PENGENALAN
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapat
malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan
tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan
untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.
Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala
wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Sekarang ini kita berada di bulan Sya’ban. Inilah masanya kita menanam azam untuk
kita merebut segala kelebihan Ramadhan yang dijanjikan Allah. Jika Ramadhan tahun lalu
kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan
merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Maka
janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana kita tidak tahu adakah inilah Ramadhan terakhir
buat kita? Mati datang tidak menentu.
Oleh itu, kita hendaklah membuat persiapan untuk memasuki bulan Ramadhan yang
penuh keberkatan serta banyak kelebihannya disambut dengan penuh perasaan ta’zim
(membesarkan) dan mengalu-alukannya.
PERSEDIAAN RAMADHAN
Antara persiapan yang dapat kita lakukan sebelum menjelang
Ramadhan ialah:
1-Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
2-Mengulangkaji ilmu tentang puasa
3-Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat
(kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
4-Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di
bulan Ramadhan.
PERSEDIAAN RAMADHAN
Pertama: Banyak berpuasa di bulan Sya’ban bermula dari awal bulan lagi
Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan;
َ ال كَ ُوس كَ كَا ك-كّلَص ل ََ كسيا كولَف كَ كَْك كِلَلكَُلََُا-ام كلىََََُ كصْك لََكْك كَ ُّس كٍَُ لْ ش ََكوُس ك: كسَُ لر اط َُ َُ لر اط َُي اك كىََ كص ََكوُس ك: اك َك ُّس َُي كس كما َُ َكَْك ل َكَ ُوس ك ال -كّلَص ل َكِلك لَ ا َ كس كولَ ك- ََ لوَك لَ كم ك َاَّكا ك
َكَ كم كَا كَي اااَ ُك قط كٍ لْ ش كس كما كٍ لابكا كَ ايف اَّكاماص
“Adalah Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau
tidak berbuka langsung dan kadang-kadang baginda terus-menerus berbuka hingga kami menganggap
baginda tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa
sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda paling banyak
berpuasa sebagaimana baginda berpuasa di bulan Sya’ban”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Usamah bin Zaid r.a. menceritakan; “Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, mengapakah aku
tidak melihat kamu banyak berpuasa di bulan-bulan lain sebagaimana kamu berpuasa di bulan Sya’ban’.
Jawab Rasulullah; ‘Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana
kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan
hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa”.
(Riwayat Imam an-Nasai)
PERSEDIAAN RAMADHAN
Kedua: Mengulangkaji kembali ilmu atau pengetahuan tentang puasa
Amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang
hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah
memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang
dituntut oleh Syara’. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji
ilmu-ilmu tentang puasa yang merangkumi :
1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
Selain itu, kita juga perlu mempelajari puasa dari sudut batin atau rohaninya supaya puasa
kita akan mendatangkan lebih kesan kepada jiwa dan roh kita.
PERSEDIAAN RAMADHAN
Ketiga: Membaca kembali kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan
Ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka,
Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain iaitu tiba masanya ia datang dan tiba
masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan
dan keistimewaan bulan Ramadhan atau mereka melupainya.
Antara kelebihan dan keistimewaannya:
a) Ramadhan adalah penghapus dosa
Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;
َُ ََ لا كَبكاكا كَ َ لمَكَك كج اا كذَ بك لََك ُْ ََي كما ُم كَ ارِ كََ مَ كَ كم كَا كَي اااكص كس كَ كم كَا َُ َ لا ُم ُماك اَي اااكص كسَ لا ُم ُماكَُ َ لا كْ لم ُْي َا َّلك كس
“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan penghapus
dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat Imam Muslim)
PERSEDIAAN RAMADHAN
b) Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-
syaitan.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang
sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka
segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni
Malaikat) akan berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai
orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan
kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal
demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi,
Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)
PERSEDIAAN RAMADHAN
c) Malam al-Qadar
Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lailatul-Qadar atau
malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah
dalam surah al-Qadr:
َ لاوك لَ اَي اك لَلك اَ ايف ْك لَ كن لاَكاَُ ااََا كس كما َْك لَ كََ ك كما َُاك لَلك َ لاوك لَ اَي َُاك لَلك ََ لاوك لَ ا َكْ لَ م َام ل َْك لا ا كٍ لْ شَي َُ َكَك َن َََُ لا كمَك اك ك َُ كسَا قَس ياَ كْا َاب اْ لذ ا َكَ ابِ اْ ل َام ل ََُِ ا ْك لم شَي َكوَك م
َ لارك لم اَ كم لطلك اَ كىََص اَ كف
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan).
Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu
bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya
untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-
Qadr: 1-5)
PERSEDIAAN RAMADHAN
Keempat: Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan
Ini kerana kita dapat memasuki bulan Ramadhan dengan penuh bersedia bagi
memperbanyakkan amalan di bulan yang penuh keberkatan dan banyak kelebihannya ini.
Kita hendaklah mengetahui amal ibadah atau amal kebaikan yang digalakkan oleh Allah
dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda.
Antara amalan-amalan utama di bulan Ramadhan:
1) Berpuasa dengan sesungguh hati
2) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat (terawikh, tahajjud dll)
3) Melipatgandakan ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan
4) Beriktikaf (berada di dalam masjid dengan niat ibadah)
5) Mencari malam al-Qadar (lailatul Qadar)
6) Membanyakkan bacaan al-Quran termasuklah bertadarus
7) Membanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan untuk orang lain
Pada bulan Ramadhan setiap hari ada
malaikat yang menyeru siapa yang
berbuat baik agar bergembira dengan
kebaikan tersebut kerana akan
mendapat pahala!
TERIMA KASIH....