The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by steffanie.simon12, 2021-12-02 07:52:48

Manuskrip Babak 28-30

Manuskrip Babak 28-30

Terlihat orang-orang sedang mengangkat barang-barang di rumah Sadiq Sigaraga. Kassim memberitahu bahawa
Abdul Wahub telah membuat onar lagi. Wajah muka Sadiq Sigaraga kelihatan sungguh merah padam pada ketika
ini.

“YaAllah ! Hei ! Semua berhenti ! “ dia menengking orang-orang yang mengangkat barang-barang dirumahnya.
“Apa korang fikir ini harta bapak korang? Jin, Iblis, Jembalang!” tambahnya lagi. Dia kelihatan seperti kucing yang
kehilangan anak, bertindak tidak tentu arah.

“Jangan takut pada dia. Dia tak boleh buat apa-apa. Ambil ! Ambil ! ” tutur Abdul Wahub dengan sengaja bagi
menambahkan api kemarahan Sadiq Sigaraga.

“Abdul Wahub! Kalau begini sikap tingkahlaku kau, kau tak layak jadi menantu aku! Get out !” tengkingnya sambil
menuding jarinya menuju ke pintu. Dia menghampiri anak perempuannya sambal berkata “Kau Ghasidah! Kau
jugak selalu bersubahat dengan dia. Sekarang kau boleh Get out !”

Kelihatan senyuman lebar terukir pada wajah Abdul Wahub. “Oleh kerana ayahanda
marah, ayahanda akan dijual seluruhnya segala harta benda ayahanda akan dirampas.”
sambil mengawang-awangkan dokumen perjanjian dihadapan Sadiq Sigaraga.

“Alamak! HARGHHH…!” Sadiq Sigara terkelu dan terduduk. Tidak lama kemudian,
semua kelihatan kelam dan gelap. “Ayahanda !!!” jerit Hamidah dan Rafidah.

Juru lelong menggoncang locengnya untuk lelongan. Rafidah, Hamidah, Sadiq dan Kassim yang angkuh dengan
kemewahan itu sekelip mata telah menjadi hamba abdi.

Kelihatan di belakang beberapa orang yang senasib dengan mereka. Abdul Wahub Dan Ghasidah memandang ke
arah mereka.

Kelihatan seorang pedagang yang bernama Hussin sedang lena meniarap sambal diurut oleh Abdul Wahib dan
Abdul Wahub. “Sikit kuat ! Kuat !” arahnya kepada Abdul Wahab. Manakala Abdul Wahib kelihatan seakan
membuat pergerakan karate dibahagian kaki majikannya itu. Tiba-tiba kedengaran seseorang mengetuk pintu
beberapa kali dari luar.

“Abdul Wahab, cuba lihat siapa di luar.” arah Hussin. “Hmm, baik tuan ” akurnya, lalu menghampiri pintu untuk
melihat siapakah gerangannya. Setibanya dia di hadapan pintu, alangkan terkejutnya apabila melihat adindannya
sendiri Abdul Wahub. Kelihatan riak wajah Abdul Wahab yang sungguh serius memandang ke anak mata
“Assalamualaikum Tuan yang empunya rumah.” ucapnya sambil memasuki ruangan kediaman Hussin.

Hussin lalu bangun sambal berpaling ke arah gerangan yang memanggil namanya. “Waalaikumsalam. Silakan
masuk Tuan. Silakan masuk.” Kelihatan Abdul Wahub tersenyum ke arah Hussin.“Ana punya nama Hussin
Lempoyang, saudagar unta leher panjang. Baru satu bulan datang dari Cairo.” ucap Hussin kepada Abdul Wahub.
“Ha ! Ha ! Ha ! Nama saya …err, Jamal Pak Tongko. Saudagar intan berlian dari Conggostan. He ! He !” ucapnya
sambal mengerling ke arah kedua-dua kandanya.

Hussin yang masih tertanya lalu berkata “Hajat apa Tuan datang kemari?” “Errr… saya dengar kata.. Tuan ada
mempunyai dua orang tukang picit. Betul ?” Abdul Wahub menjawab pertanyaan Hussin itu. “Ya! Itu dia.” sambal
menunding jari ke arah Abdul Wahab dan Abdul Wahib. “Cerita orang dia ada saudara kecil. Abdul Wahub
namanya, apa Tuan kenal?” tambahnya lagi.“Heh… saya kurang kenal Tuan. Maklumlah saya juga orang baru di
sini. “Ha ! Ha ! Ha !” sambil ketawa secara terpaksa .

Dengan bijaknya Abdul Wahub menutup kebenaran, lalu berkata, “Ah, Tuan Hussin Lempoyang, jikalau sekiranya
saya hendak membeli tukang picit Tuan, mahukah Tuan menjualnya ? ”Hussin pun menjawab “Boleh.. kalau kena
harganya. Saya beli dengan harga dua ribu pound.” “Dua ribu pound..eh. Jikalau sekiranya saya membayar dua kali
ganda?” sambil menunjukkan jarinya “Empat ribu pound. Tuan setuju atau tidak?”

Mendengar kepada bicara Abdul Wahub, Hussin kelihatan sedikit terkejut dan teruja “Empat ribu pound? Woooow !”
sambal memandang ke atas dan menoleh ke arah Abdul Wahub. “Ana, setuju ! “ tambahnya.“Wow ! Baik.” ucap
Abdul Wahub sambil mengarahkan Abdul Wahab dan Abdul Wahib mengikutnya pulang ke rumah.


Click to View FlipBook Version