The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by se291171, 2022-06-15 10:59:35

MINIT MESYUARAT 2 2022

minit ke 2-2022(b4)

Keywords: PIBG

கி யா ேதா ட தமி ப ள

SJK (T) LADANG KRIAN

JALAN BUKIT PANCHOR,
14300 NIBONGTEBAL,

SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

Tel: 04- 5930395 / Fax : 04- 5930395
E-mail : [email protected]

________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI -2 /2022/2023

Tarikh : 22.04.2022
Hari : Jumaat
Masa : 6.30 petang
Tempat : Bilik Komputer
Kehadiran : Rujuk lampiran

Agenda :

1. Kadavul Valthu (Doa)
2. Ucapan aluan
3. Ucapan YDP-PIBG
4. Ucapan Penasihat-Guru Besar
5. Membaca Minit Mesyuarat Lalu
6. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
7. Perbelanjaan
8. Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke -44
9. Bantuan bayaran pengangkutan bagi keluarga B40
10. Peruntukan Kerajaan Negeri
11. Umum

1. Kadavul valthu (Doa)

Mesyuarat AJK kali kedua dimulakan dengan pembacaan kadavul valthu
(Doa) oleh Puan M.Revathy.

2. Ucapan Aluan
Pn.M.Revathy selaku setiausaha PIBG mengalu-alukan para AJK dan
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir ke mesyuarat ini.

3. Ucapan Yang Di-Pertua PIBG
3.1 Pengerusi PIBG En.Devaraju, mengucapkan ribuan terima kasih dan
mengalukan para AJK untuk mesyuarat AJK kali Kedua bagi tahun 2022.
3.2 Beliau berkata, mesyuarat ini merupakan mesyuarat terakhir bagi sesi 2021/2022.

4. Ucapan Penasihat

4.1 Guru Besar En.M.Selvakumaran merangkap penasihat persatuan

PIBG mengalu-alukan kehadiran para AJK.
4.2 Beliau turut berkata bahawa mesyuarat AJK PIBG kali kedua dapat diadakan

dengan jayanya walaupun ditunda akibat pelbagai masalah .
4.3 Turut berbincang mengenai Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 44 yang akan

berlangsung pada 08.05.2022 (Ahad) di dewan Kuil Kaliamman Krian.

5. Membaca Minit Mesyuarat Lalu

5.1 Minit Mesyuarat yang lalu dibaca oleh Puan M.Revathy.
5.2 En.Solaiappan menyentuh usul 4.7 Seramai 92 murid mendapat RMT

kecuali tahun 1.
5.3 Tuan Guru Besar telahpun menyentuh usul 4.16 - berkenaan hal penjaga

haluan traffik, beliau telahpun bertanya kepada RELA, namun tiada respon yang
positif. Berikutan itu, Puan Akiela juga telah tanya pada ramai ibu bapa. Namun
tiada respon dari mereka.
5.4 Berikutan masalah penjaga traffik, Puan Akeala mencadangkan sebanyak RM
35.00 sehari.
5.5 Selepas perbincangan, AJK PIBG sebulat suara bercadang dan membayar elaun
sebanyak RM 300 kepada penjaga haluan traffik.

6. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu

6.1 Minit mesyuarat dicadang oleh Encik Govindasamy dan disokong oleh Puan
Suria Indra Devi (PK Hem).

7. Perbelanjaan

7.1 Puan J.Rubini selaku Bendahari PIBG membaca perbelanjaan sehingga bulan
31.03.2022. (Dilampirkan). Ia dicadang oleh Puan Akiela dan disokong oleh Puan
A.Kukaneswary (PK Koko).

8. Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke -44

8.1 Tuan guru berkata, Mesyuarat Agung kali ke-44 akan dijalankan pada
8.5.2022 jam 9.30 pagi di dewan Kuil Kaliamman Krian. Mesyuarat Agung
boleh dijalankan jika forum sebanyak 42 orang.

8.2 Tayangan multimedia akan ditayangkan sementara ibu bapa mengambil tempat.
8.3 Beliau turut berkata kod QR akan disediakan bagi memudahkan para ibu

bapa mengimbas dan membaca laporan Mesyuarat Agung kali ke -43.
8.4 En.Devaraju bertanya tentang undangan VIP ke mesyuarat ini. Tuan guru besar

membalas bahawa jika sekolah mengundang sesiapa individu dari luar, perlu
mendapatkan kelulusan dari JPN dahulu. Jadi tiada VIP khas dalam mesyuarat ini.
8.5 Tuan guru besar juga berkata bahawa sekolah telahpun menghantar usul panggilan
kepada semua waris dalam format PDF dan JPEG dan menjelaskan cara mengisi
borang google (google form) yang mengandungi link pautan.
8.6 Hanya usul-usul penting sahaja akan diminitkan dan ia bukan penyelesaian.
8.7 Usul-usul perlulah berkaitan dengan peningkatan akademik sekolah.
8.8 Usul perlu dihantar pada masa yang ditetapkan.
8.9 Encik Devaraju meminta sekolah menyediakan borang google dalam 2 bahasa.
8.10 Menurut tuan guru besar semua usul akan dibaca dan dibincang pada 06.05.2022
melalui google meet.

9. Bantuan Bayaran Pengangkutan Bagi Keluarga B40

9.1 Puan Akiela berkata, sehingga sekarang sekolah tidak memberi sebarang
maklumat tentang murid–murid yang menghadapi masalah membayar bayaran
pengangkutan.

9.2 Tuan guru besar membalas bahawa, beliau tidak boleh menjawab serta merta tanpa
mengetahui latar belakang seseorang murid. Menurut beliau, puan Akeala tidak
perlu bertanya di Whatsapp tentang perkara ini malah boleh datang terus ke
sekolah dan berbincang hal sedemikian.Menurut beliau sebanyak 12 orang murid
telah dipilih dalam perkara ini .

9.3 Menurut puan Akeala 5 orang murid akan dikendali oleh beliau, 5 orang murid
akan dikendali oleh Uma Transpot dan Mages Transpot akan menanggung 2 orang
murid setiap seorang.

9.4 Tuan guru besar berkata, jika bayaran peruntukan untuk pengangkutan bagi tahun
2020 tidak digunakan, maka wang itu akan digunakan untuk aktiviti PIBG.

9.5 AJK PIBG sebulat suara menyokong dan bersetuju membayar sebanyak
RM 785.00 kepada 12 orang murid yang dipilih.

9.6 Menurut guru besar, waris 12 orang murid perlu datang ke sekolah dan
berjumpanya serta kehadiran murid perlulah mencapai 90%.

9.7 Tuan guru besar meminta pihak PIBG mengambil keputusan menurut data APDM.
Murid-murid yang mendapat RMT adalah perkapita keluarganya
RM 310.00

10. Peruntukan Kerajaan Negeri
10.1 Tuan guru berkata, sepertimana diterangkan pada mesyuarat lalu wang sebanyak
RM 23,400 akan diberi kepada tadika Ladang Krian dalam bentuk cek. Menurut
arahan kerajaan negeri,satu jumlah wang dimasukkan ke dalam akaun tadika dalam
tempoh 4 bulan sekali . RM 1800 diberi kepada guru tadika secara tunai setiap
bulan.
10.2 Encik Devaraj meminta penjelasan, bagaimana PIBG boleh mengawal wang tadika
tanpa menerima sebarang dokumen sokongan dari kerajaan negeri.
10.3 Balas tuan guru besar bahawa, beliau telahpun bertanya kepada YB Sathis
berkaitan perkara ini dan keputusannya adalah PIBG perlu mengikut prosedurnya.
10.4 Berikutan perkara ini, tuan guru besar telahpun meminta surat sokongan dari
kerajaan negeri dan Encik Sathis bersetuju memberikannya.
10.5 Tuan guru besar juga berkata bayaran elaun sebanyak RM7,200 akan diberi kepada
guru tadika bagi bulan Januari 2022 hingga April 2022.

11. Perkara - perkara Am
11.1 Tuan guru besar berkata mengenai pemilihan AJK akan dibuat secara undian.
Manakala pemilihan bagi jawatan pengerusi dan naib pengerusi, undian akan dikira
sebagai 1 keluarga 1 undi. Ibu bapa yang hadir pada tempoh hari, akan diberi
kupon untuk memilih jawatan – jawatan tersebut. Selain dari ibu bapa, orang lain
tidak boleh mengundi walaupun mempunyai pertalian saudara terdekat.
11.2 Menurut beliau, Mesyuarat Agung perlu tamat pada pukul 1.00 petang.
11.3 Makanan sarapan akan diberi kepada ibubapa dalam bentuk nasi lemak dan air.
Makanan akan diuruskan oleh pihak kantin SJKT Ladang Krian. Sebanyak 80
bungkus nasi lemak akan disedikan oleh pihak kantin pada tempoh hari.
11.4 Sebanyak 3 syarikat memberi sebut harga bagi baju T-shirt murid. Sebut harga
Syarikat “Ostler Proper Sportwear” dipilih untuk membekalkan baju T-shirt.
11.5 Pihak LPS menguruskan perkhidmatan servis pemadam api sekolah dan Smart
Board.

11.6 Separuh daripada loker murid tidak mempunyai kunci. Tuan guru besar meminta
memperbaikinya.

11.7 Puan Prema (guru ICT) meminta T-shirt khas untuk murid – murid yang
mengambil bahagian dalam pertandingan ICT. Sebanyak RM 8000 telah
diperuntukan oleh kerajaan negeri dibawah STEM. Oleh itu, beliau meminta 3
buah JITUBOTZ, 8 buah track dan 8 helai T-shirt.

11.8 AJK PIBG menyokong penuh dan bersetuju permintaan puan Prema.
11.8 Menurut puan Kuganeswary (PK Koko) T-shirt sekolah belum diberi kepada murid

tahun 1 (2022) dan murid tahun 2 (2021) Ia akan diberi kelak.
11.9 Encik Devaraju selaku YDP PIBG bercadang memasang penghawa dingin di kelas

4 Vetri dan 5 Vetri serta membekalkan printer laser untuk bilik pusat sumber.
11.10 En Devaraju berjanji akan membekalkan

1) 2 buah penghawa dingin
2) sebuah laser printer
3) 3 buah JITUBOTZ
4) 8 buah TRACK
5) 8 helai T-shirt ICT
6) 50 kerusi plastic
7) 5 buah TP-Link

11.11 Menurut tuan guru besar, kerajaan negeri telah melantik Encik Soundrarajan
sebagai kontraktor. Beliau diminta datang ke sekolah pada 24.04.2022 (Ahad)
pukul 4.30 petang.

11.12 Bayaran membeli cat untuk kelas belum dijelaskan oleh pihak LPS. Oleh sebab itu,
pihak sekolah meminjam wang dari PIBG dan membuat bayaran dahulu. Selepas
LPS membayar kepada sekolah, wang itu akan dikembalikan kepada pihak PIBG.

11.13 Bagi perhiasan kelas , guru kelas belum dibayar wang sebanyak RM100 .
11.14 Bayaran buku rampaian telah dijelaskan penuh kepada MGB.

11. Penangguhan Mesyuarat

11.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang hadir. Mesyuarat

ditangguhkan pada pukul 9.30 malam

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_________________ _________________ __________________
(M.REVATHY) (S. DEVARAJU) (M. SELVAKUMARAN)
Setiausaha, Yang DiPertua, Guru Besar,
PIBG Sesi 2022/2023 PIBG Sesi 2022/2023 PIBG Sesi 2022/2023
SJKT Ladang Krian SJKT Ladang Krian SJKT Ladang Krian


Click to View FlipBook Version