The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normirakvt, 2022-02-20 20:40:31

K5 LAPORAN ACARA

K5 LAPORAN ACARA

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA BKP ADMINKIESRTTRAASTIPVEENSEERCARNEGTAANRYSHIP
PROGRAM (INFORMATION SHEET)

TAHAP DAN SEMESTER 3 (SEMESTER 4)

KOD DAN NAMA BKP 4022 EVENT COORDINATION
KURSUS

NO. DAN TAJUK 1. IDENTIFY EVENT COORDINATION REQUIREMENTS
KOMPETENSI 2. ARRANGE LOGISTIC OF EVENT
3. COORDINATE MEETING & EVENT ARRANGEMENT
4. RECORD MINUTES OF MEETING
5. REPORT EVENT COORDINATION

NO. KOD KSKV BKP M4022/KP(5/5) Muka : 01 Drp :
NO. KOD NOSS FB-025-3:2012-C05/P(5/5)

TAJUK :

LAPORAN MESYUARAT DAN ACARA
TUJUAN :

Kertas penerangan ini adalah untuk member kefahaman dan pengetahuan kepada
pelajar tentang penyediaan laporan mesyuarat dan acara.

NO. KODNOSS FB-025-3:2012-C05 /P(5/5) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of8

PENERANGAN :

Pengenalan

Setelah melaksanakan sesuatu majlis dan acara, setiausaha seharusnya bersedia untuk
menyediakan laporan bertulis dan laporan bergambar. Laporan ini perlu dikemukakan kepada
pihak pengurus untuk di dokumentasikan.

1.0 Definisi Laporan

 Sebuah dokumen yang digunakan untuk menyampaikan maklumat khusus
kepada pembaca khusus. Maklumat tersebut boleh disampaikan secara
sistematik dan objektif dengan menitikberatkan ketepatan dan kepadatannya.
Penulisan laporan bergantung kepada tujuan atau perkara yang hendak
disampaikan.

 Ellis dan Hopkins (1985) Sebuah dokumen yang digunakan untuk
menyampaikan maklumat yang khusus kepada pembaca yang khusus.

 Oxford English Dictionary (2003) Sesuatu kenyataan formal hasil daripada
sesuatu penyelidikan / maklumat lengkap tentang sesuatu hal yang
disampaikan oleh sekumpulan penyelidik.

 Kamus Dewan (2005) Maklumat tentang sesuatu hal yang dilaporkan

1.1 Ciri-ciri Laporan

1. Ringkas.
Dalam laporan yang ditulis hanya mengemukakan hal-hal penting secara
ringkas yang berhubungan dengan aktiviti yang dijalankan.

2. Lengkap
Laporan hendaklah sempurna jika dilengkapi dengan bibliografi atau
sumber kepustakaan.

3. Logik
Laporan dianggap logik jika keterangan yang dikemukakannya dapat
diikuti dengan alasan-alasannya yang masuk akal.

4. Sistematik.
Laporan dianggap sistematik jika keterangan yamg tulisannya disusun
dalam satuan-satuan yang berurutan dan saling berhubungan.

NO. KODNOSS FB-025-3:2012-C05 /P(5/5) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of8

5. Bersifat objektif dan sahih
Laporan hendaklah sesuatu yang benar-benar berlaku dan bukannya
tanggapan atau agakan.

6. Mempunyai unsur penilaian
Mempunyai pandangan berkaitan perkara atau isu yang hendak
dilaporkan

7. Mempunyai gambar,jadual atau graf
Ini adalah memudahkan gambaran minda dan pemahaman pembaca

8. Bahasa yang ringkas dan padat dan formal
Laporan perlu menggunakan bahasa yang ringkas dan padatsupaya
pembaca mudah memahami apa yang hendak disampaian.
Bahasa yang digunakan dalam menulis laporan adalah bahasa formal
yang baik, jelas, dan teratur.
Yang dimaksud bahasa formal adalah bahasa baku yang sesuai dengan
kaedah penulisan bahasa baku.Penyusunan perenggan, pemilihan kata,
hingga tanda baca yang digunakan harus tepat. Kata ganti orang harus
dihindari.

9. Dibuat atas permintaan
Laporan biasanya dibuat atas permintaan dari pihak-pihak tertentu.
Laporan ini dibuat sebagai pertanggungjawaban atas apa yang sudah
dilakukan. Laporan seperti ini biasanya merupakan laporan panjang
atau pendek, bergantung keperluannya.

1.2 Jenis-jenis Laporan

1.2.1 Laporan makluman
 Memberi maklumat berkaitan sesebuah organisasi tentang sesuatu perkara.
 Memerlukan penulis mengemukakan fakta, aktiviti, masalah, dan cadangan.
 Contoh: Laporan aktiviti Khidmat Siswa anjuran Kolej Mas di Pulau Bum Bum,

Samporna, Sabah pada 10 – 20 Disember 2006

1.2.2 Laporan pemujukan
 Bertujuan memujuk pembaca supaya memberi persetujuan atau pengesahan

tentang sesuatu perkara yang dinyatakan.
 Penulis turut mengemukakan tindakan yang perlu dilakukan untuk mendapat

pertimbangan pembaca.

NO. KODNOSS FB-025-3:2012-C05 /P(5/5) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of8

 Contoh: Laporan cadangan mengenakan tindakan tegas kepada orang yang
membuang sampah merata-rata.

1.2.3 Laporan penerangan
 Menerangkan semua soalan dan dapatan serta rumusan hasil daripada kajian

yang dilakukan oleh penulis.
 Contoh: Laporan mengenai jenis telefon bimbit yang paling popular dan

kegunaan telefon bimbit yang paling penting dalam kalangan pelajar UUM.

1.2.4 Laporan sejarah
 Mencatat sesuatu peristiwa yang berlakusepanjang kehidupan manusia hasil

daripadapemerhatian atau penyelidikan yang dilakukan.
 Catatan tersebut dibuat secara kronologi bagimemudahkan pemahaman.
 Contoh: Laporan penerokaan dan pembukaan pekan Changlon dan Bukit Kayu

Hitam

1.3 TujuanLaporan

1. Mengenalpasti masalah
2. Memberikan maklumat dan fakta
3. Mencadangkan penyelesaian
4. Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
5. Membuat kesimpulan
6. Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti
7. Membuat rekod sesuatu peristiwa
8. Menganalisi aktiviti perniagaan
9. Mensintesis sesuatu pelan tindakan
10. Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan dll.

NO. KODNOSS FB-025-3:2012-C05 /P(5/5) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of8

CONTOH FORMAT LAPORAN

MukaHadapan (Kulitlaporan)
1. Tajuk Aktiviti
2. Tarikh
3. Lokasi

4. Nama Penganjur
5. Tarikh Laporan Disediakan

Laporan Eksekutif

1. Pengenalan Secara ringkas nyatakan tujuan program dilaksanakan.
2. Latar Belakang Bila dan dimana aktiviti dilaksanakan. Bilangan peserta yang hadir.

Matlamat yang ingin dicapai. Kaedah pelaksanaan. Bahan-bahan peralatan yang
digunakan. Aktiviti-aktiviti yang diikuti. Pengendali/fasilitator yang terlibat.
3. Huraian Penilaian Maklumbalas peserta. Maklumbalas daripada pihak luar (jika
berkaitan).
4. Pencapaian Aktiviti Hasil yang dicapai dari pelaksanaan aktiviti. Perbandingan hasil
dengan matlamat.
5. Kemajuan/Masalah Secara ringkas huraikan kemajuan/masalah yang dihadapi
semasa pelaksanaan aktiviti.
6. Cadangan Huraikan cadangan untuk penambahbaikan.
7. Penutup Rumusan aktiviti. Ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit.
8. Gambar Aktiviti (Lampiran) 6 keping gambar asal (saiz 4R) berserta kapsyen. 6
keping gambar berserta 6 keping gambar asal (saiz 4R) beserta kapsyen dilampirkan
sekiranya mendapat peruntukan gambar dan laporan.
9. Tandatangan

NO. KODNOSS FB-025-3:2012-C05 /P(5/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of8

KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU
LAPORAN KEBITARAAN KEUSAHAWANAN 2014
KURSUS PENGURUSAN SIBER CAFE

BIL PERKARA MAKLUMAT
1.0 TAJUK PROGRAM

2.0 OBJEKTIF PROGRAM Antara objektif program ini ialah:
3.0 TARIKH PROGRAM

4.0 TEMPAT PROGRAM

5.0 TENTATIF PROGRAM

6.0 PENYERTAAN

i. Bilangan
Penceramah
Terlibat:

ii. Bilangan
Guru Terlibat

iii. Bilangan Pelajar
Terlibat :

7.0 PERBELANJAAN
(KOS)

8.0 IMPAK PROGRAM

i. Kekuatan
ii. Kelemahan
iii. Penambahbaikan

9.0 RUMUSAN PROGRAM

NO. KODNOSS FB-025-3:2012-C05 /P(5/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of8

10 GAMBAR BERKAITAN

PROGRAM Rujuk lampiran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………… ) ……………………. )
( (
Setiausaha Program Pengetua

NO. KODNOSS FB-025-3:2012-C05 /P(5/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of8
SOALAN:

1. Nyatakan maksud laporan.
..................................................................................................................................

2. Nyatakan lima ciri-ciri laporan yang telah dipelajari
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................

3. Nyatakan empat jenis laporan beserta contoh.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................

4. Senaraikan lima tujuan laporan

RUJUKAN:
1. Omardin Ashaari ( 2003). Pengurusan Pejabat: Utusan Publications and Distributors.

2. Zubidah Ibrahim, Amimah Talib ( 2005 ). Teknologi Pejabat Perniagaan. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Click to View FlipBook Version