SK BANDAR TASIK KESUMA
JALAN KESUMA 7/1,
BANDAR TASIK KESUMA,
43700 BERANANG, SELANGOR.
TEL: 03-87668281 FAKS: 03-87660763
EMEL: [email protected]
http: //bba4051.blogspot.com
TATACARA PENGURUSAN DAN PENGGUNAAN LOKAR DI SEKOLAH
BAHAGIAN 1: PENGURUSAN LOKAR
Sumber: Taklimat Pengurusan Pembekalan Lokar Sekolah Fasa 1 ( Tahun 2022) pada
28 Julai 2022/Medium Hibrid
Perkara 1 : Pendahuluan
1.1 Berdasarkan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung
Pendekatan Menangani Isu Beg Berat Murid yang disiarkan pada 6 Mac 2022, KPM telah
memperincikan secara mendalam perkara berkaitan isu beg berat dan merangka satu
penyelesaian yang holistik bagi membantu menangani isu tersebut secara tuntas.
Berdasarkan penelitian didapati bahawa isu beg berat adalah kritikal dalam kalangan murid
sekolah rendah, khususnya murid Tahap 1.
1.2 Justeru itu, sebagai salah satu pendekatan bagi mengatasi isu beg berat murid, KPM
komited untuk membekalkan lokar dengan memberi keutamaan kepada murid Tahun 1 dan 2
di sekolah rendah di bawah KPM yang beroperasi secara dua (2) sesi bagi tahun 2022.
Perkara 4.5 : Peranan dan Tanggungjawab Sekolah
4.5.11 Memastikan salinan kunci disimpan oleh pentadbir.
4.5.12 Melakukan pemeriksaan secara berkala (spot check) bagi memastikan lokar dalam
keadaan baik dan barang-barang yang disimpan di dalamnya mematuhi pertauran yang
ditetapkan.
4.5.13 Memastikan murid mematuhi tatacara penggunaan lokar yang disediakan oleh pihak
sekolah.
4.5.14 Memastikan murid menggunakan lokar yang dibekalkan oleh KPM secara optimum
Perkara 4.6 : Kehilangan Kunci
4.6.1 Sekiranya berlaku kehilangan kunci, murid perlu melaporkan kepada pihak sekolah
dengan kadar segera supaya pihak sekolah dapat mengambl tindakan sewajarnya.
Sumber: Panduan Pengurusan Pembekalan dan Penggunaan Lokar Murid Bagi
Sekolah Rendah (Dua Sesi) Tahun 2022
BAHAGIAN 2: TATACARA PENGGUNAAN LOKAR
1.0 Peruntukan Lokar oleh KPM
1.1 Pembekalan lokar bagi tahun 2022 adalah dengan memberi keutamaan kepada
murid Tahun 1 dan 2 di sekolah rendah di bawah KPM yang beroperasi secara dua (2)
sesi.
1.2 Beberapa pembekal tertentu telah dilantik untuk membekalkan lokar ke sekolah
mengikut zon, di seluruh negara, dengan syarat berikut :
1.2.1 Spesifikasi dan kualiti lokar ditetapkan oleh KPM
1.2.2 Jumlah lokar ditetapkan berdasarkan enrolmen murid pada awal tahun 2022
1.2.3 Lokar dibekalkan ke sekolah pada tarikh dan masa yang ditetapkan
1.2.4 Lokar terus ditempatkan di lokasi yang ditetapkan
(di kedudukan tertentu dalam setiap bilik darjah)
1.2.5 Kerosakan lokar dan sebarang kekurangan semasa pembekalan ditanggung
oleh pembekal dan hendaklah diambil tindakan segera.
Contoh susun letak lokar dalam bilik darjah
1.3 Lokar yang dibekalkan oleh KPM adalah HAK MILIK KERAJAAN.
2.0 Tanggungjawab Sekolah
2.2 Pihak sekolah menerima lokar dan membuat pemantauan semasa kerja-kerja
pembekalan dijalankan.
2.3 Pihak sekolah memeriksa lokar dan memastikan tindakan diambil oleh pembekal
sekiranya ada kerosakan atau kekurangan.
2.3 Pihak sekolah membuat inventori, menulis nombor perolehan dan melabel nama
murid di setiap lokar.
Contoh nombor perolehan dan label nama murid
2.4 Pihak sekolah perlu membuat pemeriksaan secara berkala (spot check) untuk
memastikan
2.4.1 lokar berkeadaan baik dan selamat digunakan.
2.4.2 bahan yang disimpan oleh murid tidak menyalahi peraturan.
2.5 Pihak sekolah menetapkan peraturan tentang cara penggunaan lokar oleh murid
serta membuat hebahan.
2.6 Pihak sekolah menetapkan jenis anak mangga (padlock) yang sesuai digunakan olah
murid setelah mengambil kira faktor pengurusan.
2.7 Pihak sekolah menyimpan satu salinan kunci bagi setiap lokar murid.
2.8 Pihak sekolah akan mengambil maklum jika berlaku kehilangan kunci dan membantu
membuka lokar murid semasa hari kejadian.
2.9 Pihak sekolah tidak bertanggungajawab menyediakan kunci pendua tambahan jika
berlaku kehilangan kunci.
3.0 Tanggungjawab Ibu Bapa
3.1 Ibu bapa hendaklah mengambil maklum dengan jelas tentang peruntukan dan
penggunaan lokar di sekolah.
3.2 Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan anak mangga (padlock) seperti yang
ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.3 Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan salinan kunci seperti berikut :
3.3.1 satu (1) salinan kunci untuk simpanan sekolah - serahan melalui guru kelas
3.3.2 satu (1) salinan kunci untuk simpanan ibu bapa
3.3.3 satu (1) salinan kunci untuk kegunaan anak - disediakan bersama tali lanyard
atau keychain untuk kemudahan anak
3.3.4 satu (1) tag nama kecil (nametag) atau label nama mudah (yang sesuai) perlu
disertakan bersama kunci tersebut dan ditulis : nama anak dan kelas.
Contoh tanda nama (nametag) pada kunci
Contoh lanyard dan tanda nama (nametag)
pada kunci
3.4 Jika berlaku kehilangan, ibu bapa bertanggungjawab membuat kunci pendua
tambahan untuk kegunaan anak seterusnya.
3.5 Ibu bapa perlu sentiasa menasihati anak
3.5.1 tentang tatacara penggunaan lokar yang optimum dan cermat
3.5.2 bahan yang boleh atau tidak boleh disimpan di dalam lokar
3.5.2 agar menjaga kunci yang dibawa dengan baik.
3.5.3 agar memaklumkan kepada guru kelas jika berlaku kehilangan kunci dengan
segera.
4.0 Tanggungjawab Murid
4.1 Penjagaan kunci anak mangga (padlock key)
4.1.1 Murid perlu menyerahkan salu (1) salinan kunci kepada guru kelas.
4.1.2 Murid bertanggungjawab menjaga keselamatan kunci simpanan sendiri.
4.1.3 Murid perlu menggunakan lanyard atau keychain supaya mudah dibawa dan
mengurangkan risiko kehilangan.
4.1.4 Murid perlu menyertakan nama dan kelas pada kunci yang dibawa.
4.1.5 Murid perlu memaklumkan kepada guru kelas jika berlaku kehilangan kunci
dengan segera.
4.2 Penjagaan lokar
4.2.1 Keselamatan dan keadaan lokar yang baik adalah tanggungjawab murid.
4.2.2 Murid perlu memastikan pintu lokar dibuka dan ditutup dengan cermat.
4.2.3 Murid perlu memastikan lokar sentiasa ditutup dan berkunci untuk mengelak
kehilangan barang yang disimpan.
4.2.4 Murid perlu memastikan anak mangga (padlock) sentiasa berkeadaan baik dan
berkunci.
4.3 Barang yang disimpan di dalam lokar.
4.3.1 Murid hanya dibenarkan menyimpan :
4.3.1.1 buku teks, buku aktiviti, buku kerja dan buku latihan yang tidak
digunakan di rumah pada hari tersebut.
4.3.1.2 buku lukisan dan peralatan melukis
4.3.1.3 buku rujukan, kamus, buku nota dan buku-buku lain yang diperlukan
di sekolah.
4.3.1.4 alat tulis tambahan seperti pengasah pensel besar, pensel tambahan,
gam, gunting, pembaris panjang, set pensel warna dan lain-lain yang
perlu sahaja.
4.3.1.5 bahan bantu belajar seperti permainan papan (board game), building
blocks dan tanah liat (plastisin) hanya jika diminta oleh guru.
4.3.2 Tugasan yang diberi oleh guru.
4.3.2.1 Murid bertanggungjawab membawa pulang buku atau bahan yang
diperlukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.
4.3.2.2 Alasan buku atau bahan tertinggal di lokar tidak diterima jika
tugasan tidak disiapkan.
4.3.2.3 Tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru adalah satu
kesalahan.
4.3.3 Murid tidak dibenarkan menyimpan :
4.3.3.1 makanan dan minuman.
4.3.3.2 pakaian dan kasut.
4.3.3.3 mainan.
4.3.3.4 benda tajam dan merbahaya seperti pisau lipat, pembaris besi dan
sebagainya.
4.3.3.5 bahan bacaan yang tidak berkaitan dengan pelajaran seperti komik
dan bacaan terlarang.
4.3.3.6 bahan bantu belajar yang bersifat hidup dan lembap atau basah,
contohnya serangga, tumbuhan dan tanah untuk mata pelajaran
Sains.
4.3.3.7 gadjet atau alatan ICT seperti laptop, tablet, telefon bimbit, CD/VCD,
thumb drive, speaker, headphone dan seumpamanya.
4.3.3.8 bahan atau peralatan lain yang dilarang dibawa ke sekolah seperti
barang kemas, rokok, vape dan seumpamanya.