TERIMA KASIH ADIK MUHAMAD SHAKIRAN BIN AHMAD RASDI (A182748) NUR ATHIRAH BINTI MAHMUD (A184361) SUNATUL MAHIRAH BINTI MOHD SUHAIMI (A180959) NUR SARAH BINTI RUSAH (A184055) MUHAMMAD AQIL SYAHMI BIN ZAMRI (A182671) 1. 2. 3. 4. 5. AHLI KUMPULAN 11
Kami si kembar .............................1 Kenapa denganAkif ? ................. 4 Cemburu ...................................... 7 Lawatan ke zoo .......................... 9 Akif penyelamat .......................... 13 Air dicincang tidak akan putus ....................... 15 TahapAkif semakin baik ............................. 18 Isi Kandungan
Akif dan Aizat merupakan sepasang kembar yang tak seiras. Hai, saya Akif. Saya suka pakai baju berwarna biru Hai, saya pula Aizat 1
Akif juga sangat suka dan asyik dengan lukisan. Setiap hari Akif akan melukis banyak lukisan. Dia suka melukis gambar lori. Akif seorang yang sukar bercakap. Dia sangat suka menyusun permainan mengikut baris. 2
Aizat kembar kepada Akif pula suka bergaul bersama rakannya di taman permainan. Aizat seorang yang mudah mesra berbanding adiknya Akif yang suka bersendirian. 3
Suatu hari Aizat dan ayah hairan melihat telatah Akif sering melukis dan suka bersendirian. Aizat berborak dengan ayahnya tentang lawatan ke zoo. Ayahnya berasa keliru dengan sikap dan kelakuan Akif yang suka membuat aktiviti sendiri dan tidak berinteraksi dengan orang lain seolah-olah berada dalam dunianya tersendiri. 4 4
Ayah membawa Akif ke hospital untuk merujuk kepada doktor tentang kelakuan Akif. Selepas doktor menjalankan diagnosis ke atas Akif, Doktor mengesahkan Akif mempunyai ciri-ciri Autisme. 5
Suatu hari, sekolah mengadakan pertandingan melukis. Akif dan Aizat menyertai pertandingan tersebut. Akif dan Aizat boleh melukis dan mewarna dengan cantik. 6
Akif diumumkan sebagai juara pertandingan melukis. Cikgu memberikan hadiah kepada Akif. Aizat cemburu dengan Akif kerana dia merasakan ramai orang lebih menyayangi Akif daripada dirinya. 7
Bermula dari hari itu, hubungan Akif dan Aizat menjadi renggang kerana Aizat merasakan semua orang lebih sayang kepada Akif berbanding dirinya. 8
Keesokan harinya, Akif dan Aizat mengikuti lawatan ke zoo. Aizat sangat seronok dan teruja untuk melihat burung di sana. 9
Aizat begitu teruja untuk melihat burung sehingga dia pergi berjalan seorang diri meninggalkan kawan-kawan yang lain. 10
Selepas beberapa lama, Aizat mula sedar yang dia sudah sesat. Dia cuba mencari cikgu dan kawan-kawan tetapi tidak berjaya. Dia menangis ketakutan. 11
Cikgu mula sedar akan kehilangan Aizat dan mula mencarinya bersama murid-murid yang lain. 12
Cikgu sudah cuba mencari Aizat tetapi masih tidak berjumpa. Akif yang masih sukar bercakap menunjukkan gaya burung kepada cikgu kerana dia tahu abangnya mesti berada di kawasan burung. 13
Akhirnya, cikgu dan Akif berjaya menjumpai Aizat yang sedang menangis hasil bantuan yang diberikan Akif. 14
Aizat berterima kasih kepada Akif dan cikgu kerana membantu mencarinya. 15
Selepas kejadian itu. Aizat dan Akif semakin rapat. Aizat selalu mengajak Akif bermain sambil bersosial bersama kawan-kawan yang lain. 16
Ibu dan ayah gembira melihat Aizat dan Akif yang semakin rapat. Mereka sering melakukan aktiviti bersama-sama. 17
Akif juga telah mula menunjukkan peningkatan dalam hubungan komunikasi hasil terapi pertuturan secara berkala bersama doktor dan ahli terapi. Ibu bapa Akif amat gembira dengan perubahan ini. TAMAT 18