MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH: PUAN MUSLEHA BINTI
MOKTER
DKA1B
PEMBENTUKKAN NEGARA
BANGSA ACUAN MALAYSIA
01DKA21F2031 MUHAMAD AMIN BIN MOHAMAD SARGAWI
01DKA21F2034 RAIZ NURIKHWAN HAZIQ BIN ABD.RAZAK
01DKA21F2037
01DKA21F2038 MUHAMMAD AIDIL AIZAT BIN MOHD NASIR
MUHAMMAD NAZMI BIN MASLIZAM
ISI KANDUNGAN
NO. KANDUNGAN M/S
1 1-2
2 PENGENALAN 3-12
3 LATAR BELAKANG 13-16
4 FAKTOR NEGARA BANGSA 17-20
USAHA NEGARA BANGSA 21-25
5 CABARAN NEGARA BANGSA 26-27
28
6 KESIMPULAN
7 RUJUKAN
1
PENGENALAN
Pada masa kini, masalah pembentukkan negara
bangsa Malaysia masih dan tampak akan
berterusan.Hal ini kerana persoalan-persoalan yang
sensitif dan menggugat sentimen masyarakat
berbilang bangsa diungkitkan kembali secara
berleluasa oleh individu dan pihak tertentu.
Selain itu, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan
dan pemimpin namun unsur-unsur penghalang
yang kebanyakkannya berakar umbikan sentimen
perkauman yang masih mengepompongi
sebahagian rakyat negara initermasuklah
pemimpin-pemimpin politik yang sepatutnya
berperanan sebagai role model .
Kajian kami memfokuskan kepada cabaran
pembentukkan negara bangsa acuan
Malaysia,faktor pembentukkan negara bangsa
acuan Malaysia,usaha pembentukkan negara
bangsa acuan Malaysia dan kesimpulan.
2
Antara kaum etnik di Malaysia
Peristiwa 13 Mei 1969
3
LATAR BELAKANG
DEFINISI NEGARA BANGSA:
Negara bangsa merupakan bangsa idaman
yang ingin dijelmakan oleh sesebuah negara.
Konsep negara bangsa menjurus kepada
sebuah negara yang berdaulat dengan
rakyatnya hidup bersatu-padu tanpa
sentimen perkauman, keturunan, agama,
bahasa, budaya, semangat kedaerahan yang
boleh menghalang kepada pembentukan
negara bangsa.
Terdapat tiga takrifan tentang ‘bangsa’.
Pertama, bangsa boleh dilihat dari sudut
perundangan. Dalam konteks ini, konsep
warganegara yang menakrifkan bangsa
Malaysia boleh terbentuk dengan tiga syarat
iaitu menjadi warga Malaysia, mengamal cara
hidup Malaysia berlandaskan kebudayaan
Melayu dan menggunakan bahasa Malaysia
sebagai bahasa harian.
4
Kedua, pengertian ‘bangsa’ boleh dihurai
berlandaskan keturunan darah yang
menakrifkan manusia berdasarkan ciri
(biologi) dan budaya yang diwarisinya. Bangsa
dalam pengertian ini membawa maksud
kaum, ras dan etnik.
Ketiga, ‘bangsa’ dirujuk sebagai satu ‘nation’
yang membawa maksud komuniti politik
dalam wilayah tertentu.
Konsep ini diperkuatkan lagi melalui ‘identiti
sepunya’ seperti perkongsian wilayah
bersama, perkongsian ekonomi, perkongsian
masa hadapan bersama serta unsur-unsur
subjektif yang dikongsi bersama merangkumi
bahasa, budaya dan sastera.
5
" ‘negara bangsa’ dibina dan dibangunkan
dengan rakyat yang menyanjung masa depan
yang dikongsi bersama, berintegrasi seluruh
wilayah dan kelompoknya, menikmati
kehidupan bersama berasaskan persamaan hak
dan keadilan, menumpukan taat setia dan
pengabdian yang tidak berbelah-bahagi
terhadap bangsa dan negara mereka.sesebuah
negara itu diibaratkan sebagai sebuah keluarga
yang setiap rakyatnya adalah ahli dalam
keluarga tersebut. Sebagaimana anak-anak
diberikan keadilan dan hak, rakyat dalam
sesebuah negara juga harus merasakan bahawa
mereka diperintah secara adil dan diberikan
hak masing-masing."-Tun Dr. Mahathir
Mohamad,1991
6
BINA NEGARA:
Proses pembinaan negara bagi sesebuah
negara adalah tidak sama antara satu negara
dengan negara yang lain.
Ada sesetengah negara pernah menjadi tanah
jajahan manakala sebahagian negara pula
merupakan negara merdeka sejak awal
penubuhannya.
Selepas perang Dunia Kedua berakhir, wajah
pembinaan negara berasaskan pelbagai kaum
mula tergambar.
Pembinaan negara bangsa hanya berkisar
antara orang-orang Melayu sahaja.
PERANG DUNIA KEDUA
7
Bermula dengan rancangan Malayan Union
pada tahun 1946 dan kemudiannya pada tahun
1948, barulah Persekutuan yang dicadangkan
British memberi wajah pelbagai kaum di
negara ini yang sebenar apabila Persekutuan
Tanah Melayu yang ditubuhkan mula
melonggarkan pemberian kerakyatan
bersyarat kepada penduduk bukan Melayu
(Ismail Said, 2010). Akhirnya, pembinaan
negara menjadi realiti apabila kemerdekaan
Tanah Melayu pada tahun 1957 diperoleh
daripada Inggeris.
Sebagai mengukuhkan lagi asas bina negara
yang sudah dilakukan, ia diikuti pula dengan
pelaksanaan penubuhan Persekutuan Malaysia
pada tahun 1963. Hasilnya, Malaysia wujud
sebagai sebuah negara berdaulat dan bebas
daripada cengkaman penjajahan
JUS SOLI DI MALAYSIA
8
BINA BANGSA:
Perkembangan pada tahap kedua dimulakan
selepas kemerdekaan 1957 dengan
memperlihatkan bentuk perhubungan awal
yang longgar antara kaum.
Dasar Pecah dan Perintah British telah
menambah sukarkan lagi proses ini, begitu
juga kesan Perang Dunia Kedua yang
merenggangkan hubungan kaum Melayu dan
Cina.
Interaksi antara anggota masyarakat pada
tahap ini berada dalam paras yang minimum
sebagai contoh mereka hanya bermasyarakat
dalam bentuk pertemuan ketika
menjalankan urusan perniagaan ataupun
urusan harian seperti pekerjaan dan lain-lain.
Tahap ini adalah tidak memuaskan hati
kerajaan dan jelas amat minimum dalam
usaha menyatukan semua warganegara
pelbagai kaum sebagai suatu bangsa.
9
10
PENYERTAAN RAKYAT:
Berdasarkan perkembangan tahap Kedua,
adalah jelas proses pembinaan negara bangsa
tidak akan tercapai tanpa penyertaan
menyeluruh daripada keseluruhan rakyatnya.
Ini bermaksud setiap anggota masyarakat
mestilah berganding bahu dalam
mewujudkan suasana yang dapat membantu
wujudnya kesatuan yang dicari.
Konfrontasi dengan negara jiran Indonesia,
begitu juga dengan peristiwa 13 Mei 1969
yang mewujudkan situasi saling
bergantungan antara anggota masyarakat.
Jurang perbezaan yang wujud antara mereka
cuba dirapatkan, nilai persamaan dan
kerjasama kaum dicari serta diperluaskan
sebagai usaha mewujudkan perpaduan dan
integrasi nasional.
Masyarakat sudah diintegrasikan ke dalam
suatu bangsa yang memiliki nilai-nilai identiti
yang sama dan mula membentuk sebuah
negara bangsa Malaysia.
11
PENGAGIHAN NILAI-NILAI
MASYARKAT:
Proses pembinaan negara bangsa Malaysia
semakin hampir menjadi kenyataan.
Toleransi, saling membantu dan
persefahaman banyak meningkatkan tahap
integrasi antara kaum di Malaysia.
Tanpa usaha-usaha selanjutnya proses
mengekalkan momentum kearah bangsa
Malaysia yang satu seperti yang sedia ada
akan menjadi kendur.
Pengekalan yang dimaksudkan ialah
memastikan rakyat berpuas hati dengan
usaha yang dijalankan kerajaan dan
terdapat pengagihan nilai-nilai masyarakat
yang sama adil dan sama rata.
12
Maksud pengagihan pula meliputi semua
aspek sosial, ekonomi dan politik. Walau
bagaimanapun proses pengagihan yang
adil ini tidak harus disalah ertikan dan
dilakukan mengikut satu cara sahaja.
Pengagihan yang adil itu haruslah
mengambil kira dan menimbangkan
keadaan perkembangan negara sejak
sebelum merdeka dan sehinggalah
kepada hari ini.
13
FAKTOR NEGARA BANGSA
NASIONALISME:
Perasaan cinta kepada tanah leluhur
Dilahirkan menerusi Tindakan seperti
penentangan terhadap penjajah
Melalui sentiment kebangsaan seperti
menyanyikan lagu kebangsaan atau
menaikkan bendera negara.
Elemen penting pemangkin pembentukan
negara bangsa.
14
PATRIOTISME:
Lanjutan daripada perasaan cinta tanah
leluhur
Hadir selepas wujudnya nasionalisme.
Elimen penting berkenaan kasih serta
kesedaran seseorang terhadap
kewarganegaraanya dan cintakan tanah air.
Kemuncak kesetiaan teragung oleh rakyat
yang bersedia berkorban nyawa untuk tanah
air tercinta.
15
INTEGRASI:
Proses mewijudkan identiti nasional di
kalangan kumpulan yang terpisah daripada
segi kebudayaan ,sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik.
Integrasi terdiri daripada integrasi
wilayah,ekonomi,kebudayaan,sosial,Pendidik
an dan politik.
Perkara asas dalam proses pengukuhan
perpaduan dan penyatuan masyarakat.
Bermatlamat menghilangkan perasaan
perkauman atau kenegerian atau apa jua
fahaman kebangsaan yang sempit.
16
DEMOKRASI:
Daripada rakyat untuk rakyat kepada rakyat
Alat mewujudkan keutuhan pentadbiran dan
direstui seluruh rakyat.
Kekuatan demokrasi dalam pembentukan
negara bangsa-pemberian hak kepada semua
warganegara berkongsi ideologi yang satu
dalam memilih pemerintah.
17
USAHA NEGARA BANGSA
PENDIDIKAN:
Laksanakan sistem Pendidikan yang
menggunakan satu kurikulum dan satu
penilaian pemeriksaan
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan agar
menjadi teras dasar pelaksanaan negara bagi
merealisasikan matlamat dalam memupuk
perpaduan.
Menerapkan Nilai jati diri, budi bahasa dan
seni budaya dalam tajuk mata
pelajaran.Contoh mata pelajaran: Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan , Pendidikan
Moral, Kompenen Sastera dalam Bahasa
Melayu dan Geografi.
Memperkenalkan mata pelajaran berkaitan
negara bangsa di peringkat rendah dan
menengah.Sebagai contoh : Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),
Kurikulum Standrad Sekolah Menengah
(KSSM), UPSR, SPM.
18
RAKYAT:
Melakukan beberapa aktiviti bagi menerapkan
semangat patriotisme. Sebagai contoh:
Perhimpunan bulanan, Sambutan bulan
Kemerdekaan, Kibaran Jalur Gemilang, Sambutan
detik ambang kemerdekaan.
Pandangan Ku Hasnan Ku Halim, 2018
Membentuk negara bangsa menurut acuan
Malaysia
Penekanan diberi untuk mengurus is
perpaduan negara dan intergasi nasional
Acuan ini diguna pakai untuk menyusun atur,
merancang dan melaksanakan pembangunan
serta pemerintahan di Malaysia
19
POLITIK:
Penubuhan parti Perikatan UMNO -MCA -MIC
dan semangat permuafakatan kaum
Parti Perikatan ialah sebuah parti politik,
dimulakan oleh orang Melayu dibawah
presiden UMNO
Tujuan: Berjuang mendapatkan
kemerdekaan dan kebebasan daripada
penjajah Inggeris
Berjaya memperoleh kemerdekaan dan
menjalankan pemerintahan secara
demokrasi
Permuafakatan politik kekal dan menjadi
teras permuafakatan
20
KERAJAAN:
Negara diikat dengan falsafah pembangunan
ekonomi yang adil diantara kaum, miskin dan
kaya, kawasan desa dan bandar.
Menjamin kestabilan sosiopolitik dan
pembangunan ekonomi di Malaysia
Isu perkauman dan agama dalam bentuk
pentadbiran negara dapat diurus dengan
baik.
Matlamat akhir: Memastikan masalah sosial
dan setiap perubahan dalam masyarakat
dapat diurus dalam proses kerangka negara
dan bangsa.
21
CABARAN NEGARA BANGSA
Dalam membina bangsa Malaysia yang utuh
dan bersatupadu ini, terdapat cabaran besar
yang perlu ditangani secara bijaksana. Salah
satu cabaran tersebut ialah isu polarisasi. Isu
polarisasi kaum berasaskan kepada persepsi
kaum masing-masing yang melihatnya secara
negatif seringkali diakhiri dengan polemik dan
perdebatan yang bukan kecil
sifatnya.Antaranya seperti yang disebutkan
oleh Chandra Muzaffar ialah :
Persepsi Bukan Melayu Kepada Melayu :
Sikap negatif terhadap bahasa Melayu.
Menggunakan bahasa Melayu hanya untuk
kepentingan urusan harian tanpa menghayati
bahasa Melayu sebagai bahasa yang ada nilai
ekonomi dan nilai penyatuan.
Kurang menghayati sejarah dan latarbelakang
negara ini walaupunsudah lama berada di
sini.
Sikap mementingkan kaum sendiri dan
kurang simpati dengan kaum lain.
22
Antara cadangan untuk menyelesaikan masalah
ini ialah:
Penggunaan bahasa Melayu dipertingkatkan
dalam sektor swasta dan awam
Penekanan kepada sejarah latarbelakang
negara Malaysia supaya semua rakyat
mengenali tentang evolusi pertumbuhan
masyarakat Malaysia di negara ini.
Keadilan sosial dijadikan asas kepada
pembinaan bangsa Malaysia
Keadilan sosial hanya boleh tercapai dalam
satu sistem ekonomi yang tidak menekankan
dan didorong kepada sifat kapitalisma yang
tidak berperikemanusiaan
23
Cabaran seterusnya dalam membina bangsa
Malaysia ialah bagaimana kita harus
menyegarkan dan mengukuhkan keyakinan
budaya dalam masyarakat. Keyakinan Budaya
(cultural confidence) di kalangan bangsa-bangsa
Timur perlu dipupuk menerusi strategi
pengakaran nilai-nilai budaya pada agama dan
tradisi sendiri demi memelihara keutuhan jati
diri dan keunggulanmartabat bangsa.
Selain itu, cabaran dalam membina sebuah
negara bangsa pada era globalisasi dan dunia
tanpa sempadan kini semakin mencabar.Ada
beberapa cabaran lain yang penting dan perlu
ditangani secara bijak dalam usaha kita
membina sebuah bangsa Malaysia yang
bersatupadu, progresif dan berdaya saing.
Pertama, gagasan bangsa Malaysia kurang jelas
sehingga melahirkan pelbagai versi yang
menimbulkan ketidakfahaman berlaku
dikalangan masyarakat Malaysia
24
Cabaran lain adalah berkenaan dengan
kemunduran pemahaman identiti bangsa
masyarakat multi-etnik di Malaysia. Perkara ini
mungkin berlaku akibat sistem sosial yang sedia
ada diwarisi daripada dasar pecah dan perintah
penjajah Inggeris.
Oleh sebab kepentingan negara adalah jauh lebih
besar nilainya daripada kepentingan kumpulan
etnik, keluarga dan individu, maka semua rakyat
Malaysia, tidak kira agama dan etnik, mesti
membuka kelopak mata dan pintu hati untuk
memandang satu sama yang lain dengan kanta
baru yang positif dan fikiran yang optimistik
tentang persamaan yang ada pada kita dan
bukannya perbezaan antara kita.
Pemahaman identiti bangsa amat perlu dalam
usaha mengukuhkan lagi hubungan etnik dan
mengeratkan jambatan integrasi di kalangan
masyarakat Malaysia. Hal ini kerana masih ramai
di kalangan masyarakat kita yang tidak
memahami identiti dan budaya masyarakat
sekitarnya.
25
Yang pastinya kelemahan asas yang paling
ketara ialah pihak-pihak tertentu tidak
mempunyai political will untuk
melaksanakannya atas pertimbangan politik
semasa. Isu-isu perkauman masih menjadi
intipati perjuangan kelompok masing-masing
untuk meraih simpati dan sokongan daripada
kaum-kaum tertentu. Akhirnya identiti
pembentukan bangsa Malaysia cuma menjadi
fatamorgana walaupun kita telah merayakan
sambutan 54 tahun kemerdekaan.
26
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, proses pembentukkan negara bangsa
acuan Malaysia sememangnya bukan satu usah yang
mudah, ini kerana Malaysia tidak diasaskan dengan
hanya satu identiti bangsa yang merdeka seperti
negara-negara lain.Proses pembentukkan ini
memerlukan kerjasama semua pihak dan berusaha
dengan dedikasi untuk memastikan negara bangsa
yang telah kita miliki dan dikekalkan untuk generasi
akan datang.
Bagi membina negara bangsa ini, nilai-nilai
kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam setiap
diri dan sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum, darjat dan umur bagi memperjuangkan
keamanan dan mencapai matlamat, sekali gus
menjadikan Malaysia sebagai negara maju walaupun
terdapat pelbagai halangan dan cabaran.Oleh itu,
semua pihak perlu bekerjasama memainkan peranan
masing-masing dan terus konsisten bagi memastikan
pembentukkan negara bangsa acuan Malaysia dapat
dicapai.
27
BANDAR KUALA LUMPUR
KIBARAN JALUR GEMILANG
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
28
RUJUKAN:
https://docplayer.info
https://core.ac.uk/download/pdf/11
489642.pdf
https://anyflip.com/ajine/pqlo/basic
https://www.scribd.com/presentat
ion/506387968/Konsep-Dan-
Pembentukan-Negara-Bangsa-
Dalam-Acuan-Malaysia