The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Nur Afiqah Mohd Asri, 2020-12-19 06:44:50

Proposal Projek Inovasi

DPLI UniSZA sesi 2019/2020

Keywords: Afiqah

*.'r :*rlJL,s,, lj-.J .,,fu-, 4*,

e#ffiiffiffiffi

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABID'N

FAI(ULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAII
SEMESTER rrr (2019/2020)

KERTAS CAI}ANGAN
PROJEK INOYASI DALAM PENGAJARAN DAII PEMBELAJARAN

( ."4 I(IDAII DXPf,{} N.ACD B(lAB.D"

SITI Nl]R BINTI MOHD ASRI

95 r 102035348 T

CIAL 19057108

LATIHAN MENGAJAR

DWP21505

(.-_ PROF'. DR.ABDUL T_TAKIM ABDULLAH
21 DISEMBER 2O2O

I AH BINTi

J

(SITI NTIR AFIQAH BINTI MOHD ASRI) (PUAN AB
GI{AZALI)

Isi Kandungan

1.0 PENGENALAN.......................................................................................................................... 2
2.0 RASIONAL ................................................................................................................................ 2
3.0 PERNYATAAN MASALAH..................................................................................................... 3
4.0 OBJEKTIF .................................................................................................................................. 4
5.0 KONSEP INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .............................................. 4

5.1 KONSEP INOVASI YANG DIPERKENALKAN ................................................................ 4
5.2 PRESTASI DAN PENCAPAIAN MURID SEBELUM INOVASI ....................................... 4
5.3 KEPENTINGAN PELAKSANAAN INOVASI..................................................................... 5
6.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN ........................................................................... 5
7.0 SASARAN.................................................................................................................................. 5
8.0 AHLI JAWATANKUASA ......................................................................................................... 6
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN.............................................................................................. 6
10.0 PERANCANGAN PROJEK....................................................................................................... 6
10.1 CARTA GANTT .................................................................................................................... 7
10.2 MILENSTONE PRODUK...................................................................................................... 7
11.0 PENUTUP................................................................................................................................... 8

1.0 PENGENALAN

Dalam keadaan norma baharu ini, merupakan satu cabaran yang perlu dilalui oleh para
pendidik dalam menyampaikan ilmu kepada murid. Oleh kerana Perintah Kawalan
Pergerakan Bersasar (PKPB) dijalankan, hal ini pihak Kerajaan telah mengarahkan
bahawa Sekolah ditutup, maka pengajaran dan pembelajaran berlaku secara alam maya.
Di mana, guru menggunakan pelbagai platform antaranya Google Meet untuk
melaksanakan kelas.

Bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru perlu
kreatif dalam menyampaikan sesuatu ilmu. Pelbagai cara yang dapat dilakukan
terutamanya dengan menggunakan bahan bantu mengajar. Menurut Azma (2006) yang
telah menggariskan tiga aspek dalam menarik minat murid adalah:

i. Kognitif – tentang pencapaian pengetahuan dan perkembangan hasil intelek.
ii. Afektif – tentang perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, rohani dan

emosi.
iii. Psikomotor – tentang kebolehan amali dan perkembangan jasmani.

Justeru itu, Bahan bantu mengajar yang lebih berkesan dengan menggunakan
bahan maujud. Oleh itu, saya sebagai guru pelatih mata pelajaran Pendidikan Islam
akan melakukan satu projek inovasi iaitu dengan mewujudkan bahan bantu mengajar
yang boleh digunakan semasa pembelajaran alam maya dan praktikal pada masa akan
datang. Justeru itu, pemilihan Akidah Explorace Board ini dapat diaplikasikan dalam
pelbagai cara pembelajaran.

2.0 RASIONAL

Hal ini dapat memudahkan guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam
mengaplikasikan permainan ini semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Manakala bagi pihak sekolah pula, dapat membantu dari segi kewangan untuk
melaksanakan dan mewujudkan Akidah Explorace Board ini pada murid setiap
tingkatan.

2

3.0 PERNYATAAN MASALAH
Murid kurang berminat dan mengambil ringan terhadap subjek Pendidikan Islam,
khususnya dalam bidang Akidah. Di dalam bidang Akidah terdapat beberapa topik
pelajaran mengikut tingkatan. Tingkatan 2 mempunyai 3 topik pelajaran dalam bidang
tersebut. Antaranya, kekuatan dan kekuasaan Allah SWT, ketaatan Malaikat dan
panduan daripada Allah SWT.

Berdasarkan perbincangan antara guru pembimbing mata pelajaran Pendidikan
Islam. Menurut Zakaria (2011), pendidikan yang utuh dan baik mampu melahirkan
bangsa yang kuat dan mulia di sisi Allah S.W.T. Di samping itu, pendidikan terhadap
agama Islam merupakan saluran utama yang dapat mempengaruhi amalan penghayatan
dalam kehidupan seharian kerana peranannya dalam memberi perhatian kepada
kepentingan jasmani, rohani, agama dan kemajuan di dunia dan akhirat.

Oleh kerana semasa sesi latihan mengajar, guru pelatih tidak dapat
melaksanakan pembelajaran di dalam kelas seperti biasa. Disebabkan pandemik Covid-
19, maka setiap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara alam
maya. Di mana guru-guru diarahkan bekerja di rumah bagi mengambil langkah berjaga-
jaga dalam situasi seperti ini.

Setelah mendapati bahawa murid tingkatan 2 kurang berminat dan lemah dalam
mempelajari bidang Akidah, dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, tujuan
Akidah Explorace Board ini dihasilkan adalah untuk menarik minat murid mempelajari
topik pelajaran Akidah dalam bentuk permainan. Akidah Explorace Board yang
dicadangkan ini dapat diaplikasikan secara pembelajaran ‘Online’ dan di dalam kelas.

3

4.0 OBJEKTIF

Objektif utama projek inovasi ini adalah:
a) Menarik minat murid untuk mempelajari bidang Akidah dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam yang melibatkan permainan.
b) Meningkatkan tahap pengetahuan murid dalam bidang Akidah.
c) Mewujudkan pembelajaran yang kreatif dan inovatif serta memupuk semangat
berkumpulan.

5.0 KONSEP INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.1 KONSEP INOVASI YANG DIPERKENALKAN

Penghasilan produk inovasi ini bertujuan untuk menarik minat murid terhadap
mata pelajaran Pendidikan Islam, khususnya dalam bidang Akidah. Dengan
adanya Akidah Explorace Board ini akan merangsang cara murid berfikir lebih
aktif dan kreatif sama ada dalam bentuk individu atau berkumpulan.
Pembelajaran yang dilaksanakan ini menghubungkait dengan permainan. Di
mana murid perlu mengumpul mata point di akhir permainan tersebut.

Akidah Explorace Board ini boleh digunakan secara individu dan
berkumpulan, mengikut atas kesesuaian masa dan tempat yang dilakukan.
Sekiranya guru ingin menfokuskan kepada murid lemah amat sesuai dilakukan
secara individu. Selain itu, dalam pembelajaran alam maya juga boleh
dilaksanakan secara individu kerana kekangan masa dan maklum balas murid
yang tidak menentu.

5.2 PRESTASI DAN PENCAPAIAN MURID SEBELUM INOVASI

Berdasarkan perbincangan antara guru pembimbing, murid belum menguasai
bidang Akidah antaranya dalam topik pelajaran Ketaatan Malaikat. Murid
masih belum menghafal nama dan tugas-tugas Malaikat. Selain itu, pada topik
pelajaran Panduan daripada Allah SWT, di mana murid juga belum menguasai
nama kitab dan nabi yang menerima kitab. Justeru itu, bidang Akidah ini dipilih

4

untuk meningkatkan kefahaman murid bagi mendalami dan memahami topik
pelajaran tersebut.

5.3 KEPENTINGAN PELAKSANAAN INOVASI
Kepentingan pelaksaan inovasi ini adalah untuk memantapkan kefahaman
murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya bidang Akidah.
Bidang ini merupakan satu keyakinan yang perlu ditanam dalam diri setiap
manusia. Walaupun terdapat beberapa perkara yang boleh dilihat dan ada juga
perkara tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia tetapi ia melatih murid
untuk menanamkan rasa kepercayaan terhadap perkara yang tidak dilihat seperti
kisah para Nabi dan Rasul.

6.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh: 10 minggu
Tarikh: 5 Oktober – 18 Disember 2020
Tempat: Sekolah Menengah Putrajaya Presint 8(1)

7.0 SASARAN
Sasaran Akidah Explorace Board ini dilakukan pada murid tingkatan 2 di Sekolah
Menengah Putrajaya Presint 8(1), khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
bidang Akidah. Bahan bantu mengajar ini dapat diaplikasikan pada semua murid
tingkatan 2 dan juga murid yang lemah.

5

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Pensyarah Penyelia : Prof Dr. Abdul Hakim Abdullah

Penasihat : Puan Adeebah Ali

(Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint

8 (1))

Guru Pembimbing : Puan Abqariyyah Binti Ghazali

Penyelaras Projek : Siti Nur Afiqah Binti Mohd Asri

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Kuantiti Kos
1 RM1.00
Bil. Item 10 RM 2.00
1. Kotak 1 RM 2.10
2. Kertas warna 1 RM 0.50
3. Wallpaper 1 RM 2.10
4. Gam 1 RM 0.70
5. Gunting 1 RM 1.00
6. Pembaris 3 RM 2.10
7. Pisau kecil RM 11.50
8. Salotep

JUMLAH

10.0 PERANCANGAN PROJEK

Carta Gantt digunakan bagi penjadualan setiap aktiviti semasa menghasilkan produk,
di mana setiap aktiviti perlu dijalankan dalam tempoh masa yang dirancangkan.
Pemilihan Carta Gantt digunakan kerana dapat membantu mengenalpasti semua aktiviti
yang telah dirancang, pelaksanaan aktiviti menghasilkan produk yang ditunjukkan,
anggaran masa untuk aktiviti direkodkan dan jangka masa keseluruhan produk
dihasilkan.

6

10.1 CARTA GANTT MMMMMMMMM M
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Perkara

Analisis Keperluan
Stratergi
Material
Kertas Cadangan
Produk
Pilot Testing
Analisis Produk
Dokumentasi

10.2 MILENSTONE PRODUK

Milenstone merupakan jadual spesifeik yang membantu dalam pengurusan hari dan
masa bagi setiap peringkat atau fasa untuk membangunkan produk ini. Berikut adalah
jadual Milenstone yang akan dilaksanakan sepanjang penghasilan produk.

Milenstone Tarikh Pelaksanaan

MILENSTONE 1: ANALISIS KEPERLUAN

Aktiviti 1.1 Cetusan Idea 26 Oktober 2020

Aktiviti 1.2 Penyataan Masalah 30 Oktober 2020

Aktiviti 1.3 Analisis Masalah 30 Oktober 2020

MILENSTONE 2: PENGHASILAN PRODUK

Aktiviti 2.1 Kertas Kerja Diluluskan 2 – 13 November 2020

Aktiviti 2.2 Menyusun Stratergi 2 – 13 November 2020

Aktiviti 2.3 Mendapatkan Material 2 – 13 November 2020

Aktiviti 2.4 Proses Pembuatan Produk 20 November 2020

Aktiviti 2.5 Pengujian Produk 20 November 2020

Aktiviti 2.6 Analisis Produk 23-27 November 2020

MILENSTONE 3: PRODUK AKHIR

Aktiviti 3.1 Dokumentasi 30 November – 11 Disember 2020

7

11.0 PENUTUP
Dalam merealisasikan pembelajaran yang aktif, guru perlu kreatif dalam mewujudkan
pengajaran yang menyeronokkan di dalam kelas terutamanya. Walaupun negara perlu
mengamalkan gaya hidup norma baharu ini, ianya tidak menjadi halangan. Kerana pelbagai
jenis aktiviti yang dapat dilakukan seperti memberi tayangan video, kuiz melalui WordWall,
Quizziz, Kahoort dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar yang
dilaksanakan ini dapat dilakukan secara pembelajaran alam maya dan pembelajaran
bersemuka. Penghasilan Akidah Explorace Board akan membantu murid bermain sambil
belajar secara santai dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

8

RUJUKAN
Azma Mahmood. (2006). Pengukuran penghayatan pendidikan Islam murid-murid sekolah

menengah di Malaysia. Tesis Doktor Flasafah. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Zakaria, A. (2011). Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam Pendidikan
Islam di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. (Tesis PhD Pendidikan Islam),
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

9


Click to View FlipBook Version