The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyamieliahanie, 2024-01-30 02:44:38

SI MERAK YANG SOMBONG

SI MERAK YANG SOMBONG vionne tisun nur syamielia hanie norhafizah adibah latifah


Cetakan Pertama 2024 Hak Cipta Terpelihara.Dilarang mengeluarkan ulang mana-mana bahagian Tulisan dan ilustrasi di dalam buku ini dalam apa jua cara sekali pun sama ada bercetak atau digital.Keseluruhan hak daripada buku ini adalah hak milik Penulis sepenuhnya. Reka Bentuk Kandungan dan Kreativiti Nur Syamielia Hanie Binti Abdul Saad Diterbitkan Oleh Akademi Seni Dan Teknologi Kreatif (Seni Kreatif)


Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, Penulis telah berjaya menghasilkan buku cerita kanak-kanak yang bertajuk “ Merak Yang Sombong”. Penulis dan ahli kumpulan telah sedaya-upaya berusaha untuk menyelesaikan buku ini. Sepanjang proses penghasilan, Penulis dan ahli kumpulan banyak berbincang bagi mendapatkan hasil terbaik serta mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada pensyarah dan tutor. Pemilihan peringkat umur merupakan suatu proses yang memerlukan ketelitian daripada penulis. Setelah melakukan perbincangan, pihak penulis telah bersetuju untuk meletakkan buku ini bagi kategori kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun. Penulis berharap agar mesej-mesej positif yang ditonjolkan dalam buku ini dapat dihayati oleh pembaca khususnya kanak-kanak. PRAKATA


PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kursus Pengantar Penulisan iaitu DR. Norsuhaila Binti Sulaiman yang telah memberi bimbingan dan nasihat sepanjang proses penghasilan buku cerita kanak-kanak yang berjudul “ Si Merak Yang Sombong”. Penulis juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tutor iaitu Encik Jeff Goldbum Anak Lasu yang sudi memberikan bimbingan bagi menyelesaikan buku ini. Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah bertungkus-lumus menyelesaikan buku kanak-kanak ini, ibubapa dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam proses penghasilan buku ini. Sesungguhnya, tanpa bimbingan daripada Pensyarah dan Tutor, Kami tidak akan dapat menghasilkan buku cerita kanak-kanak yang terbaik.


Di hutan neobayu. Keindahan dan suasana yang nyaman menjadikan banyak binatang suka menetap disana. Di hutan tersebut, terdapat seekor burung yang sangat cantik bernama “si merak”. Bulunya yang kembang serta berwarna-warni itu membuatkan ramai penduduk di hutan mengganggapnya “Ratu”. Di hutan neobayu. Keindahan dan suasana yang nyaman menjadikan banyak binatang suka menetap disana. Di hutan tersebut, terdapat seekor burung yang sangat cantik bernama “si merak”. Bulunya yang kembang serta berwarna-warni itu membuatkan ramai penduduk di hutan mengganggapnya “Ratu”.


Si merak begitu bangga dengan kelebihan dan keunikan yang ada padanya. “Betul wahai ratu merak, kaulah binatang yang paling cantik, menawan, dan ayu di hutan neobayu ini!” Balas si tupai yang sedang berdiri disebelahnya. Si merak semakin lebar senyuman dan mengenyitkan matanya kepada sang tupai yang menjadi sahabatnya “Betul wahai ratu merak, kaulah binatang yang paling cantik, menawan, dan ayu di hutan neobayu ini!” Balas si tupai yang sedang berdiri disebelahnya. Si merak semakin lebar senyuman dan mengenyitkan matanya kepada sang tupai yang menjadi sahabatnya “Alangkah cantiknya diriku, sungguh diriku sahaja yang paling cantik di hutan neobayu ini! Betul tak sang tupai?” Tanya si merak yang sedang memuji-muji dirinya sambil tersenyum.


Di hutan Neobayu, terdapat seekor binatang yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk disana kerana sikapnya yang begitu ramah dan suka membantu haiwan lain ketika menghadapi kesusahan. Binatang ini ialah “Si Gagak”. Si Gagak amat disenangi oleh para penduduk di Neobayu. Di hutan Neobayu, terdapat seekor binatang yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk disana kerana sikapnya yang begitu ramah dan suka membantu haiwan lain ketika menghadapi kesusahan. Binatang ini ialah “Si Gagak”. Si Gagak amat disenangi oleh para penduduk di Neobayu. “Hai Tok Burung Kakak Tua,apa khabar?” kata si Gagak yang tersenyum riang ketika ternampak tok Burung Kakak Tua yang berada di atas batu. “Syukurlah,tok Burung Kakak Tua sihat, hendak kemana wahai Gagak?” kata Tok Burung Kakak Tua yang menyeringai sikap si Gagak yang sungguh baik hati. “Hai Tok Burung Kakak Tua,apa khabar?” kata si Gagak yang tersenyum riang ketika ternampak tok Burung Kakak Tua yang berada di atas batu. “Syukurlah,tok Burung Kakak Tua sihat, hendak kemana wahai Gagak?” kata Tok Burung Kakak Tua yang menyeringai sikap si Gagak yang sungguh baik hati.


“Lega hati saya mendengar khabar Tok. Saya hendak ke seberang sungai Neobayu untuk minum air, dahaga pula ketika cuaca panas ini” kata si Gagak. “Oh jika begitu, hati-hati gagak” kata Tok Burung Kakak Tua lalu si Gagak pun berlalu pergi. “Lega hati saya mendengar khabar Tok. Saya hendak ke seberang sungai Neobayu untuk minum air, dahaga pula ketika cuaca panas ini” kata si Gagak. “Oh jika begitu, hati-hati gagak” kata Tok Burung Kakak Tua lalu si Gagak pun berlalu pergi. Sepanjang perjalanan, Si Gagak sempat memuji keindahan tempat tinggal mereka. “Bertuahnya saya dapat tinggal di Hutan Neobayu ini, udaranya yang nyaman dan bersih”.


Setelah sampai di seberang sungai Neobayu, si Gagak pun meminum air sungai itu sepuasnya. Setelah itu, si Gagak pun pulang, namun ketika sedang terbang melalui hutan dia ternampak Si Merak sedang mencari makanan. Setelah sampai di seberang sungai Neobayu, si Gagak pun meminum air sungai itu sepuasnya. Setelah itu, si Gagak pun pulang, namun ketika sedang terbang melalui hutan dia ternampak Si Merak sedang mencari makanan. Si Merak hanya memandang sinis kearahnya dan menyambung semula mencari makanan. Si Gagak yang melihat sikap dingin Si Merak tersebut, berasa sedih lalu kembali terbang. “Hai Merak apa khabar? Tegur si Gagak yang ternampak Si Merak yang sedang mengorek tanah.


“Aku dengarlah wahai Tupai, tapi aku pura-pura tidak dengar sahaja, aku tak sukalah dengan warna bulunya yang hitam legam, si Gagak tidak layak terima sapaan aku yang cantik ini” kata si Merak dengan penuh bangga dan sombong. Sang Tupai yang mendengar kata-kata sahabatnya si Merak hanya terpingapinga. “Aku dengarlah wahai Tupai, tapi aku pura-pura tidak dengar sahaja, aku tak sukalah dengan warna bulunya yang hitam legam, si Gagak tidak layak terima sapaan aku yang cantik ini” kata si Merak dengan penuh bangga dan sombong. Sang Tupai yang mendengar kata-kata sahabatnya si Merak hanya terpingapinga. Si Tupai yang melihat tindakan Si Merak tersebut berasa hairan. “Wahai Ratu Merak, kenapa kau tak balas sapaan si Gagak tadi? Kau tak dengarkah dia bercakap dengan kau tadi?” kata si Sang Tupai sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Si Tupai yang melihat tindakan Si Merak tersebut berasa hairan. “Wahai Ratu Merak, kenapa kau tak balas sapaan si Gagak tadi? Kau tak dengarkah dia bercakap dengan kau tadi?” kata si Sang Tupai sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.


Akhirnya sampailah si Gagak di rumahnya sambil berfikirfikir tindakan dingin Si Merak. ‘Kenapalah Si Merak bersikap dingin kepada aku?’, katanya seorang diri sambil mengesat air matanya. ‘Mungkin buluku yang hitam legam ini, membuatkan si Merak tidak ingin berkawan dengan aku. Tidak mengapalah, mungkin Si Merak kurang sihat sebab itu dia tidak ingin berbicara’ pujuk hatinya dan enggan berburuk sangka. Akhirnya sampailah si Gagak di rumahnya sambil berfikirfikir tindakan dingin Si Merak. ‘Kenapalah Si Merak bersikap dingin kepada aku?’, katanya seorang diri sambil mengesat air matanya. ‘Mungkin buluku yang hitam legam ini, membuatkan si Merak tidak ingin berkawan dengan aku. Tidak mengapalah, mungkin Si Merak kurang sihat sebab itu dia tidak ingin berbicara’ pujuk hatinya dan enggan berburuk sangka.


Suatu petang, si Gagak berasa amat bosan berada di kawasan perumahannya sahaja. Lalu dia pun memutuskan untuk bersiarsiar di sekeliling hutan Neobayu. Semasa sedang bersiar-siar, si Gagak sekali lagi terserempak dengan si Merak. Suatu petang, si Gagak berasa amat bosan berada di kawasan perumahannya sahaja. Lalu dia pun memutuskan untuk bersiarsiar di sekeliling hutan Neobayu. Semasa sedang bersiar-siar, si Gagak sekali lagi terserempak dengan si Merak. “Hai, selamat petang wahai Ratu Merak?” kata si Gagak ketika melihat Merak yang sedang membersihkan bulunya yang kembang itu. “Alangkah cantiknya bulu kamu Merak! ” kata si Gagak dengan ramah. “Mestilah cantik Gagak, kamu takkan dapat menjadi cantik seperti aku” balas Si Merak dengan wajah yang bangga dan sombong. “Hai, selamat petang wahai Ratu Merak?” kata si Gagak ketika melihat Merak yang sedang membersihkan bulunya yang kembang itu. “Alangkah cantiknya bulu kamu Merak! ” kata si Gagak dengan ramah. “Mestilah cantik Gagak, kamu takkan dapat menjadi cantik seperti aku” balas Si Merak dengan wajah yang bangga dan sombong.


“Ya, tidak mengapalah ratu Merak aku menghargai kelebihan yang ada dalam diriku” kata Si Gagak dengan nada yang rendah. “Sudahlah Gagak, aku mahu berbual-bual dengan Sang Tupai” balas Si Merak lagi lalu meninggalkan si Gagak yang masih berdiri di kawasan perumahannya. Si Gagak amat berasa sedih kerana diperlakukan sedemikian oleh Si Merak, lalu dia pun terbang ke tempat lain lagi. “Ya, tidak mengapalah ratu Merak aku menghargai kelebihan yang ada dalam diriku” kata Si Gagak dengan nada yang rendah. “Sudahlah Gagak, aku mahu berbual-bual dengan Sang Tupai” balas Si Merak lagi lalu meninggalkan si Gagak yang masih berdiri di kawasan perumahannya. Si Gagak amat berasa sedih kerana diperlakukan sedemikian oleh Si Merak, lalu dia pun terbang ke tempat lain lagi.


Si Gagak pun memutuskan untuk berjalan-jalan ke tempat Tok Burung Kakak Tua, untuk menenangkan hatinya sedang terluka. Sesampainya dia ke tempat Tok Burung Kakak Tua, Si Gagak pun meluahkan kejadian bersama si Merak tadi kepadanya. Si Gagak pun memutuskan untuk berjalan-jalan ke tempat Tok Burung Kakak Tua, untuk menenangkan hatinya sedang terluka. Sesampainya dia ke tempat Tok Burung Kakak Tua, Si Gagak pun meluahkan kejadian bersama si Merak tadi kepadanya. “Tok Burung Kakak Tua, salahkah kalau memiliki bulu yang hitam legam?”. “Wahai Gagak, kita semua memiliki kelebihan masing-masing tidak perlulah kamu mengambil hati dengan sikap Si Merak itu” pujuk Tok Burung Kakak Tua kepadanya ketika melihat Si Gagak yang sedih. “Tok Burung Kakak Tua, salahkah kalau memiliki bulu yang hitam legam?”. “Wahai Gagak, kita semua memiliki kelebihan masing-masing tidak perlulah kamu mengambil hati dengan sikap Si Merak itu” pujuk Tok Burung Kakak Tua kepadanya ketika melihat Si Gagak yang sedih.


Mendengar kata-kata Tok Burung Kakak Tua tersebut, menjadikan Si Gagak berasa senang hati. “Sama-sama wahai Gagak,kau maafkan sahajalah sikap Si Merak itu jangan disimpan di dalam hati” ucap lagi Tok Burung Kakak Tua. “Sama-sama wahai Gagak,kau maafkan sahajalah sikap Si “Terima kasih, wahai Tok Burung Kakak Tua kerana sudah memberikan nasihat, aku sepatutnya bersyukur dengan kelebihan yang ada didalam diriku” kata Si Gagak sambil tersenyum kepada Tok Burung Kakak Tua.


Setelah beberapa minit kemudian, Si Gagak pun meminta diri untuk balik semula ke kawasan perumahannya. “Baiklah Tok Burung Kakak Tua, aku mahu pulang dahulu,terima kasih sudi mendengar luahan aku tok” katanya. Tok Burung Kakak Tua hanya mengganguk kepala sahaja lalu melambai Si Gagak yang sudah terbang jauh. Setelah beberapa minit kemudian, Si Gagak pun meminta diri untuk balik semula ke kawasan perumahannya. “Baiklah Tok Burung Kakak Tua, aku mahu pulang dahulu,terima kasih sudi mendengar luahan aku tok” katanya. Tok Burung Kakak Tua hanya mengganguk kepala sahaja lalu melambai Si Gagak yang sudah terbang jauh.


“Wah,cantiknya cuaca harini aku ingin bersiar-siarlah ke seberang sungai Neobayu. Sambil aku mempamerkan bulu-bulu aku yang kembang dan berwarna-warni ini kepada penduduk hutan Neobayu ini” dengan suara yang angkuh. Sesampainya di Sungai Neobayu, Si Merak ingin ke atas batu tersebut tiba-tiba kakinya tersangkut di batu-batu yang banyak. “Alamak, bagaimana kaki aku boleh tersangkut ni!” “Wah,cantiknya cuaca harini aku ingin bersiar-siarlah ke seberang sungai Neobayu. Sambil aku mempamerkan bulu-bulu aku yang kembang dan berwarna-warni ini kepada penduduk hutan Neobayu ini” dengan suara yang angkuh. Sesampainya di Sungai Neobayu, Si Merak ingin ke atas batu tersebut tiba-tiba kakinya tersangkut di batu-batu yang banyak. “Alamak, bagaimana kaki aku boleh tersangkut ni!” Pada petang itu juga, Si Merak ingin bersiar-siar ke seberang sungai Neobayu.


Si Merak berusaha menarik kakinya yang tersangkut namun berat batu tersebut menyukarkannya untuk melepaskan dirinya. “Aduhhh! Kaki aku pun dah lenguh ni” kata si Merak yang berada dalam kesakitan. Dengan cemas dia pun melolong meminta pertolongan. “Tolong! Tolong! Tolong!” suaranya semakin kuat kerana senja pun hampir tiba. Si Merak terus-menerus berteriak meminta tolong dan berharap agar para penduduk Hutan Neobayu mendengar suaranya. Si Merak berusaha menarik kakinya yang tersangkut namun berat batu tersebut menyukarkannya untuk melepaskan dirinya. “Aduhhh! Kaki aku pun dah lenguh ni” kata si Merak yang berada dalam kesakitan. Dengan cemas dia pun melolong meminta pertolongan. “Tolong! Tolong! Tolong!” suaranya semakin kuat kerana senja pun hampir tiba. Si Merak terus-menerus berteriak meminta tolong dan berharap agar para penduduk Hutan Neobayu mendengar suaranya.


Semasa Si Gagak sedang terbang dengan riang untuk balik ke rumahnya, tiba-tiba dia terdengar suara kuat melolong meminta pertolongan. “Eh siapa yang menjerit-jerit meminta tolong ni? Baik aku cepatcepat cari arah suara itu!” kata Si Gagak dengan cemas. Akhirnya, Si Gagak berjaya mencari arah suara tersebut dan ruparupanya berada di seberang Sungai Neobayu. Tanpa basa-basi, Si Gagak terus bergegas ke sana. Semasa Si Gagak sedang terbang dengan riang untuk balik ke rumahnya, tiba-tiba dia terdengar suara kuat melolong meminta pertolongan. “Eh siapa yang menjerit-jerit meminta tolong ni? Baik aku cepatcepat cari arah suara itu!” kata Si Gagak dengan cemas. Akhirnya, Si Gagak berjaya mencari arah suara tersebut dan ruparupanya berada di seberang Sungai Neobayu. Tanpa basa-basi, Si Gagak terus bergegas ke sana.


Dari kejauhan lagi, Si Merak melihat Si Gagak yang terbang ke arahnya “Wahai Gagak, tolong aku! Aku tak dapat lepaskan diri” dengan nada yang cemas. Si Gagak lalu menghampirinya, “Kamu rupanya Merak, bagaimana boleh tersangkut kaki kamu ni?” katanya. “Aku cuma hendak ke atas batu ditepi sungai,tapi tersangkut pula” jelas si Merak. Dari kejauhan lagi, Si Merak melihat Si Gagak yang terbang ke arahnya “Wahai Gagak, tolong aku! Aku tak dapat lepaskan diri” dengan nada yang cemas. Si Gagak lalu menghampirinya, “Kamu rupanya Merak, bagaimana boleh tersangkut kaki kamu ni?” katanya. “Aku cuma hendak ke atas batu ditepi sungai,tapi tersangkut pula” jelas si Merak. Si Gagak akhirnya sampai ke seberang Sungai Neobayu tersebut. “Eh,itu Si Merak?! Baik aku bergegas” kata Si Gagak yang tercungap-cungap kepenatan.


“Begitu rupanya Merak, baiklah sebentar aku berpikir bagaimana cara untuk menolong kau melepaskan kaki kau yang tersangkut itu” kata Si Gagak. Sambil Si Gagak berusaha memikirkan cara dia sambil melihat keadaan sekeliling. Si Merak yang merasa lenguh di kakinya tersebut,pula semakin lemah. “Begitu rupanya Merak, baiklah sebentar aku berpikir bagaimana cara untuk menolong kau melepaskan kaki kau yang tersangkut itu” kata Si Gagak. Sambil Si Gagak berusaha memikirkan cara dia sambil melihat keadaan sekeliling. Si Merak yang merasa lenguh di kakinya tersebut,pula semakin lemah. Mendengar penjelasan si Merak,dia lantas mencari cara untuk menolongnya.


Beberapa minit kemudian, akhirnya Si Gagak mendapat satu akal. Dia bergegas ke arah kawasan yang banyak ranting-ranting kayu lalu dia mengambil salah satu ranting yang agak besar. “Hah! Aku akan mengambil ranting kayu tersebut dan sebuah batu bulat” katanya dengan begitu cerdik. Beberapa minit kemudian, akhirnya Si Gagak mendapat satu akal. Dia bergegas ke arah kawasan yang banyak ranting-ranting kayu lalu dia mengambil salah satu ranting yang agak besar. “Hah! Aku akan mengambil ranting kayu tersebut dan sebuah batu bulat” katanya dengan begitu cerdik.


Wahai Merak, aku akan menggunakan ranting dan batu bulat ini untuk melepaskan kaki kau tersangkut itu” kata si Gagak.


Lalu Si Gagak menyusun strategi dengan penuh teliti dan bijaksana. Batu bulat kecil itu diletakkan dibawah kayu ranting dan kayu ranting tersebut telah diletakkan secara melintang lalu diangkat tinggi oleh Si Gagak. Lalu Si Gagak menyusun strategi dengan penuh teliti dan bijaksana. Batu bulat kecil itu diletakkan dibawah kayu ranting dan kayu ranting tersebut telah diletakkan secara melintang lalu diangkat tinggi oleh Si Gagak. “Wahai Merak, aku akan menggunakan ranting dan batu bulat ini untuk melepaskan kaki kau tersangkut itu” kata si Gagak.


“Wah,akhirnya aku berjaya mengalihkan batu ini Merak! Sekarang kaki kau telah terlepas!” kata Si Gagak dengan perasaan teruja. Akhirnya,si Gagak berjaya menggolekkan batu yang telah menindih kaki si Merak. “Wah! Akhirnya kaki aku telah terlepas” kata si Merak dengan hati yang lega.Tanpa sedar senja semakin tenggelam. Si Gagak begitu gembira kerana strateginya menolong Si Merak berjaya, biarpun hanya menggunakan dua objek iaitu ranting kayu dan sebiji batu bulat. “Wah! Akhirnya kaki aku telah terlepas” kata si Merak dengan hati yang lega.Tanpa sedar senja semakin tenggelam. Si Gagak begitu gembira kerana strateginya menolong Si Merak berjaya, biarpun hanya menggunakan dua objek iaitu ranting kayu dan sebiji batu bulat.


Si Merak berasa amat kesal dan malu akan sikapnya yang tidak baik kepada Si Gagak. “Wahai Gagak,aku sungguh berasa kesal kerana atas sikap dingin dan angkuh kepada kamu” kata Si Merak menundukkan kepalanya dan mengesat air matanya. Mendengar kata-katanya itu, si Gagak pun membalas “Tidak mengapalah wahai Merak, aku tak ambil hati pun kata-kata kau tempoh hari” kata si Gagak sambil tersenyum dengan Si Merak.


“Maafkan aku Gagak, aku alpa dan sombong” kata si Merak lagi. “Aku sudah lama memaafkan kau Merak, tidak usahlah berulang-alik meminta maaf” kata si Gagak yang ketawa kecil melihat wajah si Merak. “Maafkan aku Gagak, aku alpa dan sombong” kata si Merak lagi. “Aku sudah lama memaafkan kau Merak, tidak Mendengar kata-kata si Gagak, “Terima kasih wahai Gagak, kaulah sahabat yang sebenar kerana membantu aku. Biarpun aku bersikap jahat kepada kau”. Lalu mereka berjalan bersama-sama pulang sambil ketawa riang.


“Baiklah! Jom” balas si Gagak. Akhirnya, Si Merak dan Si Gagak pun berkawan baik. Sejak daripada kejadian tersebut, Si Merak tidak lagi bersikap sombong malah dia menjadi seorang yang peramah kepada penduduk hutan Neobayu ini. “Eh, hai Gagak jom bersiar-siar dengan kami berdua? Betul tak wahai Sang Tupai?” kata si Merak dengan penuh mesra. “Betul,betul,betul! Kata Sang Tupai dengan riang. Apabila melihat telatah sang Tupai,mereka turut ketawa riang.Lalu Mendengar pelawaan tersebut, si Gagak pun dengan berbesar hati lalu turut serta dengan mereka. “Betul,betul,betul! Kata Sang Tupai dengan riang. Apabila melihat telatah sang Tupai,mereka turut ketawa riang.Lalu Mendengar pelawaan tersebut, si Gagak pun dengan berbesar hati lalu turut serta dengan mereka.


N I L A I & P E N G A J A R A N Kita mestilah saling bantu-membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh si Gagak yang membantu si Ratu Merak yang tersangkut kakinya di batu. Kita tidak boleh bersikap sombong terhadap orang lain. Sebagai contoh si Ratu Merak yang sombong dengan si Gagak kerana bulunya yang cantik. Kita mestilah saling hormat-menghormati agar hidup sejahtera. Sebagai contoh si Gagak yang menghormati haiwan-haiwan yang tinggal di hutan Neobayu.


A H L I K U M P U L A N 1. ADIBAH LATIFAH BINTI JAYA @ AG YUSOF 2. VIONNE TISUN 3. NUR SYAMIELIA HANIE BINTI ABDUL SAAD 4. NORHAFIZAH BINTI MAZLI [BC23110074] [BC23110052] [BC23110028] [BC23110032]


Si Merak merupakan salah satu haiwan yang sangat menawan dan cantik di sebuah hutan Neobayu,hal ini kerana keindahan bulunya yang kembang dan berwarna-warni.Keadaan dirinya itu membuatkan si Merak menjadi sangat sombong dan sering memandang rendah yang terhadap haiwan-haiwan di sana.Si gagak memang sudah terkenal dengan sikap yang peramah dan gemar menolong haiwan lain yang sedang dalam kesusahan. Ikuti kisah Si Merak dan lain-lain dalam cerita Si Merak Yang Sombong. Si Merak merupakan salah satu haiwan yang sangat menawan dan cantik di sebuah hutan Neobayu,hal ini kerana keindahan bulunya yang kembang dan berwarna-warni.Keadaan dirinya itu membuatkan si Merak menjadi sangat sombong dan sering memandang rendah yang terhadap haiwan-haiwan di sana.Si gagak memang sudah terkenal dengan sikap yang peramah dan gemar menolong haiwan lain yang sedang dalam kesusahan. Ikuti kisah Si Merak dan lain-lain dalam cerita Si Merak Yang Sombong.


Click to View FlipBook Version