The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 313-16-maisarah, 2021-08-17 11:50:06

KK PORTFOLIO PSVK3203

KK PORTFOLIO PSVK3203

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

PSVK3203PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK

PORTFOLIO PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-
KANAK

NAMA : NOOR MAISARAH BINTI MOHD ZAINI
ANGKA GILIRAN : 2021082340014
NO. K/P : 020214-08-0324
KUMPULAN : BM1 (SK)
TAJUK : PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK
NAMA PENSYARAH : PUAN HANIMAH BINTI ABDULLAH

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin dan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyempurnakan tugasan kursus PSVK3203:
Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak ini dalam kekangan masa mendepani pandemik wabak
covid 19 dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru. Pada kesempatan ini, saya
ingin merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kasih kepada Puan Hanimah
Binti Abdullah atas pertolongan beliau dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya. Beliau tidak pernah putus asa akan mendorong dan membimbing anak muridnya dalam
apa sebarang masalah yang kami hadapi sepanjang tempoh pembelajaran dan pengajaran. Beliau
juga sentiasa memberi nasihat agar menjadi seorang guru yang berguna dan bersahsiah terpuji
untuk masa akan datang. Beliau juga telah membantu dalam menyemak tugasan, data yang saya
berikan dan membuat teguran jika terdapat kesalahan agar memperoleh keputusan yang
cemerlang. Juga ucapan terima kasih ini semestinya tidak dilupakan buat semua ahli keluarga
atas sokongan moral dan dokongan doa yang diberikan. Buat semua warga IPG Kampus Kota Bharu
dalam setiap kemudahan yang disediakan, terima kasih juga. Akhir sekali, buat semua rakan bakal
guru seperjuangan, terima kasih dengan setiap perkongsian ilmu, idea dan huluran bantuan
seiring tujuan kita bersama. Semoga kita semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya. Insha-Allah.

“KAMI BANGGA MENJADI GURU”



PENGENALAN

Setap insan di dunia mempunyai keinginan, terutamanya kanak-
kanak. Sebagai guru, memahami keinginan mereka memberi
ruang kepada kita untuk mengatur sesi pembelajaran serta
pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan.
Apabila tiba pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak akan
lebih cenderung untuk melukis berdasarkan apa yang mereka
lihat daripada menggunakan imaginasi sendiri.

Lukisan 1

Gambar 1

“ Burung Raja Udang, Krayon, Nur Hajrah Binti Hashim, 2014 “

Faktor Mengaktifkan Pengetahuan Pasif

Berdasarkan hasil lukisan kanak-kanak yang pertama iaitu Nur Hajrah
Binti Hashim, terdapat faktor yang mempengaruhinya semasa
menghasilkan lukisan. Antaranya ialah faktor pengetahuan pasif.
Perbuatan, pergerakan aksi dan pengunaan kata kerja memainkan
peranan dalam mengaktifkan pengetahuan pasif. Selain itu, pengunaan
objek konkrit dan sensitiviti deria juga turut berperanan. Contohnya, hasil
lukisan tersebut telah membentuk seekor burung raja udang yang sedang
hinggap pada suatu batang pokok iaitu dikenali sebagai objek konkrit.
Sensitiviti deria penglihatan yang tinggi dimiliki oleh pelukis menyebabkan
terhasilnya lukisan tersebut. Dari segi pergerakan aksi, lukisan itu
menunjukkan bahawa burung raja udang itu sedang mencari mangsa
tangkapan untuk menjadi umpan makanan. Jelaslah bahawa pengetahuan
pasif adalah satu faktor yang mempengaruhi kanak-kanak semasa
menghasilkan lukisan.

Faktor Rangsangan

Berdasarkan lukisan kanak-kanak di atas, dapat dilihat bahawa tema lukisan ini ialah
Burung Liar. Manakala tajuk lukisan ini pula ialah Burung Raja Udang yang melambangkan
burung itu tersendiri. Seterusnya, hal benda yang terkandung pada lukisan ini ialah burung
yang mempunyai warna biru elektrik belakang dan garis mata dan paruh tajam panjang.
Burung raja udang ini juga kelihatan sangat tenang dengan warnanya yang redup cahaya,
dan pada sudut tertentu, ini kerana struktur khas dari bulu biru warna-warni nya.
Sehubungan itu, burung raja udang tinggal di sepanjang tebing sungai serta dapat dilihat
burung tersebut sedang hinggap pada batang pokok sambil mencari mangsa seterusnya
untuk ia makan. Burung raja udang ini memakan ikan kecil dan serangga air besar.

Jadi, pada lukisan tersebut semestinya burung ini sedang bertenggek di pinggir tebing
sungai untuk mencari mangsanya dengan cara menyelam ke dalam air untuk menangkap
ikan. Di samping itu, burung raja udang ini sukar untuk dijumpai adalah kerana populasi
mereka diancam oleh manusia yang menyebabkan pencemaran air di sungai-sungai. Selain
daripada itu, alat dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan lukisan ini ialah pensel,
krayon, pembaris, pemadam dan kertas lukisan.

Faktor Fizikal

Sehubungan dengan itu, Dalam pada itu, Cara memegang pensil
penggunaan alat dan kanak-kanak tersebut dan krayon yang betul
melukis dengan kemas
bahan yang memberikan serta penggunaan alat dapat melatih otot
satu bentuk latihan dan bahan yang baik. tangan kanak-kanak
melukis dan mewarna
berkesan kepada otot bentuk burung raja
tangan dan koordinasi udang dengan baik dan

tangan serta mata. tepat.

Faktor Kognitif

Kanak-kanak ini juga dapat membuat gambaran burung raja
udang dengan baik serta dapat menghasilkan lukisan yang
menarik. Sebelum melukis, kanak-kanak ini dapat membuat
tangkapan gambar burung dengan memilih suatu gambaran
yang jelas.

Faktor Emosi

Kanak-kanak itu dapat meluahkan perasaan dengan melukis
ekpresi burung yang sedang kelaparan sambil bertenggek
pada batang pokok.

Faktor Rohani Kanak-kanak itu menghargai hasil karya rakan
Faktor Estetik lain dengan menghasilkan kerja secara
berkumpulan serta berkongsi peralatan
dengan raknnya.

Lukisan kanak-kanak itu juga menggambarkan
ilmu pengetahuan tentang haiwan di hutan.

Kanak-kanak dapat menghasilkan karya
lukisan burung raja udang dengan lebih
menarik menggunakan pelbagai media kering
untuk menghasilkan lukisan yang lebih
menarik dari rakan-rakannya.

LUKISAN 2

Gambar 2
“ Buah-Buahan Tempatan, Media Campur, Nur Amylia Binti Mat Nor, 2017 “

Faktor Mengaktifkan Pengetahuan Pasif

Berdasarkan hasil lukisan kanak-kanak yang kedua iaitu Nur Amylia
Binti Mat Nor, terdapat faktor yang mempengaruhinya semasa
menghasilkan lukisan. Antaranya ialah faktor pengetahuan pasif. Selain itu,
perbuatan, pergerakan aksi dan pengunaan kata kerja memainkan
peranan dalam mengaktifkan pengetahuan pasif. Selain itu, pengunaan
objek konkrit dan sensitiviti deria juga turut berperanan. Contohnya, hasil
lukisan tersebut telah membentuk buah-buahan tempatan iaitu dikenali
sebagai objek konkrit. Sensitiviti deria penglihatan yang tinggi dimiliki oleh
pelukis menyebabkan terhasilnya lukisan tersebut. Jelaslah bahawa
pengetahuan pasif adalah satu faktor yang mempengaruhi kanak-kanak
semasa menghasilkan lukisan.

Faktor Rangsangan

Lukisan kanak-kanak ini merupakan tema Buah-buahan Tempatan. Seterusnya, tajuk
bagi lukisan kanak-kanak ini ialah Buah-buahan Kegemaran Saya. Selain daripada itu, alat
yang digunakan oleh kanak-kanak ini ialah water colour, pembaris, pensel, pemadam dan
bahan yang digunakan kertas lukisan. Hal benda pada lukisan ini ialah buah durian,
tembikai, maggis, rambutan dan pisang. Lukisan ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai
warna pada buah-buahan tempatan ini dengan keenakannya pada luar dan dalam buah
tersebut. Rasa manis buah tersebut juga menjadi sebab ramai orang suka memakannya bila
tiba musim buah. Buahan-buahan tempatan merupakan jenis buah-buahan yang dihasilkan
oleh sesebuah negara tersebut.

Seperti di Malaysia yang merupakan sebuah negara beriklim tropika yang kaya
dengan buah-buahan tempatan selalunya boleh menikmati buah-buahan ini sepanjang
tahun bagi buah tidak bermusim atau masa tertentu sahaja bagi buah yang keluar
bermusim. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan
bermusim dan tidak bermusim. Berdasarkan lukisan di atas, kanak-kanak tersebut
memasukkan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan dengan penggunaan warna yang cerah
untuk menambahkan nilai estetik pada lukisan buah-buahan.

Faktor Fizikal

Di samping itu, penggunaan alat dan bahan yang memberikan satu
bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan
serta mata. Kanak-kanak tersebut dapat melukis dengan kemas
menggunakan alat dan bahan yang betul. Cara memegang krayon dan
pensil warna tepat serta dapat menghasilkan lukisan yang realistik.

Faktor Kognitif

Sebelum melukis, kanak-kanak dapat memerhatikan gambar atau
perkara yang dipilih untuk dilukis. Oleh itu, gambaran yang dibuat
dapat menghasilkan lukisan buah-buahan yang menarik serta
penggunaan warna yang sesuai.

Faktor Emosi

Dari aspek emosi pula, kanak-kanak dapat menghasilkan
lukisan dengan meluahkan kesukaan buah-buahan
kegemarannya.

Faktor Rohani

Sehubungan dengan itu, lukisan ini dapat menunjukkan
bahawa kanak-kanak tersebut mendalami ilmu
pengetahuan tentang buah-buahan tempatan.

Faktor Kanak-kanak dapat menghasilkan lukisan
Estetik buah-buahan yang cantik serta lebih
menarik daripada rakan sekelasnya. Selain
itu, kanak-kanak ini dapat membuat
penilaian lukisan tersebut dari sudut aspreasi
dan estetik.

LUKISAN 3

Gambar 3
“ Permandangan Di Ladang, Media Campur,

Ahmad Shazzren Bin Ahmad Rizal, 2015 “

Faktor Mengaktifkan Pasif

Berdasarkan hasil lukisan kanak-kanak yang kedua iaitu Ahmad
Shazzren Bin Ahmad Rizal, terdapat faktor yang mempengaruhinya
semasa menghasilkan lukisan. Antaranya ialah faktor pengetahuan pasif.
Selain itu, perbuatan, pergerakan aksi dan pengunaan kata kerja
memainkan peranan dalam mengaktifkan pengetahuan pasif. Selain itu,
pengunaan objek konkrit dan sensitiviti deria juga turut berperanan.
Contohnya, hasil lukisan tersebut telah membentuk permandangan
belakang ladang biri-biri yang menunjukkan gunung-ganang yang indah
iaitu dikenali sebagai objek konkrit. Sensitiviti deria penglihatan yang
tinggi dimiliki oleh pelukis menyebabkan terhasilnya lukisan tersebut.

Faktor Rangsangan

Berdasarkan lukisan kanak-kanak tersebut, tema lukisan ini ialah
Ladang Biri-Biri. Manakala tajuk lukisan ini pula ialah Permandangan Di
Ladang yang melambangkan burung itu tersendiri. Seterusnya, hal benda
yang terkandung pada lukisan ini ialah permandangan gunung-ganang
yang indah, pokok berwarna hijau, rumput yang panjang serta matahari
yang bersinar. Permandangan gunung-ganang ini juga kelihatan sangat
tenang dengan sinaran matahari yang cerah dan hampir terbenam dan
rumput yang panjang untuk diberikan makan kepada biri-biri pada waktu
yang sesuai. Di samping itu, alat dan bahan yang digunakan ialah water
colour, pensel warna, kertas lukisan, pensel dan pembaris.

Faktor Fizikal

Lukisan ini dari aspek fizikal menunjukkan bahawa kanak-kanak ini
dapat melukis dengan kemas, teratur dan sempurna. Cara memegang
pensel juga adalah betul untuk menghasilkan satu lukisan yang
realistik.

Faktor Kognitif

Melalui aspek kognitif pula, kanak-kanak tersebut bijak membuat
keputusan dalam memilih gambaran yang sesuai sebelum
menghasilkan karya seninya. Tema yang dipilih sesuai dengan
bayangan suasana yang indah dan tenang dengan hasil tangkapan
mata.

Faktor Emosi

Selain itu, kanak-kanak ini dapat meluahkan perasaannya melalui
lukisan yang dihasilkan iaitu perasaan tenang, santai dan sayang akan
keindahan alam. Kepelbagaian saiz daun dan pokok yang kehijauan
menunjukkan alam flora yang indah.

Faktor Rohani

Seterusnya, kanak-kanak ini juga melukis apa yang mereka tahu
berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman
mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di atas
kertas. Perkembangan rohani kanak-kanak boleh dilihat melalui
penerapan nilai-nilai murni dalam diri berkaitan dalaman serta ilmu
pengetahuan tentang alam semesta.

Faktor Estetik Perkembangan estetik kanak-kanak diterjemahkan
melalui gerak-geri dan pergerakan badan. Kebolehan
kanak-kanak dalam meluahkan nilai estetikanya
merupakan satu bentuk kemahiran kognitif di dalam
perkembangan seni kanak-kanak tersebut, malah
amat penting di dalam perkembangan pemikiran dan
intelektualiti mereka. Luahan estetik kanak-kanak
amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa.

LUKISAN 4

Gambar 4
“ Haiwan Laut, Media Campur, Fakhrul Bin Aziz, 2013 “

Faktor Mengaktifkan Pasif

Berdasarkan hasil lukisan kanak-kanak yang kedua iaitu Fakhrul Bin
Aziz, terdapat faktor yang mempengaruhinya semasa menghasilkan
lukisan. Antaranya ialah faktor pengetahuan pasif. Selain itu, perbuatan,
pergerakan aksi dan pengunaan kata kerja memainkan peranan dalam
mengaktifkan pengetahuan pasif. Selain itu, pengunaan objek konkrit dan
sensitiviti deria juga turut berperanan.

Contohnya, hasil lukisan tersebut telah membentuk kehidupan haiwan
lautan yang pelbagai jenis iaitu dikenali sebagai objek konkrit. Sensitiviti
deria penglihatan yang tinggi dimiliki oleh pelukis menyebabkan terhasilnya
lukisan tersebut.

Faktor Rangsangan

Berdasarkan lukisan kanak-kanak di atas, dapat dilihat bahawa tema lukisan ini ialah
Hidupan Akuatik. Manakala tajuk lukisan ini pula ialah Haiwan Laut. Selain itu, hal benda
yang terkandung pada lukisan ini ialah ikan, ikan yu, penyu, sotong, tapak sulaiman,
rumpai laut dan air yang biru. Kehidupan akuatik ini juga terlihat sedang menjalani
kehidupan yang normal bersama spesies haiwan laut yang pelbagai.

Di samping itu, populasi ikan-ikan dalam lautan biru luas ini sukar untuk dijumpai
adalah kerana populasi mereka diancam oleh manusia yang menyebabkan pencemaran
air di laut. Selain daripada itu, alat dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan
lukisan ini ialah pensel, water colour, pensel warna, pembaris, pemadam dan kertas
lukisan.

Faktor Fizikal

Penggunaan alat dan bahan dalam karya seni dalam seni memberikan satu
bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta
mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan,
contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan perkembangan
fizikal boleh dilihat dengan jelas. Oleh itu, kanak-kanak berjaya menghasilkan
lukisan yang kemas.

Faktor Kognitif

Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama
ada daripada segi gaya mahu pun kandungan. Aktiviti seni yang tersusun dan
terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat
keputusan. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh dilihat melalui
contengan yang mereka lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan terkawal.

Faktor Emosi

Emosi kanak-kanak juga ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam

hasil seni mereka. Kanak- kanak melukis peristiwa yang mereka lalui setiap

hari, haiwan lautan spesies liar yang disukai seperti ikan yu dan lain-lain. Cerita

yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak diperelokkan melalui penggunaan

warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosi kepada

lukisannya seperti warna yang sesuai. Faktor Rohani

Seterusnya, kanak-kanak ini juga melukis apa yang mereka tahu
berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman mereka
melihat. Perkembangan rohani kanak-kanak boleh dilihat melalui penerapan
nilai-nilai murni dalam diri berkaitan dalaman serta ilmu pengetahuan
tentang hidupan laut. Jelaslah, kanak-kanak ini kerap menonton televisyen
tentang hidupan akuatik dengan membuat pemerhatian sendiri.

Faktor Estetik

Kanak-kanak dapat menghasilkan karya lukisan
hidupan akuatik dengan lebih menarik menggunakan
campuran media kering dan media basah untuk
menghasilkan lukisan yang lebih menarik dari rakan-
rakannya demi mendapat pujian yang baik.

LUKISAN 5

Gambar 5
“ Bunga Tulip, Water Colour, Hajrah Binti Jaabar,

2010 “

Faktor Mengaktifkan Pasif

Berdasarkan hasil lukisan kanak-kanak yang kedua iaitu Hajrah Binti
Jaabar, terdapat faktor yang mempengaruhinya semasa menghasilkan
lukisan. Antaranya ialah faktor pengetahuan pasif. Selain itu, perbuatan,
pergerakan aksi dan pengunaan kata kerja memainkan peranan dalam
mengaktifkan pengetahuan pasif. Selain itu, pengunaan objek konkrit dan
sensitiviti deria juga turut berperanan. Contohnya, hasil lukisan tersebut
telah membentuk bunga tulip berwarna merah jambu yang membawa
maksud mengambil berat iaitu dikenali sebagai objek konkrit. Sensitiviti
deria penglihatan yang tinggi dimiliki oleh pelukis menyebabkan terhasilnya
lukisan tersebut.

Faktor rangsangan

Berdasarkan lukisan yang kelima ini, tema lukisan ini ialah Bunga Yang Indah.
Manakala tajuk lukisan ini pula ialah Bunga Tulip. Selain itu, hal benda yang terkandung
pada lukisan ini ialah bunga tulip yang berwarna merah jambu, batang pokok yang keras
berwarna coklat serta daun hijau. Pokok bunga tulip ini boleh mengeluarkan kudupnya
selepas 15 hingga 17 minggu ditanam dan sebelum dipasarkan, batangnya perlu dicantas
manakala kudup pula dibalut dengan kain net. Kemudian, apabila kembang, bunga ini
mempunyai enam kelopak yang mampu bertahan selama seminggu jika diletakkan di
dalam pasu bunga yang berisi air.

Di samping itu, bunga tulip di Malaysia yang banyak ditanam di Belanda hidup subur
dan berbunga di atas puncak Bukit Larut, Perak. Selain daripada itu, alat dan bahan yang
digunakan dalam menghasilkan lukisan ini ialah pensel, water colour, pembaris, pemadam
dan kertas lukisan.

Faktor Fizikal

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
seni memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan
koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil,
kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa
batasan perkembangan fizikal boleh dilihat dengan jelas. Kanak-kanak boleh
mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Seni
menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan sesuatu produk
iaitu proses penghasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling
mereka dengan menghasilkan lukisan berdasarkan kepada apa yang mereka
fahami berbanding apa yang mereka lihat.

Faktor Kognitif

Kanak-kanak yang menghasilkan lukisan ini dapat membuat
bayangan bunga tulip dengan baik serta dapat menghasilkan
lukisan yang menarik dan kreatif. Sebelum melukis, kanak-
kanak ini dapat membuat gambaran burung tulip berwarna
merah jambu yang sedang mengembang kelopaknya dengan
memilih suatu gambar yang jelas.

Faktor Emosi

Kanak-kanak ini dapat meluahkan perasaan dengan melukis
bunga tulip berwarna merah yang membawa maksud
mengambil berat disebaliknya.

Faktor Rohani

Sehubungan dengan itu, kanak-kanak ini juga melukis apa yang mereka tahu
berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman mereka
melihat, imej, daya ingatan, dan kesan konsep ini dilukis di atas kertas.
Perkembangan rohani kanak-kanak boleh dilihat melalui penerapan nilai-nilai
murni dalam diri berkaitan dalaman serta ilmu pengetahuan tentang bunga-
bungaan. Kanak-kanak juga mungkin berpengalaman tentang bunga di mana
ibunya sendiri yang menanam pokok bunga tulip di rumah.

Faktor Estetik

Kanak-kanak dapat menghasilkan karya lukisan bunga tulip dengan
lebih menarik menggunakan pelbagai media kering untuk menghasilkan
lukisan yang lebih menarik dari rakan-rakannya.

LUKISAN 6

Gambar 6
“ Burung Bangau Keria, Media Campuran,

Hajrah Binti Jaabar, 2011 “

Faktor Mengaktifkan Pasif

Berdasarkan hasil lukisan kanak-kanak yang keenam iaitu Hajrah Binti
Jaabar, terdapat faktor yang mempengaruhinya semasa menghasilkan
lukisan. Antaranya ialah faktor pengetahuan pasif. Seterusnya, perbuatan,
pergerakan aksi dan pengunaan kata kerja memainkan peranan dalam
mengaktifkan pengetahuan pasif. Selain itu, pengunaan objek konkrit dan
sensitiviti deria juga turut berperanan. Contohnya, hasil lukisan tersebut
telah membentuk dua ekor burung bangau yang sedang menggaru
badannya iaitu dikenali sebagai objek konkrit. Sensitiviti deria penglihatan
yang tinggi dimiliki oleh pelukis menyebabkan terhasilnya lukisan tersebut.
Dari segi pergerakan aksi, lukisan itu menunjukkan bahawa burung bangau
itu sedang mencari mangsa tangkapan untuk menjadi umpan makan
bersama-sama.

Faktor Rangsangan

Berdasarkan lukisan kanak-kanak tersebut, tema lukisan ini ialah Burung
Bangau. Manakala tajuk lukisan ini pula ialah Burung Bangau Keria yang
melambangkan burung itu tersendiri. Sehubungan dengan itu, hal benda yang
terkandung pada lukisan ini ialah dua ekor burung bangau keria sedang santai
dan mencari anak ikan untuk dimakan dalam kolam yang cetek. Bangau keria
juga adalah merupakan sejenis bangau yang juga ada terdapat di Malaysia.
Bangau ini amat unik kerana ada warna merah dan coklat di bahagian
kepalanya yang sangat menarik. Burung bangau ini dipanggil bangau keria
adalah kerana bentuk warna di kepala burung ini seakan kuih keria. Ia juga
sama seperti warna bangau lain iaitu mempunyai bulu berwarna putih dan
lazimnya memakan anak ikan. Di samping itu, alat dan bahan yang digunakan
ialah water colour, pensel warna, kertas lukisan, pensel dan pembaris.

Faktor Fizikal

Di samping itu, penggunaan alat dan bahan yang memberikan satu
bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan
serta mata. Kanak-kanak tersebut dapat melukis dengan kemas
menggunakan alat dan bahan yang betul. Kemudian, teknik
memegang krayon dan pensil warna tepat serta dapat menghasilkan
lukisan yang realistik.

Faktor Kognitif

Sebelum melukis, kanak-kanak dapat memerhatikan gambar atau
perkara yang dipilih untuk dilukis. Oleh itu, gambaran yang dibuat
dapat menghasilkan lukisan burung bangau keria yang menarik serta
penggunaan warna yang sesuai.

Faktor Emosi

Emosi kanak-kanak juga ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya
dalam hasil seni mereka. Kanak- kanak melukis peristiwa yang mereka lalui
setiap hari, haiwan spesies unik yang disukai seperti burung bangau yang
sukar dijumpai di Malaysia. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak
diperelokkan melalui penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai
akan menambah emosi kepada lukisannya seperti warna yang sesuai.

Faktor Rohani

Seterusnya, kanak-kanak ini juga melukis apa yang mereka tahu
berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman mereka
melihat. Perkembangan rohani kanak-kanak boleh dilihat melalui penerapan
nilai-nilai murni dalam diri berkaitan dalaman serta ilmu pengetahuan tentang
hidupan laut. Jelaslah, kanak-kanak ini kerap menonton televisyen tentang
haiwan-haiwan dengan membuat pemerhatian sendiri.

Faktor Estetik

Kanak-kanak dapat menghasilkan karya lukisan burung
bangau keria lebih menarik menggunakan campuran
media kering dan media basah untuk menghasilkan lukisan
yang lebih menarik dari rakan-rakannya dengan baiknya.

Penutup

Kesimpulannya, berdasarkan analisis yang dibuat pada setiap
enam lukisan mengikut faktor mengaktifkan pengetahuan pasif,
faktor rangsangan dan juga faktor fizikal, emosi, estetik, kognitik
dan rohani didapati bahawa perkembangan lukisan kanak-kanak
adalah dipengaruhi oleh suasana mereka dibesarkan. Kanak-
kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran
mereka.

Rujukan

Haji Harun, Norul Haida & Bukhari. (2013). Ekspresi seniman dalam
melukis. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

http://psv3.blogspot.com/p/rangsangan-dan-faktor-faktor-yang.html

Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version