenal pasti mana-mana pelajar yang berpotensi besar. Kenali mereka dengan mendalam dalam program tutelage yang telah kita sediakan. Bantu mereka sehingga dianugerahkan anugerah tertinggi ini. Insya-Allah pasukan HEPA FST di bawah TDHEPA akan melihat perkara ini dengan bantuan rakan-rakan pensyarah supaya anugerah ini kekal milik FST pada tahun ini.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 20 | M u k a s u r a t Bidikan/Sasaran Keenam, pada tahun ini juga, kita akan mewujudkan zon bahasa di Bangunan FST. Usaha ini adalah selaras dengan ucapan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir pada majlis Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi 2024 pada Januari lalu. Menurut beliau: "Penguasaan multibahasa dan kemampuan melontarkan idea. Justeru, penguasaan bahasa Melayu tidak dikompromikan sebagai warga nusa yang teguh jati diri nasionalnya, di samping penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama komunikasi antarabangsa” "Malah, bahasa lain dunia juga wajar untuk dikuasai. (dalam konteks kita di USIM, sudah tentulah Bahasa Arab) Penguasaan bahasa penting memandangkan ia salah satu aspek kepintaran manusiawi yang mempengaruhi kebolehan membuat pertimbangan dan melontarkan idea." Zon bahasa ini akan mencakupi ketiga-tiga bahasa utama di USIM, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Lokasinya adalah di bahagian lobi belakang Bangunan FST. Usaha ini adalah dibawah kelolaan TDAA dan TDHEPA secara bersama dan turut akan dibantu oleh Sekretariat Mahasiswa FST atau Sekrefast.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 21 | M u k a s u r a t Hadirin rakan-rakan kerja yang saya hormati, Bidikan/Sasaran Ketujuh, pada tahun ini, FST akan memperkasa semula tabung wakaf yang telah berdaftar di Pusat Waqaf dan Zakat (PWZ). Sebagai makluman semua ahli, FST telah pun mempunyai tabung waqaf tersebut seperti yang tertera pada layar. Baki terkini dalam akaun ini adalah sebanyak RM16,267.62. Oleh yang demikian, pada hari ini, saya ingin mengumumkan, pemerkasaan semula akaun ini dengan menggerakkan agenda wakaf dalam kalangan staf FST khususnya dan USIM umumnya. Hebahan dan kaedah sumbangan hadirin semua, boleh disalurkan melalui portal ‘Jom Infaq’ seperti di paparan layar dan boleh melihat kempen wakaf FST yang telah dimasukkan di dalam portal tersebut. InsyaAllah, dengan sumber wakaf ini, kita akan melaksanakan projek ‘open learning space’ di sebelah Dewan Kuliah Ibnu Hayyan (tunjuk sebelah kiri) ini dengan penambahan bumbung, penutup longkang, kipas dan lampu dan sedikit kerja-kerja pendawaian baharu serta menambah kerusi dan meja batu di kawasan tersebut termasuk di sekitar kawasan Bangunan FST untuk kemudahan para pelajar untuk belajar secara kendiri, berdiskusi, makan-makan dan sebagainya. Tujuannya adalah menjadikan Bangunan FST ini bangunan yang didatangi oleh pelajar dan
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 22 | M u k a s u r a t menjadi tempat yang kondusif untuk para pelajar belajar dan sebagainya. Bukan hanya bangunan yang didatangi semasa ada jadual kuliah sahaja. Sebagai simbolik menunjukkan projek ini adalah projek yang menjadi keutamaan FST pada tahun ini, saya telah memulakan sumbangan wakaf ini dengan membeli satu set meja dan kerusi batu yang telah ditempatkan di bahagian luar tangga utama di kawasan lobi FST. Sekiranya rakan-rakan ingin menyumbang secara terus untuk perolehan meja dan kerusi batu tersebut, boleh terus berhubung dengan staf pentadbiran untuk pembelian meja dan kerusi batu tersebut. Saya yakin, dengan kemurahan hati semua warga FST dan umum demi menyemarakkan kempen wakaf ini, insyaAllah projek ini dapat kita jayakan pada tahun ini.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 23 | M u k a s u r a t HADITH NABI - KEBERSAMAAN. Suka saya ingin menyampaikan pesan daripada Rasulullah SAW melalui hadis daripada riwayat Al-Bukhari: مْؤ ِم ن مْؤ ِم ِن ال ْ ِن ِلل ب ْنيَا د ْ يَ بَ ْع ضه بَ ْع ًضا َكال ش “Mukmin dengan mukmin yang lain umpama sebuah bangunan, sebahagiannya mengukuhkan sebahagian yang lain.” Dalam riwayat ini, terdapat penambahan teks ( كّ َشب َوَ َصابِعَه َ iaitu ) أ “menggenggam sambil menyilang jari dengan bertemu telapak tangan kanan dan kiri” sebagai tanda saling menguatkan. Ini kerana, semasa Rasullullah SAW menyebutkan hadis tersebut, baginda telah menggenggam tangannya seperti ini supaya makna hadis tersebut lebih jelas dan tergambarkan oleh para sahabat. Hadis ini memberi perumpamaan kerjasama antara kita ini, seperti sebuah bangunan yang teguh saling lengkap melengkapi. Sebuah bangunan adalah gabungan acuan pasir, simen, batu, besi dan sebagainya. Naiknya tiang sebagai pasak memerlukan dinding untuk teguh, lantai dan bumbung juga perlu sebagai pelengkap. Dengan bangunan berdiri kukuh, tentu lebih bermanfaat dan selamat untuk menumpang teduh. Begitu juga hubungan kita sesama warga kerja di FST– yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing – yang akhirnya membantu menguatkan kita sebagai sebuah organisasi.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 24 | M u k a s u r a t Oleh itu, saya mengajak semua warga kerja FST bersama-sama bergandingan mengorak usaha menggemilangkan wibawa pendidikan tinggi negara dengan semangat kerja berpasukan dan prestasi kerja yang cemerlang. Semua ahli ada peranannya. Baik staf pentadbiran, baik staf makmal mahupun pensyarah. Sekiranya kita semua bersatu dalam bidang tugas masing-masing, dan setiap daripada kita menjalankan tugas mereka secara berkesan, insyaAllah dan tidak mustahil untuk FST menjadi gemilang suatu hari nanti. Amiin ya rabbal aalamin.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 25 | M u k a s u r a t PENUTUP. Sebagai penutup, inilah tujuh (7) bidikan/sasaran FST pada tahun 2024 ini yang seharusnya dijadikan keutamaan bersama kita semua untuk mencapainya. Secara ringkasnya, mari kita imbas kembali secara ringkas ketujuh-tujuh sasaran kita pada tahun ini. ✓ Bidikan/Sasaran Pertama – Pemendekkan tempoh pengajian program FST dari 4 ke 3 tahun pengajian. ✓ Bidikan/Sasaran Kedua – Penawaran program secara offshore bagi 4 program yang telah dinyatakan. ✓ Bidikan/Sasaran Ketiga – Penyelidikan dan Inovasi: ▪ Penerbitan – Nisbah 2:1 penerbitan secara eksklusif, ▪ Buku – Buku Penyelidikan sekurang-kurang lima (5), ▪ SIG – Kumpulan Penyelidikan yang baharu berdasarkan niche area di FST, ▪ Geran – 100% Principal Investigator (PI), minimum RM20,000. ✓ Bidikan/Sasaran Keempat – Penubuhan Makmal Pengajaran dan Pembelajaran serta penyelidikan.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 26 | M u k a s u r a t ✓ Bidikan/Sasaran Kelima – Penganugerahan Anugerah Diraja Pingat Jaya Cemerlang dalam Majlis Konvokesyen ke-22 USIM daripada mahasiswa FST. ✓ Bidikan/Sasaran Keenam – Pewujudan zon bahasa di Bangunan FST. ✓ Bidikan/Sasaran Ketujuh – Pemerkasaan tabung wakaf FST dan projek open learning space di Bangunan FST. Saya secara persendirian, pasti tidak akan dapat mencapai satu pun daripada sasaran-sasaran yang telah saya sebutkan tadi. Kerana apa? Kerana usaha dan cita-cita ini seharusnya digerakkan secara bersama oleh semua warga FST (#keluargaFST) secara holistik seperti hadis yang telah saya kongsikan sebentar tadi. Sebelum mengakhiri bicara aspirasi ini, saya ingin mengucapan terima kasih juga atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakan-rakan makmal dalam memastikan pengurusan makmal dari sudut operasi, penyelenggaraan, keselamatan dan penyelidikan berjalan dengan baik selama ini.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 27 | M u k a s u r a t Juga tidak dilupakan rakan-rakan pentadbiran yang bertungkus lumus memberikan sokongan yang padu dalam menjayakan semua program dan aktiviti di FST. Semoga kerjasama dan komitmen yang diberikan ini berterusan dan lebih padu pada masa akan datang. Tidak dilupakan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan pentadbiran dan pengurusan saya serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam mengurus dan menjayakan program kita pada pagi ini. Saya ingin mengajak seluruh warga FST sekali lagi agar terus bergandingan untuk melakukan perubahan bersama-sama sebagai satu pasukan yang mantap. Ikat Bata Mengukuh Beranda, Pasang Para Biar Berseni, Bersama Kita Memperteguh Agenda, Bina Fakulti Dalam Harmoni Tepi Ampaian Pohon Siantan, Baunya Wangi Memikat Hati, Rai Kepelbagaian Patri Kekuatan Demi Universiti Dicurah Bakti.
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 28 | M u k a s u r a t Akhir kalam, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” - Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang. Selamat menyambut Bulan Ramadan Al Mubaraq dan selamat berpuasa. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih. Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam Hj. Mohamad Isa Mac 2024
Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang 29 | M u k a s u r a t JAWATANKUASA MAJLIS ASPIRASI DEKAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI Penaung : Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam Hj. Mohamad Isa Pengarah : Umar Haziq Aminurrahman Ahli Jawatankuasa : Dr. Syamsul Kamar bin Muhamad @ Wahab Balqish Juliana binti Ali Siti Nazurah binti Md Jusoh Muhammad Ashraf Mohd Saad Che Ku Sarahanim binti Che Ku A.Rahi Haziq Asyraf bin Mohd Zainuddin Silawati binti Manan Mohamad Zulhilmi bin Ghazali Pengacara Majlis : Siti Fatihah binti Khotil Pembaca Doa : Mohd Zulkiflee bin Mohd Zain Reka Letak : Balqish Maryna binti Ali “Memacu Impian, Memanifestasikan Fakulti Berbudaya Cemerlang”