The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku cerita” Sayang Sang Penyu dan Afiq” merupakan sebuah buku cerita kanak-kanak yang mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Afiq yang degil dan pentingkan diri sendiri. Pada suatu hari, sesuatu telah berlaku kepada Afiq yang menjadi titik tolak perubahan kepada sikapnya. Apakah yang telah berlaku kepada Afiq?

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Amirah Nawi, 2022-05-09 11:23:51

SAYANG SANG PENYU & AFIQ

Buku cerita” Sayang Sang Penyu dan Afiq” merupakan sebuah buku cerita kanak-kanak yang mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Afiq yang degil dan pentingkan diri sendiri. Pada suatu hari, sesuatu telah berlaku kepada Afiq yang menjadi titik tolak perubahan kepada sikapnya. Apakah yang telah berlaku kepada Afiq?

Di sebuah pantai, terdapat kawasan perumahan yang
didiami oleh manusia. Penduduk di kawasan tersebut suka

pergi ke pantai pada waktu petang bagi mengisi masa
lapang. Afiq merupakan salah seorang penduduk yang
tinggal di perumahan terebut.Afiq seorang kanak-kanak
yang berumur 10 tahun, akan tetapi mempunyai sikap yang
degil dan pentingkan diri sendiri.Afiq merupakan anak
tunggal kepada Encik Ahsan dan Puan Laila.Afiq juga
mempunyai keperibadian yang suka membuang sampah di

merata-rata.

1

Pada suatu petang,Afiq dan keluarganya pergi
membeli-belah di sebuah pasar raya yang
berhampiran rumahnya.“Afiq, kenapa kamu

membuang plastik jajan di tempat awam begitu
sahaja?” kata Puan Laila yang menegur anaknya Afiq
dengan nada yang lembut.“Suka hati sayalah ibu,” kata
Afiq dengan nada yang sinis.Apabila sampai di rumah,
muka Afiq terus-menerus masam kerana ditegur oleh
ibunya tadi.Afiq mengambil keputusan untuk keluar

berjalan-jalan di pantai.

2

Di pantai tersebut, terdapat sepasang keluarga penyu
yang tinggal di dalam laut bersama tiga ekor anaknya
yang masih kecil. Ayah kepada tiga ekor anak penyu
selalu menasihati mereka agar berhati-hati ketika hendak
makan sesuatu kerana di pantai tersebut, ramai manusia
yang suka membuang sampah di dalam laut.

Fakta: Plastik sampah selalu disalah
anggap oleh penyu sebagai obor-
obor kerana obor-obor
merupakan salah satu makanan
Sang Penyu.

3

Ketika Afiq bersiar-siar di pantai, dia membeli air
minuman yang dijual di tepi jalan. Setelah menghabiskan

minuman tersebut, dia terus membuang bekas air
plastik ke dalam laut begitu sahaja tanpa rasa bersalah.

4

Alangkah malangnya, terdapat anak Sang Penyu yang
bernama Sa berada di situ bersama dengan Du dan Ti.

“Du,Ti, aku nampak obor-obor di hadapanku.Aku
ingin memakannya,” kata Sa dengan perasaan
gembiranya.
Du dan Ti telah memberitahu kepada Sa jangan

memakannya kerana ayahnya telah memberitahu
supaya berhati-hati dengan apa yang hendak dimakan.

Su dengan lajunya pergi memakan plastik tersebut
tanpa mendengar kata-kata adik-beradiknya tadi. Su
jatuh sakit lalu menyebabkan Sang Penyu risau dan

berasa sangat marah kepada manusia yang
menyebabkan anaknya jatuh sakit.

5

Siapa pula yang
memanggilku?”

Afiq yang masih berada di pantai ketika itu, tiba-
tiba terdengar suara yang memanggilnya.” Siapa

pula yang memanggilku?” kata Afiq yang
kebingungan. Sang Penyu terus meluru ke arah Afiq
lalu mengheretnya ke dalam laut. Situasi tersebut

menyebabkan Afiq berasa cemas.

6

Afiq tersedar, akan tetapi dia merasa amat pelik kerana dia
dikelilingi oleh sekumpulan penyu dan keadaan di situ terlihat

seperti dia berada di dalam laut.“Macam mana aku boleh
bernafas dengan begitu mudah sedangkan aku berasa di dalam
laut?” kata Afiq dalam hatinya. Sang Penyu menegur Afiq dengan
nada yang marah lalu berkata,” Hei, manusia! Kau tahu tak di
mana kau sekarang?!” Afiq terkejut lalu menggeleng kepalanya,
menunjukkan bahawa dia tidak tahu apa yang sedang berlaku

sebenarnya.

7

Ketika Afiq ditangkap oleh Sang Penyu, dia telah disumpah
menjadi penyu akibat amarah si ayah Su.Anaknya sakit
disebabkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Setelah menyedari situasi yang sebenar,Afiq mula menangis
ketakutan dan menyedari tindakannya sebelum ini.

8

Selepas kejadian itu, keluarga Sang Penyu membiarkan Afiq
bersendirian di dalam laut sebagai balasan atas apa yang
berlaku kepada anaknya, Su.Afiq yang buntu, berasa sedih
kerana dia keseorangan dalam keadaan yang sangat lapar.

Walaupun begitu,Afiq masih berdegil dan tidak mahu mengaku
akan kesalahan yang dibuat. Itu yang menyebabkan Sang Penyu

berasa sangat marah dan membiarkan Afiq keseorangan di
dalam laut yang bahaya itu.

9

Dalam keadaan Afiq yang telah berubah, dia berusaha
mencari makanan tanpa bantuan penyu-penyu yang lain.
Akan tetapi, sebagai seekor penyu, untuk bertahan hidup

di dalam habitat atau persekitaran yang bukan
kebiasaannya adalah sesuatu perkara yang mustahil.
Terdapat banyak pemangsa seperti ikan yu.Afiq yang
kelaparan menangis teresak-esak sambil memanggil ibunya,
namun kelibat ibunya tidak kelihatan.Afiq cuba mencari
makan di sekelilingnya, akan tetapi yang kelihatan hanyalah

plastik dan sampah sarap.

10

Namun akibat terlampau lapar, plastik dan sampah di
kawsan itu kelihatan seperti makanan yang enak.Afiq cuba

untuk menelan plastik-plastik yang terdapat di kawasan
tersebut.Akibat keletihan dan kelaparan,Afiq pengsan.
Selepas bebarapa ketika Afiq tersedar, namun dia masih
berada di tempat yang asing padanya. Du dan Ti kelihatan di
hadapan mata Afiq sedang menghidangkan makanan di meja
makan. Su yang sudah sihat mengajak Afiq untuk makan

bersama mereka.

11

“Kenapa kamu semua Aku tidak marah,
sangat baik dengan tetapi berbuat baik
saya, sedangkan saya adalah lebih baik
telah menyakiti adik- daripada membalas
beradik kamu?
dendam.

“Kenapa kamu semua sangat baik dengan saya, sedangkan
saya telah menyakiti adik-beradik kamu?” kata Afiq dengan

nada yang sedih. Sa, Du dan Ti hanya tersenyum apabila
ditanya oleh Afiq.“Aku tidak marah, tetapi berbuat baik
adalah lebih baik daripada membalas dendam,” kata Su
kepada Afiq. Setelah itu,Afiq dibawa oleh Su dan adik-adiknya

melawat ke kawasan sekitar perumahan meraka.
Afiq berasa sangat terharu dan gembira kerana Sa, Du, dan Ti
tetap mengajaknya pergi untuk melihat sekitar rumah mereka
walaupun Afiq telah membuat kesalahan dengan membuang

plastik di sekitar kawasan pantai yang boleh mengancam
nyawa Sa, Du,Ti dan habitat penyu-penyu yang lain.

12

Hari demi hari,Afiq tidak janggal dan lebih selesa dengan
kawasan habitat penyu. Layanan yang diberi oleh keluarga
Sang Penyu sangat baik sehingga membuatkan Afiq berasa

sedih apabila teringat akan perbuatannya itu.
Terdapat juga hari di mana Afiq rindu akan ibunya.“Aku
ingin sekali berjumpa dengan ibuku, tetapi macam mana
aku ingin berjumpa ibuku dengan bentuk badanku ini,” kata

Afiq kepada Su. Setelah mendengar keluhan Afiq, Su
berjumpa dengan ayahnya kerana ingin meminta

pertolongan ayahnya supaya menukarkan balik bentuk
badan Afiq yang asal.

13

Malangnya, ayahnya tidak dapat berbuat sedemikian kerana
sumpahan itu tidak dapat ditarik balik. Setelah menghadapi
pelbagai dugaan dalam pengembaraannya sebagai seekor

penyu, akhirnya pada suatu hari Afiq terjumpa suatu
gerbang angin yang sangat deras. Gerbang angin tersebut

menyedut Afiq sehinggakan Afiq kelelahan akibat
goncangan yang dirasai dan akhirnya...

14

“Ibu... Ibu...Tolong Afiq! Afiq takut!” jerit Afiq.
Goncangan tersebut semakin kuat sehinggakan Afiq

tersedar apabila dia terdengar akan jeritan suara
ibunya yang menyuruhnya membuka mata.“Afiq, buka

mata kamu! Kamu mengigau ni, sayang,” kata Puan
Laila. Dan akhirnya Afiq membuka matanya lantas
memeluk ibunya.“Ibu...” teriak Afiq sambil menangis.

15

Semenjak daripada kejadian mimpi yang dialami oleh
Afiq pada tempoh hari, ianya telah menyebabkan Afiq
berubah menjadi seorang yang tidak lagi membuang

sampah di merata-rata.
Mimpi tersebut menyedarkan Afiq akan kesalahannya
dan Afiq mula berubah sejak hari itu. Dia menyedari

bahawa setiap perbuatannya itu, memberi kesan
terhadap kehidupan lain dan mula memahami akan erti

kasih sayang. Pada masa yang sama,Afiq turut
mengajak rakan-rakannya yang lain untuk bersama-

sama bergotong-royong di pantai.

-TAMAT-

16


Click to View FlipBook Version