The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kisah burung gagak menurut Al-quran & Hadis serta Saintis & Doktor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alya najwa, 2023-04-05 04:58:15

Burung gagak

kisah burung gagak menurut Al-quran & Hadis serta Saintis & Doktor

Keywords: gagak

SAINS TEKNOLOGI & KEJUTERAAN DALAM ISLAM MPU23052 DUB2B POLITEKNIK KOTA BHARU NAMA AHLI KUMPULAN : NUR ALYA NAJWA BINTI MUSLIM (04DUB22F1016) AINA MARDHIAH BINTI KAMARUDDIN (04DUB22F1004) NAMA LECTURER : WAN MARIATI BT ABD KADIR


TAJUK: Al-quran telah menyebut tentang haiwan antaranya burung gagak (qurab) dalam peristiwa pembunuhan Qabil keatas Habil iaitu pada surah Al Maidah ayat 27-31 adalah salah satu haiwan yang diceritakan dalam Al-quran. Berdasarkan penyataan ini buat kajian menyeluruh daripada Al-quran dan Hadis serta kajian yang dibuat oleh doktor dan sainstis dunia tentang rahsia kehidupan sosial burung gagak dan peranannya dalam bidang forensic jenayah.


PENDAHULUAN: Burung gagak mempunyai 4 kumpulan didunia iaitu Burung Gagak China, Burung Gagak Amerika, Burung Gagak Asia dan Burung Gagak Gerhasi Yangtze. Gagak hidup di banyak kawasan diseluruh dunia terutamanya dikawasan pelabuhan yang banyak sumber makanan gagak. Populasi gagak yang banyak jenis melebihi 27 spesis ini mampu membiak dengan cepat jika tidak dikawal dan terdapat sumber makanan yang lumayan. Gagak yang mempunyai bulu berwarna hitam ini mampu terbang dan selalu dilihat akan memakan bangkai haiwan dan juga kekotoran sampah sarap yang terbuang. Gagak jantan biasanya lebih besar berbanding gagak betina. Mereka boleh menghasilkan bunyi yang kuat terutamanya apabila berkumpulan atau menemui makanan untuk direbut. Burung gagak juga mempunyai sifat yang tersendiri yang mana telah diceritakan dalam Al-quran dan juga terdapat kajian saintis yang mengkaji kehidupan burung gagak ini.


QURAB


SURAH AL MAIDAH AYAT 27-31 َنْى ٱْب َأ َب ْيِهْم َن ۞ َوٱْتُل َعَل ا ًۭن ْرَبا ُق َّرَبا َحِّق ِإْذ َق ْل ٱ َءاَدَم ِب َحِدِهَما َوَلْم ُتُقِّبَل ِمْن َأ َف اَل َق اَخ ِر ْلَٔـ َتَقَّبْل ِمَن ٱ ُي َما َيَتَقَّبُل َّن اَل ِإ َّنَكۖ َق ُتَل َأَلْق ُمَّتِقيَن ٢٧ ْل ُه ِمَن ٱ َّل ٱل AYAT 27 َيَدَك ِئۢن َبَسطَت ِإ َّىَل َل ِبَباِسٍۢط َن۠ا َأ ِنى َمٓا َل ِلَتْقُت ٓى ِّن ِإ َلَكۖ ُت ْق ْيَك َأِل َل ِإ َيِدَى ٰـ َلِميَن َع ْل َه َرَّب ٱ َّل َخاُف ٱل َأ ٢٨ AYAT 28


SAMBUNGAN ِمى ْث ِبِإ ٓوَأ ُب ن َت ِريُد َأ ُأ ٓى ِّن ِإ وَن ِمْن ُك َت ِمَك َف ْث َوِإ ِلَك َٰذ َو ۚ ِر ِب ٱلَّنا ٰـ َأْص َح ِلِميَن ٢٩ ٰـ ٱلَّظ ۟ا ُؤ َٰٓز َج AYAT 29 ْفُسُهۥ َن ُهۥ َل َطَّوَعْت َف ُهۥ َل َقَت َف ِخيِه َأ ْتَل َق َح ِمَن َب ْص َأ َف ِس ِريَن ٣٠ ٰـ َخ ْل ٱ AYAT 30


SAMBUNGAN ْب َحُث ا َي ًۭب ُه ُغ َرا َّل َعَث ٱل َب َف ُهۥ َكْيَف َي ِر ْرِض ِلُي َأْل ِفى ٱ اَل َق ۚ ِخيِه َأ ى َسْوَءَة ِر َٰو ُي ْن َأ َجْزُت َع َأ َت ٰٓى َل َوْي ٰـ َي ُغ َراِب ْل َذا ٱ ٰـ ُكوَن ِمْثَل َه َأ ۖ ِخى َأ َى َسْوَءَة ِر َٰو ُأ َف ِدِميَن ٣١ ٰـ َح ِمَن ٱلَّن َب ْص َأ َف AYAT 31


TERJEMAHAN AYAT AL MAIDAH AYAT 27-31 AYAT 27 : Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil & Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingi diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antara (Habil) dan tidak di terima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: " Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa. AYAT 28 " Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Mentadbirkan sekalian alam. AYAT 29 " Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".


AYAT 30 : Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia memmbunuhnya. Oleh itu, menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. AYAT 31 : Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyeluruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: " Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu jadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.


alasan mengapa burung gagak disebut dalam al quran


Seperti kisah Habil & Qabil, sampai sekarang burung gagak akan menguburkan temannya yang sakit. Jika salah satu kawasan burung gagak yang terluka oleh manusia atau terjangkit sesuatu penyakit, maka salah satu dari mereka akan membunuhnya. Kemudian, burung gagak akan menguburkan temannya daripada tersebar penyakit berbahaya. Burung gagak memiliki tingkat solidaritas yang tinggi. Hal ini terbukti ketika seekor burung terluka, maka gagak yang lain akan datang membantu. Bahkan, kadang-kadang boleh mencapai puluhan gagak yang berkumpul untuk menolongnya. Dalam ensiklopedia Mukjizat Ilmiah dalam Al-quran dan Sunnah, disebutkan bahawa burung gagak berkomunikasi dengan membuat frekuensi suara berbeza dengan yang sedia ada. Sehingga setiap kelompok gagak memiliki cara berkomunikasinya masing-masing, bahkan jika ada salah satu gagak yang berkomunikasi beza disebuah kelompok maka ia akan diusir atau bahkan diajak bergaduh. BAHASA KOMUNIKASI ANTARA BURUNG GAGAK: ANTARANYA: BURUNG GAGAK MENGUBURKAN JASAD TEMANNYA : BURUNG GAGAK SALING MEMBANTU ANTARA TEMAN:


Burung gagak mempunyai akal yang cerdik dan pintar yang telah terbukti dalam al-quran iaitu Allah telah menghantar burung gagak untuk mengajar anak cucu Adam bagaimana menimbus mayat mereka yang terbunuh. Selain itu, kisah gagak meminum air dan terbukti bahawa ia bukan kisah dongeng. Mereka juga mempunyai pemimpin atau hakim yang akan menghukum apabila melakukan kesalahan di antara mereka. Ini lah fitrah yang sentiasa diberikan oleh Allah kepada burung gagak. Hasil kajian selama bertahun-tahun terhadap spesis burung gagak sangat mengejutkan, saintis barat, Brend Heinrich dan Thomas Bugnyar menunjukkan bahawa burung gagak tidak seperti burung lain. Ia memiliki kecerdasan yang sangat tinggi dalam banyak perkara, burung ini mampu menggunakan logik untuk memecahkan masalah, mengatasi kecerdasan monyet. Dengan kata lain, burung gagak seolah-olah mengetahui apa yang perlu dilakukan. Sebelum penemuan sains, kecerdikan burung gagak sebenarnya telah pun dijelaskan menurusi kisah dalam Al-quran. RAHSIA KEHIDUPAN SOSIAL Burung Gagak DARI SEGI AL-QURAN & HADIS : DARI SEGI SAINTIS & DOKTOR : persamaan


burung gagak menguburkan temannya


Dari segi Al-quran dan hadis pula menyatakan bahawanya burung gagak ini merupakan guru yang pertama dalam islam kerana Allah telah menghantarnya untuk menjadi contoh kepada kisah Qabil dan Habil yang diceritakan dalam Al-quran. Dengan cara gagak itu menunjukkan untuk menguburkan temannya. Menurut saintis dan doktor burung gagak ini merupakan spesis haiwan yang membuli haiwan lain. Bukan sahaja mereka sangat pintar tetapi gagak juga dikenali sebagai pembuli yang licik. Salah satu tingkah laku gagak yang dikenalpasti adalah mereka cenderung untuk menarik ekor haiwan lain sama ada kecil atau besar seperti kucing dan anjing. Malah, kepintaran burung gagak ini dikatakan menyamai kepintaran kanak-kanak manusia berumur 7 tahun. Disebabkan kepintaran mereka jugalah, burung gagak dikenali sebagai penjenayah hebat. PERBEZAAN DARI SEGI AL-QURAN & HADIS : DARI SEGI SAINTIS & DOKTOR :


PERANAN DALAMBIDANG FORENSIC Al-quran & Hadis: Dalam Al-quran dan hadis burung gagak ini merupakan haiwan yang fasiq iaitu turut mempunyai tabiat atau sifat yang buruk seperti pengotor, pemakan bangkai, pembawa penyakit, mengganggu manusia dengan bunyi yang bising serta mencuri dan merampas makanan manusia. Namun burung ini bijak dalam memnbuat satu keputusan atau penghukuman. Saintis & Doktor: Menurut saintis dan doktor yang diterbitkan dalam jurnal Animal Behavior bahawasanya burung gagak berkumpul di sekitar gagak yang mati ialah untuk belajar tentang bahaya. Di samping itu, mereka telah membuat eksperimen yang mengagumkan sebagai sebahagian daripada program BBC Two yang di sebut Inside Animal Mind, yang menguji gagak dengan teka-teki haiwan paling kompleks yang pernah dicipta. Jadi dari eksperimen itu, membuktikan bahawa sememangnya gagak adalah spesis haiwan yang bijak namun disalah erti kerana tabiat dan penampilannya. burung gagak


kesimpulan : Kesimpulan yang kami dapat daripada kajian ini adalah burung gagak ini mempunyai sifat baik dan buruknya tersendiri. Ianya juga cerdik dalam membuat sesuatu keputusan seperti menanam kawannya apabila kawannya sudah mati. Di samping itu, burung ini telah hidup sekian lama dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah sekarang. Kisah ini boleh dijadikan teladan kepada kita agar dapat mengambil pengajaran dari setiap yang berlaku dan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT.


RUJUKAN https://www.sentiasapanas.com/2015/12/sainsdan-al-quran-membuktikan-burung.html? m=1#axzz7w2qAAld2 https://alamcyber.blogspot.com/2013/12/subhanall ah-ketahui-keajaiban-burung.html https://burungnya.com/mengapa-burung-gagakdisebutkan-dalam-al-quran-ini-alasannya-lengkapdengan-15-keunikan-burung-gagak/ https://www.surah.my/5 https://detikislam.blogspot.com/2013/12/sub hanallah-keajaiban-burung-gagak_2.html? m=1


TERIMA KASIH !! MOHON MAAF J IKA ADA KEKURANGAN KERANA MANUSIA TIDAK PERNAH LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN.


Click to View FlipBook Version