The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zawanahsahib94, 2023-10-25 06:44:44

RPA PSSEK

RPA PSSEK

1 AGENSI WHIZZ MANAGEMENT TRAINING & CONSULTANT SDN BHD RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) SIRI KAP 03 / TAHUN 2003 NAMA AGENSI LATIHAN: WHIZZ MANAGEMENT TRAINING & CONSULTANT SDN BHD BIDANG PERKEMBANGAN: PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN Nama Peserta Nurul Zawanah Binti Mohmad Sahibek 2 markah No. K/P: 940125-01-5012 Tarikh: 17 September 2023 Hari Ahad Masa: 30 Minit Umur kanak kanak: 4 Tahun Bilangan Kanak kanak: 6 Orang Tema: Peradaban Tajuk: Memupuk amalan berkongsi makanan. Bidang Pembelajaran fokus Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian 5 markah Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak sudah boleh berinteraksi dan menzahirkan emosi masing-masing dengan baik.


2 Objektif 1. Kanak-kanak boleh mengamalkan amalan berkongsi dalam kehidupan harian (PSSEK) 2. Kanak-kanak boleh membaca doa sebelum dan selepas makan dan mengucapkan rasa syukur atas makanan yang dinikmati dan dikongsikan (PBLA) 3. Kanak-kanak boleh makan menggunakan tangan tangan kanan dan dalam keadaan duduk bersila (PF) Senarai bahan/alat 1. 1 mangkuk plastik kecil berisi buah tembikai 2. 1 mangkuk plastik kecil berisi buah epal 3. 1 mangkuk plastik kecik berisi buah anggur 4. 1 mangkuk plastik kecil berisi potongan kek coklat 5. 1 mangkuk plastik kecil berisi potongan kek buah 6. 1 mangkuk plastik kecil berisi potongan kek pisang 7. 6 cawan plastik air masak 2 markah Ruang aktiviti Ruang Aktiviti 4 Tahun 1 markah Langkahlangkah perlaksanaan Permulaan Pengajaran 1. Pendidik memberi salam, memperkenalkan diri, bertanya khabar kanak-kanak sebelum aktiviti bermula (dalam keadan kanak-kanak duduk) 2. Pendidik meminta kanak-kanak untuk berdiri melakukan gerakan ringan mengikut lagu ‘Chicken Dance’ untuk menaikkan semangat kanak-kanak. 3. Pendidik mengajak kanak-kanak melakukan aktiviti utama bersama pendidik. Kandungan 1. Pendidik mula bercerita secara ringkas ‘role-play’ mengenai kisah tauladan ringkas yang memupuk amalan baik/berkongsi kepada kanak-kanak. 2. Pendidik bertanya soalan ‘Seronok tak jadi baik?’ dan 5 markah


3 kanak-kanak menjawab ‘Seronok!’ kerana dalam kisah ringkas yang diceritakan telah dinyatakan kebaikan berkongsi makanan. 3. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruangan singki untuk membasuh tangan sebelum makan dalam keadaan kanak-kanak beratur. 4. Pendidik meminta kanak-kanak duduk bersila dalam bulatan. 5. Pendidik mengagihkan mangkuk kecil yang berisi makanan kepada setiap kanak-kanak. Seorang kanak-kanak akan mendapat jenis makanan yang berbeza, 6. Pendidik mengajak kanak-kanak untuk membaca doa sebelum makan dan diakhiri dengan frasa ‘Terima kasih teacher, jemput makan semua’ sebagai tanda menghargai pemberian pendidik dan mengajak rakan-rakan untuk makan bersama. 7. Pendidik mengajar kanak-kanak untuk berkongsi makanan sesama mereka. 8. Kanak-kanak yang memberi diajar untuk mengucapkan ‘terima kasih’ dan yang menerima diajar untuk mengucapkan ‘sama-sama’. 9. Pendidik memberikan pujian kepada kanak-kanak sepanjang melakukan aktiviti. 10.Pendidik bertanyakan ‘Sedap tak makanan Allah bagi?’ dan kanak-kanak menjawab ‘Sedap’. 11.Pendidik bertanya ‘Dan kalau sedap kena sebut Alhamdulillah’… 12.Pendidik juga sentiasa mengingatkan kebaikan berkongsi makanan dan membuat amalan baik sepanjang aktiviti dijalankan. 13.Pendidik berikan masa untuk kanak-kanak menghabiskan makanan. 14.Pendidik dan kanak-kanak gembira melakukan aktiviti. 10 markah


4 15.Pendidik mengajak kanak-kanak untuk membasuh tangan dan menadah tangan membaca doa selepas makan dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ sebagai tanda rasa syukur. 16.Pendidik dan kanak-kanak mengemas peralatan setelah habis makan bersama. Selesai aktiviti. Kontigensi: 1. Jika kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti, pendidik memberikan puian ‘Terbaik’ versi Upin-Ipin dan tepukan. 2. Jika kanak-kanak tidak berjaya, pendidik akan berikan ata semangat dan tunjuk ajar. Penutup: 1. Sebelum selesai, pendidik bertanya kepada kanakkanak, ‘Ingat tak kalau kita jadi orang baik Allah sayang?’. ‘Ingat!’ 2. ‘Jadi kita kena selalu buat baik dengan semua orang supaya Allah sayang dan dapat pahala’ kata pendidik kepada kanak-kanak asuhan. 3. Pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanakkanak dan meminta pertolongan bersama untuk mengemas peralatan. 4. Pendidik memulangkan kanak-kanak kepada pengasuh. Perhatian: 1. Keselamatan: Pendidik memastikan ruang aktiviti kondusif dan selamat untuk sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. 2. Kebersihan: Pendidik memastikan makanan dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti dalam keadaan bersiha sebeluam dan selepas. 3. Kesihatan: Pendidik memastikan anak-anak sihat dan tiada isu alergi sebelum dan selepas aktiviti.


5 MARKAH RPA _________ / 30 markah Nama Jurulatih:_______________________________ ______ / 15markah Nama Fasilitator : _______________________________ Tandatangan : _______________________________ 5


Click to View FlipBook Version