The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAHAP STRESS DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKRM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BDK20622 PURAVEE A/L KUNASEKARAN, 2023-11-25 13:17:29

Draft Penyelidikan

TAHAP STRESS DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKRM

TAHAP STRESS DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKRM Puravee Kunasekaran (P21152565), Zakri Abdullah 1.0 PENGENALAN Golongan pelajar adalah aset modal insan negara yang terpenting dalam proses pembentukan dan pembangunan yang menjadi fokus bagi pihak kerajaan (Zakri Abdullah & Saemah Rahman). Untuk melahirkan dan membentuk golongan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial mereka haruslah kurang bermasalah tekanan daripada remaja lagi. Shahsavarani A. et al, dalam kajiannya yang bertajuk ‘Stress: Facts and Theories through Literature Review’ beliau telah menerangkan banyak definisi tekanan yang dikemukakan oleh penulis-penulis yang mengkaji tentang tekanan. Shalev et.al, menerangkan tekanan adalah tindak balas psikofisiologi yang balas kepada peristiwa yang mengakibatkan rasa terancam, kesedihan, disforia dan ketidakseimbangan pada orang. Selain itu, American Psychiatric Association menggambarkan tekanan sebagai satu perasaan terharu, bimbang, musnah, kelesuan, dan keletihan dan akan mempengaruhi semua orang tidak kira umur, jantina, dan kaum serta boleh memberi kesan kesihatan dari segi fizikal dan psikologi. McEwen menerangkan bahawa dalam perubatan dan biologi tekanan dikenali dengan mana-mana fizikal, psikologikal atau faktor emosi yang mendatangkan kepada tegangan fizikal atau psikologikal.Beliau juga merumuskan tekanan adalah bersamaan dengan allostasis. Allostasis adalah proses antara keupayaan mendapat stabliti seketika perubahan. Apabila sistem tekanan badan aktifkan tindak balas terhadap tahap tekanan akan meningkat dan pemindahan allostasis dan mengancam badan. Definisi tekanan menurut pandangan Behnoudi, iaitu tekanan adalah situasi dimana individu terpaksa dilakonkan dan tidak dapat menahan ketegangan mental. Hal ini boleh dikatakan sebagai tekanan satu penyesuaian semula dengan situasi dan syarat baru dan mengalami tekanan semasa berlaku perubahan dalam kehidupan mereka. Pada pendapat (Kumari et al, 2009), tekanan adalah tindak balas jasmani kepada sebarang permintaan serta boleh disebabkan oleh pengalaman yang baik atau buruk. Tekananan adalah sebarang pengalaman emosi yang tidak menyenangkan dan ditemani dengan ramalan perubahan psikologikal, biokimia dan tingkah laku. Dalam jurnal Shahsavarani A et al, pandangan stress daripada Sarafino et al, dan Lazarus, & Folkman (1984), tekanan boleh dirumuskan bahawa tekanan adalah interaksi dan hubungan dengan persekitaran dan mengancam tahap kesihatan mereka dari segi mental. Shahsavarani, et al, berpendapat sebarang kesan perubahan


persekitaran alam terhadap makhluk hidup dan akan menyebabkan gangguan homeostasis pada makhluk hidup adalah dipanggil tekanan. Menurut Thomas J., tekanan dirujuk kepada dua perkara, iaitu persepsi psikologi tentang tekanan dan tindak balas badan terhdapnya. Menurut beliau tekanan adalah keperluan untuk semua hidupan, dimana mereka berhadapan dengan ketidakpastian kewujudan. ‘American Psychological Association’ memberi definisi bahawa tekanan merupakan tindak balas dalaman atau luaran psikologikal dan pisiologikal kepada mangsa. Tekanan juga terlibat dalam mempengaruhi segala sistem dalam badan seperti perubahan perasaan dan tindak balas manusia. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Menurut Johari dan Ahmad (2019), faktor akademik merupakan pendorong utama wujudnya tekanan dalam kalangan pelajar universiti dan diikuti dengan faktor fizikal, sosial serta emosi. Apabila melihat stress dari aspek negatif ia boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada manusia terutamanya pada pelajar terhadap kesihatan seperti kemurungan, stress yang boleh menyebabkan pelajar tidak dapat mengawal dirinya dan mengganggu pencapaian akademiknya. Stress di kalangan pelajar sering berlaku di setiap IPT dan tahap stress masing-masing adalah berbeza. Memandangkan isu stress ini semakin meluas dan mengancam kerjaya pelajar di negara ini. jadi , pengkaji ingin menjalankan kajian ke atas pelajar IPG Kampus Raja Melewar. Pengkaji mengambil kesempatan ini untuk mengkaji dengan lebih lanjut mengenai isu ini. Justeru itu, tahap tekanan stress sangat penting untuk dikaji bagi mengelakkan lebih banyak kesan buruk yang melanda institusi- institusi pendidikan negara kita. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk: i) Mengenal pasti tahap stres di kalangan pelajar IPG Kampus Raja Melewar. ii) Meneroka sebab pelajar IPG kampus Raja Melewar menghadapi stress


4.0 METODOLOGI KAJIAN -instrumen tahap stress - ibm spss - gambar rajah ibm spss 5.0 KESIMPULAN


Click to View FlipBook Version