Sebagai seorang Muslim, apakah yang akan anda lakukan untuk memberi kefahaman
kepada masyarakat tentang Tauhid Asma' Wa al-Sifat?
Tauhid merupakan bentuk mentauhidkan atau mengesakan Allah sebagai satu-
satunya Tuhan dan Dzat yang layak disembah. Dalam tauhid asma wa sifat, pengesaan ini
berkaitan dengan nama-nama dan juga sifat -sifat yang dimiliki Allah. Akan tetapi, pemberian
nama dan sifat ini tidak dilakukan dengan sembarangan. Penggunaan nama -nama dan juga
sifat-sifat Allah harus sesuai dengan apa yang sudah Allah tetapkan dalam al-Quran ataupun
yang pernah disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW. Tauhid asma wa sifat juga
mensyaratkan seorang hamba mentauhidkan Allah tanpa melakukan takyif, tamtsil, tahrif, dan
ta’thil. Atau dengan kata lain tanpa mengilustrasikan, menyerupakan, menyimpangkan
makna, atau menolak nama atau sifat yang telah Allah tetapkan tersebut.
Setiap keimanan pasti memiliki keutamaan. Termasuk beriman dan menjaga tauhid
asma wa sifat. Dengan mempelajari tauhid asma wa sifat dan beriman dengannya, maka
keimanan dalam diri seseorang akan bertambah kuat dan tidak lagi berharap, takut, ataupun
menyembah kepada selain Allah. Selain itu, tauhid asma wa sifat juga membuat rasa cinta
seorang hamba kepada Allah semakin besar. Sehingga orang tersebut akan mampu
mengagungkan Allah dengan sebaik-baik pengagungan. Dan juga meningkatkan
penghambaan sehingga dimudahkan dalam melakukan setiap hal yang diperintahkan dan
menjauhi larangan Allah. Memahami tauhid asma wa sifat juga membantu seorang hamba
dalam berdoa, meminta ampunan, mengadukan keluh kesah, hingga memohon perlindungan
kepada Allah. Dari sini juga, seorang hamba bisa lebih mengenal Allah dan memahami
bagaimana cara menjadi hamba yang taat dan dicintai oleh Allah.
Antara langkah untuk menerapkan Tauhid Asma’ Wa Sifat ialah melalui sekolah.
Pendidikan di peringkat sekolah perlulah diintegrasikan dengan Islam kerana agama Islam itu
merupakan rahmat bagi sekalian alam dan tidak pernah bercanggah dengan fakta semasa.
Integrasi ilmu ini bermaksud semua ilmu dibahas mengikut cara pemikiran Islam yang
berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Mata pelajaran Pendidikan Islam juga perlu ditambah
masanya agar semua ilmu-ilmu asas penerapan nilai-nilai Islam dapat dilaksanakan dalam
masa yang mencukupi. Guru-guru yang bukan mengajar Pendidikan Islam juga perlulah
sama-sama membantu dalam mendedahkan tauhid asma wal sifat ini dalam kalangan pelajar.
Mereka perlu mengintegrasikan ilmu-ilmu yag dajar dengan nilai-nilai tauhid. Mereka juga
boleh menyelitkan nilai-nilai tauhid dalam pengajaran mereka. Bagi memantapkan akidah
dalam kalangan pelajar, suasana persekitaran sekolah perlulah disesuaikan dengan suasana
Islam. Wujudkan budaya memberi salam dan ukhwwah islamiyah di sekolah. Selain itu,
kebersihan persekitaran sekolah juga perlulah dijaga. Ini kerana sekolah merupakan tempat
melahirkan dai yang akan turun ke arena masyarakat bagi memantapkan akidah masyarakat.
Masjid di Malaysia perlu memainkan peranan semaksima mungkin dalam usaha
memantapkan nilai-nilai akidah dalam masyarakat. Masjid perlu mesra pelanggan kepada
semua hatta terhadap orang bukan Islam sekalipun. Pelbagai aktiviti perlu dijalankan agar
masyarakat tidak terasa janggal untuk datang ke masjid. Masjid perlu mengadakan hari
terbuka dan bertemu pelanggan. Masjid perlu menganjurkan belbagai program bagi
mendekati masyarakat. Misalnya, menjalankan aktiviti-aktivit seperti mengenal sifat-sifat
Allah, kepentingan memahami sifat Allah dan sebagainya. Para remaja dan pelajar perlu
digalakkan untuk mengikuti program di masjid. Program untuk remaja dan pelajar di masjid
perlu ditingkatkan. Para pelajar perlu digalakkan belajar dan belajar secara berkumpulan di
masjid. Dengan cara mendekat dan menyibukkan golongan ini dengan aktiviti di masjid akan
dapat menghadkan mereka dengan aktiviti tidak berfaedah dan juga mengurangkan gejala
sosial dalam kalangan remaja. Masjid tidak seharusnya menjadi tempat untuk belajar ilmu
agama semata-mata, masjid juga perlu menjadi tempat untuk belajar ilmu keduniaan seperti
ekonomi, rumahtangga, teknologi, sejarah dan sains. Memang benar semua ilmu tersebut
boleh dipelajari di luar daripada masjid, tetapi sejauh mana tempat-tempat pengajian ilmu-
ilmu tersebut mengintegrasikan ilmu yang diajar dengan nilai-nilai akidah ataupun sekurang-
kurangnya membentuk akhlak yang baik? Jawapannya hampir tidak ada yang melakukan
sedemikian. Justeru itu, jika ilmu-ilmu ini diajar di masjid-masjid, pihak masjid boleh
mengusahakan pengintegrasian antara ilmu dunia dan akhirat ini bagi memantapkan kaidah
dalam kalangan masyarakat. Dan Islam akan difahami sebagai agama yang tidak
memisahkan kehidupan dunia dan akhirat.
Seterusnya, menggunakan media massa dalam memberi pendedahkan kepada
masyarakat tentang tauhid asma wal sifat. Media massa adalah alat atau instrumen terpenting
yang digunakan untuk menyampaikanm maklumat, membina persepsi dan tanggapan, dan
membentuk sikap masyarakat tentang maklumat yang disampaikan. Media telah terbukti
menjadi alat atau perantara terpenting dalam menyampaikan maklumat dan mesej tertentu.
Kepentingan media bukan sekadar terhenti setakat menyampaikan maklumat sahaja, tetapi
lebih daripada it kerana media berperanan dalam membentuk pola pemikiran masyarakat.
adamasa kini, banyak kemudahan media baharu seperti internet, telefon pintar dan
sebagainya telah memberi dimensi baharu kepada masyarakat. Misalnya, mendedahkan
tentang maksud asma wal al sifat di platrorm media seperti Facebook dan sebagainya. Melalui
cara ini, masyarakat akan lebih terdedah kepada tauhid berdasarkan apa yang dilihat oleh
mereka seharian. Masyarakat kini banyak menghabiskan masa bersama telefon pintar. Oleh
itu, sangat penting untuk menggunakan media massa sebagi platform menyebarkan
maklumat tentang tauhid asma wal al sifat.
Pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia perlu bersatu walaupun bukan dibawah satu
persatuan, tapi dibawah satu gabungan sepertimana gabungan parti politik iaitu Pakatan
Rakyat dan Barisan Nasional. Mereka mesti berbincang dan membahagikan skop masing-
masing untuk diperjuangkan. Contohnya ABIM dan JIM bagi menyebarkan dakwah kepada
masyarakat Islam, PERKIM untuk dakwah kepada bukan Islam, Persatuan Pengguna Islam
Malaysia untuk kepenggunaan, Yayasan Amal untuk Kebajikan, PAS untuk politik Islam,
Persatuan Peguam Pembela Islam bagi isu-isu perundangan dan Gabungan Mahasiswa
Islam Malaysia untuk para mahasiswa. Pertubuhan-pertubuhan Islam juga perlu lebih
bersungguh, sensitif dan agresif dalam membela agama Islam dan memantapkan nilai-nilai
akidah dalam masyarakat. Mereka perlulah turun untuk melakukan program pemantapan
nilai-nilai akidah untuk semua anggota masyarakat. Program-program yang dijalankan juga
perlu disebarkan secara meluas. Pertubuhan-pertubuhan Islam juga perlu berfungsi membuat
‘check and balance’ untuk program-program pemantapan akidah yang dilakukan oleh
kerajaan. Mereka perlulah memberi teguran kepada kerajaan sekiranya apa yang dilakukan
oleh kerajaan itu silap, tidak berjaya atau tidak mendapat sambutan. Dengan itu pihak
kerajaan boleh melakukan penambahbaikan. Pertubuhan-pertubuhan Islam juga perlu juga
melaksanakan program pemantapan akidah melalui media massa baik melalui media
nasional mahupun media alternatif. Mereka boleh menyebarkan dakwah melalui laman-laman
web dan blog. Mereka juga boleh menerbitkan rancangan televisyen untuk tujuan dakwah.
Kita juga ingin lihat mereka menerbitkandrama-drama atau filem yang bercorak Islamik bagi
tujuan dakwah.