Modul
Pengajaran Dan
Pembelajaran Sosial
Tema:
Permainan Tradisional
Isi Kandungan
01 Pengenalan
02 Objektif
03 Konsep
04 Rancangan Pengajaran
Aktiviti ( RPA)
05 Menonton Video
06 Mari sebut nama
permainan tradisional
07 Jom Bermain
08 Latihan Murid
09 Pentaksiran
Pengenalan
Modul yang dihasilkan ini khas untuk kanak-kanak yang
berumur 5-6 tahun. Tema ialah Permainan Tradisional.
Tema yang dipilih dekat dengan kanak-kanak untuk
menimbulkan keseronokan mereka untuk belajar. Tema
yang dipilih juga dikaitkan dengan pengalaman sedia
ada kanak-kanak.
Objektif
Modul ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mengasah kemahiran mereka dengan pelbagai aktiviti
yang dirancang oleh guru.Modul ini juga membantu
kanak-kanak belajar melalui pelbagai kaedah
pendekatan pembelajaran yang diperkenalkan oleh
guru berdasarkan Kurikulum Pengajaran Prasekolah.
Melalui aktiviti secara digital ini juga, guru dapat
membuat pentaksiran walaupun tidak berada dekat
dengan murid. Bahan bukti bergambar, borang
catatan / rekod pemerhatian boleh dijadikan evidens
semasa mengisi rekod Pentaksiran IPPK
Konsep
Modul Pengajaran Pengajian Sosial ini menggunakan
kaedah pengajaran yang berbeza iaitu secara digital.
Modul ini menggunakan kaedah permainan dalam
proses Pengajaran dan pembelajaran P&P menjadikan
konsep P&P ini lebih menarik, interaktif serta
mengasyikkan. Modul ini juga menerapkan nilai dan
budaya tempatan supaya kaedah ini berjaya dijadikan
alat P&P serta dapat memberi kefahaman kepada
masyarakat dan pelajar terhadap nilai budaya serta
identiti negara.
Dunia kini sudah berubah dengan teknologi terkini dan
sudah tiba masanya untuk para pendidik mula
mengubah cara dan kaedah pembelajaran dengan
pelaksanaan teknologi dalam pembelajaran kanak-
kanak. Pembelajaran secara digital ini akan memudah
dan menyenangkan kanak-kanak untuk belajar
dengan bantuan ibubapa.
RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI (RPA)
Tema / Subtema : Negara Saya / Permainan Tradisional
Tajuk
Tunjang (KSPK) : Mari Mengenal Permainan Tradisional
Standard Pembelajaran
: Tunjang Komunikasi
: BM 1.3.4 Mendengar, mengecam dan menyebut perkataan
BM 2.3.4 Membaca perkataan dengan suku kata terbuka dan
tertutup
Kesepaduan Tunjang : Tunjang Kemanusian
Standard Pembelajaran : KM 4.1.5 Mengenali warisan budaya Malaysia
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah melihat melihat permainan tradisional.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid boleh:
1) mengenal dan menyebut 5 permainan tradisional dengan
betul.
2) membaca perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup
dengan bimbingan guru.
3) membezakan permainan tradisional dengan permainan
moden
Senarai BBM / Alat : Laptop, pencapaian internet
Mari kita menonton video
Permainan Tradisional
Konda kondi
Sepak Bulu
Ayam
Teng Teng
Congkak
Gasing
Tarik Upih
Layang-layang
Galah Panjang
Lompat Getah
Lat Tali-lat
Ceper
Tuju Selipar
Murid akan bermain meneka permainan tradisional
menggunakan aplikasi wordwall di link seperti berikut:
wordwall.net/ms/resource/25444848
QR Code
Murid akan bermain memadankan nombor 1 hingga 10
permainan tradisional menggunakan aplikasi wordwall di link
seperti berikut:
wordwall.net/ms/resource/19711616
QR Code
Murid akan membuat latihan memadankan gambar permainan
tradisional dengan perkataan yang sesuai menggunakan aplikasi
liveworksheets di link seperti berikut:
Latihan yang telah siap boleh dihantar terus kepada guru
Murid akan membuat latihan memadankan gambar permainan
tradisional dengan perkataan yang betul menggunakan aplikasi
liveworksheets di link seperti berikut:
Latihan yang telah siap boleh dihantar terus kepada guru
TERIMA
KASIH