DASAR KERAJAAN v TAN GEOK HONG D A S A R P E L A N C O N G A N N E G A R A 2 0 2 0 - 2 0 2 3 MPU1042-KENEGARAAN MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: GROUP -18 NAMA NUMBER MATRIC AHLI KUMPULAN LEE KOON YU DANIAL LUQMANUL HAKEEM BIN SUDIN CHAI CHANG XI SUVEEN RASH A/L SUBRAMANIAM CHEN YONG HONG 299032 LUQMAN HAKIM BIN ZAWAWAI 302194 298608 299001 298089 300805 299007
BERSYUKUR KAMI KEPADA TUHAN KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIA- NYA KAMI DAPAT MENYIAPKAN E-MAGAZINE INI YANG BERTAJUK DASAR PELANCONGAN NEGARA 2020-2030.DALAM PELAKSANAAN E-MAGAZINE INI, KAMI MENYADARI BAHAWA TERDAPAT BANYAK KEKURANGAN, NAMUN, KAMI BERHARAP EMAGAZINE KAMI MAMPU MEMBERI ILMU YANG SANGAT BERGUNA KEPADA PEMBACA BERKAITAN DASAR PELANCONGAN NEGARA 2020-2030. KAMI INGIN MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PENSYARAH KENAGARAAN MALAYSIA KAMI IAITU DR. SALMAH BINTI OMAR ATAS SEGALA SOKONGAN DAN TUNJUK AJAR YANG SANGAT BERKESAN DAN MEMBANTU KAMI DENGAN SEDAYAUPAYA UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN INI. SETINGGI- TINGGI PENGHARGAAN DIUCAPKAN KEPADA BELIAU KERANA TANPA BANTUAN DR. SALMAH, KAMI TIDAK MAMPU MELAKSANAKAN EMAGAZINE INI DENGAN SEMPURNA. AKHIR SEKALI, KAMI INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBERI BANTUAN SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG SEMASA MEMBUAT TUGASAN INI. DENGAN BANTUAN DAN SOKONGAN JITU MEREKA, MAKA TERHASILLAH E-MAGAZINE INI. SEKIAN, TERIMA KASIH PRAKATA
TOPIK Muka Surat PENGENALAN DASAR-DASAR PELANCONGAN NEGARA TERKINI DESTINASI POPULAR DI MALAYSIA PERKEMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN KEPENTINGAN PERKEMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN CADANGAN UNTUK MENGEMBANGKAN SEKTOR PELANCONGAN KESIMPULAN ISI KANDUNGAN: 1 2-5 6-12 13-18 19-22 23-27 28
Industri pelancongan merupakan antara sektor terpenting buat perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah negara. Hal ini berikutan sektor ini juga menyumbang kepada peningkatan hasil pendapatan negara. Malaysia juga terkenal dengan banyak tempat pelancongan yang menarik kurniaan alam semula jadi. Pelancong berminat datang ke Malaysia atas keunikan tempat dan kepelbagaian budaya yang luas. Oleh itu, Dasar pelancongan ini telah diwujudkan sebagai satu langkah memastikan sektor pelancongan ini terus dijaga dan ditambah baik supaya sentiasa mampu untuk setanding dengan sektor pelancongan antarabangsa. Oleh yang demikian, Kerajaan memainkan peranan penting untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar pelancongan yang berkesan. PENGENALAN
23 Disember 2020 - YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020 - 2030 yang dilaksanakan secara dalam talian menerusi Facebook Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Tan Sri Muhyiddin dalam ucapannya berkata beliau optimis dan yakin, DPN 2020 - 2030 ini mampu menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta menjadikan Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan terpilih utama di peringkat global. Ini dapat dicapai melalui pendekatan utama merangkumi Pemulihan Industri Pelancongan Secara Efektif Berteraskan Norma Baharu, Pengukuhan Daya Saing, Pembangunan Sektor Pelancongan Secara Lestari dan Inklusif, serta Kesedian Mengharungi Bencana pada masa akan datang. Selain itu, pembangunan industri pelancongan yang berasaskan teknologi digital adalah penting bagi memastikan objektif DPN 2020 - 2030 ini dapat dicapai. Untuk itu, bagi menggalakkan pelaburan pelancongan yang berpusatkan teknologi, Malaysia akan mewujudkan zon pelaburan untuk projek pelancongan atau Special Tourism Investment Zones. Zon ini dijangka dapat meningkatkan kerjasama awam-swasta serta menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa dalam bidang teknologi digital sektor pelancongan. Jelas Tan Sri Muhyiddin lagi, Malaysia juga berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai Top of The Mind Ecotourism Destination of the World. Beliau yakin kelestarian sumber boleh memacu pertumbuhan ekonomi baharu melalui ekopelancongan di samping mewujudkan peluang pekerjaan. Usaha ini juga adalah selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations. Sementara itu, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dalam ucapan alu-aluannya berkata melalui dasar ini, tumpuan akan diberikan kepada pelancongan lestari dan peningkatan pendapatan pelancongan yang merupakan indikator terpenting dalam memberi impak kepada ekonomi negara. Dalam hal ini, pembangunan industri pelancongan adalah ke arah mengutamakan kualiti berbanding kuantiti, atau dalam istilah yang lebih mudah adalah kepada quality tourist atau high yield tourist. Dato’ Sri Hajah Nancy berharap agar semua pihak bersatu hati menggerakkan DPN 2020 - 2030 ke arah memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan di serata dunia. Dasar Pelancongan Negara Pengenalan
Objektif DPN 2020-2030 Menggubal Dasar Pelancongan Negara berdasarkan prinsip daya saing, kemampanan dan keterangkuman untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sepuluh teratas global dalam kedua-dua ketibaan dan penerimaan. Hala Tuju Strategik DPN 2020-2030 Mentransformasikan industri pelancongan Malaysia dengan memanfaatkan perkongsian sektor awam-swasta dan menerima pendigitalan untuk memacu inovasi dan daya saing ke arah pembangunan mampan dan inklusif selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Enam (6) Teras Strategik Utama DPN 2020-2023Enam (6) Teras Strategik Utama Transformasi tadbir urus Mewujudkan zon pelaburan bagi projek pelancongan yang inklusif Mempergiatkandigitalisasi pelanconganMemperkayakan pengalaman dan kepuasan pelancong Memperkukuhkan komitmen terhadap pelancongan lestari Meningkatkan kapasiti modal insan dalam semuasub-sektor pelancongan
M ALAY S IA D E S T I N A S I P O P U L A R D I
STATISTIKYANGMENUNJUKKANNEGERIYANG MEMPUNYAIPELANCONGYANGTERBANYAKDIMALAYSIA.
SELANGOR DARUL EHSAN ABODE OF SINCERITY Sunway Lagoon yang mula beroperasi pada tahun 1992 merupakan taman tema air yang terbesar di Malaysia. Aktiviti menarik di dalam termasuk Water Park membolehkan kita menghadapi panas tropika seperti berada di Afrika dan menaiki pusingan berpusing Sawa Afrika. Amusement Park pula yang mempunyai tunggangan kering dan juga tunggangan berair seperti “Wagon Wheel” dan juga “Buffalo Bill Coaster”. Wildlife Park mempunyai sebuah taman haiwan mini yang menempatkan pelbagai species burung dan Taman Hidupan Liar yang memelihara haiwan liar seperti harimau dan phython. Extreme Park pula mempunyai pelbagai aktiviti lasak seperti Wall Climb, Flying Folk dan sebagainya. Batu Caves adalah sebuah bukit batu yang mempunyai usia 400 juta tahun dan terletak di Gombak, Selangor. Batu Caves merupakan pusat beribadat bagi agama Hindu sejak tahun 1891.Patung Dewa Murugan yang berdiri di pintu masuk setinggi 42.7m dan merupakan patung dewa Hindu yang tertinggi di dunia. Terdapat Tangga Gua yang berwarna warni mempunyai 272 anak tangga yang merupakan tempat fotografi yang popular. Gua Kuil, Gua Gelap dan Gua Ramayana adalah gua yang dapat dikunjungi sepanjang perjalanan di Batu Caves. BATU CAVES Zoo Negara Terletak di Klang, Selangor ini merupakan Zoo Kebangsaan Malaysia yang mempunyai lebih daripada 400 spesies mamalia, reptilia, burung, amfibia dan juga ikan. Zoo Negara merupakan destinasi yang menarik terutama pada musim cuti sekolah dan juga hujung minggu kerana bukan sahaja pelancong dari negara lain, rakyat Malaysia juga boleh melawat bersama dengan keluarga untuk bercuti di sini. Tetapi bukan sahaja boleh tengok binatang-binatang sahaja, terdapat Taman Rama-rama, Akuarium Ikan-ikan dan juga Muzium Lebah Sedunia yang boleh dikunjungi. Masjid ini merupakan simbol keagungan masyarakat Islam di Selangor dan dicatatkan antara kubah masjid yang terbesar di dunia sehingga boleh memuatkan 24,000 jemaah dan mempunyai 4 menara masjid yang berketinggian 142.3m. Keindahan seni bina dan sejarah masjid itu sendiri telah menjadikan masjid ini tumpuan pelancong dalam dan luar negara untuk merawat ke sini sehingga mendapat pengiktirafan sijil kecemerlangan oleh laman web pelancong TripAdvisor dari tahun 2014 sehingga tahun 2018. ZOO NEGARA MASJID SULTAN SALAHUDDDIN ABDUL AZIZ SHAH SUNWAY LAGOON
Menara Berkembar Petronas adalah antara menara yang tertinggi di dunia yang mumpunyai 88 tingkat dan mempunyai ketinggian 452m. Menara ini dibina pada 1993 dan siap pada tahun 1999. Jambatan langit yang menggabungkan menara 1 dan menara 2 merupakan jejantas dua tingkat tertinggi di dunia. Aquaria KLCC yang seluas 60,000 kaki berserta dengan lebih daripada 5000 ekor ikan. Waktu bagi makan ikan Arapaima juga tidak boleh dilepaskan. Suria KLCC pula menawarkan lebih kurang 300 kedai yang menjual barang-barang berjenama antarabangsa dan juga barang mewah seperti baju dan juga kasut berjenama. Seterusnya, terdapat juga Petrosains Discovery Centre yang terletak di Tingkat 4 Suria KLCC yang membolehkan pelancong untuk tengok kereta F1 yang sebenar dan dapat mengetahui bagaimanakah fosil, mineral dan kristal serta minyak terbentuk di sini. Menara Kuala Lumpur adalah sebuah menara yang mempunyai ketinggian 421m. Menara ini juga merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia. Di Sky Deck yang mempunyai ketinggian 300m kita boleh melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur yang cantik secara 360 darjah. Anda juga boleh bergambar di Sky Box, sebuah kotak kaca yang boleh merangkumi pandangan KL yang indah dalam gambar anda! Dengan ketinggian 276m dari tanah, anda juga dapat menikmati pandangan penuh bandar Kuala Lumpur di Observation Deck menggunakan binokular. Setelah penat kunjung-mengunjungi, anda boleh menjamu selera di Atmosphere 360 Revolving Restaurant yang akan berpusing secara perlahan untuk menawarkan pemandangan panorama Kuala Lumpur. Jalan Alor dikenali di pentas dunia sebagai ‘syurga makanan’ kerana sentiasa dipenuhi dengan pelancong asing daripada seluruh dunia. Pelbagai makanan dijual di sini termasuk makanan berbilang kaum di Malaysia dan kebanyakannya adalah makanan bercita rasa China. Para pelancong boleh menikmati makanan yang enak sambil menikmati udara dan suasana Jalan Alor yang hingar bingar. Tarikan baharu iaitu Jalan Alor Street Art yang mempunyai lukisan mural merupakan projek Dewan Bandaraya KL menarik banyak pengunjung dari dalam dan luar negara kerana sekitar yang bersih dan juga ada corak lukisan moral yang cantik. KUALA LUMPUR JALAN ALOR CITY GARDEN OF LIGHTS
Semenggoh Nature Reserve adalah sebuah pusat pemulihan yang melindungi orang utan dan pelbagai jenis burung. Di sini setiap orang utan ada nama mereka tersendiri seperti Doris, San, Minah dan sebagainya. Namun, peluang untuk tengok gelagat orang uta ini hanya semasa mereka diberi makanan. Oleh itu peluang untuk melihat haiwan ini adalah nipis dan bergantung dengan pelbagai keadaan dan juga musim. Oleh itu pelawat boleh memilih masa makan untuk orang utan untuk meningkatkan peluang untuk melihat binatang ini. Bako National Park dibuka pada tahun 1957 merupakan taman negara yang tertua di Sarawak dan mempunyai kawasan seluas 27 km persegi. Berbagai wisata alam berupa flora dan fauna di sini merupakan ciri khas di Negeri Sarawak. Pelancong harus menggunakan Jet Boat atau kapal motor untuk sampai ke sana. Keindahan alam semula jadi merupakan keistimewaan taman ini. Pelancong juga boleh menerokai SARAWAKThe La rge s t St a t e Of Ma l a y s i a L A N D O F T H E H O R N B I L L S hutan dengan pemandu pelancong yang mahir dan berpengalaman supaya lebih selamat dan juga boleh mendapat banyak informasi mengenai spesies tumbuhan dan haiwan yang terdapat di situ. Sarawak Cultural Village terletak di kawasan kaki Gunung Santubong, Kuching merupakan lokasi yang paling sesuai bagi penggemar budaya dan juga adat. Terdapat rumah-rumah pelbagai bangsa seperti Rumah Bidayuh, Rumah Panjang, Rumah Iban, Rumah Melayu, dan sebagainya diperkenalkan di sana dan setiap rumah itu mempunyai keistimewaan dan keunikan mereka yang tersendiri. Selain itu, pengunjung juga dapat menyaksikan persembahan tarian dengan menggunakan alatan tradisional. Pengunjung juga disidangkan makanan tradisional etnik mereka yang dimasak langsung di situ. Bagi pengunjung yang ingin membeli cenderamata, terdapat kraftangan yang dihasilkan oleh etnik mereka sendiri dan dijual pada harga yang berpatutan.
LAND OF GRACE Kellie’s Castle dibina pada tahun 1905 yang mengikut reka bentuk istana Monghul di India. Istana ini terkenal dengan keindahannya walaupun bangunan ini merupakan binaan yang tidak sempat disiapkan sepenuhnya. Ia merupakan satu tarikan kepada pengunjung untuk bergambar di sini. Istana Kellie juga merupakan lokasi penggambaran drama dan filem yang terkenal seperti filem Anna And The King yang dilakonkan oleh pelakon Chow Yuen Fatt. PERAK DARUL RIDZUAN Gua Tempurung yang terletak di Gopeng ini merupakan antara gua kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung sepanjang 4.5km walaupun hanya 1.9km sahaja yang dibuka kepada pelancong untuk melawat dan telah wujud sejak 8000 tahun sebelum masihi lagi. Gua ini merentasi satu sungai sepanjang 1.6km dan mempunyai lima siling kubah yang berbentuk tempurung ini membentukkan nama Gua Tempurung. Lima ruang yang memukau ini adalah Golden Flowstone Cavern, Gergasi Cavern, Tin Mine Cavern, Alam Canvern dan juga Battlefield Cavern. Terdapat sistem lampu yang lengkap, tangga dan titi memberi kemudahan kepada para pengunjung untuk melawat ke sini. Dengan kehijauan hutan hujan, gunung yang bernilai tinggi dan air sungai yang cerah, negeri kedua besar di semenanjung Malaysia ini menjadi tumpuan utama para pelancong dan menyumbang pertumbuhan ekonomi yang rancak di daerah kampar. Bagan datuk adalah satu tempat pelancongan yang amat disukai oleh para para pelancong untuk bergambar kerana terdapat Sky Mirror di Kampung Bagan Sungai Burung. Lokasi ini sering dikunjungi kerana merakamkan gambar yang menghamparkan keindahan langit biru di atas cerminan air nyata. Anda juga boleh menyaksikan Blue Tears di Pulau Sembilan yang terletak di Bagan Datuk pada waktu malam. Pemandangan yang cukup luar biasa ini di mana mempunyai warna pantai yang biru adalah amat berbaloi untuk dikunjungi ke sini. Sunflower Garden juga merupakan satu destinasi yang sesuai untuk pencinta alam dan fotografi kerana terdapat lebih daripada 2000 bunga matahari di sana membekalkan suasana yang sangat cantik untuk pelancong untuk mengambil gambar di sana. BAGAN DATUK KELLIE’S CASTLE GUA TEMPURUNG
PULAU TIOMAN Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang terkenal di Negeri Pahang.Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana. Anda boleh mandi di Air Terjun Asah yang terletak di Kampung Mukut di mana air mengalir turun ke kolam berbatu di bawahnya. Anda juga boleh menyelam di pulau pulau kecil di Pulau Renggis, Pulau Soyak dan juga Pulau Tulai terutama bagi para penyelam untuk semua tahap. Justeru, anda juga oleh mendaki Gunung Kajang iaitu pencak tertinggi di pulau ini. (1038m) Pulau ini merupakan Zon Bebas Cukai yang membolehkan para pengunjung untuk membeli barangan seperti rokok, minuman keras dan juga barang keperluan harian di pulau ini. P A H A N G GENTING HIGHLAND ABODE OF PROSPERITY CAMERON HIGHLANDS Terdapat banyak tempat menarik di Genting Highland seperti Sky Avenue yang merupakan pusat membeli-belah yang menawarkan lebih daripada 100 pilihan kedai. World of Phalaenopsis juga merupakan ladang orkid yang berkeluasan 6500m persegi dan lebih daripada 390 jenis orkid di sini. Anda juga harus menghadiri konsert di The Arena Of Star yang merupakan satu dewan yang paling berprestij di Malaysia dengan memiliki sistem bunyi dan pencahayaan yang canggih dan lengkap. Anda juga harus berseronok di Taman Tema Outdoor Genting Skyworlds yang menempatkan 9 dunua bertema unik dan 26 permainan menarik pelancong dari semua peringkat umur. Taman Teh Boh adalah tempat yang paling ikonik di Cameron Highlands. Anda boleh hirup teh di sana sambil menikmati pemandangan ladang teh. Taman Lavender adalah tempat yang mesti perlu dikunjungi oleh pencinta bunga kerana terdapat pelbagai jenis lavender yang pelbagai warna ditanam di sini untuk anda bergambar. Taman ini juga menjual cenderamata dan juga asikrim perasa Lavender. The Sheep Sanctuary menempatkan kambing biri-biri yang comel dan membolehkan pelawat untuk memberi makanan dan bermain dengan kambing biri-biri. Anda juga harus melawat ke Ladang Strawberi yang juga merupakan ikon bagi Cameron Highlands. Pelancong boleh mengutip strawberi dan menikmati produk strawberi seperti wafle, biscuit, aiskrim dan juga jem di sana.
PERKEMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN
Dengan merujukkan data yang dikeluarkan oleh Tourism Malaysia, setakat tahun 2022 bilangan pelancong telah meningkat dengan kadar yang tinggi berbanding dengan tahun 2021 iaitu dari 0.13 juta kepada 10.07 juta. Ini disebabkan oleh tahun 2020 hingga tahun 2021 seluruh dunia telah menghadapi pandemik COVID-19. Pada tahun 2022, pandemik ini telah menunjukkan trend yang penurunan bagi kes COVID-19. Kerajaan juga membuka semula sempadan negara kita kepada luar negara untuk mengembangkan sektor pelancongan semula.
01. Sistem MRT di Kuala Lumpur KEMUDAHAN PENGANGKUTAN Kawasan destinasi pelancongan negara kita telah ditawarkan dengan banyak kemudahan pengangkutan kepada pelancong bagi memudahkan perjalanan di kawasan destinasi pelancongan dan memberi keselesaan kepada pelancong. Kos bagi kemudahan pengangkutan di destinasi pelancongan juga adalah ditetapkan dalam harga yang berpatutan. Sebagai contoh, Kuala Lumpur mempunyai sistem komuter dan sistem MRT yang sempurna. Pengangkutan jenis ini telah menawarkan harga yang murah dan juga meningkatkan mobiliti pelancong serta memudahkan pelancong mengunjungi destinasi pelancongan.
02. Keselamatan yang baik Polis bantuan yang berada di lapangan kapal terbang akan sentiasa menjaminkan keselamatan pelancong di Malaysia dan sentiasa memberi bantuan kepada mereka semasa pelancong memerlukan bantuan. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan sentiasa memantaukan setiap kemudahan pengangkutan yang berjalan di jalan raya untuk memastikan pengangkutan selamat untuk diguna dan memastikan keselamatan pelancong dapat dijaminkan. Sebagai contoh, JPJ akan memeriksa setiap pihak bus express untuk memastikan mereka mempunyai lesen perniagaan. Pihak kemudahan pengangkutan awam juga perlu menghantar kenderaan pengangkutan mereka kepada Puspakom setiap 6 bulan untuk memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik. Lesen perniagaan akan dibagi apabila setiap kenderaan dapat diluluskan oleh Puspakom.
I N T H E S P O T L I G H T N O M A D I C | 2 4 Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum masyarakat dan tidak ada perkara yang perkaunman. Malaysia tidak berlaku sebarang perkara yang perkauman dan tidak ada masalah diskriminasi terhadap kaum lain dan pelancong negara lain. Kadar jenayah negara kita juga terdapat kadar yang rendah berbanding dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia kerana kadar kemiskinan negara kita adalah rendah serta negara kita mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Ini dapat meningkat minat dan keyakinan pelancong datang ke Malaysia
Sebagai contoh, Gua Kelam yang berada di Perlis telah mendapat kan peruntukkan wang daripada belanjawan 2023 untuk menaikkan taraf kemudahan infranstruktur dan mengindahkan kawasan Gua Kelam bagi tujuan mempromosikan ekopelancongan di negara kita. Peningkatan Peruntukan Wang Dalam Sektor Pelancongan Dalam setiap tahun bagi belanjawan tersebut akan menyatakan bahawa kerajaan akan memperruntukkan wang kepada Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur dan memperbaikikan destinasi pelancongan serta mengindahkannya. Dalam belanjawan 2024, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 350 juta dalam sektor pelancongan untuk mempromosikan sektor pelancongan dan memperbaikikan dan mengindahkan destinasi pelancongan di seluruh negara. Bagi peruntukan wang dalam sektor pelancongan ini, telah meningkat sebanyak RM 100 juta berbanding dengan belanjawan tahun 2023 iaitu RM 250 juta. 03
KEPENTINGAN PERKEMBANGAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA NEGARA DAN MASYARAKAT
SEKTOR PELANCONGAN YANG MATANG , Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara-negara lain. Keunikan budaya yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat memperkenalkan nama Malaysia di pentas dunia. Secara tidak langsung, nama baik Malaysia akan meningkatkan keyakinan pelabur dalam dan juga luar negara.Peningkatan pelaburan dalam negara dan juga pelaburan langsung asing (FDI) dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Kepentingan Perkembangan sektor pelanccongan Ekonomi negara bergantung kepada sektor pelancongan.Sebagai contoh, sosio-ekonomi di luar bandar dapat berkembang apabila mendapat peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong atau membuka restoran untuk menampung kehadiran pelancong. Dalam kawasan bandar pula, pelancongan kesihatan dapat dijana oleh hospital-hospital swasta sekaligus menambah bilangan pengunjung dan hotel di kawasan sekitar.
KESAN PERKEMBANGAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA NEGARA DAN MASYARAKAT
Kebaikan Kepada Rakyat Perkembangan sektor pelancongan akan menyebabkan peluang pekerjaan rakyat meningkat. Hal ini demikian kerana rakyat boleh bekerja sebagai pemandu teksi, pemandu pelancong , penjual makanan dan juga penjual cenderamata kepada para pelancong. Dengan itu, pendapatan rakyat tempatan dapat dijanakan dan taraf hidup rakyat akan meningkat segali gus mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara kita. Kebaikan Kepada Negara Perkembangan sektor pelancongan dengan menarik pelancong yang lebih ramai akan mendorong perkembangan ekonomi terutamanya sektor perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama KDNK negara Malaysia. Selain itu, hubungan diplomatik dengan negara asing juga dapat dijalankan kerana apabila palancong dari luar negara datang ke negara kita, rakyat tempatan dan pelancong dapat berkomunikasi dan pertukaran budaya dan juga ekonomi dapat dijalankan dengan lancar. Dengan itu, imej negara juga dapat dipertingkatkan di peringkat antarabangsa.
CADANGAN UNTUK MENGEMBANGKAN SEMULASEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA
Kerajaan perlulah mengadakan kerjasama dengan industri pelancongan Industri pelancongan merupakan satu industri yang penting dalam ekonomi negara Malaysia. Industri pelancongan Malaysia menyumbang satu peratus yang besar dalam pendapatan negara. Dengan ini, kerajaan Malaysia perlulah bekerjasama dengan industri pelancongan supaya dapat mengembangkan sektor pelancongan Malaysia dengan secepat mungkin. Industri pelancongan adalah terdiri daripada pelbagai sektor perkhidmatan seperti penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman, serta pelbagai aktiviti seperti aktiviti pantai, atau aktiviti kebudayaan. Cadangan Mengembangkan Sektor Pelancongan Sebagai contohnya, dalam Belanjawan negara Malaysia tahun 2024, kerajaan Malaysia telah mewujudkan sebanyak RM350 juta untuk mengembangkan setkor pelancongan Malaysia. Kerajaan Malaysia juga mengadakan Kempen Melawat Malaysia 2026. Dalam kempen Melawat Malaysia 2026 ini, anggaran dapat menarik sebanyak 26.1 juta orang pelangcong asing melawat ke negara kita. kerajaan malaysia mengadakan kempen melawat malaysia2026 Dijangka mempunyai 26.1 juta orang pelancong melawat malaysia
Cadangan KE-2:KERAJAAN MEMPROMOSIKAN INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA Kementerian Pelancongan, Seni dan kebudayaan bertanggungjawab untuk mempromosikan industri pelancongan Malaysia.Promosi yang agresif perlu dilakukan oleh kementerian melalui pelbagai program dan ini akan dapat mengharumkan nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik di dunia.Promosi yang agresif perlu dilakukan oleh kementerian melalui pelbagai program dan ini akan dapat mengharumkan nama Malaysia sebagai deatinasi pelancongan yang menarik di dunia.Terdapat pelbagai program dijalan didalam dan juga luar negara untuk mempromosikan sektor pelancongan Malaysia melalui dalam talian dan jugu media sosial Sebagai contohnya, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak tempat perhutanan. Dengan ini, gambaran ekopelancongan yang dapat menambah banyak pengalaman pelancong dapat dilaksanakan. Ekopelancongan merupakan satu konsep alam semula jadi dan melibatkan element pendidikan dan pembelanjaran kepada pelancong serta menyumbangkan faedah kepada ekonomi Malaysia Dengan melalui pakej ekopelancongan, pelancong dapat mengetahui kepentingan pemuliharaan dan pemuliharaan alam semual jadi TEMPAT EKOPELANCONGAN DI MALAYSIA: PULAU MABUL(SABAH) TEMPAT EKOPELANCONGAN DI MALAYSIA: TAMAN NEGARA
PERLULAH MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN PRODUK JENAMA 3 MALAYSIA . DENGAN MEMPERKUKUHKAN JENAMA MALAYSIA PADA PERINGKAT ANTARABANGSA , KITA PERLULAH SENTIASA MEMASTIKAN JENAMA MALAYSIA MERUPAKAN SATU JENAMA YANG MENGGABUNGKAN IDENTITI, NILAI INTRINSIK, IMEJ DAN BUDAYA NEGARA KITA. DENGAN INI, KITA DAPAT MENGHASILKAN SATU JENAMA MALAYSIA YANG KUKUH DAN POSITIF SERTA NILAI YANG TINGGI SEPERTI KEPERCAYAAN DAN KUALITI. DENGAN INI, KITA DAPAT MENARIK PELANCONG YANG INGIN MELANCONG DI NEGARA KAMI KERANA DISEBABKAN PRODUK JENAMA MALAYSIA YANG AMAT BERKUALITI SERTA TERMASUK BUDAYA MALAYSIA YANG ETNIK DALAM PRODUK JENAMA MALAYSIA DENGAN INI, KITA DAPAT MENARIK PELANCONG YANG INGIN MELANCONG DI NEGARA KAMI KERANA DISEBABKAN PRODUK JENAMA MALAYSIA YANG AMAT BERKUALITI SERTA TERMASUK BUDAYA MALAYSIA YANG ETNIK DALAM PRODUK JENAMA MALAYSIA.SEBAGAI CONTOHNYA, PIHAK BERKUASA MALAYSIA MENGADAKAN KEMPEN PEMASARAN DAN PROMOSI TENTANG PRODUK JENAMA MALAYSIA UNTUK MENGGALAKKAN PENGGUNAAN PRODUK JENAMA MALAYSIA DALAM KALANGAN MASYARAKAT SERTA MEMPROMOSIKAN PRODUK JENAMA MALAYSIA KEPADA PELABUR DALAMAN DAN JUGA LUARAN. CONTOH-CONTOH PRODUK MALAYSIA BERKUALITI CONTOH-CONTOH PRODUK MALAYSIA BERKUALITI
MEMPERGIATKAN PELANCONGAN DOMESTIK Pelancongan domestik merupakan satu tonggakan kepada industri pelancongan Malaysia.Tetapi pada masa kini, pelancong seluruh dunia terdapat banyak pilihan tempat pelancongan diseluruh dunia. Denga ini, kerajaan perlulah mempergiatkan pelancongan domestik. Kerajaan perlulah memberikan insentif serta mengadakan pelbagai kempen untuk pelancongan domestik supaya dapat industri pelancongan domestik dapat dikembangkan semula dan induatri pelancongan lebih mantap dan lebih maju Kerajaaan menggalakkan pengguna platform digital dalam industri pelancongan untuk meneroka pemandangan dan juga tempat menarik yang terdapat dalam negara kita. Disamping itu, industri pelancongan domestik juga boleh menyediakan pakej yang menarik dan unik seperti menyediakan kehidupan inap desa sebagai seorang nelayan, menginap di rumah panjang pada sabah sarawak dan merasai suasana kehidupan di sebuah kampung. Dengan ini, para pelancong yang melawat ke negara kita akan dapat satu pengalaman yang amat bernilai kerana meraka dapat menikamati kehidupan yang mereka tidak pernah nikmati
Jelaslah bahawa sektor pelancongan merupakan sektor yang sangat penting di Malaysia. Buktinya, industri pelancongan di Malaysia merupakan satu daripada sumber pendapatan yang memberikan sumbangan yang besar terhadap ekonomi Malaysia. Banyak cadangan baharu telah diambil untuk memajukan sektor ini. Antaranya termasuklah mempromosikan industri pelancongan Malaysia, mempergiatkan pelancongan domestik dan memperkukuhkan produk jenama Malaysia. Diharapkan bahawa industri pelancongan di Malaysia mampu menjadi industri yang maju dan terkenal di mata dunia. Kami juga berharap e-magazineini memberi ilmu yang berkualiti kepada cara pembaca. Semoga usaha ini memberikan manfaat kepada pembaca, menyumbang kepada kemajuan sektor pelancongan di Malaysia. KESIMPULAN
REFERENCE liyana. “Langkah Memajukan Sektor Pelancongan: Isi & Contoh Karangan.” ECentral, 28 Dec. 2023, ecentral.my/langkahmemajukan-sektor-pelancongan/. TEKS, TEAM. “ USAHA MENINGKATKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA.” TEKS.MY, 7 AUG. 2023, WWW.TEKS.MY/USAHAMENINGKATKAN-INDUSTRI-PELANCONGAN-DI-MALAYSIA/. UNIT PERANCANG EKONOMI (EPU) JABATAN PERDANA MENTERI. “RMK12 (BM).” WWW.EKONOMI.GOV.MY, 21 SEPT. 2021, WWW.EKONOMI.GOV.MY/SITES/DEFAULT/FILES/FLIPPING_BOOK/RMKE12/MOBILE/INDEX.HTML. REPORTERS, F. M. T. (2020, SEPTEMBER 30). KELLIE’S CASTLE, ISTANA YANG TIDAK SEMPAT DISIAPKAN. FREE MALAYSIA TODAY (FMT). HTTPS://WWW.FREEMALAYSIATODAY.COM/CATEGORY/BAHASA/2020/0 9/30/KELLIES-CASTLE-ISTANA-YANG-TIDAK-SEMPAT-DISIAPKAN/ SYAZWANI, N. (2023, OCTOBER 20). (2024) MENEROKA GUA TEMPURUNG: KEAJAIBAN SEMULA JADI DI PERAK. CARI DESTINASI. HTTPS://WWW.CARIDESTINASI.COM/GUA-TEMPURUNG/ KLUSTERPETALING. (2022, NOVEMBER 3). #MENARIKDIPETALING – MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ | MENARIK DI CENTRAL. HTTPS://CENTRAL.MENARIKDI.COM/2022/11/03/MENARIKDIPETALINGMASJID-SULTAN-SALAHUDDIN-ABDUL-AZIZ/ GHAZALI, H. (2023, JULY 12). KEPENTINGAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA MALAYSIA [TRAVEL] MELANCONG.MY. [2023/2024] | MELANCONG.MY. HTTPS://WWW.MELANCONG.COM.MY/KEPENTINGANSEKTOR-PELANCONGAN/ MINISTRY OF TOURISM, ARTS AND CULTURE MALAYSIA. (2020). DASAR PELANCONGAN NEGARA (DPN) 2020-2030: KE ARAH PENGUKUHAN INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA. TOURISM MALAYSIA. HTTPS://WWW.TOURISM.GOV.MY/MEDIA/VIEW/DASAR-PELANCONGANNEGARA-DPN-2020-2030-KE-ARAH-PENGUKUHAN-INDUSTRIPELANCONGAN-NEGARA HTTPS://WEB.FACEBOOK.COM/HADI.HADIGO. “KEPENTINGAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA MALAYSIA [2023] | MELANCONG.MY.” MELANCONG.MY, 12 JULY 2023, WWW.MELANCONG.COM.MY/KEPENTINGAN-SEKTOR-PELANCONGAN/.ALI, MOHAMMAD. “SEBAB MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN.” IPENDIDIKAN.MY, 2 FEB. 2021, WWW.IPENDIDIKAN.MY/MALAYSIA-DESTINASI-PELANCONGAN.HTML. YOUR PARAGRAPH TEXT
TERIMA KASIH!