The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nisa Nazlyn, 2021-09-22 03:13:02

Ilmu Tafsir bil Ra'yi

Ilmu Tafsir bil Ra'yi

Sejarah Perkembangan Ilmu Tafsir * Tafsir Bi al-Ra'yi : Sumber dan Perkembangan

SUMBER

Tafsir bi al-Ra'yi mempunyai kekuatan yang tersendiri menyebabkan ramai dari kalangan
ulama tafsir mengharuskan penggunaan metod ini dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran.

1. Al-Quran iaitu melalui pengumpulan dan membuat perbandingan di mana ayat yang
mujmal diperjelaskan dan menghindarkan yang daif dan maudu'.

2. Nukilan daripada Rasulullah S.A.W dengan menghindarkan yang daif dan maudu'.
3. Riwayat yang sahih daripada sahabat dan juga tabi'in.
4. Ilmu bahasa yang akan memelihara diri daripada memalingkan ayat kepada makna

yang berlawanan dengan kehendak syara', kecuali makna-makna yang sudah
banyak dipakai oleh bangsa Arab itu sendiri.
5. Mentafsirkan ayat berdasarkan tuntutan dari makna ungkapan yang berterusan ilmu
mengenai al-Quran.

PERKEMBANGAN

Tafsir bi al-ra’yi mulai berkembang sekitar abad ke-3 H. Corak penafsiran sesuai
dengan sudut pandang mereka masing-masing; Kaum fuqaha (ahli fikih) menafsirkannya dari
sudut hukum fikih, seperti yang dilakukan oleh al-Qurthubi, dan lain-lain,kaum teolog
menafsirkannya dari sudut pemahaman teologis seperti al-Kasysyaf karangan al-
Zamakhsyari; dan kaum sufi juga menafsirkan Alquran menurut pemahaman dan pengalaman
bathin mereka seperti tafsir al-Quran al-‘Azhim oleh al-Tustari, Futuhat Makkiyat oleh Ibnu
Arabi, dan lain-lain.

Pendek kata, corak tafsir bi al-ra’yi ini muncul di kalangan ulama-ulama mutaakhirin;
sehingga di abad moden lahir lagi tafsir menurut tinjauan sosiologis dan sastra Arab seperti
Tafsir Al-Manar; dan dalam bidang sains muncul pula karya Jawahir Thanthawi dengan judul
Tafsir al-Jawahir. Melihat perkembangan tafsir bi al-ra’yi yang demikian pesat, maka tepatlah
apa yang dikatakan Manna’ al-Qaththan bahwa tafsir bi al-ra’yi mengalahkan perkembangan
al-ma’tsur.

Meskipun tafsir bi al-ra’yi berkembang dengan pesat, namun dalam menerimanya para
ulama terbagi 2, ada yang membolehkan dan ada yang melarangnya, tetapi setelah diteliti,
ternyata kedua pendapat yang bertentangan itu hanya bersifat lafzhi – redaksional.
Maksudnya kedua belah pihak sama-sama mencela penafsiran berdasarkan ra’yu –
pemikiran – semata tanpa mengindahkan kaedah-kaedah dan kriteria yang berlaku.
Penafsiran yang serupa inilah yang diharamkan Ibnu Taymiyah, bahan Imam Ahmad bin

Hanbal menyatakannya sebagai tidak berdasar. Sebaliknya, keduanya sepakat membolehkan
penafsiran Alquran dengan sunah Rasul serta dengan kaedah-kaedah yang mu’tabarah.

Adapun hadits-hadits yang menyatakan bahawa para ulama salaf lebih suka diam
dalam menafsirkan Alquran, sebagaimana dapat difahami dari ucapan Abu Bakar bahawa
tidak dapat dijadikan dalil untuk melarang tafsir bi al-ra’yi sebab sebagaimana ditulis oleh Ibnu
Taymiyah: “Mereka sentiasa membicarakan apa-apa yang mereka ketahui dan mereka diam
pada hal-hal yang tidak mereka ketahui.


Click to View FlipBook Version