PROFIL
(IOA Centre)
Tahun 2021
1
TENTANG PROFIL INI
Profil ini merupakan pengenalan terperinci tentang latarbelakang mengenai Islamic Outreach ABIM Centre (“IOA
Centre”) termasuk visi, misi dan aktiviti pergerakan. Pengenalan ini turut memaparkan disebalik IOA Centre terdapat
tenaga penggerak utama dan juga para sukarelawan yang komited menyumbang tenaga. Impian IOA Centre adalah
ingin menjadi sebuah badan dakwah terulung di Malaysia dan serantau menyebarkan agama Islam khususnya kepada
saudara baru dan masyarakat bukan Islam.
Menjadi sebuah badan dakwah menyebarkan agama Islam adalah satu perkara yang bukan mudah. Ianya memerlukan
pelbagai jenis bantuan dan sumbangan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan pihak tertentu. Pihak IOA Centre
berhasrat ingin menarik minat dan perhatian masyarakat untuk turut serta dalam usaha yang murni ini. Keperluan
untuk memenuhi kelompongan dakwah kepada masyarakat bukan Islam adalah sangat tinggi melalui pemerhatian
pihak kami sejak penubuhan IOA pada tahun 1987 hingga kini. Memandangkan IOA Centre adalah sebuah badan
bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan, segala pergerakan adalah bergantung penuh melalui
sumbangan dan sokongan erat daripada individu, swasta, jabatan kerajaan, korporat, NGO, jawatankuasa qariah
masjid / surau juga institusi-institusi lain yang sudi membantu. IOA Centre menerima segala bentuk bantuan dari
pelbagai pihak dari segi kewangan, kepakaran, tenaga mahupun buah fikiran bagi meneruskan usaha dakwah ini.
2
PRAKATA PRESIDEN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana IOA Centre
telah berjaya mengembangkan lagi usaha dakwahnya ke peringkat yang lebih tinggi. Program-
program yang dijalankan memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya golongan saudara
baru dan asnaf yang amat memerlukan sokongan yang berterusan. Usaha mengembangkan
Islam merupakan satu tanggungjawab yang utama dalam kehidupan seorang Islam yang sedar
akan peranannya. Namun, usaha ini yang digerakkan melalui corak organisasi akan memberikan
impak yang lebih besar dan lebih berkesan terhadap masyarakat. IOA Centre merasa terpanggil
untuk memikul tanggungjawab ini bagi memenuhi keperluan ummat untuk mengangkat
martabat manusia ke arah yang lebih tinggi seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T:
“Kamu (wahai ummat Muhammad), adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi
(faedah) ummat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman
dengan Allah (dengan sebenar-benar iman)....”
[Ali Imran, 3:110]
YBhg Dr. Ab. Halim Muhammad Sekali lagi, saya mengalu-alukan segala bentuk kerjasama dan sokongan daripada semua pihak
Presiden IOA Centre dan diiringi dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira. Mudah-mudahan ini merupakan suatu
amal soleh kita dan keluarga ketika di dunia dan mendapat ganjaran besar daripada Allah
S.W.T. InsyaAllah.
Sekian, wassalam. 3
LATAR BELAKANG
Islamic Outreach ABIM Centre (“IOA Centre”)
merupakan salah satu daripada agensi yang ada di bawah
Angkatan Belia Islam Malaysia (“ABIM”). Sebelum ini, IOA
Centre dikenali sebagai Islamic Outreach ABIM (“IOA”)
yang merupakan satu biro dibawah Exco Penataran ABIM
sejak tahun 1987. Pada tahun 2014, nama IOA ditambah
kepada IOA Centre kerana telah didaftarkan sebagai
Syarikat Berhad menurut Jaminan dan mula bergerak
sebagai agensi ABIM. Perubahan nama ini tidak
menjejaskan tujuan asal penubuhannya iaitu
menyampaikan mesej dakwah tentang pesanan agama
Islam dan menghayati Islam sebagai panduan cara hidup
kepada Muslim khususnya dan bukan Muslim umumnya
sama ada dari kalangan orang tempatan mahupun luar
negara. Malah ianya ditambah baik program-programnya
sesuai dengan keperluan, masa dan zaman.
4
VISI
Menjadi sebuah badan dakwah terulung di Malaysia dan serantau.
MISI OBJEKTIF
Sebuah organisasi dakwah yang cemerlang dan efisyen Pusat pengislaman dan saluran maklumat kepada
dalam mempromosi Islam kepada masyarakat khususnya masyarakat bukan Muslim yang berminat dengan Islam.
saudara baru.
Mampu memenuhi keperluan dakwah semasa daripada Menyedia kelas-kelas Fardhu Ain dan aktiviti berkala
sudut teknologi dan Dai’e yang berwibawa. kepada saudara baru.
Mempromosi Islam sebagai agama pilihan (rahmat Membantu saudara baru dalam pemahaman Islam pada
sekalian alam) melalui program yang bersesuaian peringkat awal.
dengan keperluan setempat (persekitaran).
Berusaha memperbetulkan salah faham terhadap Islam. Membimbing mereka ke arah memahami erti
peribadatan yang sebenar.
Mewujudkan hubungan dakwah yang erat dengan Memberi sokongan moral yang berterusan dalam
mana-mana badan dakwah yang dirasakan sesuai demi menjalani kehidupan sebagai saudara baru (muallaf).
keutuhan agama Islam dan kesejahteraan ummatnya
diperingkat nasional dan antarabangsa.
Menyedia perkhidmatan kaunseling kepada saudara baru
5
sebagai persediaan..
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH IOA CENTRE
DR ABDUL
HALIM BIN
MUHAMMAD
PRESIDEN
DATO’ DR. DR. AHMAD PROF. DR.
ABDUL RAZAK ZAKI BIN HAJI GHAZALI BIN
ABDUL LATIFF
BIN HAJI BASRI
KECHIK
TUAN HAJI P. TUAN HAJI EN.
AIZAN BIN AMIDI BIN MUHAMMAD
TUKIRIN DATO’ ABDUL FAISAL BIN
ABDUL AZIZ
MANAN
6
CARTA ORGANISASI IOA CENTRE
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH
IOA CENTRE
DR ABDUL HALIM
Presiden
HJ P. AIZAN TUKIRIN
Ketua Pengarah
PENGARAH PEMBANGUNAN PENGARAH HOSPITAL VISIT PENGARAH PROGRAM MASJID PENGARAH SHAHADAH DAN PENGARAH PENGURUSAN ASET
KOMUNITI ORANG ASLI Dr Zafri Ismadi Mohd Anis TOUR GUIDE (MTG) PEMBANGUNAN DAIE DAN PEMBANGUNAN DANA
Pn Mariam kasim Pn Normah Sulaiman Mohd Naim Mohd Noor En Imran Mohd Yusop
PENGARAH PERHUBUNGAN PENGARAH PEMBANGUNAN PENGARAH PEMBANGUNAN PENGARAH PEMBANGUNAN
AWAM DAN PENASIHAT DAN LATIHAN SUKARELAWAN DAN PERHUBUNGAN NEGERI DAN WAKAF
KORPORAT En Mohd Fazril Mohd Saleh
En Mohd Ibrahim Dr. Syed Hussain Abdeen Ahmad Saparuddin yusup
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN
OPERASI PEJABAT
Muhd Iqbal Hakim
UNIT SUMBER MANUSIA UNIT PENGURUSAN UNIT PENTADBIRAN MTG UNIT SOKONGAN DAN ALUMNI UNIT WAKAF
Pn Junaidah Sairan KEWANGAN En Mohd Firdaus Sagar Sittie Aishah Abdullah Nur Adibah Abdul Kadir
Muna Anis Abdul Kadir
7
TERAS PROGRAM IOA CENTRE
1 2 3
Program Syahadah Program Pemandu Program Pembangunan
Pelancong Masjid Daie
•Pendidikan untuk Muslim dan
bukan Muslim •MTG Program •Latihan Sukarelawan dan
•Gallery Tour Guide, Pusat Pembangunan Daie
•Pembangunan dan kebajikan
Saudara Baru Informasi Islam MAIS •Program Pendidikan,
Kebajikan, Pembangunan
•Ziarah Hospital kanak-kanak yatim dan miskin
•Pembangunan Komuniti
8
Masyarakat Orang Asli
PROGRAM SHAHADAH
Pusat Pengislaman
1. Pusat Informasi Islam MAIS, Shah Alam.
Dikelolakan oleh sukarelawan IOA Centre.
Kebenaran dan dibawah pantauan MAIS.
2. Pejabat IOAC-MTGP di Masjid Negara.
Dikelolakan oleh sukarelawan IOA Centre.
Kebenaran dan pantauan oleh JAWI.
3. Menerima purata 2 orang sehari memeluk
Islam melalui IOA Centre.
9
CARTA
PENGISLAMAN
MELALUI IOA
CENTRE
10
PROGRAM PEMANDU PELANCONG MASJID
( MTG )
Beroperasi hampir di
seluruh masjid
tumpuan pelancong
seluruh negara.
Gambar-gambar
berikut merupakan
antara aktiviti IOAC-
MTGP di Masjid Negara,
Kuala Lumpur.
11
Antara Lokasi Program
MTG kelolaan IOAC:-
1. Masjid Negara
Kuala Lumpur.
2. Masjid Jamek
Sultan Abdul
Samad Kuala
Lumpur.
3. Masjid Putra,
Putrajaya.
4. Masjid Tuanku
Mizan Zainal
Abidin Putrajaya.
5. Masjid Kampung
Kling Melaka.
6. Masjid Selat
Melaka.
7. Masjid Panglima
Kinta, Perak.
8. Masjid
Muhammadi,
Kelantan.
9. Masjid Sultan Abu
Bakar, Johor.
10. Masjid Kota
Iskandar, Johor.
11. Masjid Zahir,
Kedah.
12
PROGRAM PEMBANGUNAN
KOMUNITI DAN PENDIDIKAN
ANAK ORANG ASLI
Bersama Sukarelawan IOAC bertempat di
salah satu kawasan jagaan IOAC di Kampung
Sg Gabai, Hulu Langat.
13
PROGRAM ZIARAH HOSPITAL
14
RAYUAN INFAQ
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menginfaqkan sebahagian harta yang
kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infaqkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” [Surah Ali Imran, 3 : 92]
Cahaya Islam sungguh berhak untuk disebarkan seluas-luasnya kepada seluruh ummat manusia agar dapat dirasai
kemanisan dan kebahagiaannya. Inisiatif tugas dakwah kami sememangnya bergantung penuh dengan sumbangan daripada
anda yang prihatin dan turut merasai tanggungjawab ini. Sehingga kini, kami sudah memberi perkhidmatan lebih 10,000
orang saudara baru dalam dan luar negara melalui pelbagai program yang membantu meningkatkan kefahaman dan
membina kualiti diri mereka. Semestinya kami berhajat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mengembangkan usaha
murni ini ke peringkat yang lebih tinggi dengan bantuan ikhlas daripada anda.
Semenjak penubuhannya pada tahun 1987, kini IOA Centre sudah menggerakkan pelbagai program yang konsisten memberi
kesan besar kepada masyarakat amnya, juga kepada bukan Muslim dan saudara baru khususnya. Kelas Pengajian Saudara Baru
sudah memberi manfaat kepada saudara baru dari pelbagai pelusuk negara. Program Dakwah Pelancong Masjid (MTG) yang
diusahakan oleh IOA Centre telah menjadi model contoh oleh institusi agama luar negara, seperti Turki, Bahrain, Korea dan
Jepun, untuk dijalankan di negara mereka pula. Melalui program ini, IOA Centre sentiasa menerima kunjungan ribuan
pelancong yang dapat mendengar sedikit sebanyak tentang Islam. Alhamdulillah, kami menerima kerelaan penganutan Islam
setiap minggu hasil daripada program ini. Program Ziarah Hospital, Dakwah Orang Asli, Anak Yatim & Miskin serta Program
Pembangunan Dai’e membuka ruang yang lebih luas lagi untuk kami berperanan di arena dakwah ini.
Sekali lagi kami amat mengalu-alukan semua pihak untuk menghulur sumbangan dan berinfaq untuk membangunkan lagi
usaha IOA Centre demi mempromosi Islam sebagai agama rahmat sekalian alam. Mudah-mudahan segala bentuk kerjasama
daripada pihak anda akan dirahmati oleh Allah S.W.T dan dilipatgandakan dalam bentuk barakah dalam 1h5idup di dunia dan
akhirat.
MAKLUMAT
PERBANKAN
Sumbangan anda amat
memberi makna kepada
kami dan dunia Islam. Ia
adalah mesej jelas bahawa
kita sedang meneruskan
tugas dakwah yang mulia
seperti yang dikehendaki
oleh junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W
16
MAKLUMAT
PERHUBUNGAN
Alamat Pejabat:
D-2-5, Jalan 3/38A, Seksyen 3 Bandar
Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
No Telefon Pejabat:
+603-8211 1349
No Whatsapp:
+6011-5778 5791
Laman FB IOAC:
https://www.facebook.com/IslamicOu
treachAbim
Laman Web Rasmi:
https://www.ioacentre.org.my/
Emel Rasmi:
[email protected]
17
KESIMPULAN
Allah S.W.T. berfirman di dalam Al-Quran
"Perumpamaan orang-orang yang menghabiskan kekayaan mereka di jalan Allah adalah bahwa
gandum dari mana pertumbuhan tujuh telinga dan di setiap telinga ada seratus butir….“
[ Al-Baqarah, 1 : 261]
IOA Centre terus berkembang dan kini sedang meluaskan ruang lingkup dakwah strategiknya ke peringkat
nusantara. Pelbagai inisiatif dan usaha diwujudkan bagi memperkukuhkan lagi kedudukan Islam di negara
ini. Usaha mempromosi dan menunjukkan imej Islam yang suci di lapangan masyarakat perlu
dipertingkatkan lagi, terutama dalam dunia tanpa sempadan waktu ini. IOA Centre sentiasa
menggandakan ikhtiar dan kesungguhan untuk memakmurkan kehidupan dunia dengan penghayatan Islam
yang sebenar serta penyebaran dakwah dengan penuh perasaan kasih sayang. Diharapkan misi
penyambungan tugas kenabian ini akan tercapai dengan sepenuh jiwa, kefahaman dan kesungguhan oleh
semua yang terlibat dan yang sudi untuk mewujudkan kerjasama agar usaha ini diberkati dan dibantu
oleh Maha Pencipta. Sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang bersabar.
18